RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Kita Mahu Beritahu Najib & UMNO, Enough Is Enough, Rakyat Mahu Ubah & Merdeka
- Tindakan Adun Kemelah perlu dipertahankan: Maszlee
- Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 3
- Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 2
- Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 1
- Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang
- Tolak hudud seperti pertikai al-Quran
- Biar tarikh PRU13 lunak
- Fitnah ‘anti-Islam’ disanggah dengan himpunan hijau
- Umno-BN cemas, ciplak pendekatan Pakatan
- Kenapa dengan Mahathirisme?
- Mahu jadi PM mesti bersih daripada masalah moral - Najib berani cakap...???
- Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen
- Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan?
- Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul
- Perang mulut Soi Lek-Guan Eng dalam debat kedua
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- Utusan: Chew nafi Guan Eng ada hubungan sulit
- Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA
Anwar Ibrahim: Kita Mahu Beritahu Najib & UMNO, Enough Is Enough, Rakyat Mahu Ubah & Merdeka Posted: 08 Jul 2012 02:32 PM PDT |
Tindakan Adun Kemelah perlu dipertahankan: Maszlee Posted: 08 Jul 2012 02:26 PM PDT Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, Abdul Ghani juga perlu mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang dibidas Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berikutan cadangannya mengenai pelaksanaan hudud. |
Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 3 Posted: 08 Jul 2012 01:58 PM PDT |
Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 2 Posted: 08 Jul 2012 01:58 PM PDT |
Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 1 Posted: 08 Jul 2012 01:57 PM PDT |
Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang Posted: 08 Jul 2012 01:56 PM PDT Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang. "Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. |
Tolak hudud seperti pertikai al-Quran Posted: 08 Jul 2012 01:47 PM PDT Petikan Sinar Harian JOHOR BAHRU - Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu. Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam. "Hudud adalah sesuatu yang disebut dalam al-Quran dan kalau kita cakap ia tidak sesuai, maknanya kita telah menafikan kesahihan kitab itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 08 Jul 2012 01:44 PM PDT Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD Euro 2012 sudah selesai, Olimpik menunggu dan rakyat Malaysia menanti PRU13 – selepas hari raya puasa atau selepas bajet 28 September ini? Bila pun pengundi sanggup menunggu bagi menunaikan kewajipan mereka. Jendela bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak makin sempit dalam kalendar semasa tetapi tempoh pentadbiran Najib hanya tamat awal Jun 2013, bukan seperti disangka ramai, 10 bulan lagi. Dalam sejarah pilihan raya umum kita, tidak pernah berlaku kerajaan penuhi tempoh lima tahun kecuali 1969 kerana Peristiwa 13 Mei pilihan raya hanya diadakan Ogos 1974, pilihan raya umum Tun Razak pertama sebagai Perdana Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Fitnah ‘anti-Islam’ disanggah dengan himpunan hijau Posted: 08 Jul 2012 01:43 PM PDT Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa DI ALOR SETAR pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau. Sesiapa yang hadifr dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya. Kegilaan hijau Read More / Baca Lagi >> |
Umno-BN cemas, ciplak pendekatan Pakatan Posted: 08 Jul 2012 01:42 PM PDT SAIDAH HAIRAN Umno-BN semakin cemas. Takut dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum. Takut untuk menghadapi saat-saat kekalahan. Umno-BN merupakan parti yang tidak pernah tewas pada pilihan raya di peringkat Pusat. Pengakuan Jabatan Audit Negara berkenaan ketelusan dan kecekapan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menambahkan ketakutannya. Sokongan bekas pegawai kanan kerajaan, golongan artis dan ahli sukan yang menganggotai PAS terus memberi tekanan kepada Umno. Mereka mengintai di mana kelebihan dan keistimewaan PAS. Rasa cemas dan takut teramat sangat itu menyebabkan pimpinan nombor satu negara menebalkan muka mencipkal corak pentadbiran Pakatan Rakyat. Kelantan yang diuar-uarkan sebagai negeri paling miskin turut menjadi model Umno-BN untuk memikat rakyat. Cuti hari kerja dua hari iaitu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan kerajaan Pusat sekarang, sebenarnya meniru kerajaan Kelantan. Sebelum itu, kerajaan Pusat hanya memberi cuti Ahad. Manakala Sabtu merupakan hari bekerja sehingga tengah hari. Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dilaksanakan oleh Umno-BN pada asalnya telah diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cuti isteri bersalin selama tiga bulan turut ditiru oleh kerajaan Pusat. Inilah hebatnya jika pembangkang kuat, rakyat yang untung. Semua yang dilaksanakan di Kelantan adalah untuk manfaat rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 08 Jul 2012 01:41 PM PDT Oleh Mazir Ibrahim Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali. Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir. Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil. Kelahiran budaya kroni Read More / Baca Lagi >> |
Mahu jadi PM mesti bersih daripada masalah moral - Najib berani cakap...??? Posted: 08 Jul 2012 01:25 PM PDT BANGI - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral dan bukan dihambat dengan pelbagai skandal yang belum terjawab. Kata Perdana Menteri, pemimpin yang tiada kekuatan moral tidak layak memimpin Malaysia kerana individu seperti itu hanya pandai menuduh orang lain sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal. - UTUSAN |
Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen Posted: 08 Jul 2012 01:22 PM PDT Perkembangan itu juga dilihat sebagai permulaan kepada pertembungan antara kuasa presiden dan majlis tentera yang memerintah Mesir secara sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu. "Keputusan ini (yang diumumkan semalam) akan berhadapan dengan bantahan daripada pakar-pakar perundangan perlembagaan dan ia kemungkinan ujian pertama ke atas hubungan antara Mohammed dan Majlis Agung Angkatan Tentera sejak Mohammed menjadi presiden," kata Aly Hassan, seorang konsultan kehakiman Kementerian Kehakiman Mesir. |
Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan? Posted: 08 Jul 2012 12:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar memperli para peneroka Felda yang mengambil durian runtuh kerana habuan yang diberikan itu tidak tahu dari mana puncanya. Read More / Baca Lagi >>Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat, Razman Zakaria (gambar), pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 diberikan kepada peneroka sebelum penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia berlaku. Oleh yang demikian, katanya semua peneroka berhak mendapat durian runtuh itu tidak kira sama ada mereka yang menentang penyenaraian FGVH atau mereka yang menyokong. |
Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul Posted: 08 Jul 2012 12:45 PM PDT BAYAN BARU - Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar. Read More / Baca Lagi >> |
Perang mulut Soi Lek-Guan Eng dalam debat kedua Posted: 08 Jul 2012 12:43 PM PDT PETALING JAYA, 8 Julai – Ibarat dalam satu peperangan hebat apabila seteru politik Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua hari ini, dimana kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain mengenai kegagalan polisi parti masing-masing. Read More / Baca Lagi >>Dr. Chua menemplak Guan Eng dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi pemimpinnya hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina. "Kenapa tidak kamu bertanding dikerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti mono-etnik," kata beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hari ini. |
Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis Posted: 08 Jul 2012 12:35 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau. Read More / Baca Lagi >>Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu. Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu. Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting |
Utusan: Chew nafi Guan Eng ada hubungan sulit Posted: 08 Jul 2012 12:34 PM PDT Isteri kepada ketua menteri Pulau Pinang, Betty Chew menafikan bahawa suaminya itu, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, lapor Utusan Malaysia hari ini. Read More / Baca Lagi >>Akhbar tersebut memetik kenyataan Chewdi Pulau Pinang, yang antara lainnya turut menafikan bahawa beliau pernah menyerang wanita tersebut. "Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini. "Jika benar, kenapa sehingga hari ini MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya seperti dipetik dalam akhbar edisi hujung minggu itu. |
Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA Posted: 08 Jul 2012 12:33 PM PDT PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini. Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat. Sekalipun pernah berada di pentas 'glamour', mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan