Isnin, 9 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kantoi! Kumpulan Pecah Kereta Kena Skodeng !

Posted: 09 Jul 2012 01:00 AM PDT


Perbuatan sekumpulan Geng Pecah kereta telah sempat dirakamkan sewaktu mereka melakukan pekerjaan tersebut. Kerana terlalu ghairah, mereka tidak sedar perbuatan mereka itu dirakamkan.

Kejadian berlaku malam tadi sewaktu ceramah PAS di Pengkalan Pegoh yang menampilkan Datuk Tarmizi Jam, Leman Raja Lawak dan askar pencen, Leftenan Adnan @ Khairi Osman.


Lihat gambar atas tu, walaupun ramai pengunjung yang hadir pada malam tersebut, ini tidak menjadi halangan kepada Geng Pecah Kereta meneruskan aktiviti mereka tersebut. Ada sumber tidak resmi menyatakan Geng Pecah Kereta ini mungkin didalangi oleh Hamidah Osman ....

Kerjasama orang ramai adalah diminta menghubungi talian berikut 05-5332333 jika mengenali Geng Pecah Kereta sebagaimana gambar berikut:

Yang bercekak pinggang dan mata terbeliak itu dipercayai sebagai ketua kumpulan ini

Ha! ha! ha! ini berita temberang alhusseyn sahaja.Korang jangan percaya.

Sebenarnya kawan-kawan tu sedang menolong menukar tayar kereta budak yang cekak pinggang tu.Kereta baru lagi tapi dia main pakai rodok macam tu ajer!Terkezut bila aku ambik gambar dia! Itu yang sampai terbeliak beso matanya tuh!

No talipon tu no Hospital Bahagia Bahagian Occupational Therapy! Cubalah call!

Aku Gatai Nak Komen Bloger Kawan-Kawanku ....

Posted: 08 Jul 2012 09:22 PM PDT

Pagi ini bila melayari blog sahabat-sahabat, aku dapati ada yang tulis tidak berapa berkenan dengan pandangan aku dan perlu aku memberikan sedikit ulasan mengenainya.Aku memang ada buat komen pada blog-blog tersebut.

Yang pertamanya Manjung Mari yang menulis mengenai Abdullah Antong Sabri.Korang bacalah di sini. Aku tolong promosi nih!

Komen al-husseyn : Ya sahabat, Elok ko sendiri jumpa sama dia, apasal nak cakap bukan-bukan; Dia bukan nak jadi calon pun. Atau ko gi gebang dengan Nizar sendiri yg lama kenal dia.Sepatutnya kita mengalu-alukan Dolah.Apakah ko ingat buat PC maka akbar perdana akan siarkan? Aku akan aturkan rakan dengan Media Perak sedikit masa nanti - tunggu Zulkifli Ibrahim confirm dulu...Aku sendiri pun akan panggil dia untuk berceramah kat tempat aku cuma masanya skang ni tak sesuai sbb dah dekat nak puasa, mungkin selepas raya nanti, insya' Allah. July 9, 2012 7:17 AM

Kalau kita perhatikan komen-komen dari 4 pembaca sebelum aku ni, masing-masing mereka itu sudah macam termakan tulisan Manjung Mari yang mengatakan kononnya Abdullah ni nak jadi calon? Entah mana dia dapat sumber tersebut, setahu aku Abdullah tidak pernah pun berkata dia mahu jadi calon atau ada desas desus PAS mahukan dia jadi calon.

Memang tidak dinafikan ramai orang yang marah kepada sikap Abdullah yang ketika itu memihak kepada Zambry.... Aku tidak mahu ulas banyak mengenainya. Walau apa pun bagi aku, kita patut mengalu-alukan kemasukan Abdullah kedalam PAS. Banyak perkara yang akan beliau bongkar apabila masanya tiba nanti. Kita bersabarlah buat masa kini.

Sama-samalah kita doakan beliau bersama isterinya diberkan kekuatan iman dan istiqamah dalam menghadapi segala macam ranjau dalam perjalanan yang baru mereka lalui kini.Ada baiknya korang baca penjelasan Misbahul Munir mengenai Kisah Abdullah Antong

Yang Keduanya pula dari Dango Mamamat di sini :


Komen al-husseyn : Kalau nak ikutkan Umno, Nik Aziz pun depa tidak iktiraf sebagai Tuan Guru. Ustaz Ibrahim Libya pun depa panggil penjenayah. Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai 'bughah' atau penderhaka. Adakah kita percaya apa yang depa katakan itu?

Maka apa salahnya meraikan penganugerahan yang datangnya dari negara Kampuchea? Pemberian pingat dan gelaran ini ada di mana-mana, termasuk di negara-negara sosialis dan komunis. Jadi ia bukan suatu benda yang asing dan janggal. Masing-masing ada pingat dan darjat kebesaran tersendiri.

Walaupun saya sendiri, secara peribadi tidak berapa suka dengan gelaran 'Datuk' ini, tapi saya rasa kita tidak patut mempersoalkan gelaran Datuk yang diterima oleh seseorang atas merit kepada negeri atau negara.

Datuk Tarmizi Zam, sebagai aktivis masyarakat, telah dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan di sana. Menurut catatan diblognya :


TERIMA ANUGERAH KALI KE-2 DARJAH KE-3 TERTINGGI KERAJAAN CAMBODIA DARIPADA KETUA ANGKATAN TENTERA

TERIMA ANUGERAH KALI KE-2 DARJAH KE-3 TERTINGGI KERAJAAN CAMBODIA DARIPADA KETUA ANGKATAN TENTERA

Menerima anugerah Darjah "National Construction of Cambodia (Gold Medal)" drpd PM, Hun Sen pd 5 Mei 2012 disampai wakilnya, Ketua Turus Angkatan Tentera Cambodia, Hun Manet (anak Hun Sen) di Wilayah Kompong Cham dalam majlis penuh warna-warni di hadapan 6,000 hadirin.



Apakah kita di sini tidak perlu meraikannya dan menghormati penganugerahan dari negara tersebut?

Kenapa PAS dan PR mesti malu? Bukankah ianya lebih mulia daripada Dato yang diberi oleh Melaka ? Cuba baca cerita di sini Atau seperti mana di sini

Cuba kita dengo apa kata Aziz Satar dalam video berikut:


Tiada ulasan: