DIALOG RAKYAT |
- 'Monopoli' Petron pada MAS dipersoal
- Talam beri S'gor diskaun RM9.1 juta
- Pecat Mahathir dari Petronas
- Isteri Berzina Dengan Bos
- Azmin Selar RPK Isu Penyebaran Rakaman Video
- Lagi Skandal Umno Beli Tanah, Selangor Rugi Lebih RM 3 Juta.
- RM 1.33 Juta Untuk Bina Pusat Wanita Berdaya Di Seluruh Selangor
- 3 Lagi Pelajar UNISEL Terima Pengiktirafan Kerajaan Selangor
- KUIS Tempat Sempurna Sambung Belajar, Kata Penerima Anugerah
- Polis beri 2 minit untuk bersurai, kemudian serang – Saksi
- Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS
- Anwar: Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia
- Produk luar memang meragukan
- Siaran langsung TV dibatal, BN takut rakyat tonton debat Guan Eng vs MCA
- MCA pula amalkan politik lucah
- Babi hutan masuk bandar
- Serah pengurusan air jika tak mampu, MB nasihat Syabas
- Beng Hock: Diam yang sungguh lantang
- Adiana rayu anak dirawat segera
- Isteri KM: Janganlah kejam, Soi Lek
- Cuepacs: 'Hapus kerenah birokrasi jika mahu buang rasuah'
- 34 kota sertai perhimpunan anti-Lynas 14 Julai
- Umno hilang arah di bawah Najib, kata anak bekas pejuang Umno
- Perubahan tidak berlaku dengan demonstrasi jalanan, kata Najib
'Monopoli' Petron pada MAS dipersoal Posted: 07 Jul 2012 07:15 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan. "Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung. "(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi. "Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya. Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380. Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini. MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat. Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir. Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. |
Talam beri S'gor diskaun RM9.1 juta Posted: 07 Jul 2012 07:11 AM PDT Kerajaan Selangor berjaya mendapatkan 13 bidang tanah daripada Talam Corporation Bhd dengan diskaun RM9.1 juta sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula hutangnya, kata DAP. Kenyataan ini bertentangan dengan dakwaan MCA bahawa tindakan itu sebenarnya langkah bailout (penyelamatan). Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ini berdasarkan perbezaan penilaian harga sebuah firma tanah swasta yang berjumlah RM685 juta, berbanding penilaian negeri berjumlah RM676 juta. Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Pua berkata, maklumat itu dinyatakan dalam edaran Talan kepada pemegang sahamnya pada 15 Mac 2011. "MCA patut berterima kasih kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atas tindakan perniagaan yang bijak, bukan hanya mengkritik kerajaan Selangor," kata Pua, yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya. Pua berkata, edaran itu juga boleh didapati di laman web Bursa Malaysia secara percuma. Justeru, beliau secara sinis mencadangkan MCA membuat kerja rumah mereka terlebih dahulu. |
Posted: 07 Jul 2012 07:07 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas. Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia. Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu. "Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya. "Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya. Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara. "Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi. Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion). Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd. Serang Pakatan Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya. "Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau. "Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya. Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir. MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380. Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini. -harakahdaily |
Posted: 07 Jul 2012 06:48 AM PDT KELAB GREENBOC Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu. Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri. Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut. Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm Ulasan GB Kes ini berleluasa terutama di bandar-bandar besar. Seorang sahabat menulis di dalam FBnya: Zina dgn bos! Apa puncanya, dan kemudian apa penyelesaiannya? Adakah wajar wanita bekerja atau duduk sahaja di rumah supaya terhindar dari kes sebegini ....? |
Azmin Selar RPK Isu Penyebaran Rakaman Video Posted: 07 Jul 2012 06:44 AM PDT GOMBAK : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar tindakan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang cuba mengaitkannya dengan penyebaran video Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini. Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai palsu dan tidak bertanggungjawab, Azmin juga tidak menolak andaian bahawa ia sengaja direka untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin. Beliau turut mencabar pihak berkenaan untuk tampil mengemukakan bukti dan hujah sekiranya benar seperti yang didakwa. "Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya sejak kebelakangan ini, malah semua masalah di Malaysia dibebankan ke atas saya. "Baiklah, kalau itu tuduhan Raja Petra Kamaruddin (RPK), saya minta dia baliklah ke sini. Jangan jadi bacul. "Kalau benar-benar nak berjuang, pulanglah ke tanah air. Jangan menyalak di luar negara, tetapi kemukakan bukti. Mari bertarung di dalam negara," tegas Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. RPK sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Abdul Khalid untuk merakamkannya dalam keadaan yang mencurigakan di dalam pejabat. Penulis blog itu mendakwa, pihak yang rapat dengan Azmin memiliki pelbagai rakaman video yang boleh menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu. Azmin turut menyelar taktik kotor Umno-BN yang seringkali menggunakan penyebaran video sebagai senjata untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat. Ini kerana menurutnya, Umno-BN semakin hilang kredibiliti untuk memikat hati rakyat, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Azmin dengan tegas turut memaklumkan tidak akan melayan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguatkan jentera parti dalam PRU-13 nanti. "Saya tidak akan berdebat atau melayan tuduhan tidak berasas oleh RPK ini kerana dia bukan sesiapa. "Inilah cara Umno-BN untuk menjatuhkan Pakatan kerana mereka sedar rakyat mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mereka. "Bagi saya, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab kerana beliau memiliki pentadbiran yang paling jijik dan paling kotor," selarnya. |
Lagi Skandal Umno Beli Tanah, Selangor Rugi Lebih RM 3 Juta. Posted: 07 Jul 2012 05:35 AM PDT SHAH ALAM: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini mendedahkan satu lagi kes pembelian tanah oleh Umno Tanjong Karang yang merugikan rakyat Selangor. Kali ini negeri hilang RM3.3 juta akibat diskaun premium yang diberikan kepada parti itu. Tanah komersial keluasan 1.2 hektar tersebut terletak di Jalan Sungai Kajang, Tanjong Karang dan Umno Tanjong Karang hanya membayar premium RM130,244. Sedangkan tanah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.3 juta pada tahun 2001, semasa Umno Tanjong Karang membuat pembelian. Menurut Suee Lim, pada ketika itu mantan Menteri Besar, Dr Mohamed Khir Toyo merupakan Ketua Bahagian Umno Tanjung Karang. Menurutnya, pada masa itu, Umno Tanjong Karang merayu supaya harga asal premium tanah dikurangkan dan kerajaan negeri, yang diterajui Dr Mohamed Khir pada masa itu, meluluskan permohonan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada April 2002. "Secara tidak langsung Umno mendapat durian runtuh sekiranya dijual atau dipindah milik dengan keuntungan RM3.1 juta," kata Suee Lim pada satu sidang media di sini. I Ini merupakan pendedahan kedua yang dibuat Suee Lim selepas mendedahkan bahawa Umno bahagian yang sama membeli tanah 47,000 kaki persegi daripada Kerajaan Negeri Umno-BN pada masa itu dengan harga premium hanya satu ringgit untuk satu kaki persegi. Walhal, premium tanah tersebut pada masa ia dibeli pada 2002 adalah RM 27 untuk satu kaki persegi. "Ini adalah antara siri tanah-tanah kerajaan yang diagihkan kepada Umno oleh Kerajaan BN dahulu. Khir Toyo sebagai Ketua Bahagian Tanjong Karang pada ketika itu. "Tanah diagihkan begitu murah, sedangkan rakyat pada ketika itu tidak diluluskan meskipun tapak rumah. "Apakah modal Umno nak berbicara soal ketelusan. Umno ghairah isu Talam tapi tidak berasas. Pada masa sama mereka mengutamakan kepentingan diri sendiri," katanya. Tegas Suee Lim, beliau mencabar Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar agar dapat memberikan penjelasan sewajarnya kepada rakyat mengapa tanah diberikan dengan begitu murah. |
RM 1.33 Juta Untuk Bina Pusat Wanita Berdaya Di Seluruh Selangor Posted: 07 Jul 2012 05:28 AM PDT GOMBAK : Dalam masa tiga bulan, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor akan mendapat Pusat Wanita Berdaya (PWB) tersendiri bagi meningkatkan taraf socio-ekonomi wanita di seluruh Selangor. Rancangan ini akan dijayakan dengan peruntukan RM 1.33 juta dari Geran SelangorKu bagi membina 35 PWB baru. Setakat ini Kerajaan Negeri sudah membina 21 PWB di sekitar Selangor. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata misi Pemberdayaan Wanita Selangor akan menyaksikan PWB menjadi hub aktiviti wanita yang akan menghubung jalin wanita setempat dan di seluruh Selangor. "Ia akan menjana kreativiti dan inovasi ke arah meningkat kualiti hidup wanita, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka," kata Rodziah di satu majlis penyampaian cek Geran Selangorku untuk PWB berjumlah RM 1.33 juta. Cek tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Program Penerangan Geran Selangorku di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood di sini semalam. Setiap PWB memberi peluang wanita menceburi bidang-bidang kemahiran seperti menjahit, memasak dan membuat kraftangan bagi menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka. |
3 Lagi Pelajar UNISEL Terima Pengiktirafan Kerajaan Selangor Posted: 07 Jul 2012 05:25 AM PDT GOMBAK : Sokongan ibubapa, berkat ilmu pensyarah dan kegigihan untuk ke peringkat sarjana, membolehkan tiga pelajar Universiti Selangor (UNISEL) cemerlang sehingga menerima anugerah Skim Biasiswa Internship Tun Dr Mahathir Mohamad. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Program Penerangan Geran Selangorku yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak, Greenwood di sini semalam. Tiga pelajar itu, Farahani Mohammed Zakaria, Nurul Nadiah Begum Sahabuddin Khan dan Azalea Ahmad Kushairi kesemuanya daripada jurusan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) berjaya memperoleh GPA 3.8 ke atas. Mereka menerima Cek berjumlah RM1,000 dan sijil penghargaan. Menurut Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Rosniza Mohammad Rasol, setakat ini lima pelajar UNISEL telah berjaya mendapat pengiktirafan Kerajaan Selangor kerana prestasi cemerlang sepanjang pengajian. "Adalah diharapkan kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar UNISEL lain untuk bersaing secara sihat dalam mencapai kejayaan. "Serta meletakkan nama UNISEL sebagai hub pendidikan unggul serta pilihan utama rakyat negara ini dan luar negara," kata Rosniza dalam kenyataan medianya. Sementara itu Farahani bersyukur menerima anugarah ini dan menyifatkan kejayaannya atas usaha dan sokongan daripada semua pihak. "Nasihat saya kepada pelajar UNISEL yang ingin berjaya supaya belajar dengan rajin dan serius," katanya ketika ditemui. Menurut Nurul Nadiah Begum, yang mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana, para pelajar diingatkan supaya mendapatkan keberkatan daripada pensyarah jika mahu berjaya. "Saya sangat gembira menerima anugerah ini kerana bukan senang untuk mendapat anugerah seperti ini," ujarnya. |
KUIS Tempat Sempurna Sambung Belajar, Kata Penerima Anugerah Posted: 07 Jul 2012 05:22 AM PDT BANGI : Pemilihan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebagai institusi pilihan bagi menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi ternyata tepat dan tidak mengecewakan. KUIS bukan sahaja menyediakan kurikulum berlandaskan Islam tetapi turut menjanjikan persekitaran yang tenang dan selesa, demikian ujar penerima Anugerah Datuk Menteri Besar Selangor, Nadzirah Hassan Basri 25, sempena Majlis Konvokesyen KUIS ke 15 di sini pagi tadi. "Setiap kursus di sini menjurus kepada pembentukan insan Ta'dibi iaitu insan berilmu disamping berpendidikan tinggi untuk masa depan para pelajarnya. "Jadi, keseimbangan sebegini menjadikan kami para pelajar lebih bersedia untuk bersedia mengejar kemajuan di dunia disamping tidak melupakan akhirat," tegas beliau yang juga penerima sijil Diploma Pengajian Islam Syariah ini. Sementara itu, Hanisah Sakirun, 25 pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Undang-undang turut berkongsi pendapat yang sama selain merasakan KUIS sebagai pusat pendidikan yang sempurna untuk menyambung pelajaran. "Saya sendiri yang memilih menyambung pengajian di sini kerana merasakan ianya sesuai untuk membentuk diri saya menjadi insan berpendidikan selain teguh dari segi rohaniah juga. "Apatah lagi sebelum ini saya yang mempunyai latar belakang sekolah berasrama penuh sudah terbiasa dengan persekitaran Islamik sebegini, jadi dengan adanya KUIS pilihan itu tidak sukar dibuat," kata Hanisah, penerima Anugerah Kepimpinan Siswi bagi edisi konvokesyen kali ini. Selain mereka berdua, turut menerima anugerah khas akademik ialah Siti Zuwairah Albar Ali, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang menerima Anugerah Rektor KUIS selain Ahmad Zaki Osman, Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang menerima Anugerah Kepimpinan Siswa. Untuk edisi kali ini, seramai 982 orang pelajar daripada enam fakulti layak menerima sijil Diploma dan Ijazah masing-masing yang disampaikan Pengerusi KUIS yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali, Rektor KUIS, Prof Dr Aziudin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selain kehadiran ribuan keluarga dan ibubapa pelajar. KUIS yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIS ditubuhkan pada tahun 1995 dan sehingga kini KUIS menawarkan lebih daripada dua puluh kursus meliputi pelbagai bidang seperti pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. |
Polis beri 2 minit untuk bersurai, kemudian serang – Saksi Posted: 07 Jul 2012 05:20 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Bersih 3.0, Baharudin Hashim, 53, memberitahu, polis hanya memberi tempoh bersurai selama dua minit sebelum bertindak mengepung peserta. Jelas beliau, selepas tempoh itu, polis terus bertindak ganas dengan mengejar dan membelasah peserta yang masih berada di kawasan berhampiran. "Itu adalah satu perangkap dan alasan untuk membelasah peserta, bukan kami tak mahu pulang…tapi tempoh yang diberikan memang tak cukup, tambahan pula LRT ditutup, bagaimana kami nak bersurai?" katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya panel dalam sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam. Bercerita lanjut, Baharudin yang merupakan saksi kedua pendengaran itu berkata, tanpa sempat meninggalkan kawasan tersebut, beliau langsung duduk di hadapan Bangunan Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak sebelum dirempuh tiga anggota polis secara tiba-tiba dan menangkapnya. "Mereka heret saya sampai ke Dataran Merdeka, dan dalam perjalanan itu saya disepak, ditumbuk sehingga lebam seluruh badan," katanya. Menurut Baharudin, beliau langsung tidak melawan malah merayu kepada polis dengan berkata: "Tolonglah tuan lepaskan saya, saya dah tua…" sehinggalah beliau dilepaskan atas arahan seorang pegawai. Tambahnya, selepas kejadian itu, beliau menjadi sangat takut dan trauma terhadap polis. "Bukan setakat takut, malah saya berasa malu, bodoh dan terhina kerana diperlakukan sebegitu rupa," jelas Baharudin. "Tapi atas nasihat dan dorongan peguam-peguam dari Lawyers For Liberty, barulah saya berani tampil membuat laporan polis," katanya di hadapan panel yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. |
Posted: 07 Jul 2012 05:17 AM PDT Najib didesak selesai isu kad pengenalanOleh Sidiqin OmarKLANG : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan berhubung masalah pemilikan kad pengenalan oleh masyarakat India berikutan kempen Mydaftar yang diselenggara MIC gagal. Surendran berkata, karenah birokrasi dan proses Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang lembab punca kira-kira 300,000 rakyat Malaysia keturunan India dinafikan hak sebagai warganegara. "Ini polisi yang sengaja menafikan hak warganegara berturunan India. Mereka kini seperti tanpa negara (stateless). Kita minta supaya Najib selesaikan, kerana nampaknya JPN ada masalah," katanya. Beliau berkata demikian selepas menemani lebih 40 warga keturunan India bertemu Pengarah JPN Selangor, Mohd Azmin Hassan di pejabat agensi itu di sini, hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Kebanyakan mereka hadir bagi diri sendiri atau mewakili keluarga untuk membuat pertukaran dari kad pengenalan merah ke kad pengenalan biru. "Mereka sudah mengikuti garis panduan. Tetapi ada permohonan yang tak diproses sehingga hari ini. Ini penganiayaan," kata Surendran. Menurutnya, JPN telah menggunakan prosedur salah dengan menakrifkan permohonan dengan Artikel 19 Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan menjadi warganegara. "Sedangkan, mereka sememangnya warganegara. Mereka lahir dan tinggal lama di Malaysia. Adakah semata-mata tidak cukup dokumentasi maka dinafikan hak sebagai warganegara? soal Surendran lagi. Kata beliau, masalah pertukaran kad pengenalan merah kepada biru antaranya berpunca dari kehilangan dokumen di hospital atau kematian saksi seperti bidan kampung. "Ada kes yang dibuktikan saksi, menunjukkan salah seorang dari ibu bapa pemohon adalah warganegara atau ahli keluarga yang lain. Sepatutnya pemohon ini dibenarkan memiliki kad pengenalan biru. "Tapi mengapa mereka diberikan kad pengenalan merah? Tambah rumit, apabila penentuan ini mutlak di tangan Menteri Dalam Negeri," kata Surendran. |
Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS Posted: 07 Jul 2012 05:12 AM PDT Oleh Mohd Martin KaharKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd. Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas. "Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana 'melepaskan' kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas. Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu. Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir. Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd. "Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS. |
Anwar: Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia Posted: 07 Jul 2012 04:28 AM PDT Katanya, beliau bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas. SELAYANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik. Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat. "Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia. "Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas. "Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?" katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi. Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak. "Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia," katanya. Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi. Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara. Perdana Menteri ke 7 Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini. "(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina. "Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit," katanya. Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu. Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya. Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin. |
Posted: 07 Jul 2012 04:23 AM PDT PPIM mendakwa makanan sukar dipastikan halal, manakala barangan elektrik mempunyai cop Sirim sendiri. PETALING JAYA: Barangan termasuk makanan yang diimport ke negara ini terdedah kepada penipuan dan pihak berkuasa Islam tidak mampu mengatasinya. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, pihak berkuasa Islam terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) gagal mengesahkan sama ada makanan halal atau tidak. "Tidak cukup kakitangan, tidak cukup penguatkuasaan. Untuk mengesahkan makanan dalam negara tidak boleh, bagaimana hendak memastikan produk dari luar negara. "Kalau cukup penguatkuasaan, mana mungkin ada promosi arak oleh sebuah pasar raya di Seri Petaling" kata Setiausaha Agung, Datuk Nadzim Johan. PPIM mencadangkan Jakim menghantar kakitangan ke negara yang mahu mengeksport makanan halal untut umat Islam Malaysia. Katanya, jabatan itu boleh berkerjasama dengan persatuan-persatuan Islam di negara berkenaan supaya proses pengeluaran secara halal dipatuhi. Cop Sirim sendiri "Yang pasti kita tidak dapat mengesahkan sama ada produk yang dibawa masuk untuk orang Islam negara ini halal atau tidak. "Kemasukan produk makanan ini semakin banyak, bagaimanakah kita mahu mengawalnya. "Bagaimana Jakim mahu mengesahkan produk makanan keluaran negara China halal jika mereka tidak pergi memerika sendiri di negara tersebut?. "Setahu saya pegawai-pegawainya tidak pergi keluar negara, bagaimana hendak tahu produk itu halal atau tidak. Di negara-negara luar mereka ada kumpulan sendiri yang membuat logo halal ini," kata beliau lagi. Sementara itu, Nadzim mendakwa, pihaknya mendapat aduan dari orang awam mengenai barangan elektrik luar negara yang diragui kualitinya. Beliau berkata, cop kelulusan Sirim dipercayai dibuat sendiri berdasarkan penelitian yang dibuat hasil serbuan terhadap produk berkenaan. "Maknanya, barangan yang tidak berkualiti dan diragui keasliannya berleluasa di pasaran tempatan dan ini membahayakan pengguna. "Perkara ini mesti disekat segera," tambah Nadzim. |
Siaran langsung TV dibatal, BN takut rakyat tonton debat Guan Eng vs MCA Posted: 07 Jul 2012 04:16 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP melahirkan rasa kesal dan terkejut atas keengganan Astro Awani untuk menyiarkan debat secara langsung di antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng dalam topik "DAP vs MCA: Dasar siapa yang lebih menguntungkan negara?" pada Ahad ini 8 Julai, bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dekat sini. Debat yang sepatutnya disiarkan secara langsung melalui TV pada jam 2.30 hingga 4.30 petang hari tersebut ditunda dan cuma akan disiarkan pada jam 11 malam. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Astro cuma boleh membuktikan komitmen mereka terhadap laporan yang tidak berat sebelah dengan menyiarkan debat tersebut secara langsung. "Astro tidak pun menyatakan sebab mengapa mereka tidak mahu menyiarkan debat kali kedua ini secara langsung dan saya telah menyemak dengan Pengarah Urusan ASLI sendiri Tan Sri Michael Yeo di mana beliau telah mengesahkan bahawa ASLI tidak mengenakan apa-apa bayaran pun untuk disiarkan secara langsung," ujarnya. Kata beliau, keengganan Astro Awani untuk menyiarkan debat ini secara langsung mungkin disebabkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan ketua oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta penjelasan lemah Najib sendiri yang mengatakan debat bukan sebahagian dari budaya politik kita. "Ini jelas menunjukkan wujudnya tekanan politik yang dikenakan terhadap Astro." kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Tambah beliau lagi, penjelasan Astro yang mengatakan bahawa mereka memerlukan masa untuk menyediakan sarikata adalah tidak munasabah kerana semua orang memahami bahasa kebangsaan. "Kalau debat dalam Bahasa Mandarin pun boleh disiarkan tanpa sarikata kenapa perlunya sarikata bagi debat dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris?" soalnya. Menurutnya, debat yang akan disiarkan oleh TV lewat malam tidak akan memberi keadilan untuk meningkatkan kesedaran dan penambahbaikan wacana awam terhadap isu nasional yang penting. "Ini boleh menjejaskan nasib rakyat Malaysia. Alasan untuk melewatkan siaran debat yang akan dijalankan pada waktu petang kerana rakyat Malaysia tiada di rumah antara jam 2.30 hingga 4.30 petang adalah mengarut," tambahnya. "Kalau begitu, Astro juga perlu menghentikan apa jua siaran mereka pada waktu itu (2.30 hingga 4.30 petang) kerana tiada siapa yang menonton TV masa itu sbeagaimana yang dikatakan oleh Astro," ujar beliau lagi. – Roketkini.com |
MCA pula amalkan politik lucah Posted: 07 Jul 2012 04:12 AM PDT Oleh Adil Mat Selamat Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya. Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri? Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng 'main kayu tiga'. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek. Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu 'dalam kain' pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka? Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu? Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia? Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada. Soi Lek ingat semua pemimpin seperti dirinya? Malah, Chua Soi Lek baru-baru ini dengan angkuhnya mencabar Lim Guan Eng untuk meletak semua jawatan beliau atas alasan Guan Eng pun sama juga dengan beliau, yakni tidak bersih dengan adanya skandal dengan wanita lain. Soalnya sekarang, mana bukti yang menyokong dakwaan Chua dan apakah justifikasi untuk Guan Eng meletak jawatan? Jika Chua mahu berbangga dengan kehebatan beliau beraksi lucah di depan kamera video dan selepas itu terpaksa meletakkan jawatan kerana memalukan diri, keluarga, parti dan amsyarakat, itu masalah peribadi beliau. Tak perlu samakan masalah dia dengan orang lain. Semua orang tahu, bukti skandal beliau itu telah terdedah di khalayak awam dan beliau memang seharusnya bertanggungjawab. Namun, apakah keghairahan MCA menyebar fitnah dan bermain politik lucah dan kotor ini adalah budaya kaum Cina? Jika isu seperti ini (tuduhan seks dan skandal lelaki-wanita tanpa bukti sahih) tertimpa kepada pemimpin Melayu Islam, tahu pula orang Melayu mengatakan ini isu politik lucah, budaya politik fitnah dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan masalah negara. Tetapi yang kita lihat, siapa yang melanggar undang-undang media dengan menyiarkan gambar dan video lucah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa yang menyebar fitnah tentang anak dan isteri pemimpin Pakatan Rakyat? Ini satu perkembangan yang agak menyedihkan bagi rakyat yang menjunjung demokrasi sebagai sistem bernegara. Ada yang masih melihat isu seperti ini berdasarkan pecahan kaum, sedangkan mereka lupa bahawa apa saja perkara buruk, itu adalah masalah masyarakat, masalah negara. Politik lucah ini dengan pantas pula mengalih pandangan kita daripada masalah ekonomi dan urus tadbir yang kita semua alami. Politik lucah UMNO-BN mampu bangunkan negara? Apakah dengan politik lucah yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN bererti kita semua tidak lagi mengalami masalah kewangan? Apakah dengan politik lucah, kita tidak perlu lagi menanggung beban bayaran rumah, kereta, anak-anak bersekolah, makanan keluarga seharian? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan? Apakah politik lucah telah membebaskan beban dan tanggungan kewangan pelajar dan ibu bapa? Apakah politik lucah berjaya meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah ragut, rompak, rogol, pukul dan pelbagai jenayah? Adakah politik lucah UMNO-BN akan menyebabkan kita lupa kepada skandal kewangan negara yang bakal ditanggung bebannya oleh anak cucu kita yang terpaksa membayar cukai bagi membayar balik lesapnya wang berbilion ringgit? Adakah politik lucah telah melupakan kita kepada skandal PKFZ, skandal lembu NFC, skandal mata wang asing Bank Negara, skandal kapal selam Scorpene, skandal cincin? Sama-sama kita tolak politik lucah dan fitnah dalam PRU13 nanti. – Roketkini.com |
Posted: 07 Jul 2012 12:15 AM PDT KUANTAN - Peniaga dan beberapa pelanggan deretan kedai di Jalan Mahkota di sini gempar berikutan kemunculan seekor babi hutan yang tersesat masuk ke kawasan itu sebelum merempuh sebuah kedai, tengah hari kelmarin. Babi yang dianggarkan seberat 50 kilogram itu turut merosakkan kaunter pameran sebuah kedai selepas merempuh masuk premis tersebut dipercayai akibat terkejut dengan kehadiran kenderaan dan orang ramai. Suasana kelam kabut di kawasan itu berakhir kira-kira sejam kemudian selepas haiwan tersebut ditembak mati oleh kakitangan Perhilitan di kawasan Padang MPK 1. Seorang saksi, Koh Yen Thong, 23 berkata, ketika itu dia berada di kaki lima deretan kedai tersebut sebelum ternampak kelibat seekor babi hutan meluru dari arah Jalan Bukit Ubi. Menurutnya, haiwan itu dipercayai panik dengan suasana lalu lintas yang sibuk lalu melintas jalan menuju ke arah bangunan kedai itu. "Saya nampak babi itu masuk ke sebuah kedai dan terus mendekati untuk melihat kejadian seterusnya. "Peniaga premis itu panik apabila haiwan itu bertindak liar dengan merempuh rak pameran kaca hingga pecah malah babi itu turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan," katanya. Yen Thong berkata, babi hutan itu akhirnya kepenatan dan terus sembunyi di sebalik kaunter dalam keadaan cedera sehingga kelihatan ada darah menitis ke lantai. 'Saya difahamkan pemilik premis bertindak menutup pintu dan memaklumkan kejadian kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan sebelum dilanjutkan kepada Perhilitan," katanya. Dia berkata, mungkin bimbang haiwan itu terus mengamuk, pemilik kedai bertindak membuka pintu dan haiwan tersebut terus meluru keluar dan berlari menyeberangi jalan ke kawasan padang berdekatan. "Haiwan terbabit nyaris dilanggar kereta kerana suasana jalan ketika itu agak sibuk," katanya. Menurutnya, haiwan tersebut kemudiannya kelihatan merayau-rayau di kawasan padang sebelum masuk ke dalam longkang untuk minum air. "Anggota jabatan Perhilitan yang datang melepaskan tiga das tembakan ke arah haiwan itu sebelum rebah dan mati," katanya. Sementara itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa menembak mati haiwan itu atas faktor keselamatan orang ramai. Menurutya, haiwan yang berada dalam kecederaan dan ketakutan itu dikhuatiri akan mengamuk bila terancam dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan haiwan itu tidak mencederakan orang ramai. "Bagaimanapun kita mengambil langkah perlu sebelum melakukan tembakan termasuk memastikan tiada orang ramai di kawasan tersebut," katanya. Khairiah berkata, pihaknya percaya babi hutan itu dari kawasan belukar sekitar yang tersesat masuk ke kawasan bandar. "Ada kemungkinan habitatnya diganggu sehingga memaksa haiwan itu lari ke kawasan lain," katanya. |
Serah pengurusan air jika tak mampu, MB nasihat Syabas Posted: 07 Jul 2012 12:12 AM PDT GOMBAK - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) disarankan menyerahkan pengurusan air di negeri ini kepada yang lebih layak dan dapat memikul tanggungjawab itu dengan lebih baik daripada rakyat berterusan ditipu dan dibebani masalah air. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor dihujani tohmahan apabila air didakwa tidak mencukupi di Negeri Selangor sedangkan masalah tersebut disebabkan kegagalan Syabas mengendalikan dan menguruskan air di negeri ini. Menurutnya, baru-baru ini Syabas memberi alasan bahawa krisis air yang melanda Selangor disebabkan rakyat menggunakan air lebih dari penggunaan biasa. "Bagaimanapun, Kerajaan Negeri yang memegang amanah rakyat tidak akan sesekali menerima penjelasan Syabas kerana air di Selangor sememangnya mencukupi. "Buktinya, air di empangan melimpah keluar tetapi yang tidak cukupnya adalah air dirawat. Ini membuktikan pengurusan pengendalian air oleh Syabas tidak betul dan mereka gagal melaksanakan apa yang diamanahkan," kata beliau ketika berucap pada Program Khas Terima Kasih Rakyat Daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, semalam. Abdul Khalid berkata, perjanjian penswastaan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri sebelum ini memberi kuasa sangat besar kepada Syabas untuk mengendalikan pengurusan air dan termasuklah menaikkan tarif air. Katanya, sekiranya perjanjian penswastaan itu diteruskan, rakyat Selangor akan terus menerima beban iaitu harga air akan terus naik 20 hingga 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang. "Kita tidak akan menerima situasi ini kerana Kerajaan Negeri diberi amanah untuk merakyatkan ekonomi Negeri Selangor dan bukannya untuk menaikkan harga bagi membebankan rakyat," katanya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membuktikan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa hak asas air mesti dikembalikan kepada rakyat sepertimana pemberian air percuma kepada penduduk di Selangor. Menurutnya , usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri selama itu tidak menjadikan negeri ini muflis dan rakyat terus menikmati manfaat sebagaimana hak mereka sebagai rakyat Selangor. Katanya, semua pemimpin akar umbi dan wakil rakyat diharap dapat menerangkan kepada rakyat supaya tidak tertipu dengan masalah dibawa oleh Syabas. |
Beng Hock: Diam yang sungguh lantang Posted: 07 Jul 2012 12:08 AM PDT TEATER Orang-orang teater itu cuba memberi suara kepada kematian pembantu politik Teoh Beng Hock yang dijumpai meninggal dunia dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam tiga tahun lalu. Bagaimanapun, menariknya, dalam teater terbitan Rumah Anak Teater (Rat) itu, watak yang memerankan Teoh tidak bercakap sepatah pun - kesunyian yang menjadi suaranya sepanjang persembahan 45 minit itu. Mungkin benarnya kata editor pengurusan RAT Faisal Mustaffa bahawa "orang mati tidak bercerita", maka suara itu disampaikan melalui watak lain. "Dia bukan Teoh Beng Hock, sebab Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia. Itu bukan dia, itu lelaki daripada taman yang membayangkan (insiden itu)," jelas Faisal. 'Lelaki dari taman' itu membuka pentas, muram di bangku putih selepas dibuang kerja. Orang tidak dikenali, wanita, berjalan masuk dan marah-marah. "Kamu mungkin dibuang kerja, tetapi kamu masih bernyawa... Orang lain, Teoh Beng Hock sebaliknya hilang dari pangkuan tunang dan anak kecil yang belum lahir," kata wanita kepada lelaki itu - yang kemudiannya tenggelam dalam perwatakan 'Teoh', sekali gus memberikan 'suara' kepadanya. |
Adiana rayu anak dirawat segera Posted: 07 Jul 2012 12:06 AM PDT SHAH ALAM - Nurul Huda Zanery, 12, yang menghidap penyakit tiroid tahap empat masih tidak mendapat tarikh baru untuk rawatan susulan ekoran pendarahan kerongkongnya yang semakin serius. Ibunya, Adiana Othman, 34, berkata, Nurul Huda masih ke sekolah kerana menjalani ujian percubaan tahun enam, namun anaknya itu perlu bantuan ais batu bagi meredakan panas badan dan kesakitan kerongkongnya. "Saya bimbangkan Huda kerana semakin hari keadaannya menjadi teruk. Saya takut untuk memberi sebarang ubat. Hanya guna ais untuk mengelap bahagian belakang badannya bagi mengurangkan kesakitan," katanya. Menurutnya, rawatan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan anaknya bertambah kritikal. Dalam perkembangan sama, dua anaknya, Nurul Fatihah Zanery, 8, dan Muhammad Amir, 11, masing-masing menghidap penyakit saraf tulang kongenital dan saluran kencing juga menunjukkan tahap kesihatan tidak menentu. "Fatihah sudah tidak berdaya mengangkat benda berat. Apatah lagi untuk memegang pensel untuk menulis," katanya. Sebelum ini, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadualkan Nurul Fatihah membuat ujian rawatan imbasan magnetik resonan (MRI) ke atas lehernya kali kedua untuk mengesan kedudukan kansernya. Menurutnya, pakar surgeri Nurul Fatihah dari PPUKM, Dr Hanafiah akan melakukan ujian itu dan menentukan tarikh bulan ini, supaya tarikh pembedahan dijalankan dalam tempoh terdekat. Sementara itu, Muhammad Amir memerlukan perhatian khusus walaupun keadaannya tidak serius. Jumlah dana terkumpul setakat ini, meningkat kepada RM27,400. Sesiapa yang berhasrat menyumbang boleh menghubungi 013-2934837 atau terus ke akaun Maybank Adiana, 162508103642. |
Isteri KM: Janganlah kejam, Soi Lek Posted: 07 Jul 2012 12:03 AM PDT Isteri ketua menteri Pulau Pinang Betty Chew menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menghentikan dan menyekat anggota partinya daripada menyebarkan "pembohongan" bahawa suaminya Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan. Pembohongan itu, termasuk dakwaan beliau menyerang bekas kakitangan itu, kata Betty yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana. Chew mendakwa, ia sebenarnya helah untuk merosakkan reputasi keluarganya, sekali gus menjejaskan anak-anaknya. "Kami ada keluarga juga. "Saya pasti keluarga kamu melalui saat sukar ketika kamu mengaku secara secara terbuka mempunyai hubungan sulit dan berundur sebagai menteri," kata Chew dengan emosi, dalam sidang media bersama suaminya di Pulau Pinang hari ini. |
Cuepacs: 'Hapus kerenah birokrasi jika mahu buang rasuah' Posted: 06 Jul 2012 11:59 PM PDT "Dalam perkhidmatan awam, perkara yang perlu dikurangkan bagi menjamin sesuatu perkara itu mampu diselesaikan dengan segera ialah dari segi kerenah birokrasi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online. Kelmarin, Dr Mahathir berkata, kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh kerajaan boleh menyebabkan berlaku rasuah. Justeru kata beliau, semua jabatan kerajaan harus menetapkan jangka waktu bagi pegawainya menyiapkan sesuatu tugas, kerana tempoh masa yang diambil akan menentukan sama ada tugas itu dilaksana dengan baik atau tidak. "Jangan ada kelewatan. Saya takut kelewatan akan menyebabkan rasuah. Jika suatu perkara boleh dilaksana dalam satu hari, pastikan perkara itu siap dalam sehari. Jika tidak, panggil pegawai itu dan tanya mengapa dia tidak boleh lakukan dalam sehari," katanya. Sehubungan itu menurut Azih, kerenah birokrasi seharusnya dikurangkan atau dihapuskan sebaik-baiknya bagi memastikan para pelanggan yang berurusan dengan pihak kerajaan boleh berhubung secara terus tanpa menggunakan orang tengah. "Apabila wujudnya pihak ketiga jika pelanggan berurusan, kebarangkalian terjadi atau berlakunya rasuah di antara pelanggan dan kakitangan perkhidmatan awam adalah tinggi. "Jika boleh kita hendaklah elakkan campur tangan (peranan) orang ketiga bagi mengelakkan rasuah berlaku," ujarnya. Beliau turut menambah, perkara ini juga menyebabkan wujudnya persepsi negatif di kalangan orang ramai terhadap kakitangan awam. "Segala jenis urusan di kaunter seharusnya tidak melibatkan pihak lain dan seharusnya orang ramai dibenarkan berurusan secara terus apabila menguruskan atau terlibat dengan sebarang urusan dengan pihak kerajaan," tambah beliau. Segala jenis proses dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan seharusnya telus tanpa ada sebarang penglibatan pihak lain bagi menjamin terjadinya amalan rasuah. |
34 kota sertai perhimpunan anti-Lynas 14 Julai Posted: 06 Jul 2012 11:56 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Satu lagi pusingan perhimpunan anti-Lynas akan berlangsung serentak di 34 kota di Malaysia dan Australia pada 14 Julai akan datang susulan seruan kumpulan antiprojek nadir bumi itu Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk "bertindak".Bertemakan "kami akan undi untuk masa depan yang bersih dan selamat", perhimpunan itu akan bermula pada jam 5 petang di sembilan negara di Malaysia dan beberapa kota di Australia termasuk Sydney, Perth dan Melbourne. "Perhimpunan peringkat kebangsaan dianjurkan oleh SMSL. Kami menjangkakan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengambil bahagian. "Ini hanya perhimpunan, bukan protes," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teet dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, oleh kerana rakyat menuntut "persekitaran bersih dan selamat", perhimpunan akan memasukkan juga acara pilihan raya olok-olok, yang mana setiap peserta akan diberi kertas undi bagi mengundi menerima atau menolak Lynas. |
Umno hilang arah di bawah Najib, kata anak bekas pejuang Umno Posted: 06 Jul 2012 11:52 PM PDT KUALA LUMPUR — Anak kepada bekas pemimpin dan pejuang ternama Umno melihat parti terbesar Melayu itu kini hilang arah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba turut menyuarakan rasa tidak senang dengan pentadbiran Najib yang menurutnya lebih banyak merampas daripada mempertahankan hak rakyat di negara ini. "Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat. "Di bawah pemerintahan Najib, Umno kini lebih banyak menekan dan merampas hak rakyat daripada mempertahankannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi malam tadi. Tamrin turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Najib (gambar) kerana sejak beliau menerajui negara ini pada 2009 apabila menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dasar parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu juga telah berubah sama sekali. "Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan Umno juga telah berubah," tambah bekas ahli Parlimen Batu Berendam ini lagi kepada The Malaysian Insider. Bapa Tamrin, yang juga pernah menjadi pemangku perdana menteri sewaktu Dr Mahathir menjalani rawatan jantung pada 1989 adalah pejuang sejati Umno yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran empat perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, Tun Ghafar juga pada pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka selama lapan tahun bermula 1959 sehingga 1967 walaupun pada mulanya menolak untuk dilantik menjawat jawatan tersebut oleh Tunku Abdul Rahman. Tamrin yang dilihat aktif di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat (PR) hari ini turut mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu apabila seringkali dilihat mengkritik kepimpinan perdana menteri tersebut. "Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor. Jelas Tamrin, surat itu antara lain menuntut agar beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti yang mana Jawatankuasa Pengurusan Umno melihatnya sebagai "melanggar disiplin parti." "Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya, saya menuntut untuk bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan terus kepada mereka," tegas Tamrin yang turut menghadapi kemungkinan dipecat sebagai ahli Umno. Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya dipecat, Tamrin menjelaskan, beliau masih lagi belum membuat keputusan terhadap perkara itu. "Kita tunggu tindakan jawatankuasa disiplin parti dahulu. Saya belum fikir lagi nak sertai mana-mana parti," tambahnya lagi. Tamrin yang sebelum ini hanya memencilkan diri kini dilihat semakin agresif di pentas ceramah anjuran pembangkang termasuk kemunculan semula pertamanya pada perhimpunan pra Bersih 3.0 pada penghujung April lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini. Selain itu, beliau juga pernah menulis "surat kuning" kepada Najib dan memberi teguran, saranan dan pandangan bagi memulihkan sokongan rakyat kepada Umno. Bagaimanapun, usaha beliau itu tidak mendapat perhatian Najib walaupun perdana menteri itu kerap menyatakan parti itu "perlu berubah jika tidak mahu diubah" dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat. |
Perubahan tidak berlaku dengan demonstrasi jalanan, kata Najib Posted: 06 Jul 2012 11:48 PM PDT SHAH ALAM, 7 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan perubahan di dalam negara tidak akan berlaku hanya jika disebabkan oleh demonstrasi jalanan. Najib turut menegaskan, demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi, sebaliknya bakal memusnahkan negara. "Pihak-pihak tertentu cuba untuk memusnahkan negara melalui demonstrasi jalanan. Perubahan tidak akan berlaku dengan demonstrasi jalanan. "Demonstrasi juga tidak akan memantapkan demokrasi. Itu 'democrazy'," tegas Najib (gambar) sewaktu memberi ucapan perasmian Konvensyen Pemikir Muda Malaysia (PPM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini. Jelas Najib, peserta demonstrasi jalanan itu juga tidak ubah seperti "kera kena belacan", malah beliau turut menggesa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk menyuarakan pendapat mereka melalui saluran yang betul. "'Democrazy' ini tidak menguntungkan negara. Kalau tidak setuju, suarakan dengan baik, beradab dan sopan, supaya kerajaan boleh dengar," jelas perdana menteri di hadapan 2,000 peserta konvensyen tersebut. Justeru itu, beliau berkata, bukti kerajaan Malaysia berada di landasan yang betul sudah ditunjukkan melalui pembangunan yang dikecapi negara pada masa kini. "Jangan fikir kita kerajaan tidak betul. Jika tidak, Malaysia tidak akan membangun seperti ini. "Kita ada 'road map' yang lengkap dalam mencapai matlamat negara maju, malah negara maju sendiri tidak mempunyai road map mereka seperti kita. Ini membuktikan kita mampu memerintah," tegasnya lagi. Konvensyen sehari anjuran PPM itu turut menghimpunkan generasi muda daripada pelbagai bidang profession termasuk lebih 22 profession yang meliputi mereka yang berkhidmat dalam bidang pendidikan, keselamatan, petani, wartawan, dan banyak lagi. Dalam majlis tersebut, Najib turut diberi pengiktirafan menerima Anugerah Tokoh Pemikir Terbilang oleh PPM atas jasa beliau dalam merencana Program Transformasi Kerajaan (GTP). |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
5 ulasan:
[url=http://loveepicentre.com/][img]http://loveepicentre.com/uploades/photos/3.jpg[/img][/url]
adultsim dating games [url=http://loveepicentre.com/success_stories.php]indianapolis indiana dating websites[/url] atheist dating phoneix
montreal free dating [url=http://loveepicentre.com/]speed dating warrington[/url] hockey523 dating
dating family [url=http://loveepicentre.com/advice.php]dating millionaires reality[/url] dating sim pee
[url=http://redbrickstore.co.uk/products/mentat.htm][img]http://onlinemedistore.com/1.jpg[/img][/url]
invite pharmacy http://redbrickstore.co.uk/contact.htm cvs pharmacy richmond va [url=http://redbrickstore.co.uk/categories/gastrointestinal.htm]pharmacy training program versus no training[/url]
online pharmacy codiene http://redbrickstore.co.uk/products/doxycycline.htm medicap pharmacy grand forks [url=http://redbrickstore.co.uk/products/confido.htm]confido[/url]
wvu pharmacy technician test http://redbrickstore.co.uk/products/tegretol.htm buy link pharmacy net top ultram [url=http://redbrickstore.co.uk/products/tulasi.htm]pharmacy privacy act[/url]
fairwood pharmacy http://redbrickstore.co.uk/products/kamagra-soft.htm pharmacy grade glucosamine [url=http://redbrickstore.co.uk/products/eulexin.htm]eulexin[/url]
[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/kamasutra-contoured-condoms.htm][img]http://onlinemedistore.com/10.jpg[/img][/url]
saco hannaford pharmacy hours http://certifiedpharmacy.co.uk/products/actos.htm strathclyde uni pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/digoxin.htm]cactus pharmacy arizona growth hormone[/url]
free continuing education for pharmacy technician http://certifiedpharmacy.co.uk/products/avodart.htm hbcu for pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/rumalaya.htm]rumalaya[/url]
sources of methyl paraben in pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/categories/antiviral.htm one international place boston pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lioresal.htm]pharmacy blogs[/url]
canadian pharmacy scam http://certifiedpharmacy.co.uk/products/acticin.htm health information pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/imitrex.htm]imitrex[/url]
[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/menosan.htm][img]http://onlinemedistore.com/7.jpg[/img][/url]
walmart pharmacy crossville tn http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lithium-carbonate.htm pharmacy in belize city by cruise port [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/catalogue/o.htm]tiajuana pharmacy[/url]
pharmacy industry lobby executive director http://certifiedpharmacy.co.uk/products/yasmin.htm pharmacy schools in virginia [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lynoral.htm]lynoral[/url]
bachs pharmacy east http://certifiedpharmacy.co.uk/products/zithromax.htm dons pharmacy oelwein [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/bactrim.htm]lloyds pharmacy independant living for everyone[/url]
canada pharmacy diet phills http://certifiedpharmacy.co.uk/products/kytril.htm pharmacy shooting [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/categories/erection-packs.htm]erection packs[/url]
[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/categories/anti-depressant-anti-anxiety.htm][img]http://onlinemedistore.com/11.jpg[/img][/url]
helix pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/acai.htm rome pharmacy gluten free [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/uroxatral.htm]pharmacy working vacation[/url]
augmentin online pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/detrol.htm global pharmacy inc [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/ampicillin.htm]ampicillin[/url]
no prescription tramadol us pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/ilosone.htm pharmacy wahalla sc [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/hangoff-helper.htm]ambien pharmacy online consultation[/url]
use of packaging pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/flomax.htm priceline pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/oxytrol.htm]oxytrol[/url]
Catat Ulasan