ALHUSSEYN |
- Alhamdulillah, Abdullah Antong Kini Berada Pada Jalan Allah!
- Selamat Bertunang Kepada Anakanda Annur Adha dan Khairudin Muhammad
- Berpakaian Ketat - Diberikan Nasihat oleh Polis
Alhamdulillah, Abdullah Antong Kini Berada Pada Jalan Allah! Posted: 07 Jul 2012 08:14 AM PDT Saya cukup terharu sebagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak apabila bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengishtiharkan dirinya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya. Saya sendiri bersalaman dengannya dan mengucapkan Tahniah kepadanya.Alhamdulillah, beliau masih mengingati saya lagi.... Tidak sia-sia saya mengharapkan agar dia mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti. Allah telah makbulkan juga kini! Saya sempat ambil no talifonnya....ha! ha! siaplah tu...saya nak panggil dia berceramah kat Sungai Rokam sedikit masa lagi sebelum menjelang Ramadhan! Kawan-kawan akan bantu menjayakannya nanti insya'Allah! "Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?" Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu akbar oleh hadirin yang memenuhi dewan majlis High Tea di Hill City Ipoh sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS. Antara ikon ahli baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak, bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar, Bekas Ketua Jamaah Nazir KPM , Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin, pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid. Mereka kesemuanya menceritakan perihal sebab masing-masing meyertai PAS.Masing-masing mengaku menyertai PAS secara sukarela dan kehendak diri sendiri tanpa diajak oleh mana-mana pimpinan PAS yang ada. Kembali kepada Abdullah Antong, dia menceritakan betapa ketika itu ditahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry. Dia kata terlalu ramai yang mengutuknya.Ha! Ha! Ha! Dia sebut juga blog al-husseyn – antara blog yang mengutuk tindakannya pada waktu itu. Dia boleh ingat heading entri al-husseyn itu!- Dia sebut, "Abdullah Antong, bertaubatlah kamu ....." dan alhamdulillah; Abdullah Antong kini sudah bertaubat dan Allah letakan beliau diatas landasan perjalanan yang benar. Mudah-mudahan Abdullah merupakan peribadi Muslim sejati sebagaimana Allah sifatkan dalam surah al-Hujraat, ayat 105 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Antara yang pernah saya tulis dulu mengenai Abdullah ialah : Amatlah malang bagi Abdullah Antong kerana orang Hindu mampu melaksanakan seruan jihad yang Allah rakamkan dalam al-Quran.Mudah-mudahan Abdullah akan bertaubat dan Sivakumar mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti. Kepada Abdullah Antong, saya teringat kata-kata Tok Alim : Ajjilu bi-salati qablal faut; ajjilu bi-taubati qablat maut - Bersegeralah solat sebelum masanya luput, bersegeralah taubat sebelum (tibanya)ajal maut! Baca di sini Alhamdulillah, Abdullah telah pun menyatakan dihadapan hadirin tadi bahawa beliau telah pun bertaubat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilhamd! |
Selamat Bertunang Kepada Anakanda Annur Adha dan Khairudin Muhammad Posted: 07 Jul 2012 01:01 AM PDT Hari ini anak kawan aku bertunang. Selepas sahaja balik pasar tadi, aku bersama isteri pun pergilah ke Kg Batu Lapan Uli Kinta, rumah kawan aku tu, Onon namanya, pesara Askar Melayu. Tidak ramai kawan-kawan sekolah yang lain hadir.Yang ada Kepten Curut dan Cina Mafia yang dah pencen tu.Hanya tatkala aku dan isteri nak balik muncul Zairo dengan isteri barunya.Ha! ha! Zairo pakai songkok tinggi! Silap betul aku tak ambil gambar dia tadi tuh! Ha! ha! Aku bersalam dengan dia dan bagi tau kat dia aku yang nak masuk Umno! "Bagus tu! Bagus tu!" jawab Zairo dengan ketawa biasanya. "Aku nak masuk Umno Johor !" Ha!Ha! baru dia perasan yang aku bergurau dan merujuk pasal Adun kat Johor yang cadangkan laksanakan Hudud! "Dia tu dah hilang akal!"Marah sahut si Zairo. "Hanya dia sorang tu saje!" ha! ha! aku cuma ketawa aje dan minta diri nak pulang dulu. Aku sempat ambil beberapa gambar di majlis tersebut. Aku ucapkan selamat bertunang kepada mereka berdua -Annur Adha dan Khairudin Muhamad; semoga dipertemukan jodoh dan berpanjangan bahagia hendaknya. Tunang anak kawan aku ni dari Pasir Pekan, Kelantan. "Orang Tuan Guru Nik Aziz atau Ibrahim Ali?" Sadin aja aku bertanya. "Bab itu tak pula aku bincangkan," jawab Onon. Getik aku dengar jawabnya! Tapi aku yakin diaorang tu bukan Umno. Aku dapat bezakan orang Umno atau PAS melalui baunya. Orang Umno biasanya bau taik! Mahathir yang beritahu aku begitu. |
Berpakaian Ketat - Diberikan Nasihat oleh Polis Posted: 06 Jul 2012 05:30 PM PDT BANDA ACEH- Jika anda seorang wanita yang biasa menggunakan pakaian ketat, jangan menggunakannya di Aceh. Jika tidak anda akan diberkas oleh RAZIA – Polis Syariah atau Wilayatul Hisbah (WH). Berpakaian ketat dan tidak mengenakan jilbab dinilai melanggar qanun (Perda) Syariat Islam. Petugas akan mencatat identiti mereka yang berpakaian tidak sesuai Syariat Islam. "Mereka hanya diberikan nasihat saja tidak ditangkap. Kami hanya mencatat identitinya jika diketahui melakukan hal sama lagi akan ditindak," kata Kepala Seksi Penyidikan Satpol PP dan WH Aceh, Samsuddin. Provinsi Aceh akan mengeluarkan aturan pelarangan penjualan pakaian semacam itu. Kepala Penegakan Hukum Islam di Aceh , Samsudin menyatakan surat edaran perihal pelarangan ini segera disampaikan pada pemilik toko. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan