Biaqpila |
- APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 7/7/2012
- LIVE: KELANTAN VS PERAK
- LUBANG MISTERI DI LEBUHRAYA
- PROMOSI HARAMJADAH
- Pemuda UMNO Hanya Menikus Terhadap Kebiadapan Soi Lek Hina Islam?
APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK? Posted: 07 Jul 2012 03:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA DS Anwar menyebut bahawa beliau mungkin akan memikirkan untuk bersara di arena politik sekiranya PR gagal mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 akan datang, maka tokoh Pembangkang yang pertama mengulas isu ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Kemudiannya beberapa pimpinan dari PKR dan DAP serta tidak ketinggalan juga dari beberapa tokoh Umno. Ulasan Tuan Guru Nik Aziz penuh pengertian iaitu DS Anwar seharusnya terus `mengajar' rakyat Malaysia berpolitik tidak kira samada PR menang atau tewas. Pimpinan dari PKR sepertima kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah terus mempertahankan Ketua Umum iaitu ayahandanya sendiri bahawa PKR masih memerlukan bimbingan DS Anwar. Pimpinan DAP pula tegas dari dulu iaitu DS Anwar mesti mengetuai PR dan DAP tetap yakin kali ini rejim Umno/Bn akan tumbang di Putrajaya. Berbeza dengan ulasan pimpinan Umno. Di antaranya kenyataan Fuad Zakarshi dan Idris Haron yang masih ragu-ragu akan kenyataan DS Anwar dan menganggap itu hanya satu kenyataan politik dan permainan psikologi bagi meraih simpati. Secara peribadi, saya bersetuju dengan kehendak DS Anwar itu. Ada lojiknya kerana sudah terlalu lama DS Anwar menghambakan dirinya untuk rakyat dengan berbagai dugaan dan fitnah yang beliau tempuhi. Kini, usia beliau mencecah 65 tahun di dalam keadaan tidak begitu cergas akibat penyakit tulang belakang yang dihidapinya. Namun, tokoh reformasi ini terus melupakan semua itu dan pada setiap saat tiada waktu yang tidak melibatkan beliau dengan rakyat jelata. Sabab hari, siang dan malam DS Anwar bersama rakyat, susah dan senang. Tidak terfikir oleh kita, di dalam usia se tua itu, tokoh ini mampu bergerak di dalam dua atau tiga program serentak pada satu malam, kadangkala menjelajah di dua negeri dalam tarikh yang sama. Terlalu kuat staminia yang `dipaksa' oleh DS Anwar. Dari segi psikologi, amat mustahil tokoh yang sudah berusia ini mampu bergerak seaktif ini di dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh musuh-musuh politik beliau melalui serangan tidak pernah putus melalui media. Tuduhan seks, liwat, ejen asing, rasuah, fahaman ugama liberal, pro kaum Cina dan berbagai lagi tuduhan yang sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan dan dipercayai rakyat yang bijak. Malahan serangan berbentuk fizikal melibatkan diri dan keluarga beliau sendiri. Bukan satu fitnah apabila kereta beliau disabotaj, anak beliau YB Nurul Izzah diugut melalui SMS, di baling batu ketika ceramah, kereta dikemekkan dan berbagai lagi sehingga beliau dapat menyaksikan bagaimana seorang tua penyokong kuatnya berdarah di hadapan beliau akibat dibaling batu oleh rejim sekutu Yahudi. Beliau cuba hadapinya dengan kekuatan tenaga yang tidak sekuat orang muda. Kekuatan rohani yang ada beliau memberanikan diri untuk mencabar ketua rejim Umno iaitu Najib Razak agar berdepan dengannya di pentas debat sebagai menebus penderitaan rakyat yang selama ini dizalimi oleh rejim sekutru Apco itu. Malangnya, Najib yang lebih muda dari beliau, bukan lelaki sejati. Najib hanya layak menjadi Menteri Wanita. Najib sehingga kini terus mempamirkan sikap penakutnya untuk berdepan dengan DS Anwar. Najib terpaksa gunakan media untuk melindungi telornya yang hilang di dalam seluar. Di dalam usia mencecah 65 tahun sekarang ini, DS Anwar mungkin memikirkan apakah beliau boleh berdiri sekuat sekarang untuk 5 tahun lagi seandainya PR tidak mampu ke Putrajaya? Jika PR tewas (Nau'zubillah) di dalam PRU ke 13 nanti, kita terpaksa menunggu untuk 5 tahun lagi. Ketika itu, tokoh ini telah mencapai usia mencecah 70 tahun. Mungkin beliau berfikir, apakah yang boleh beliau lakukan di dalam keadaan usia sedemikian? Saya juga boleh bersetuju jika kenyataan DS Anwar ini merupakan kenyataan psikologi yang baik. Beliau mahu semua pemimpin dan penyokong di dalam PR, terutamanya di dalam PKR sendiri untuk bekerja keras dari sekarang seperti yang beliau telah lakukan. Jika mahu beliau menerajui negara ini di dalam keadaan masih bertenaga seperti sekarang, tiada pilihan lain kecuali rampas Putrajaya di dalam PRU ke 13 ini. Di samping itu, pimpinan semua parti di dalam PR mesti lah bersedia untuk menampilkan tokoh muda yang berkaliber bagi meneruskan perjuangan ini. Umumnya, kita menyokong PKR atau PR bukan kerana tubuh DS Anwar. Samada beliau masih ada bersama kita, atau beliau di dalam penjara, mahupun beliau bersara atau pergi selama-lamanya dari dunia yang fana ini, kita yang masih hidup wajib terus berjuang tumbangkan rejim zalim Umno/Bn. Cuma, pada waktu ini, ketika dan saat ini, kita perlukan nakhoda yang kuat, gagah dan licik seperti DS Anwar. Tapi, untuk 5 tahun akan datang kita tidak tergamak lagi untuk `memaksa' tokoh ini terus menghadapi dugaan dan fitnah seperti yang sedang beliau hadapi sekarang. /wfauzdin.blogspot.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 07 Jul 2012 11:23 AM PDT |
Posted: 07 Jul 2012 06:03 AM PDT PERLAWANAN TAMAT LIGA SUPER MALAYSIAKELANTAN 6-0 PERAK7th JULY 2012 2045 (GMT +8)SILA KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Posted: 06 Jul 2012 11:00 PM PDT BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar. Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan. Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan. Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu. Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 06 Jul 2012 08:00 PM PDT The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini. Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham. Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini. Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu. The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu. Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. Harakahdaily.net KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Pemuda UMNO Hanya Menikus Terhadap Kebiadapan Soi Lek Hina Islam? Posted: 06 Jul 2012 05:00 PM PDT Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud. Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno. Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia ? Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada umno, di manakah Pemuda UMNO dan Perkasa? Adakah mereka hanya mampu melihat kebiadapan Chua Soi Lek menghina Islam tanpa apa-apa tindakan? Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat DS Chua Soi Lek itu di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum Hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran? Di mana hilangnya kejantanan Perkasa dan NGO-NGO lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu ? Adakah keberanian mereka hanya selektif dan mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat ? Apakah Umno sangat takut dan gentar kepada Chua Soi Lek? Saya selaku Penyelaras SAMM Wilayah, ingin mencabar Pemuda UMNO Malaysia, mencabar Ketua Wira Perkasa Malaysia dan beberapa Ngo Melayu untuk bangkit dan membuat dan laporan polis seterusnya menuntut permaafan daripada Presiden MCA itu, di atas kebiadapan untuk kesekian kalinya. Pemuda UMNO digesa tidak hanya berani dan lantang bersuara di dalam kandang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO sahaja. Dengan ini saya juga mendesak supaya pemuda Umno tidak lagi menggunakan Keris sebagai simbolik keberanian Pahalawan Melayu sekiranya hal keceluparan Presiden MCA itu gagal diselesaikan dengan setimpal tindakan. Azmir Haji Mustafa Penyelaras SAMM Wilayah Solidariti Anak Muda Malaysia www.sammwilayah.com DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan