Isnin, 2 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


UNCLE SEEKERS DITUDUH AIBKAN KERABAT JOHOR

Posted: 02 Jul 2012 06:32 AM PDT

Tiga puluh individu pada Ahad membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas (gambar) atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.


Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.


“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.


Gambar: Antara gambar yang menunjukkan salah seorang kerabat Johor yang berdampingan dengan seorang artis tempatan yang terdapat di dalam laman web Uncle Seekers.


“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.



SUMBER: KL-TODAY


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Peranan Blogger makin celaru dalam PRU-13

Posted: 02 Jul 2012 05:00 AM PDT


Komunikasi adalah alat yang menakjubkan berupaya menghubungkan sesama manusia selain mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi penguasa alat kemunikasi. Akhbar, majalah, radio dan televisyen semenjak dahulu lagi sudah menjadi wahana sejagat yang penting dalam sejarah tamadun manusia.

Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook, twitter dan google + memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Kalau dahulunya tentera Jepun menyerbu Pearl Harbor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Jepun menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat (AS) di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan.

Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di lautan. Mereka merisik kegiatan tentera AS dan mendapatkan maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Alat komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan peperangan.

Begitu juga dalam pilihan raya Kerajaan BN telah menggunakan Akhbar, Radio dan TV untuk menguasai minda rakyat yang rata-rata di Tanah Melayu masih ketinggalan. Sekarang sudah berbeza sama sekali dan perkara ini jelas dalam beberapa siri pilihan raya muktahir di Tanah Air kita.

Kerajaan BN nampaknya tidak memandang remeh terhadap perkembangan media baru ini kerana ia mampu gegarkan politik negara. Malah suara media baru mampu menggerakkan gerakan pelajar untuk menuntut keadilan seperti yang berlaku di Timur Tengah. Peranan rakan maya membawa kesan yang besar dalam menyebar maklumat, sekali gus mampu mempengaruhi senario politik negara.

Apabila media arus perdana tidak dipercayai dari segi kreadibilitinya, media baru adalah alternatif. Melaluinya, tenaga kerja secara khusus tidak diperlukan dan sebahagiannya adalah mereka yang tak perlu diupah malah hebahannya juga secara percuma kepada rangkaian pembaca yang besar.

Ketagihan rakyat terhadap media baru juga seharusnyatidak dipandang sepi. Rakyat hari ini rata-rata memerlukan kepada sumber yang cepat dan benar. Pasal itu penulis internet yang dikenali sebagai blogger cukup disanjung.

Malangnya akhir-akhir ini, sikap blogger berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain yang lebih bersifat menjalan misi dan rancangan orang-orang atau kumpulan tertentu, penulisan tidak lagi menjurus kepada etika dan kebenaran malah rata-rata blogger mengulas mengikut fakta doktrin 'orang-orang' tertentu menjadi pengguna media baru sudah mula sangsi akan maklumat yang disampaikan oleh media baru ini.

Apabila moral dan etika sudah tidak dijadikan asas penulisan, sekarang ini banyak maklumat palsu atau sengaja dipalsu untuk sesuatu tujuan tanpa menghirau tentang dosa dan pahala menyebabkan kredibiti penulis yang dikenali blogger makin tidak mendapat tempat.

Saya setuju pendapat yang dikemukan oleh Profesor James Chin, dalam diskusi Politics Unusual – What To Expect In the Next General Election anjuran Asli (Asian Strategy and Leadership Institute) di Sunway Resort Hotel & Spa, Selasa 17 Januari 2012.

Profesor James Chin, seorang panelis dan Ketua Jabatan Social Sciences, Monash University, Kampus Sunway, Selangor, menegaskan mengikut beberapa kajian mutakhir, bloggers tidak akan berperanan, atau berpengaruh dalam PRU13 seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Antara sebabnya sebagaimana dikemukan oleh Prof. James ialah pembaca blog telah mengetahui sebahagian besar bloggers tidak bebas, tidak berkecuali; tidak sederhana; mereka ada agenda tertentu, mereka sebagai ajung (adjunct) parti-parti politik tertentu. Ada ajung Pakatan Rakyat dan sekarang sudah wujud bloggers ajung BN/Umno. Hasil kajian itu nampaknya blog hanya dibaca oleh pengikut setia tertentu sahaja, bukan oleh pengundi bebas atau pembaca atas pagar. Apa yang perlu dan harus ada ialah bloggers yang moderate, sederhana dan neutral yang mampu mengalih perhatian dan mempengaruhi pengundi bebas dan pembaca yang independent.

Memang sukar untuk mendapat penulis yang benar-benar mengktik atas suara hati rakyat yang mahukan suatu yang benar ikhlas dan jujur dalam menganasilis isu-isu rakyat. Jika kita menegur sesuatu, cemuhan dan kata nista akan mewarna penulisan dan teguran. Tidak ada lagi rasional dan sikap ta'asud telah membuatkan ramai pemimpin merasa mereka itu sentiasa benar.

Untuk menghasilkan suatu kepimpinan rakyat yang mantap, pemimpin haruslah dikritik secara jujur dan ikhlas oleh rakyat. Saya pernah mencadangkan kepada seorang penulis lama, kawan baik saya untuk membina satu blog untuk mengkritik Presiden PAS dalam apa jua tindakan yang dibuat. Kritikan ini mestilah kritikan membina yang akan menegur setaip perbuatan dan perjalanannya, mengkritik orang dipersekitarannya yang melakar politik Presiden.

Tapi malangnya kawan saya tidak bersedia kerana sifat ta'asud yang menebal. Malah kawan saya menyebut lagi sukar untuk menegur Anwar Ibrahim atau Mursyidur Am di internet.

Apa yang boleh berlaku ialah blogger akan lebih bersifat pengampu untuk mendapat tempat pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pasal itu tidak hairan tidak ada lagi gah pada blogger.

tin-buruk

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri

Posted: 02 Jul 2012 01:00 AM PDT



Insiden yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu. Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008 dahulu.

Justeru kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja. Keputusan PRU 13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada ditangan PR, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.

Oleh kerana itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan 'reflection' yang jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan 'desperado' di negeri itu. Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.

Jika BN hendak menang dalam pilihanraya tunjukkan kelakuan yang baik, kerana kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu itu adalah disebabkan BN khususnya UMNO tidak mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan zaman dan waktu ini. Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman batu dahulu. Di zaman batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan penumbuk yang besar merekalah yang berjaya.

Zaman sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan otak dan pemikiran, bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang berotot besar. Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari pihak atau dari penyokong BN khususnya UMNO.

Sesiapa boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki gaduh dan samseng, bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong mereka. Rakyat tidak mahu pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin dari Uganda suatu ketika dulu.

Tetapi apa yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja baik yang anda telah lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun ini sehinggakan negeri itu menjadi sebuah negeri yang premium jika dibandangkan dengan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN. Jagalah keselamatan anda dengan baik kerana nampaknya pihak polis tidak begitu 'magnanimous' dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan rakyat dan negara.

Sikap ganas pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya kerana apa: ia adalah kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri. Bukannya salah sesiapa yang lain. -

aspanaliasnet.blogspot.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Macam Dalam Filem: Rompakan Mesin ATM Di Carrefour Wangsa Maju

Posted: 01 Jul 2012 09:00 PM PDT

RM1.17 juta dalam empat mesin ATM lesap

KUALA LUMPUR - Wang tunai berjumlah RM1.17 juta di dalam empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, dilarikan penjenayah awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kejadian disedari seorang pengawal keselamatan pada pukul 7 pagi semasa membuat rondaan dan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mesin ATM itu telah dialihkan.

Melihat kesan tebukan pada keempat-empat mesin ATM berkenaan, pengawal keselamatan itu bertindak melaporkan kepada polis.

Othman berkata berdasarkan siasatan awal rakaman CCTV, kejadian pada pukul 3.06 pagi itu dilakukan sekumpulan penjenayah yang memakai topeng muka dan menggunakan alat pencair besi (oxy-gas) bagi menebuk keempat-empat mesin ATM itu.

"Kami percaya ia dilakukan sekumpulan penjenayah yang cukup profesional dan perancangan mereka amat rapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Othman berkata polis kini memburu kumpulan penjenayah terbabit berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama



Jika diletakkan pujian, kumpulan penyamun yang melarikan wang tunai dari 4 mesin ATM ini memang layak menerimanya.

Dengan kerugian RM1.17 juta , segala-galanya nampak teratur walaupun mereka melakukan kerja gila ini dengan pelbagai rintangan yang harus dihadapi.


Bukan memuji penjenayah, tetapi kelemahan sistem kawalan dan keselamatan di lokasi ini dipercayai menyebabkan kejadian ini langsung tidak disedari.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 5 pagi tadi di Carefour Wangsa Maju di ibunegara.

Kumpulan penjenayah terancang ini memasuki bahagian dalam premis hipermarket ini melalui pintu kalis api bawah tanah.

Sebahagian pintu dipotong dari luar dan mereka masuk dengan membawa sekali peralatan untuk membuka peti besi mesin ATM terbabit.

Penjenayah terpaksa mendaki laluan 2 lagi tingkat ke bahagian atas sebelum sampai ke lokasi mesin ATM terbabit.



Kamera litar tertutup di bahagian atas, dialihkan hala tujunya bagi mengelakkan dikesan.

Penjenayah dipercayai menggunakan gas Oxy-Acetylene bagi memotong dan membuka peti besi 4 daripada 6 buah yang terdapat di sini.

Mereka kemudian mengeluarkan 16 buah kotak berisi wang tunai dari 4 mesin pengeluaran sebelum mengeluarkan semua wang tunai yang terdapat di dalamnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar berkata, polis percaya , ia dilakukan lebih dari 3 saspek.

Polis turut merakam percakapan pengawal keselamatan bagi membantu siasatan, manakala beberapa kesan cap jari turut ditemui di lokasi kejadian.

Sebarang maklumat, sila salurkan ke IPD Sentul
03-61895222


kredit: ondscene.my

greenboc



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Banyak ni yang dengar ceramah, Ummi nak bagi Anwar hilang wang pertaruhan??.. Alahai...

Posted: 01 Jul 2012 06:42 PM PDT




Di Taman Janggus yang berada di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Ummi Hafilda beberapa kali menegaskan bahawa beliau tiada kaitan sama sekali dengan UMNO sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan Rakyat.





Katanya “ Saya tiada kaitan dengan UMNO.. sudah lama saya dipecat dari UMNO kerana mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri…



Tapi… cuba korang baca apa laporan Utusan ni..





PERMATANG PAUH 1 Julai - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhasrat `menggempur' ke seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh bagi menceritakan kepada rakyat mengenai perilaku sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Menurutnya, beliau berazam menerangkan kepada penduduk di situ yang selama ini mungkin tidak tahu 'rahsia' wakil rakyat mereka itu.




"Kita akan terangkan kebenaran. Kita akan pastikan kalau Anwar menjadi calon, kita kalahkan sampai hangus wang pertaruhannya di sini," katanya ketika berceramah di Taman Janggus di sini malam tadi - Utusan



Kita yang diguna pakai oleh Ummi itu menggambarkan siapa?



Sedangkan umum mengetahui bahawa penentang utama Anwar Ibrahim dan KEADILAN Permatang Pauh adalah UMNO..



Kalau nak diulas seluruh ucapan Ummi memang banyak yang bercanggah dalam masa dua jam itu..



Antara yang bercanggah ialah cerita Ummi ketika rumahnya diserbu oleh UTK suatu masa dulu..



Dia cerita macam ni.. “Ketika rumah saya diserbu oleh UTK dulu.. saya tergamam dan menggigil apabila melihat anggota UTK menyerbu kedalam rumah saya.. saya mengira jumlah mereka yang masuk melalui tingkap itu, semuanya ada lebih dari 50 orang..







Saya biarkan mereka.. saya kuatkan semangat.. saya ambil wuduk kemudian saya terus solat Maghrib dan Isyak”..



“Saya biarkan anggota Polis yang menyerbu dari jam 6.30 petang hingga ke 11.00 malam terus menunggu… dan saya dibawa keluar jam 11.00 malam..



Tambahnya lagi “ Hampir lima jam pihak Polis cuba untuk masuk kedalam rumah saya tetapi gagal.. mungkin Malaikat mahu menjaga saya.. hinggakan berbagai peralatan yang digunakan untuk memecah masuk ke dalam rumah itu gagal..



Malaikat nak tolong dia konon… nampak tak diawal tadi dia kata dia nampak UTK pecah masuk ikut tingkap? Lepas tu dia kata polis masuk dia biarkan, dia ambil wuduk dia solat maghrib pada pukul 6.30?



Dan banyak lagi yang bercanggah.. dia patut tulis semula skrip dia tu..



Berbalik kepada Ummi nak pastikan Anwar kalah hingga hilang wang pertaruhan kali ini…



Taman Janggus tempat Ummi ceramah itu terletak di bawah Jentera Daerah Mengundi 3 bagi Jentera Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (JDM3 @ Kampung Pertama atau suatu masa dulu dikenali dengan nama Sungai Derhaka)



Jumlah pengundi disini adalah melebihi 2000 orang..



Kalau setakat 300 orang saja yang datang dalam setiap ceramah Ummi.. teruskanlah bermimpi kononnya dia boleh sebabkan Anwar hilang deposit..



300 orang tu majoriti bukannya dari Kampung Pertama sendiri.. katalah petugas 60 orang.. orang PKR dan PAS yang ada dalam 300 orang tu lebihkurang 100 orang.. penyokong-penyokong UMNO yang tah dari mana datangnya tu 100 orang.. berapa orangkah ahli UMNO dari Taman Janggus itu..






















Mungkin dia buat lawak kot???




Posted by
Anak Sungai Derhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: