Era Pasca |
- Semarakan Ramadhan dengan sale dari Carlsberg.
- EDISI KANTOI: Alasan Najib Tangguh PRU13
- Polis ugut isteri tahanan ISA tarik balik laporan
Semarakan Ramadhan dengan sale dari Carlsberg. Posted: 06 Jul 2012 12:12 AM PDT Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini. Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham. Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini. Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu. The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu. Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
EDISI KANTOI: Alasan Najib Tangguh PRU13 Posted: 05 Jul 2012 09:52 PM PDT Haram jadah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel. Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan. Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia. Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik. Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kerana kes rasuah Scorpene. Untuk lebih lanjut klik SINI Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia. 7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris. Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. Tak sabar aku nak tengok Hj Najib Dam Dam pakai baju Banduan Penjara Perancis!!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
Polis ugut isteri tahanan ISA tarik balik laporan Posted: 05 Jul 2012 05:38 PM PDT Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor memberitahu, Nunur Heni Onim, isteri kepada Razali Kassan, salah seorang tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diganggu dan diugut polis Bukit Aman. Menurutnya, mangsa mengadu didesak anggota polis terbabit supaya menarik balik laporan yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. "Puan Nunur Heni membuat aduan kepada kami, bahawa beliau telah diganggu oleh pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman dan diugut supaya menarik balik laporan polis yang dibuat beliau beberapa hari lepas," kata Afiq kepada Keadilan Daily. Pada 1 Julai lalu, Nunur Heni (gambar) ditemani anggota Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama peguam LFL membuat laporan polis terhadap suaminya, Razali yang dipukul dalam Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di Taiping. Razali sebelum ini terpaksa menghentikan mogok lapar berikutan serangan Hepatitis B. Beliau juga merupakan salah seorang daripada tahanan yang dilaporkan dipukul dan diludah di muka oleh pegawai Kemta kerana meneruskan mogok lapar. Afiq berkata, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan melawat Kemta hari ini disusuli peguam dari LFL pada esok. "Pihak Suhakam akan ke sana hari ini dan esok dengan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan kesihatan terhadap semua tahanan. "Kami (LFL) dari pihak peguam pula akan ke sana esok bagi meneliti perkembangan terbaru mogok lapar dan juga perkembangan terbaru dari mangsa tahanan," katanya. Hingga hari ini, sebilangan tahanan ISA masih meneruskan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka. Nunur Heni berasal dari Jawa Barat, Indonesia dan berhijrah ke sini selepas mengahwini Razali enam tahun lalu dan menetap bersama ibu Razali di Felda Ulu Tebrau, Johor. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan