. |
- Tamrim Tidak Pedulikan Ugutan...
- Najib Menjadi Sibuk Hari Ini, Kenapa?
- Anak Rantau Kelantan Di Kempas Kecewa?
Tamrim Tidak Pedulikan Ugutan... Posted: 30 Jun 2012 09:11 PM PDT Lintas Langsung Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrim Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan gelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrim untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.
Dua tiga hari lepas Tamrim telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyadarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrim tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan. Baru sekejap saya menghubungi Tamrim untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrim yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak. "Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya. Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarangh ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga teena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya. Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu. Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang peting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas." Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrim tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam. Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional. Tamrim yang juga bekas Exco Pemuda Umno dizaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri. Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib. Malam ini Tamrim akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersam Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrim khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12] | ||||||||||
Najib Menjadi Sibuk Hari Ini, Kenapa? Posted: 30 Jun 2012 07:55 PM PDT Maklumat Terkini Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang Dipertua Agong, Raja Nazri Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.
Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti. Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan. Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti vvip untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri. Beberapa vvip lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi vvip termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti. Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memoteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seelokknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gunda gulana bak orang kata sudah tercabut kain dibadan. Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar. Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam. Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai. (Saya masih belum mendapat makulumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti). Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa nakan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung. Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh menganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celeka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya. Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen. Laporan lanjut akan menyusul. [wm.kl.10:45 am 01/07/12] | ||||||||||
Anak Rantau Kelantan Di Kempas Kecewa? Posted: 30 Jun 2012 07:13 PM PDT Sekitar Turun Ke Johor (1) Kasih sayang dan rasa cinta rakyat Kelantan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan saja terbatas kepada mereka yang berada di sekelilinginya di Kelantan saja, tetapi rasa kasih dan sayang itu dirasai sama oleh rakyat Kelantan yang berada nun jauh dari Kelantan. Tok Guru ternyata telah diterima sebagai guru dan pemimpin di Kelantan oleh rakyat Kelantan. Kecuali rakyat bangsa Umno, mereka berbangsa lain termasuk Cina, India dan Siam serta Orang Alis semua kasih, hormat dan menganggap Tok Guru sebagai kandi Cik Siti Wan Kembang.
Makanya bila ada saja khabar memberi tahu Tok Guru akan menjejak di mana-mana daerah ramai rakyat Kelantan mereka akan keluar berbolong-bolong.
Menurut mereka kedatangan Tok Guru memberi kesempatan kepada mana-mana anak Kelantan untuk menatap wajahnya dari dekat. Kata mereka tidak bersalam pun tidak menjadi masalah, tetapi cukup dengan melihat wajahnya. Apa lagi kalau dapat bersalam dan bergambar ia merupakan tuah besar buat kami dan kenangan sepanjang hidup kerana bagi mereka Tok Guru juga dianggap seleberiti politus. Apa yang menyebabkan mereka setengah tidak tidur malam menanti Tok Guru kerana itulah pertama kali pemimpin besar dari Kelantan singgah ke kawasan mereka di mana sebelum ini belum pernah ada mana-mana pemimpin besar dari Umno dan juga Pas sampai ke situ kecuali pimpinan Pas Johor yang sering mengjungi ke kawasan berkenaan. Walaupun sudah lebih 20 tahun mereka bermukin di situ tetapi belum ada mana-mana pemimpin Kelantan terutamanya yang menjadi menteri singgah atau datang bertanya khabar masyarakat Kelantanh di situ. Jadi dengan adanya majlis berkenaan yang membawa sama Tok Guru Nik Aziz ia menggembira anak-anak Kelantan di Kempas. Pada mula saya sampai di perkarangan majlis itu saya tidak percaya majlis itu diadakan di Johor apa lagi dianjurkan oleh Pas. Betapa tidak kehadirannya sangat-sangat membanggakan. Kebetulan saya pernah bermain degan politik Johor di akhir tahun 70-an saya tahu sangat bagai mana penerimaan orang Johor kepada Pas. Masa itu Pas benar-benar dagang di negeri Johor yang dianggap kubu Umno itu. Situasi hari ini dengan berpandukan kepada apa yang berlaku di Kempas itu di mana cawangan pun wujud di situ bermakna kubu Umno sudah pun pecah kalau pun belum ranap. Tanah kosong yang terletak di lembah yang dilingkungi beberapa blok bangunan penuh sesak menyebabkan saya bertanya kepada diri, iyakah ini di Johor? Lama saya terpengun melihat keadaan itu. Dua subjek yang bermain dalam kepala saya tatkala melihat kemeriah majlis itu, bahawa orang Johor sudah berubah dan betapa padu dan eratnya tali kekeluargaan orang Kelantan. Pada anggaran saya lebih 2,000 yang memeriahkan majlis berkenaan. Mereka turun habis anak beranak tidak kira kecil dan besar. Berada dalam majlis itu dapat berbual dengan bangsa Kelantan dan beberapa kerat anak beranak sendiri terasa seronok benar. Suasana dapat mengaurakan kehidupan Kelantan dan anak-anak Kelantan di Johor juga merasakan mereka dikenang dan dirai. Masakan singgang daging petang itu menambakkan lagi rasa ke Kelantanan. "Tak sah keleklah, mari gi rumah amo dulu...makan nasi biarlah dengan ikan kering pun...," begitulah bahasa lacak orang Kelantan. Yang mengenali saya semua mempelawanya untuk ke rumah masing-masing. Inilah bahasa mulut dan kelacatan orang Kelantan yang menjadi identiti atau trade mark, kalau berjumpa sesama Kelantan mereka akan pelawa ke rumah dan bertanya khabar dan bertitik keturunan. Sikap dan perangai ini juga yang kurang disenangi orang luar yang menganggapnya sebagai kekauman. Peraturan majlis petang itu akan menyajikan jamuan makan akan bermula sebaik Tok Guru tiba. Sebelum Tok Guru dan para jemputan istimewa lain datang jamuan tidak dimulakan. Tetapi itu tidak menjadi masalah, kerana yang penting Tok Guru, tok guru punya fasal perut kosong tidak akan menjadi lapar. Lagipun salah adat kalau makan sebelum Tok Guru membasuh tangan dan menjamah makanan. Salah besar! Masa berlalu hingga jam 5:30 bayangan Tok Guru tidak juga nampak. Majlis sudah bermula dengan ucapan ramah mesra dari tuan rumah dan tetamu jemputan lain termasuk Salalahuddin Ayub, Adun Semerak Wan Hasan Wan Ibrahim, Tamrin Ghabar Baba dan lain-lain. Majlis dipengerusikan oleh ketua pemuda Pas Johor Khaizan Kirat. Sambil mendengar ucapan sambil menanti kedatangan Tok Guru. Sehinggalah apabila tiba giliran Salahuddin memberi ucapan beliau memberi tahu dan memohon maaf bagi pihak Tok Guru kerana tidak dapat hadir. "Saya maklumkan di sini Tok Guru tidak dapat bersama kita pada petang ini kerana kurang sihat, dia terlalu keletihan....insyaAllah malam nanti dia bersama kita," kata Salahuddin. Saya melihat saat itu juga muka beberapa beberapa orang duduk berdekatan saya beralih air muka, sedih dengan berita itu. "Bagaimana pun kata Salahuddin Datuk Husam Musa akan bersama kita, dia dalam perjalanan ke mari," sambung Salahuddin berita ini menjadi pengubat kekecewa kerana Tok Guru tak dapat hadir. Iya setidak-tidaknya mereka dapat bertemu dan menatap wajah Husam dari dekat. Ketika ini angka dalam majlis sudah bertambah. Di sekeliling juga saya nampak ada beberapa anggota polis siap dengan motosikal dan kereta peronda untuk memantau keadaan. Mungkin polis juga bimbang takut-takut ada 'komunis' yang menganggu majlis itu. Namun alhamdulilah ia berjalan lancar dan aman. Adalah sesuatu yang malang bagi komuniti Kelantan di Kempas Husam juga yang ditunggu tidak juga dapat hadir. Ringkasnya anak-anak Kelantan di Kempas petang itu diasak dua kali kecewa, pertama Tok Guru tidak dapat hadir, kedua pengganti Tok Guru juga tidak sempat hadir. Tidak mengapalah duhai waris warah di Kempas tuan tubuh tidak hadir pun tak mengapa, cukuplah sekadar melihat dan menatap wajahnya dan bergambar berlatar belakang backdrop wajah Tok Guru. Mungkin rezeki tidak ada tahun ini tetapi sewaktu pilihan raya nanti saya jamin Tok Guru dan Husam akan menjejak kaki ke Kempas yang kemudian akan mengumumkan perumahan PPRT Kempas menjadi Kampung Pas. [wm.kl.9:47 am 01/07/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan