Ahad, 1 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Razali Alias: Himpunan Lynas 'Melanggar Syarak', Kenyataan Mufti Pahang Boleh Kelirukan Rakyat !

Posted: 30 Jun 2012 10:10 AM PDT

KUANTAN, 1 Julai - Ramai pemimpin Pakatan Rakyat keliru dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang mengingatkan masyarakat Islam di negeri ini supaya tidak menyertai perhimpunan yang boleh mengganggu ketenteraman awam. "Bukankah menjaga nyawa dan keselamatan diri adalah tuntutan Islam (syariat), maka kenapa Mufti Pahang boleh berkata begitu. Sebab itu rakyat menentang kerana ia (Lynas) boleh membahayakan nyawa dan keselamatan masyarakat Islam. Bukankah dalam Islam itu perjuangan memelihara nyawa itu perjuangan yang paling agung dan tinggi di sisi Allah. Maka menentang projek berbahaya yang boleh membahayakan nyawa itu adalah menurut syariat Islam", kata Razali Alias (foto). Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Pahang, terkejut apabila seorang tokoh agama yang bergelar Mufti boleh keluarkan kenyataan sedemikian rupa. "Mufti Pahang dilihat telah keluarkan kenyataan yang jelas berbaur politik dan sengaja mahu menjaga periuk nasi beliau sebenarnya. Jika dakwaan menjaga keselamatan dan nyawa itu boleh melanggar hukum syarak, makanya apa pula hukum apabila Mufti menutup mata dan membenarkan kerajaan menganjurkan acara hiburan maksiat di negeri ini", tegas Razali.


Kenyataan Mufti Pahang yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam
[Laporan Sinar Harian Pahang dipetik, Mufti tersebut kelmarin meminta golongan itu memahami keadaan sebenar yang berlaku dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan kumpulan tertentu. "Perhimpunan yang menyebabkan gangguan kepada awam boleh menyebabkan perpecahan kepada kita sedangkan ramai yang mahu keadaan aman dan damai," katanya ketika ditemui selepas Program Halaqah Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, di sini. Beliau berkata, mereka boleh berhimpun tetapi memastikan masih di bawah hukum syarak dan dibolehkan dalam Islam. Abdul Rahman sebelum ini pernah mengingatkan umum bahawa perhimpunan dilarang dalam Islam jika boleh memecahbelahkan umat. Kenyataan beliau itu berikutan ada dakwaan kumpulan NGO anti Lynas Perhimpunan Hijau yang mahu mengadakan perhimpunan di depan Pelabuhan Kuantan di Gebeng untuk halang kemasukan bahan mentah itu].

Mat Sabu: "Media Baru" Berjaya Gagalkan Cubaan Propaganda Oleh RTM Terhadap Rakyat Malaysia !

Posted: 30 Jun 2012 09:47 AM PDT

BANDAR JENGKA, 30 Jun - Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda UMNO BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.0. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU). "Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya. "Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila UMNO guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa. "Bersih 3.0 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM," katanya. Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru. Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim. Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau. harakahdaily


Mat Saburasmikan pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Bandar Jengka

[Media baru sememangnya memainkan peranan penting dalam menyedarkan rakyat Malaysia mutakhir ini. Banyak isu semasa yang dapat diperolehi secara lebih cepat dan tepat tanpa perlu lagi merujuk kepada laporan media arus perdana seperti dulu. Senario inilah yang menyebabkan kerajaan akhirnya semakin goyah kerana rakyat semakin bijak berfikir dan menilai sesuatu itu. Namun, anehnya masih ramai juga pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) yang tidak mahu menggunakan media baru sebagai alat untuk berinteraksi dengan rakyat sebenarnya. Malah, lebih teruk lagi ada pemimpin yang memperlekehkan peranan media baru dan dengan sombong mengatakan kemenangan mereka pada PRU-12 dulu bukanlah hasil usaha media baru tetapi atas daya usaha sendiri. Sikap begini amatlah tidak wajar sebenarnya, malah ia boleh menjatuhkan imej pemimpin itu sendiri. Cuba tanya kepada pemimpin, berapa ramai yang punyai facebook, twitter atau blog?. Hanya segelintir sahaja yang menggunakan sepenuhnya media baru, sebaliknya masih ramai yang gemar menggunakan kaedah tradisional untuk mendekati rakyat di zaman globalisasi ini. Inilah yang sepatutnya difikirkan pihak berkenaan].

Tiada ulasan: