Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Kupas Dahulu Buah-buahan Sebelum Memakannya
- Apa? Johor Menghadapi Masalah Air?
- BUKTI LAGI - Penyelewengan & Pembaziran Isa Samad atas DUIT FELDA
- Suasana Solat Tarawih Di Mesir & Kelantan
- Gadis Diarah Tanggal Pakaian
- Bekas Ketua Wanita Umno Bukit Hangus Mati Ditikam
- Bob Lokman: Artis Sudah Celik Politik
- Bantah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah
[WASPADA] Kupas Dahulu Buah-buahan Sebelum Memakannya Posted: 22 Jul 2012 12:34 AM PDT Buah-buahan yang dibeli tak kira di kedai buah-buahan atau dipasar malam atau di pusat membeli belah, pastikan anda mengupas kulitnya terlebih dahulu sebelum memakannya. Membasuhnya saja tidak mencukupi. Kerana apa? Dari gambar yang tertera di sebelah, buah epal berkenaan ternyata telah disaluti dengan bahan lilin upaya ia kelihatan sentiasa licin dan segar. Satu bentuk "penipuan" untuk mengaburi mata pengguna. Lebih malang jika lilin berkenaan adalah dari jenis lilin beracun yang sepastinya akan menyebabkan kemudharatan kepada orang yang memakannya. Sebelum ini blog GB pernah mengingatkan supaya kita berhati-hati dengan buah Oren yang diimpot. Namun buah oren kemungkinannya ada maafnya kerana tidak orang yang memakan kulit oren. Tetapi buah epal, ada juga orang yang memakan dengan kulitnya sekali. Justeru itu waspadalah. klik untuk baca |
Apa? Johor Menghadapi Masalah Air? Posted: 21 Jul 2012 11:17 PM PDT Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu. Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan. Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising. Ulasan dari FB: JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'?? Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu? |
BUKTI LAGI - Penyelewengan & Pembaziran Isa Samad atas DUIT FELDA Posted: 21 Jul 2012 07:26 PM PDT Walaupun hari ini (semalam), hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa; atas tanggungjawab utk menyelamatkan harta peneroka Felda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, saya dedahkan butiran penyelewengan dan pembaziran Isa Samad. Butiran ini telah dibuat laporan polis dan SPRM. Dukcita, tiada perkembangan setakat ini. Orang yang paling kuat mempertahankan Isa adalah Rosmah Mansur, isteri PM sendiri. Bahkan nama Isa sebagai Pengerusi Felda pun, Rosmah yang beria2 sangat mahukannya. Isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid adalah kroni Rosmah. Rakan FB, anda boleh nilai sendiri; umpamanya sambutan hari raya zaman Pengerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Nor kosnya baru RM30,000 sahaja. Isa Samad belanjakan RM353,375.00, sepuluh kali ganda lebih tinggi. Ini wang peneroka Felda!!! 'Sesungguhnya pembaziran adalah saudara syaitan'..mcam mane ni Firus Che Man? -Mazlan Aliman |
Suasana Solat Tarawih Di Mesir & Kelantan Posted: 21 Jul 2012 05:31 PM PDT Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir]. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar! Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan. Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini. Sumber: FB |
Posted: 21 Jul 2012 11:02 AM PDT Batu Pahat – "Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya. "Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini," kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya. Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari. "Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan. "Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati," katanya. Dia yang bekerja di sebuah farmasi di daerah ini berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja. "Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406. "Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya. Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui. "Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut. "Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan," katanya. Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90 Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali. "Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka. "Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya," katanya. -SH |
Bekas Ketua Wanita Umno Bukit Hangus Mati Ditikam Posted: 21 Jul 2012 07:45 AM PDT Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam. Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui. Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian. Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau. "Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini. Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani. Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya. Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung. "Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya. - Bernama |
Bob Lokman: Artis Sudah Celik Politik Posted: 21 Jul 2012 04:17 AM PDT Rompin – Pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman mengajak rakan artis lain supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam. Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti. Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing. "Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik. "Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan," kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini. Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman. "Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis," katanya. Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat. "Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini. "Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat," katanya. -SH |
Bantah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Posted: 21 Jul 2012 02:11 AM PDT Cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dikaji semula kerana dibimbangi akan mengundang kepada masalah sosial yang lebih serius. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, kaedah terbaik perlu dicari untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin sewaktu berada di sekolah. "Membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik yang boleh menjamin keselamatan . "Sebaliknya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu pada, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan masing-masing berhubung isu ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar berkata, walaupun tanpa telefon bimbit dan gajet seperti iPad, masalah disiplin pelajar adalah tidak terkawal pada masa kini, apatah lagi jika cadangan itu dibenarkan. Menurutnya, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, mengumumkan bahawa pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah. "Kita tidak menafikan bahawa telefon bimbit adalah keperluan tetapi di kalangan pelajar tetapi penggunaannya pada tahap minima. "Sekiranya masalah menghubungi keluarga dijadikan alasan sewaktu kecemasan, ia tidak logik kerana masih ada pilihan telefon awam atau telefon sekolah," katanya. Shaharol Niza berkata, terdapat beberapa perkara yang membimbangkan antaranya dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan pelajar sewaktu dalam kelas dan masa senggang untuk mengulang kaji pelajaran akan digunakan untuk 'bersosial' bersama rakan menerusi telefon bimbit. "Malah, kecanggihan teknologi juga dibimbangi akan membolehkan pelajar mengakses laman yang tidak sewajarnya, jika tiada pemantauan rapi dibuat. "Beberapa lagi kemungkinan yang timbul ialah berlaku peningkatan kes kecurian di sekolah, sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba memiliki telefon bimbit paling canggih, selain membebankan ibu bapa dan waris," katanya. Menurutnya, kementerian seharusnya bersikap realistik sebelum memutuskan cadangan itu kerana kewujudan makmal komputer dengan pemantauan guru sudah memadai. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan