Blog-list Malaysia |
- Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren
- Utusan Mengaku Kaki Bohong Dan Putar Belit Fakta
- Presiden Artis BN Masih Belum Sahut Cabaran Berdebat Dengan Abby Abadi
- SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren Selamatkan Felda
- Aksi Seks Pemimpin Pas - Blogger Umno Buat Fitnah Lagi..
- DAP Pulau Pinang Akan Bina Surau Di Padang Kota
- Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam
- Polis benar Himpunan Oren berarak esok
- Dah nak tergolek baru panggil kami - Bekas wakil rakyat Umno
Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren Posted: 14 Jul 2012 12:35 AM PDT Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara. Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut. Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. | ||
Utusan Mengaku Kaki Bohong Dan Putar Belit Fakta Posted: 13 Jul 2012 11:09 PM PDT Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara. "Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). "Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini. Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial. "Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit. "Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah). "Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur. Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya. "Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini. Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik. "Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya. Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang. Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh. | ||
Presiden Artis BN Masih Belum Sahut Cabaran Berdebat Dengan Abby Abadi Posted: 13 Jul 2012 08:08 PM PDT | ||
SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren Selamatkan Felda Posted: 13 Jul 2012 07:51 PM PDT Kenyataan Media 11 Julai 2012 SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang akan berlangsung pada 14 Julai 2012 sambil menyeru kepada semua anak muda untuk turun berhimpun demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara sebelum terlambat. Himpunan Oren dijangka mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan muda harus bertindak melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini daripada dirompak oleh lanun berkolar putih. SAMM juga melalui Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah masuk ke beberapa gugusan Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong baru-baru ini untuk pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa. Bagi SAMM, penyenaraian FGVH seumpama memperjudikan nasib peneroka felda yang sudah berpuluh tahun berbakti kepada negara. Menyenaraikan FGVH adalah satu perjudian yang harus dielak dan ditentang kerana tiada jaminan keuntungan yang berkekalan malah peneroka Felda terdedah kepada risiko kerugian melampau sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998 yang lalu. Kerajaan kononnya memberi jaminan adalah penipuan semata-mata merujuk kepada banyak amanah saham yang sebelumnya dijamin kerajaan tetapi lingkup menyembah bumi dan nasib pemegang saham langsung tidak dibela. SAMM melihat tidak mustahil tanah Felda akan tergadai melalui penyenaraian FGVH dan ia akan melibatkan ratusan ribu hektar tanah rezab melayu. SAMM juga turut mempersoal laporan yang menunjukkan Pengerusi Felda yang tidak mempunyai walau seinci pun tanah Felda yang dibangunkan, namun memperolehi 180ribu unit saham sedangkan peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang hanya dikurnia 800 unit saham sahaja. Ini satu pengagihan tidak adil yang melampau dan harus ditentang habis-habisan. SAMM mengambil kesempatan untuk memberi amaran kepada pihak polis yang hadir menjaga keselamatan awam agar benar-benar bertindak menjaga keselamatan, bukan memukul orang awam sepertimana yang berlaku di himpunan-himpunan sebelum ini. SAMM turut memberi amaran keras kepada polis agar beruniform lengkap bersama nama dan nombor anggota. Sekiranya dikenalpasti ada anggota polis yang tidak menayangkan nama dan nombor anggota, itu adalah penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis dan wajib ditangkap oleh peserta himpunan. Akhir sekali, SAMM juga akan cuba membawakan siaran LIVE dari Himpunan Oren untuk tatapan semua melalui channel ustream http://www.ustream.tv/channel/himpunan-oren . Ayuh anak muda Malaysia bersama SAMM berarak dari Masjid Wilayah di Jalan Duta ke Istana Negara untuk memberi tekanan dan signal yang jelas kepada kerajaan betapa rakyat terutamanya warga Felda menolak penyenaraian FGVH. Sekian Edy Noor Reduan (EDYES) Pengarah Propaganda SAMM | ||
Aksi Seks Pemimpin Pas - Blogger Umno Buat Fitnah Lagi.. Posted: 13 Jul 2012 05:20 PM PDT BLOGGER Umno sedang rancak menyebarkan sekeping gambar lucah memaparkan aksi seks seorang wanita bertudung. Kononnya mereka mendakwa ini adalah gambar aksi seks pemimpin PAS. Di bawah ini screenshot dari blog salah seorang blogger Umno yang menyebarkan gambar lucah itu rujuk link untuk ke blog lembu tersebut [Lembu]. Kita sudah sedia maklum, Umno akan terus menggunakan fitnah zina, seks liwat dan sebagainya untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. Kerana itu kita gelarkan mereka UMporNO. Hasil tinjauan ReJaM© di Google Images, Gambar yang kononnya didakwa merupakan gambar aksi seks pemimpin PAS ini sebenarnya diambil daripada laman web lucah di internet. Dengan menggunakan teknik "macthing images" di Google Images, kita berjaya membuktikan bahawa fitnah jahat blogger Umno terkantoi di situ. Lihat bukti di bawah ini [Google]. Buat pengetahuan anda ini bukan kali pertama gabungan blogger Umno membuat fitnah lucah yang jijik seperti ini. Sebelum ini mereka menggunakan gambar gay Filipina untuk memfitnah Adam Adli rujuk sini [Adam Adli] http://milosuam.blogspot.com/2012/07/blogger-umno-sebar-gambar-konon-aksi.html#ixzz20YG8Cl9A | ||
DAP Pulau Pinang Akan Bina Surau Di Padang Kota Posted: 13 Jul 2012 09:21 AM PDT Padang Kota akan ada surau tidak lama lagi
GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama. Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP. "Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan. Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan. Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco. Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas. Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut. Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung. "Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata. "Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong. Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender. "Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya. Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau. Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang. | ||
Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam Posted: 13 Jul 2012 08:48 AM PDT PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai. Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank. "Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank. "Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian. "Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion. Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran. Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor. Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta. "Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32753 | ||
Polis benar Himpunan Oren berarak esok Posted: 13 Jul 2012 05:03 AM PDT Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok. Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. Mazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini. Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara. Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara. "Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas. Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ. "Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya. Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan". Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut. Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya. GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. - malaysiakini | ||
Dah nak tergolek baru panggil kami - Bekas wakil rakyat Umno Posted: 13 Jul 2012 01:59 AM PDT Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini. Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. "Dah nak tergolek baru panggil kami," kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu. "Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja," kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu. Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup," katanya kepada saya. Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit. Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata. Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. "Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. "Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara," kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu. "Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. "Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak," Sambungnya lagi. Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja. Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan. Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara. Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS. Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, "Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!" kata beliau marah-marah. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan