Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR & VIDEO] Siaran Lansung Himpunan OREN Tiba Di Istana Negara
- Utusan Mengaku Putar Fakta Berita Supaya Berpihak Kepada BN
- Pelajar Dicekup Serumah Dengan Duda
- Polis Benarkan Himpunan Oren Petang Ini
- [PANDUAN] Rafizi Disiasat Polis, Hanya Akan Jawab Di Mahkamah
- [BERGAMBAR]: Tenangkan Fikiranmu Dengan Melihat Air Yang Jernih Ini
- Nilai Kemanusiaan Merentasi Ras, Agama & Warna Kulit
- TGNA: UMNO Dalang Yang Sebabkan Rakyat Huru-hara
- Orang Kanan Khalil Direman, Khalil Tiada Kaitan Kumpulan Ajaran Sesat - Polis
- Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan?
[BERGAMBAR & VIDEO] Siaran Lansung Himpunan OREN Tiba Di Istana Negara Posted: 14 Jul 2012 12:38 AM PDT Himpunan Oren Selamatkan FELDA sedang mula berarak menuju ke Istana Negara berlangsung dalam keadaan aman dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor harakahdaily. Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ. Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman. Perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan itu kira-kira jam 2.15 petang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Malaysiakini melaporkan Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara. Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong. Live Video streaming by Ustream dikemaskinikan sentiasa. Harap refresh. |
Utusan Mengaku Putar Fakta Berita Supaya Berpihak Kepada BN Posted: 13 Jul 2012 11:37 PM PDT Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara. "Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). "Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini. Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial. "Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit. "Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah). "Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur. Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya. "Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini. Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik. "Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya. Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang. Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh. -mk Ulasan GB Ternyata sekarang akhbar arus perdana menggunakan falsafah haiwaniah "matlamat menghalalkan cara" untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya. Al-Quran telah menempelak golongan yang menyembunyikan dan memutarkan "kebenaran" Mereka yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (kebenaran), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. -Al-An'am :20 Anda mahu beli @ baca lagi Utusan selepas ini sedangkan pengakuan bahawa fakta sebenar telah diputarkan? Anda mahu lagi bersekongkol untuk mendapat saham dosa percuma dengan menyokong akhbar yang telah terang-terangan mengaku melakukan kerja-kerja mungkar dan pembohongan tersebut? |
Pelajar Dicekup Serumah Dengan Duda Posted: 13 Jul 2012 10:07 PM PDT Ampang - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam. Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak seminggu lalu. Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan," katanya. Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut. Ulasan GB Apa pasal kau tak mahu bernikah Labu? |
Polis Benarkan Himpunan Oren Petang Ini Posted: 13 Jul 2012 09:03 PM PDT Pertemuan terpenting antara Gerakan Selamatkan Felda(GSF) dengan Pegawai2 Kanan Polis diketuai OCPD Sentul, Zakaria Pagan dan OCPD Brickfield Wan Bari bermula 3.30 petang hingga 5.10 petang semalam di Balai Polis Kepong. Walaupun pada mulanya polis tidak membenarkan perarakan, namun hasil perbincangan dan rundingan; kata sepakat telah dicapai. Saya telah menekankan tujuan himpunan setelah segala saluran diplomasi langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan. Selama lapan bulan, ANAK bersama Gerakan Selamatkan Felda dan Biro Felda PKR telah berbuat berbagai cara menghalang keghairahan Kerajaan utk menyenaraikan FGVH di Bursa Msia. Laporan Polis, SPRM, Suhakam, Suruhanjaya Koperasi Msia, Angkasa, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Msia dan saluran Mahkamah telah digunakan. Namun, dukacita di pihak kerajaan. Memorandum kpd PM pun tidak ada sebarang respon. Apa salahnya bagi PM mendengar pandangan alternatif rakyat kalau slogan ' rakyat didahulukan ' benar2 dihayati. GSF berkeyakinan jika isu PPSMI, GMI, LYNAS dan BERSIH berakhir dgn demo dan 'bahasa' demo sj baru difahami oleh Kjaan; maka GSF tiada pilihan lain. Inilah antara medan terbaik menghantar isyarat kepada PM yg angkuh dan sombong! Kenapa pilih Istana Negara? GSF yakin memorandum yg akan disampaikan kpd Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agung akan dipertimbangkan seadil2nya. Alhamdulillah, rundingan berlangsung dlm suasana tenang dan matang. Akhirnya dipersetujui:- 1. Peserta berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta utk solat Zohor dan Solat Hajat, 2. Bermula jam 2 ptg, peserta berarak dan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jln Duta. 3. Sesi ucapan oleh pemimpin politik, ngo dan wakil peneroka akan berlangsung hingga jam 2.45 petang. 4. Perarakkan akan diteruskan melalui Jln Segambut hingga berakhir dlm lingkungan 600 meter ke Istana Negara 5. 8 orang wakil yg telah dipersetujui bersama dengan pihak Istana; akan menyerahkan memorandum kpd Yang DiPertuan Agong jam 3.30 petang. 6. Sidang Media akan dibuat selepas penyerahan memo di pintu utama Istana Negara, 7. Ucapan penutup dan doa akan di sampaikan kepada peserta demo 8. Jangkaan bersurai jam 4.15 petang 9. Kenderaan peserta boleh di parking dekat kawasan MATRADE yang boleh menempatkan bas dll 10.Polis Trafik dengan kerjasama Unit Amal akan memantau pergerakan perarakan, 11.Tindakan tegas kepada pihak2 yg cuba melakukan provokasi, Semoga Himpunan Oren Selamatkan Felda bermula 2 petang ini akan berjalan lancar. Ramai pimpinan Pakatan Rakyat seperti Hj Mohd Sabu, DS Nizar Jamaludin, Samsul Iskandar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin, Dato Tamrin Ghafar, Dato A. Samad Said, Suhaimi Said, Cikgu Azmi Hamid, dan ramai lagi bersama2 mengiringi 20,000 rakyat ke Istana Negara. -Mazlan Aliman |
[PANDUAN] Rafizi Disiasat Polis, Hanya Akan Jawab Di Mahkamah Posted: 13 Jul 2012 06:47 PM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang. Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam. "Saya hanya jawab 'saya akan jawab' di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis. "Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita. "Saya tidak menjawab satu soalan pun," kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi. Menurut Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu kebocoran dokumen. "Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli. "Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu," kata Rafizi lagi. Sebelum ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. -TMI Apa yang perlu anda buat apabila ditahan polis? |
[BERGAMBAR]: Tenangkan Fikiranmu Dengan Melihat Air Yang Jernih Ini Posted: 13 Jul 2012 05:13 PM PDT Tekniknya: Kosongkan fikiranmu seketika dan lihat gambar-gambar ini berapa kali di samping beristighfar untuk membersihkan fikiran kita dari segala kekotoran dan kekeruhan yang berserabut di minda. Fikiran kita akan pulih, sejernih air-air jernih yang kita sudah lihat itu. Lakukan selalu dan insyaAllah kita akan hidup di dalam "dunia" yang serba jernih. "Sibghah (pewarnaan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138). "Maka nikmat Tuhan yang mana yang hendak kamu hendak dustakan?" Ar-Rahman: 12 |
Nilai Kemanusiaan Merentasi Ras, Agama & Warna Kulit Posted: 13 Jul 2012 08:27 AM PDT Seorang lelaki Cina menghulurkan bantuan kemanusiaan tanpa mengira bangsa & warna kulit di lokasi kemalangan jalanraya selama 30 minit sehingga ambulan tiba. Mangsa adalah seorang pemuda Melayu.... Syabas UNCLE! Ps - Sikap begini perlu sentiasa ada dalam jati diri kita semua. Di dunia ini hanya ada dua jenis manusia iaitu manusia yang baik dan manusia yang jahat. Renung-renungkan. SHARE gambar ini. Biarkan seluruh manusia di muka ini berkata "Faith in Humanity, RESTORED!" -fb |
TGNA: UMNO Dalang Yang Sebabkan Rakyat Huru-hara Posted: 13 Jul 2012 07:01 AM PDT Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliau KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas. "Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti. "Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar. "Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?" katanya. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno. "Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu," katanya. Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara. Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu. "Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga," katanya. -SH |
Orang Kanan Khalil Direman, Khalil Tiada Kaitan Kumpulan Ajaran Sesat - Polis Posted: 13 Jul 2012 05:02 AM PDT Orang kanan Khalil ditahan reman SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian. Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya. Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama. Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia. -SH Muhdalina minta percaya kiamat dekat |
Kenapa Umi Hafilda Yang Mengaku Simpan 18 Klip Video Seks Tidak Ditahan? Posted: 13 Jul 2012 03:31 AM PDT Anda boleh mengaku simpan video seks dan beritahu semua orang anda tahu siapa dalang membuat video seks, anda tidak akan didakwa atau dijatuhkan hukuman - HALAL dari UMNO (Umi Hafilda mengaku menyimpan 18 video klip DSAI) Tapi AWAS!!! jika anda ditangkap oleh polis, dan dalam telefon anda ada video seks, anda akan didakwa!!! (seorang pemandu lori dihukum denda RM1,500 kerana didapati klip video lucah di dalam telefon bimbitnya) Tahniah.... inilah keadilan didalam sistem 1Malaysia - Apek — |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan