MIMPI SENJA |
- Juara double-talk kepada DEMOKTRAT PALSU - Najiib ditelanjangkan akhbar Antarabangsa
- Dah nak tergolek baru panggil kami ... pergi jahanamlah ...hahaha kesian Najib
- Himpunan Oren: Polis bagi ‘lampu hijau’
- Pembunuhan Altantuya : Datuk Fauzi Shaari ragui kenapa Razak Baginda boleh terlepas
Juara double-talk kepada DEMOKTRAT PALSU - Najiib ditelanjangkan akhbar Antarabangsa Posted: 13 Jul 2012 08:39 PM PDT Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya ,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap. Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini. Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia. Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka! Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan 'transformasi' malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu". "Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun. Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasa Bertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan. Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. MacKinnon berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang". Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu. "Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur. "Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. " Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi "menarik" Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan. " Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon. Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai "rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja". Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya. "Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian. Malaysia Chronicle |
Dah nak tergolek baru panggil kami ... pergi jahanamlah ...hahaha kesian Najib Posted: 13 Jul 2012 06:42 AM PDT Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini. Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. "Dah nak tergolek baru panggil kami," kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu. "Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja," kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu. Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup," katanya kepada saya. Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit. Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata. Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. "Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. "Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara," kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu. "Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. "Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak," Sambungnya lagi. Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja. Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan. Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara. Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS. Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, "Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!" kata beliau marah-marah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html |
Himpunan Oren: Polis bagi ‘lampu hijau’ Posted: 13 Jul 2012 05:37 AM PDT Jamilah KamarudinPolis akan membantu mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang himpunan berlangsung. KEPONG: Polis hari ini membenarkan perarakan 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Negara yang baru petang esok dengan beberapa syarat. Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong petang tadi. Mazlan berkata, polis membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta . Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis juga turut membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang. Selesai berucap, Mazlan berkata peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, Pintu3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer. Serah memorandum Namun, katanya perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum. "Polis pada awalnya keberatan nak bagi berarak atas alasan keselamatan dan masalah lalu lintas. Kita cadangkan beberapa pilihan alternatif dan akhirnya dah capai kata sepakat," katanya. Beliau berkata melalui perbincangan tadi kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan himpunan secara aman dan mahu mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada terjadi. "Polis akan membantu mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang himpunan berlangsung," katanya. Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda. Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain. Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara: 1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda 2) Batalkan pinjaman bank peneroka 3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations 4) Selesaikan tuntutan peneroka 5) Hapuskan hutang peneroka 6) Lindungi tanah peneroka 7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga 8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/frontpage/2012/07/13/himpunan-oren-polis-bagi-lampu-hijau/#ixzz20VPCKKjv |
Pembunuhan Altantuya : Datuk Fauzi Shaari ragui kenapa Razak Baginda boleh terlepas Posted: 12 Jul 2012 11:25 PM PDT Walaupun Dato Fauzi Shaari tidak menghuraikannya bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini. Beberapa persoalan masih belum terjawab. Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum? Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? : 1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya? 2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka? 3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi: "Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang". Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut? 4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak. 5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya? 6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai? 7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali. Dulu, kita tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu: "Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan