Rabu, 11 Julai 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut

Posted: 11 Jul 2012 01:01 AM PDT

Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

"Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kelulusan juga diberi kepaaa sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah," katanya.

Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.

Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).

Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23) ; Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13).

Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).

"Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik," katanya.

Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.

"Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.

"Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah," jelasnya. -selangorku

Helah Isteri Buat Laporan Dirogol, Tutup Aib

Posted: 11 Jul 2012 12:30 AM PDT

Muar - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

"Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,"
katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

"Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit," katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.

"Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. -SH

Finaz Yunus Akhirnya Mohon Maaf Kepada Abby Abadi

Posted: 10 Jul 2012 10:00 PM PDT

Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;


Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.

Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.

1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: "Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


-ehgosip

Apa Kuasa Rosmah Wajibkan Semua Pengusaha TASKA Hadiri Kursus PERMATA?

Posted: 10 Jul 2012 08:03 PM PDT

Halimah : Rosmah Cuba Ambil Alih Jawatan Menteri?

SHAH ALAM, 10 JULAI: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kursus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya.

Demikian kat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali kepada TVS hari ini.

"Pertamanya, apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa?

"Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar?

"Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata beliau ketika ditemui apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat tengahari tadi.

Menurut Halimah, pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar.

"Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu.

"Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.

"Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa? Soal Halimah.

Halimah juga tidak menolak kemungkinan bahawa 'pengumuman' Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum. -selangorku


Rosmah: Taska swasta wajib ikut kursus Permata

KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009.

Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

"Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.

Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.

"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya.
- Bernama


Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah mengulas mengenai isteri najib ini. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

Lagi UMNO BN Kecundang Di Kandang Sendiri..

Posted: 10 Jul 2012 05:06 PM PDT


Bukan nak kutuk tapi, admin nak anda nilai sendiri, silent majoriti pun BN dah tak kuat, kalau menang PRU memang sah menipu..

Macam Hosjib Mubanazak, saban tahun menang 80persen majoriti PRU, tapi apabila SPR Mesir di Bersihkan rupanya baru kita tau selama nih mereka menipu...

Satu bancian telah dilakukan di dalam facebook yang dikelolakan oleh juak UMNO.

Sertai vote ini bersama bagi menjauhkan jurang, link

TERKINI:

BN - 839
PR - 7,049

sumber: FB

AJK Masjid Lapor Polis Campurtangan UMNO Tolak Imam Yang Dituduh Ahli PAS

Posted: 10 Jul 2012 08:32 AM PDT

Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah

LENGGENG: Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.

"Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).

"Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.

"Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.

"Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.

Kes masih disiasat

"Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar," kata Mohd Fahmy.

Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau.

Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.

"Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.

"Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.


"Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam", jelas Mohd Fahmy. -FMT


Masih Ada Harga Lagikah Dubur Saiful Kepada UMNO?

Posted: 10 Jul 2012 06:33 AM PDT

Kes liwat Anwar: AG fail notis rayuan

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari).

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian, kata Mohamad Zabidin, adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh ahli kimia Dr Seah Lee Hong terhadap sampel berkenaan.

Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pada 9 Jan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.- Bernama

Kes Fitnah II: Rayuan Peguam Negara bermotif politik – Peguam

KUALA LUMPUR 10 Julai: Rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan Fitnah II adalah bermotif politik.

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia dibuktikan apabila penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang," katanya kepada Keadilan Daily.

Sivarasa yang juga peguam berkata, Najib patut berdebat dengan Anwar bagi membuktikan keberanian beliau, bukannya bermain politik kotor seperti ini.

"Najib sepatutnya berdebat dengan Anwar berhubung ekonomi negara kerana ia bentuk politik baru yang sihat dan adil bukannya menekan institusi kehakiman untuk membunuh kerjaya politik beliau," kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said dilapor mengesahkan petisyen rayuan difail semalam, namun enggan mendedahkan alasan rayuan itu.

"Kami akan berhati-hati dengan tindakan pentadbiran Najib ini kerana selain ia bermotif politik, ia juga bertujuan untuk memerangkap Anwar dan buat masa ini, kita menanti apa tindakan susulan Jabatan Peguam Negara.
"Selepas itu, barulah kita akan membuat kenyataan mengenainya," kata Sivarasa lagi.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat pada 2 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana katanya, sampel itu boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis dan oleh itu beliau membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan Fitnah kali kedua itu pada 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Fitnah 1 bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari semua tuduhan pada 2004.
-KD


Ulasan GB

Juak-juak UMNO amat mengharapkan Anwar dipenjarakan. Tetapi amat jelas dari keputusan mahkamah bahawa "mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari)".

GB telah ulas sebelum ini. Petikan:

Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.


Ini Dia Dokumen Sahkan Najib Campurtangan Projek LRT Ampang

Posted: 10 Jul 2012 04:33 AM PDT

Dokumen 'sahkan' PM campurtangan, dakwa PKR

PKR telah mendedahkan satu dokumen (lihat lampiran di bawah) yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan. -mk

Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,

2. Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah,

3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan

4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?

2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi
(harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?


Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Apakah pertimbangan sebenar Dato' Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato' Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Dato' Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato' Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012







Tiada ulasan: