Selasa, 10 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis: Suspek amuk dipercayai sakit mental

Posted: 10 Jul 2012 12:03 AM PDT

Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.


Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- Bernama


Umno politikkan tema Hari Kebangsaan

Posted: 09 Jul 2012 11:39 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai: Pemilihan tema '1Malaysia Janji Ditepati' untuk sambutan kemerdekaan ke-55 pada tahun ini
melambangkan Umno begitu terdesak hingga sanggup mempolitikkan hari bersejarah negara.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menyifatkan tindakan itu politik murahan dalam strategi Umno memancing undi rakyat.

"Janji Ditepati' adalah tema yang digunakan atas kapasiti Umno untuk menggula-gula dan membeli rakyat. Saya tak faham apa kaitannya dengan sambutan kemerdekaan," katanya.


Tema itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 25 Jun lalu.

Aishah berkata, hari kemerdekaan merupakan hak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, kebebasan yang diperoleh daripada penjajah dengan penuh rintangan dan perjuangan perlu diraikan bersama-sama. Justeru tidak ada isu yang mengaitkan sambutan itu dengan tema tersebut.

"Umno patut tahu bezakan mana satu hak Umno dan hak rakyat, malah 'Janji Ditepati' itu habuan yang dijanjikan Umno dan bukannya hasrat seluruh rakyat," tegasnya.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan kempen 'Jelajah Janji Ditepati' yang bergerak ke seluruh negara dalam usaha kononnya mempromosi janji-janji Umno dan sebagai 'platform' untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Umno turut menggunakan jentera kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjayakan karnival itu disamping mengundang artis tempatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32538


KANTOI - Video Ummi Hafilda Bergaduh Pasal Duit Tersebar

Posted: 09 Jul 2012 07:15 PM PDT

Bukan aku yang siarkan. Dan kesahihan nya masih lagi dalam peringkat samar2. Namun aku rasa sikit2 boleh gak nak percaya kot sebab memang selama neh kita dah tahu bahawa ummi memang dibayar di setiap ceramah umno pun. Actually dibayar cakap benda betul logik gak tapi dah larh dibayar, menfitnah pula tue mana orang tak sakit ahti dengan dia.

Lihat kat bawah neh beb ;

Buat Ummi Hafilda diharap kembali kepada landasan perjuangan anda yang sebenar. Jangan kerana kemaruk wang ringgit dalam siri ceramah anda maka anda semakin buas meraih pendapatan. Gomo yakin pihak UMNO ataupun NGO sedia membantu tetapi biarlah berpatutan jika kita benar benar ikhlas dalam perjuangan.

Jadikan apa yang berlaku ini satu pengajaran untuk semua agar disatu masa lain pekara sebegini dapat kita beringat dan jangan kita mengikuti syarat merepek meraban seperti mana yang diminta oleh Ummi Hafilda. -PG-

Bacaan penuh klik sini.

Kali neh dia dikenakan oleh rakan seperjuangan dia sendiri. Korang tengok kat bawah neh sendiri ;



Versi video lagi satu disini.

Video kat atas neh dipercayai rakaman perbualan ummi dengan seseorang. Pasal duit rm2,500. Ummi tak hadir berceramah pada masa yang telah ditetapkan dan dorang nak duit tue dipulangkan semula. Ginilah pendapat aku senang jek. Kalau sungguh persatuan tue bagi ummi duit mesti ada bukti kan? So korang paparkanlah bukti tersebut.

Buktikan kepada kami bahawa ummi memang berceramah pasal duit oke. Tunjukkan seme bayaran2 yang ummi pernah terima setiap kali ummi berceramah di atas pentas umno. Tak baik tuduh2 ummi dengan video perbualan yang disunting apa seme. Sungguh ini tidak adil pada ummi. Siyes.

Dan buat ummi pula kalau ada bukti yang umno ada kaitan dengan duit rakyat [video versi satu lagi] mohon kemuka kan bukti juga. Buktilah seme tue ummi. Jangan kita dok tuduh2. Tak baik. Aku menunggu sesama korang keluarkan bukti oke. Aku siyes. Biarlah kami jadi penilai tengok siapa cakap tipu dan siapa cakap benar oke. Bai.

kah kah kah

Dipetik dari - http://amenoworld.blogspot.com

Susulan Amukan Imam Mahadi

Posted: 09 Jul 2012 05:33 PM PDT

Utusan lapor agenda guling kerajaan,Polis lapor lain,utusan pembohong?'


Amuk? mengapa mengamuk?kenapa di bunuh?




Taman Peringatan Nirvana kan ni? jirat cina tu...apa dia buat ek?

KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.

Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.

Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;


Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).


Mari kita baca Propaganda UTUSAN pula..


Utusan siap TOKOK tambah bahawa wujud gerakan menumbangkan Kerajaan?? wahh.. JAHAT sungguh tuduhan UTUSAN.. sampai begitu sekali yer?

Apa motif Utusan Malaysia sebenarnya menyebarkan berita sedemikian rupa? Mengapa mereka mendahului Polis dalam penyebaran beritanya yang ternyata berunsur fitnah untu menimbulkan kurang senang rakyat dengan mengaitkannya dengan mengatakan suspek mahu gulingkan kerajaan dan bertakbir sedangkan Polis mengeluarkan kenyataan sebaliknya...?

Jom tonton video berkaitan di bawah ni...


benarkah ini blog mangsa yang mati di tembak polis itu? ....

Blog beliau yang exrim sila lihat [sini]
ini pun blog dia juga.. tapi agak cintan..[sini]
face book dia pon ada.. lihat di [sini]
ok.. isteri dia pun ada blog.. lihat [sini]

malangnya isterinya bukan bloger kot,sebabtulah blognya x siap..ni arahan untuk isterinya buat blog tersebut "

Salam sejahtera,

Aku suruh isteriku buat blog yang baru untuk aku.... aku namakan

"GILA APA MANUSIA"

Aku akan bicara secara bersemuka pada pemerintah ataupun sesiapa.

Tidak ku peduli nak jadi apa.. Aku akan usaha sampai berjaya. Gila apa manusia.

Tidak aku sombong .... tidak juga bangga... aku juga manusia biasa.

Diusia muda tatkala aku tak kenal aku ini siapa.... kamu penguasa negara hanya mampu membiarkan saja.... kupukul sesiapa ku suka tak ku peduli Neraka.

Kini diusia tua 47 tahun umurku... sudah aku kenal aku ini siapa... aku adalah Raja Dunia.

Diam semua kamu! Tatkala aku bicara.. hidup kamu ini untuk apa. Susah sengsara manusia kamu biarkan saja..... kamu semua memang celaka.

Hormat lah kamu pada Raja.... aku peduli apa. Aku datang merampas singgahsana... turun kamu Sultan Gila dari tahta... kini aku nak ambil alih kuasa.

Saat dan tika sempadan takdir dari PEMUNYA... aku pasti datang meregut kuasa dari jantung-jantung setiap yang bernama Raja.

Ikut aku atau kubunuh semua... aku tak peduli kamu siapa.... Kerana apa?

Aku adalah Raja Dunia anugerah dari Allah Tuhan ku.

MAHA SUCI ALLAH






Inilah laptop yg dia gunakan tu yer?


Khalil Afandi Ini gambar kita..
aku dan Naman Ali Osman mahu menawan Malaysia....
seterusnya Dunia milik kita ~ lihat [sini]

Nampaknya idolanya Dr Mahathir? baca sini ayat dia..


"Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu." - PETIKAN DARI BLOG JAYANEGARA


So pengaruh Madey kutty kah ini semua?


Dia benci Nik Aziz / PAS baca sini ayat dia..

"Tuan guru Nik Aziz menangis dalam sedu dan sedan....dia berdoa......hayati doa Ilmuan ini.. " butakanlah mata pengundi" "biar mereka cuma nampak BULAN"....... tolonglah ya Allah.... tis ..tis.. tis. menitis airmata.... terasa hampir dengan Allah pada ketika itu. Mampus. Bedooh demo ni. Nik Aziz demo raso Allah saye ke demo... kalu Allah saye ke demo wakpo nyo dok Kelate... tak habis-habis. Gi lah tawe Melako. Hok ni pong hambo nak ajar ke demo.... weeee lah!" ~ PETIKAN DARI BLOG JAYANEGARA


Okey lah geng..stakat ini lah hasil siasatan gua.. rumusan gua untuk kjadian ini adalah,RASA MARAH BELIAU MELIHAT KERAJAAN MEMERINTAH YANG GAGAL MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DENGAN BAIK,MEMBIARKAN RAJA2 MELAYU SEBAB GUA LIHAT DIA JUGA ANTI RAJA2.. MAYBE SKANDAL SPT YG DI DEDAHKAN BLOGER UNCLES SEEKER..NAK KATA DIA PRO PEMBANGKANG SPT PAS.. TAK NAMPAK DIA IKOT ALIRAN POLITIK.. DIA JUGA ANTI PR.. CONTOHNYA DIA KUTUK MB SELANGOR YG MENGIRINGI SULTAN SELANGOR...

APA PUN.. ARWAH TELAH GAGAL MENCARI SATU TIITK YANG BETUL UNTUK MENUNJUKKAN KETIDAK PUASAN HATINYA DENGAN BERJUMPA PM SELAKU PEMERINTAH TERTINGGI NEGARA.. JIKA BELIAU JOIN POLITIK.AMARAHNYA BOLEH DI SALUR MELALUI PARTI DI PARLIMEN.. TAK GITU GENG??WALLAHUALAM...SEKIAN.. AL FATIHAH UNTUK ARWAH...


Dipetik dari http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/utusan-lapor-agenda-guling.html


'Imam Mahadi' Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri

Posted: 09 Jul 2012 05:40 AM PDT





Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.

Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia.


Suara Pakatan Rakyat Adalah Blog Yang Menyamar

Posted: 09 Jul 2012 05:32 AM PDT

HARI ini Utusan Malaysia buat lawak paling bodoh apabila menyebut blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang.

Bersumberkan blog BN menyamar sebagai pro Pakatan Rakyat itu, Utusan melaporkan cerita bohong kononnya DAP akan bertanding lebih 90 kerusi pada PRU 13 nanti sedangkan DAP telah mengesahkan mereka bertanding sekitar 40 kerusi.



Sebenarnya dah ramai orang tahu blog suarapakatanrakyat.com merupakan agen Umno yang menyamar kononnya menyokong Pakatan Rakyat, namun memutar belitkan fakta terhadap sesuatu isu.

Utusan Malaysia yang diketahui umum sebagai "Lidah Syaitan" kali ini cuba memperbodohkan pengguna internet pula apabila memetik suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang.

Meskipun blog suarapakatanrakyat.com ini menyamar sebagai penyokong Pakatan Rakyat, namun tidak susah untuk mengesan agendanya kerana ia ditulis oleh penulis bodoh kerana meletakkan gambar Anwar sebagai pemimpin paling suci.

Selain itu penulis blog itu juga sengaja meletakkan gambar Ambiga sebagai srikandi negara yang jelas sekali mendedahkan lagi taktik "black operation".

Sumber - milosuam.blogspot.com/2012/07/penipu-utusan-nak-perbodohkan-pengguna.html#ixzz20804rp8h


DAP Tanding 90 kerusi - Fitnah Utusan Disanggah

Posted: 09 Jul 2012 02:44 AM PDT

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.


"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.

Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' -suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.

Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut.

- Malaysiakini


Tiada ulasan: