Selasa, 10 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video ketika suspek mengamuk di JPM ditembak Polis

Posted: 09 Jul 2012 07:38 AM PDT



LANJUTAN daripada kejadian seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya yang mengamuk di JPM siang tadi, rujuk sini [Lelaki mengamuk di JPM]

Di bawah ini rakaman video yang dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian saat Polis melepaskan tembakan kepada suspek tersebut. Bagaimana pun, beliau tidak dibenarkan menghampiri suspek.

Wajah lelaki mengamuk di JPM dengan pedang samurai

Posted: 09 Jul 2012 06:59 AM PDT

SEORANG lelaki dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan isterinya mengamuk di Bangunan Jabatan Perdana Menteri membawa pedang samurai hari ini.

Di bawah ini wajah dua individu yang dimaksudkan. Lelaki itu dilihat seperti orang kurang siuman, memakai penutup kepala dengan lambang kepala tengkorak.

Isterinya memakai pakaian selubung hitam dengan cermin mata hitam.



Apa yang menariknya, Utusan Malaysia menokok tambah cerita untuk mengaitkan kejadian ini dengan Pakatan Rakyat, terutama Parti Islam, PAS. Akhbar propaganda itu melaporkan kononnya lelaki itu mahu menggulingkan kerajaan.

Malah turut menokok tambah cerita kononnya lelaki itu melaungkan takbir beberapa kali. Di bawah ini laporan daripada Utusan Malaysia [Utusan]



Lihat pula laporan daripada Sinar Harian, langsung tidak menyebut lelaki itu mahu menggulingkan kerajaan ataupun melaungkan takbir.

PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya [Sinar Harian]


ReJaM© "Teringin gua nak cepuk kepala editor Utusan ni... "

Penipu! Utusan nak perbodohkan pengguna internet

Posted: 09 Jul 2012 03:03 AM PDT

HARI ini Utusan Malaysia buat lawak paling bodoh apabila menyebut blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang.

Bersumberkan blog BN menyamar sebagai pro Pakatan Rakyat itu, Utusan melaporkan cerita bohong kononnya DAP akan bertanding lebih 90 kerusi pada PRU 13 nanti sedangkan DAP telah mengesahkan mereka bertanding sekitar 40 kerusi.



Sebenarnya dah ramai orang tahu blog suarapakatanrakyat.com merupakan agen Umno yang menyamar kononnya menyokong Pakatan Rakyat, namun memutar belitkan fakta terhadap sesuatu isu.

Utusan Malaysia yang diketahui umum sebagai "Lidah Syaitan" kali ini cuba memperbodohkan pengguna internet pula apabila memetik suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang.

Meskipun blog suarapakatanrakyat.com ini menyamar sebagai penyokong Pakatan Rakyat, namun tidak susah untuk mengesan agendanya kerana ia ditulis oleh penulis bodoh kerana meletakkan gambar Anwar sebagai pemimpin paling suci.

Selain itu penulis blog itu juga sengaja meletakkan gambar Ambiga sebagai srikandi negara yang jelas sekali mendedahkan lagi taktik "black operation".



Anda lihat sendiri bagaimana Utusan dengan taktik kotor dan berniat jahatnya menulis berita daripada sumber yang terang-terangan palsu untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.



ReJaM© "Biasalah Umno, baling batu sembunyi tangan... "

Tiada ulasan: