Isnin, 9 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi pendedahan Rafizi mengenai projek LRT Ampang - ada kaitan rupanya dengan syarikat Scorpene

Posted: 09 Jul 2012 09:11 PM PDT

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 10 Julai: Sebuah 'syarikat Perancis' yang terlibat dalam urusiaga Scorpene 10 tahun lalu, memiliki kepentingan dalam empat daripada lapan pembida projek kontroversi LRT Ampang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, salah satunya adalah Konsortium George Kent, yang menerima kontrak penyambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion ringgit.
George Kent diterajui rakan golf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Tan Kay Hock.
Dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, baru-baru ini, Rafizi berkata, George Kent hanya berminat mendapat keuntungan 'atas angin' dalam projek berkenaan, sedangkan ia dijalankan syarikat Perancis yang terbabit dalam urusniaga Scorpene.
"Syarikat Perancis itu juga ada kepentingan tinggi dalam George Kent dan membekal lokomotif gerabak untuk projek MRT.
"Dari segi teknikal, projek MRT dilihat diserah kepada George Kent dan Tan Kay Hock, tetapi sebenarnya dijalankan syarikat Perancis itu," katanya.
Menurut Rafizi, syarikat Perancis itu berpengalaman dalam industri mekanikal dan kejuruteraan tinggi, termasuk pernah membina kapal selam, lokomotif dan landasan keretapi. Bagaimanapun katanya, beliau akan mendedahkan nama 'syarikat Perancis' tersebut pada masa yang sesuai.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32521

'Awie' diburu polis, dakwa rogol pelajar

Posted: 09 Jul 2012 07:29 PM PDT

Pelajar dakwa dirogol 'Awie'



BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya.

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

"Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur," katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - SINAR HARIAN

Adun Pakatan yang bukan Islam tak pakai tudung dipersoal Adun BN hahaha, awat hampa tak tanya Rosmah dulu

Posted: 09 Jul 2012 03:37 AM PDT

SHAH ALAM 9 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menempelak Adun Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung isu wanita tanpa tudung.
Ia berikutan Adun BN mencetuskan isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobik dalam kawasan masjid.
Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikai kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid.
Azmin berkata, soal wanita bukan Isam tidak memakai tudung tidak berbangkit langsung kerana mereka bukan Islam.
"Yang perlu dipersoal oleh Adun BN adalah isteri Perdana Menteri yang beragama Islam dan tidak bertudung…itu yang patut dipersoal dahulu," kata Azmin mendapat tepukan meja bergemuruh dalam sidang itu hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32488

PRU 13 - DAP Tanding 90 kerusi ..... DAP sangkal laporan Utusan

Posted: 09 Jul 2012 02:03 AM PDT

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.


Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' -suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa  mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.


Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.


Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya  parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut. - Malaysiakini

Tiada ulasan: