Selasa, 24 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan

Posted: 24 Jul 2012 03:00 PM PDT


Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

NONEPeratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

toyota car manufacturer loss of sales report 221208 03"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.


MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: MALAYSIA VS ARSENAL

Posted: 24 Jul 2012 07:54 AM PDT






Live Streaming Video Football : International Friendly Matches
Tuesday (24 July) 21:45 (GMT +8)

PERLAWANAN TAMAT
MALAYSIA XI 1-2 ARSENAL


ATAU SILA KLIK DI SINI






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Jatuh longkang di Taman Putra Ampang ,mayat dijumpai di Bandar Tun Razak

Posted: 24 Jul 2012 05:42 AM PDT


Sungai Kerayong-Gambar Ahad lalu ketika usaha mencari budak 11 tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Putra Ampang dan dihanyutkan air deras pada jumaat lepas.



SEDIH...Misnati (tengah) bersama suami, Markasan dan anak mereka, Nikmatul menunjukkan pakaian kegemaran Yaqin. Gambar kecil, Yaqin.

AMPANG: Mayat kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di lubang saliran air Taman Putra di sini, sejak Jumaat lalu, Nurul Yaqin Makasar, 11 ditemui di kolam takungan air berhampiran Flat Sri Johor Bandar Tun Razak, di ibu negara, petang semalam.

Mangsa ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang menjalankan operasi mencari mangsa jam 5.30 petang.


Sementara itu, ibu mangsa, Misnati Hullah, 48, yang dihubungi mengesahkan penemuan anak bongsunya itu sebelum diminta ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Kami dimaklumkan oleh anggota polis mengenai penemuan Yaqin sejurus masuk waktu berbuka puasa kira-kira jam 7.35 malam dan membuat pengecaman di hospital pada jam 8.35 malam.


"Memang sah itu jasad Yaqin, namun kami hanya dibenarkan membawa pulang jenazah pagi esok (hari ini) kerana hospital perlu melakukan bedah siasat," katanya.


Misnati berkata, sejak anak bongsunya itu hilang selepas terjatuh dari longkang dan dihanyutkan arus deras, dia sentiasa berdoa dan mengaji al-Quran berharap jasad anaknya itu ditemui untuk disemadikan dengan sempurna.

"Kali terakhir Yaqin mencium saya sebelum ke sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Tasik Tambahan. Saya tidak menyangka itu ciuman terakhirnya. "Malah, kami sekeluarga tidak sempat menyambut kedatangan Ramadan kali ini bersamanya. Sejak Yaqin berusia tujuh tahun, dia tidak pernah tinggal puasa. Dia berpesan kepada saya supaya belikan baju Melayu merah dan sampin hitam untuk hari raya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tasik Tambahan, di sini, semalam.


Dengan nada sebak, Misnati yang berstatus penduduk tetap memberitahu dia yakin dan reda dengan takdir Ilahi anak lelaki daripada empat beradik itu sudah tiada lagi selain berdoa anaknya itu ditemui semula.

"Sejak mengetahui Yaqin lemas hingga semalam (kelmarin) kami pergi ke Sungai Kerayong melihat operasi mencari dan menyelamat. Setiap saat saya berdoa jasadnya ditemui kerana sudah tiga hari ia belum ditemui.

"Tadi (semalam) saya membaca surah Luqman sebanyak tiga kali. Mungkin terlalu penat, saya terlelap lebih kurang satu minit dan bermimpi Yaqin senyum kepada saya, malah bibirnya merah," katanya.

Menurutnya, dia yang tersedar dari tidur menceritakan mimpi itu kepada suami, Markasan Markadi, 58, dan anak perempuan ketiganya, Nikmatul Hanafia, 17. Katanya, anaknya yang bersekolah di tahun lima tergelincir dalam lubang saliran air di Taman Putra jam 6 petang, Jumaat lalu, selepas keluar bermain dengan empat rakannya.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Posted: 23 Jul 2012 09:59 PM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BANYAK BUKTI BN BERKAWAN KOMUNIS

Posted: 23 Jul 2012 06:00 PM PDT

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menempelak sikap hipokrit pemimpin Umno BN yang tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan komunis.Ahli Parlimen Batu itu berkata, Umno BN terang-terangan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) pada Oktober tahun lalu."Saya nasihatkan supaya pemimpin Umno BN tidak hipokrit dalam isu ini," katanya ketika dihubungi.



Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.


Bagaimanapun, kenyataan Zahid bercanggah dengan laporan Umno Online yang menyatakan pemeteraian MoU bertujuan mengeratkan hubungan kedua-dua parti.


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, salah satu kandungan dalam MoU itu ialah penukaran pegawai parti untuk mempelajari pelaksanaan program kedua-dua parti.


Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.


Malah beliau turut membezakan antara fahaman komunis dahulu dan komunis yang terdapat di China sekarang.


Mengulas isu itu, Tian berkata, kedua-dua fahaman komunis tersebut tidak berbeza kerana mengamalkan dasar yang sama.

Stor Rumahtangga Untuk Kebahagiaan, Keceriaan & Kenikmatan Hubungan Suami Isteri.KLIK SINI


Peraduan Kenali Vimax Original Kanada, Peluang Untuk Memiliki PERCUMA Sebuah Galaxy Note! KLIK SINI

Shhhh…. Ada Alat Istimewa Untuk Lelaki. Rahsia Jadi Kuat, Bertenaga & Berkuasa Kuda!! Klik SINI


"Tetapi dasar komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih terbuka dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar. Ia berlaku disebabkan peredaran dunia.



"Justeru Malaysia bebas menjalinkan diplomatik dengan mana-mana fahaman termasuk komunis. Saya tidak hipokrit dalam isu ini dan tidak pertikai hubungan antara Umno dan CPC.


"Tapi saya persoalkan mengapa Umno menuduh Pakatan (Rakyat) diresapi fahaman komunis kononnya pada era penjajahan. Fahaman itu tidak relevan. Kalau fahaman itu masih ada, bermakna komunis di China sekarang juga menganuti fahaman yang sama," katanya.


Menurut Tian, Umno kini kehabisan modal untuk menakut-nakutkan rakyat hingga menggunakan isu komunis untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Pakatan.



kl-today

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pengerusi BN Tuaran Letak Jawatan

Posted: 23 Jul 2012 03:00 PM PDT

Bumburing Keluar BN, Akan Buat Pengumuman Penting Ahad Ini

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pada Isnin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.

Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini.

"Berkuatkuasa hari ini (Isnin), 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.

Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).

Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.

Surat peletakan jawatannya diihantar kepada Ibu Pejabat BN di Kuala Lumpur melalui faks untuk perhatian Setiausaha Agung BN serta penjabat Pengerusi B NSabah.

Ahli politik veteran berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya itu turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau.

Bagaimanapun, Bumburing tidak menyatakan alasan untuk melepaskan jawatan itu.

Pada Pilihan Raya umum 2008, Bumburing dicalonkan sebalik penyandang Madius Tangau untuk kerusi Parlimen Tuaran.

Bumburing mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN apabila mengalahkan pencabar terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah hilang deposit apabila hanya maampu meraih 879 undi.

Bulan lepas, Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika menyambut hari kelahirannya ke-57 pada 15 Jun lepas, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort dan menyatakan akan bertanding semula untuk jawatan itu.

Pada Mac lalu, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa timbalannnya, Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.

"Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya. - BERNAMA

mstar

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: