Sabtu, 21 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


Nahas helikopter: Dua mayat ditemui, seorang penumpang masih hilang

Posted: 21 Jul 2012 05:00 AM PDT


Helikopter jenis Eurocopter EC 120 inilah yang terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi semalam. – Foto Bernama

KUCHING - Nelayan pagi tadi menemui mayat juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, salah seorang daripada tiga penumpang yang hilang selepas pesawat Eurocopter EC 120 yang mereka naiki jatuh terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman, semalam.

Mengesahkan demikian, timbalan pesuruhjaya polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Siti Khuzaimah, yang dihanyutkan arus deras Batang Lupar, dijumpai kira-kira pukul 11.10 pagi.

"Mayat sudah dibawa ke Sebuyau untuk dihantar ke hospital terdekat di Simunjan bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelemat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan dalam usaha mencari dua lagi penumpang helikopter itu, jurutera Peter Ato Mayau, 53, dari Sebiro Holdings dan arkitek Henry Lau Tee Yong, 42, yang masih belum ditemui.

Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas, katanya.

Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari negara Jerman, yang berenang selama empat jam di arus deras selepas nahas berlaku.

Juruterbang itu sedang mengangkut ketiga-tiga mangsa dari Kuching untuk membuat tinjauan satu projek di Nanga Merit, Kapit, kira-kira pukul 2 petang semalam ketika kemalangan terjadi. Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman semalam ditemui tengah hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira 2 petang.

Mayatnya dihantar ke hospital terdekat di Simunjan untuk bedah siasat, kata Law kepada Bernama di sini.

Ato, 53, yang berkhidmat sebagai naib-presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, disebut-sebut akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Law mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan pagi ini juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat.

Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelamat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan bagi mencari baki seorang lagi penumpang helikopter itu, arkitek Henry Lau Tee Yong, 42.

Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan, katanya.

Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari Jerman, yang berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku. – Bernama

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

WAKTU BERBUKA PUASA 2012

Posted: 21 Jul 2012 02:54 AM PDT
























































































BIL


NEGERI


ZON


1


MELAKA

MELAKA
2JOHOR




3PERAK







4SARAWAK









5SABAH









6TERENGGANU




7KELANTAN


8SELANGOR


9PAHANG






10
WILAYAH PERSEKUTUAN




11
WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN
12
PERLIS

PERLIS
13NEGERI SEMBILAN


14KEDAH






15
PULAU PINANG

PULAU PINANG




Jadual Waktu berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia 2012



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS

Posted: 20 Jul 2012 07:45 PM PDT


Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: