Sabtu, 21 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Shafee Sali Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus. Ikon Anak Muda

Posted: 21 Jul 2012 07:25 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/205230_497796420235368_280247994_n.jpg

Yang pasti gambar ni bukan photoshop atau pun tipu.

Alhamdulillah. Ustaz Azhar menjadi ikon remaja sekarang untuk lebih mencintai dan suka akan ilmu agama.

Allahuakhbar!

DAP Cabar Datuk Chua Tee Yong Debat Isu TALAM. Ada Berani?

Posted: 21 Jul 2012 05:56 AM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/578671_10151014023524192_911860644_n.jpg

We would like to invite Datuk Chua Tee Yong to come forward to debate with YB Tony Pua on Talam controversy.

'LIKE' and 'SHARE' this invitation to tell the world including Datuk Chua about this debate invitation.

YB Tony Pua is ready for the debate; the public is ready to listen; Datuk Chua, are you ready?

----------

We've already booked 2 venues at 2 different days for different languages. Datuk Chua is free to choose to come for both, either or none. If Datuk Chua did not turn up, we'll turn the supposed debates into forums, speakers include YB Tony Pua and YB Teresa Kok (Chinese) and YB Tony Pua, YB Rafizi Ramli and YB Hannah Yeoh (English/Malay).

In any case, the public are invited to attend the debate/forum. Admission is FREE.

Please see below the details: -

Chinese: 达南债务争议: 十亿令吉丑闻或无敌大乌龙?
Date: 24 July 2012 Time: 7.30pm
Venue: Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
Event page: https://www.facebook.com/events/462293507127591/

English/BM: Talam Debt Controversy: RM1 billion "scandal" or RM1 billion Mega-Blunder?
Date: 25 July 2012 Time: 8.30pm
Venue: Dewan Serbaguna Jalan SS15/4 Subang Jaya
Event page: https://www.facebook.com/events/263047897142943/

-----------------

Want to know more about Talam issues? You can read the background here: http://tonypua.blogspot.com/search?q=talam

Gaji Orang Atas Diberhenti Apabila Kerajaan Selangor Ambilalih Syabas

Posted: 21 Jul 2012 05:03 AM PDT

Hafizan Taib

PETALING JAYA, 21 JULAI : Antara gaji bulanan yang akan diberhentikan kata Menteri Besar, adalah Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana tidak menjalankan tugas sepertimana dipertanggungjawabkan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun pengerusi eksekutif itu dibayar gaji bulanan sebanyak RM 400,000 sebulan, beliau masih tidah dapat memastikan semua rakyat Selangor mendapat bekalan air terawat yang konsisten dari Syabas.

"Sebab apa saya tak nak bayar? Gaji itu dia tak buat kerja, dia dapat mana boleh. Saya tak boleh bagi gaji buta.

"Boleh jadi sebelum 2008 dia boleh dapat gaji buta tapi sekarang tak boleh sebab kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia tuntut duit itu.

"Saya mahukan rakyat dapat nilai untuk wang itu," katanya dalam sidang media selepas majlis perjumpaan dengan pembeli rumah kos rendah di Bangunan Sebaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor akan tetap mengambilalih pengurusan Syabas selepas syarikat konsesi air itu gagal memberikan perkhidmatan kepada pengguna sepertimana termaktub di dalam perjanjian antara ia dan Syabas.

Mengikut perjanjian itu pada 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sistem rawatan dan pengedaran air di Selangor.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor boleh mengambilalih pengurusan Syabas atau "step ini" apabila terbukti syarikat tersebut tidak mampu menjalankan tugasnya kepada pengguna air Selangor.

Baru-baru, Kerajaan Pusat bersetuju melantik sebuah jawatankuasa bagi merancang proses pengambilalihan itu.

Abdul Khalid berkata, apa yang penting semua pihak perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian isu air tersebut demi kepentingan rakyat di Selangor.

"Saya seorang professional walaupun saya ahli politik, tujuan saya bukan untuk menyalahkan sesiapa baik Syabas, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Selangor.

"Pengguna kata dia nak air bersih, paip dia mesti ada air dengan harga yang terbaik. Tujuan saya apapun saya akan betulkan sehingga pengguna dapat perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Najib Dan Rosmah Sahur. Apa Yang Tak Kena?

Posted: 21 Jul 2012 02:04 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSua3DAGAkDVtGt-ih46j7JaUiTx27yVjULK3LINOnzR0OZHMOIr5qPlajld8SUMYorIhvQzd7FOxRyzkdyBPUaZu3yULwiTH-xrEfPa9LouwJzSeE7jOI_iCrBiHu-TjrF5rf6vzTCso2/s400/Untitled+(5).jpg

Awal pagi tadi Anak Bugis Seorang nie dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita sayangi Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelakinya Nor Ashaman Razak telah meluangkan masa bersahur bersama-sama anak-anak yatim Rumah Penyayang Tun Abdul Razak dikediaman beliau di Pekan, Pahang. Diantara menu sahur mereka adalah Gulai Tempoyak Ikan Patin, Daging Masak Lemak Cili Api, Ayam dan Sotong Masak Merah, Kurma serta Buah-Buahan.

susah sangat ke nak tutup aurat tu?

sebab tu ramai orang wanita, bila sebut je nama rosmah. semua buat muka menyampah. huhuhuhu...

Bekas ketua Wanita Umno Bukit Hangus, dibunuh

Posted: 21 Jul 2012 01:44 AM PDT

Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui.

Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau.

"Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.

Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani.

Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya.

Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung.

"Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya.

- Bernama

Walaupun Berkaki Satu, Pemuda Ini Tegak Berdiri Semasa Solat

Posted: 21 Jul 2012 01:00 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/208947_10151322647434572_2044384032_n.jpg


Solat Kewajipan Utama

Dalam Surah Maryam ayat 59 Allah berfirman :

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاَة َوَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيَّا

Maksudnya : Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mengabaikan solat dan mengikut hawa nafsunya. Maka mereka kelak akan menghadapi azab di dalam neraka.

Itulah secebis gambaran Al Quran terhadap golongan manusia yang akan mula melupakan Allah s.w.t. dengan mengabaikan satu tuntutan pengabdian makhluk kepada Khaliqnya. Tuntutan syahadatain ( 2 kalimah syahadah) tidak dijelmakan dengan perlakuan yang disyariatkan Allah. Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai ikutan lalu mengabaikan solat fardu yang disyariatkan Allah . Akibatnya mereka dihumbankan Allah ke lembah kehinaan yang tidak ada tolok banding azabnya iaitulah neraka.

Satu kewajipan yang telah diketahui umum yang mempunyai dalil yang jelas daripada Al Quranul karim dan hadith Nabi s.a.w. serta kefarduannya disepakati oleh seluruh ulamak Islam ialah solat. Ungkapan "dirikanlah solat" atau ungkapan yang seumpamanya diulang-ulang dalam Al Quranul Karim adalah dalil yang diterima dan tidak dipertikaikan , samada oleh ulamak Salaf atau Khalaf, kalangan para sahabat dan imam-imam mujtahidin selepas itu, malah sampai ke zaman kita ini.

Orang yang mendirikan solat dianggap dia telah mendirikan satu asas agama yang utama, kerana ia adalah ibadat utama yang tidak boleh diatasi oleh ibadat-ibadat lain . Ibadat yang difardukan langsung kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pada malam Mikraj. Rasulullah s.a.w bersabda :
الصَّلاَةُ عِمَادُ الدِّيْنِ وَمَنْ أَقَامَهَا فَقَدْ أَقَامَ الدِّيْن وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدِّيْن
Maksudnya : Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendidikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

Solat adalah satu kewajipan, selama ruh dikandung badan. Selagi akal masih siuman . Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat . Sebab itu dalam Syariat Islam berbagai hukum, peraturan dan kaedah telah ditetapkan bagi mereka yang tidak mampu menunaikan solat dalam keadaan biasa

Bagi memastikan kewajipan ini dilaksanakan oleh umat Islam dalam situasi tertentu maka kita dibolehkan bertayammun. Bagi mereka yang tidak dapat solat secara biasa, dibolehkan mereka melakukan secara sambil duduk berbaring dan sebagainya . Semasa dalam perjalanan diharuskan kita menunaikan solat secara Jamak dan Qasar . Malah dalam suasana perang sekalipun, solat mesti ditunaikan dengan kaifiyyat yang tertentu.

Solat menjadi amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Kesempurnaan solat yang ditunaikan akan menyelamatkan amalan-amalan kebaikan yang lain daripada ditolak begitu sahaja. Segala penat lelah semasa di dunia menjadi sia-sia . Begitulah besarnya kewajipan solat berbanding amalan-amalan lain. Rasulullah s.a.w bersabda :

أوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَة، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
Maksudnya : Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang pada hari qiamat ialah solat. Apabila baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya. Dan jika rosak maka rosaklah segala amalannya.
(HR. Tobarani)
Solat yang sempurna dapat menjadi penangkis yang paling berkesan menghindarkan seseorang daripada terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar . Solat yang didirikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan akan merubah personaliti seseorang menjadi insan yang tunduk kepada perintah Allah dan takut melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan di dunia ini. Solat yang seumpama ini mampu menjadi ubat yang paling mujarab menyembuhkan berbagai penyakit sosial yang melanda umat pada hari ini.Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut : 45

أَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

Maksudnya : Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada keburukan dan kemungkaran.

Krisis air Selangor di musim hujan?

Posted: 21 Jul 2012 12:21 AM PDT

 http://drdzul.files.wordpress.com/2012/07/airutkrakyat-banner300px.jpg?w=360&h=178

Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi (surface water) yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.

Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air". Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'.

Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'.

Di Selangor NRW masih pada paras melebihi 30%. KPI atau targetnya ialah pengurangan kepada 20%. Pulau Pinang terbaik pada 18.8%. Singapura 5%. Manila Timur berjaya mengurangkan dari 67% pada tahun 1997 kepada paras 11% pada 2010.

Untuk mereka keluarkan lesen 'Pajakan' dan diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini.

Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'.

Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka. Sejumah RM6.4 bilion adalah hutang konsesi kepada pemegang bon.

Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.

Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' dalam 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?

Lalu belum sempat sampai kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan rakyat Selangor, MB ini telah menyerang balas atau 'ambush' seterunya dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu dan menghampiri 53.5% KDNK? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu tak payahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah hanya untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.

Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan atau tak berpihak dan juga pihak profesional kenapa tak dilibatkan? Jangan nampakkan sangat niat sebenar mewujudkan JK Kabinet ini. Habis duit 'tax-payers' satu hal. Yang sakit hati sangat rakyat ialah masalah berpanjanganan. TOR dan KPInya tak ditetapkan.

Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!

—————————————————————-
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Sepotong roti bakar tahun 1981 dibeli RM1,131

Posted: 21 Jul 2012 12:19 AM PDT

 http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0721/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg

LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.

Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.

Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.

Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.

Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi (Kosmo)

Kren Terbalik Sampai Macam Tu Sekali

Posted: 20 Jul 2012 11:50 PM PDT

Kejadian berlaku di Seksyen 16/6 PJ.

Hati-hati kepada yang berdekatan.

MB Selangor pemimpin pilihan rakyat – Oleh Adil Mat Selamat

Posted: 20 Jul 2012 09:03 PM PDT


Setelah pilihan raya umum 2008, DAP, PAS dan PKR telah berjaya menumbangkan UMNO-Barisan Nasional di Selangor, salah satu negeri terkaya dan terkuat yang diperintah oleh UMNO selama ini. Setelah itu, Pakatan Rakyat terbentuk.

Entiti yang dinamakan Pakatan Rakyat ini tertubuh atas kehendak dan desakan rakyat, Pakatan Rakyat bukan ditubuhkan atas keinginan individu atau mana-mana pemimpin, tetapi rakyat.

Jadi, siapakah yang dimaksudkan sebagai 'rakyat' itu? Iaitu rakyat Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan rakyat Malaysia. Siapa pula rakyat Malaysia? Iaitu semua manusia Melayu, Cina, India, masyarakat Sarawak dan Sabah dari semua keturunan dan agama.

Maka, Ketua Menteri dan Menteri Besar yang dipilih ini adalah Menteri yang direstui oleh rakyat. Tanpa mandat rakyat, tak mungkin mereka itu boleh menjawat jawatan tersebut. Ini hakikat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, tolak ketepi soal 'politiking' (main politik) kerana soal itu juga masih bergantung kepada sokongan dari rakyat. Jadi soal main politik tidak timbul sama sekali.

Beza dengan pilihan PM

Ia berbeza dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri UMNO-BN kerana, sudah menjadi amalan politik BN dan UMNO selama ini bila mana peranan dan pengaruh politik Perdana Menteri, menjadi faktor penentu seseorang calon menjadi ketua pentadbir negeri. Lihat saja di Perlis, Terengganu, Johor, Melaka dan Pahang.

Dalam hal Tan Sri Khalid Ibrahim yang menerajui Selangor, semua tahu bahawa beliau mempunyai reputasi yang sangat cemerlang ketika berkecimpung dalam bidang korporat. Beliau dikenali kerana kemahiran dalam mengurus akaun, sumber manusia, aset termasuk hartanah dan juga pelaburan ekonomi.

Dengan kata lain, seseorang yang menjawat jawatan sebagai CEO ( Ketua Pegawai Eksekutif ) syarikat multinasional, pastilah memiliki keupayaan mengurus dengan bagus. Siapa pun di kalangan kita hatta pemimpin UMNO sekali pun akan tetap mengakui hakikat ini.

Jadi, sebagai seorang bekas pengurus yang berjaya dan direstui oleh rakyat, pastilah kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim ini akan memberi ancaman besar kepada kempen politik UMNO dan BN dalam usaha untuk menawan kembali negeri Selangor dalam PRU 13 nanti.

Isu yang bukan isu

Isu air dan Talam Corporation yang di'spin' oleh BN menerusi mainan politik MCA adalah serangan untuk merosakkan reputasi Menteri Besar rakyat ini, itu sahaja niat dan matlamatnya. Tidak ada skandal dan tidak ada bukti. Sebaliknya semua dakwaan ini mula terbongkar kesahihannya.

SYABAS – syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Rozali Ismail yang juga Bendahari UMNO Selangor – mahu catu air atas dakwaan bekalan air kurang, tetapi hujan di Lembah Klang akhir-akhir ini menceritakan sebaliknya. Apa tujuannya? Apa kita lupa bahawa air dan tanah adalah hak negara?

MCA dakwa berlaku ketirisan apabila kononnya kerajaan negeri telah membayar lebih dari yang sepatutnya kepada Talam. Tetapi bila diselidiki, nyata tuduhan itu berpunca dari kelemahan mengira dan ketiadaan ilmu ekonomi oleh pihak yang mendakwa.

Oleh itu, jika kita lihat dari semua serangan yang pernah dilakukan oleh UMNO (Isu tanah), MIC (isu kuil), third force yang guna nama Islam (isu murtad) dan kini MCA (isu rasuah), semuanya gagal membuktikan kepincangan urus tadbir Tan Sri Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tiada modal, buat fitnah

Serangan ini juga membuktikan kecemburuan UMNO dan BN bila mana Pakatan Rakyat berjaya menampilkan tokoh seperti Tan Sri Khalid sebagai pengurus yang cekap dalam memenuhi keperluan rakyat.

Sifir UMNO BN agak mudah, nak tewaskan PR maka mereka akan serang dan fitnah Anwar Ibrahim habis-habisan. Nak tumbangkan negeri Selangor dan Pulau Pinang, maka mereka akan menfitnah Lim Guan Eng serta keluarganya dan memburuk-burukkan Tan Sri Khalid.

Nak bangkitkan kemarahan Melayu, mereka cipta fitnah kononnya Lim Kit Siang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969. Malah sudah ada filem yang dibuat untuk menyalahkan DAP. Begitu terdesak sekali mereka yang mahu terus bergayut dengan kuasa.

Nak gagalkan PAS, mereka cucuk isu hudud sedangkan UMNO sendiri menolak hudud; nak bungkam DAP yang perjuangkan demokrasi pelbagai kaum dan agama, mereka jolok isu negara Kristian dan parti Cina, walau pun parti Cina yang tidak membenarkan kaum lain menyertainya adalah MCA.

Akhirnya, UMNO berjuang dengan memperalatkan agama dan perkauman dengan cara memfitnah. Yang mengerikan, dalam jangka panjang, mungkin orang bukan-Islam akan menyangka bahawa apa yang UMNO, lidah rasminya Utusan dan lidah tak rasminya TV3 sebarkan itu adalah Islam.

Kita sebagai rakyat, perlu menolak amalan politik sebegini. UMNO sudah hilang kelayakan untuk mengurus Malaysia. Cukuplah peluang 54 tahun itu, kini giliran PR pula untuk diberi ruang dan peluang untuk membuktikan yang kita boleh buat lebih baik dari UMNO dan BN. – Roketkini.com

Buktikan sekarang, mana dia komunis dan JI dalam PR?

Posted: 20 Jul 2012 09:01 PM PDT



KUALA LUMPUR, 20 JULAI: DAP hari ini membidas tindakan kerajaan BN yang menggunakan polis untuk membuat pendedahan tanpa bukti kononnya elemen Jemaah Islamiah dan komunis menyusup masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Menyifatkannya sebagai 'cerita mengarut' dan 'jenaka terbesar tahun ini', Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpendapat bahawa ia merupakan satu tindakan terdesak oleh Datuk Seri Najib Razak dan UMNO-BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Pembantu Pengarah Cawangan Khas E2 (M), dalam Divisyen Ekstremis, Sosial dan Nasional PDRM, Mohd Sofian Md Makinuddin, yang berucap dalam Konvensyen Pemimpin Belia Nasional di Parlimen semalam dilaporkan berkata, terdapat elemen JI untuk menyusup masuk dalam PAS, manakala ekas komunis pula cuba menyelinap masuk ke dalam DAP.

"Saya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Mohd Sofian untuk mendedahkan siapa di antara pimpinan DAP dan PR, Ahli Parlimen dan ADUN yang rapat dengan terroris JI atau komunis, atau sila namakan mereka yang dikatakan menyusup ke dalam parti-parti PR untuk menjadi calon.

"Jika tidak dapat mengemukakan bukti, Mohd Sofian harus menarik balik kenyataannya serta memohon maaf atas tuduhan yang tidak berasas dan serius.

"Atau dia perlu dikenakan tindakan disiplin atau dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya membuat keputusan untuk keselamatan negara dan bukan untuk parti politik yang berkuasa," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut membangkitkan persoalan sama ada dakwaan Jemaah Islamiah dan komunis yang menyusup masuk ke dalam parti-parti PR sengaja dirancang dan diaturkan untuk menafikan demokrasi supaya UMNO-BN terus berkuasa selepas PRU 13.

"Adakah kerajaan UMNO-BN makin terdesak berhadapan dengan PR sehinggakan terpaksa menggunakan SB (Cawangan Khas Polis) untuk menakutkan orang ramai?" soal beliau.

Katanya, Najib dan Hishamuddin juga perlu menjelaskan bagaimana mungkin mereka boleh membenarkan SB membuat cerita mengarut penyusupan Jemaah Islamiah dan bekas komunis ke dalam PR.

Turut dipersoalkan ialah mengenai perbelanjaan SB sebanyak RM381 juta daripada RM6.3 billion daripada bajet polis untuk tahun 2012.

"Apakah pendedahan ini semua juga untuk mewajarkan sejumlah perbelanjaan besar SB sedangkan pihak polis sepatutnya mengeluarkan perbelanjaan untuk menentang dan mencegah jenayah dan menjadikan Malaysia lebih selamat?"

Dakwaan terbaru ini merupakan rentetan dari dakwaan-dakwaan terhadap DAP dan PR tanpa bukti dan asas yang kukuh.

"Ini merupakan satu lagi contoh 'putar belit' dan pembohongan yang dihalalkan terhadap PR. Sama seperti pembohongan dan fitnah terhadap dakwaan DAP yang mahu menubuhkan negara Kristian, melantik Perdana Menteri Kristian termasuklah dakwaan untuk menubuhkan republik dengan memansuhkan system beraja negara ini," ujar Kit Siang.

Umum mengetahui bahawa UMNO mempunyai hubungan rapat, termasuk pertukaran lawatan pemimpin, dengan Parti Komunis China. UMNO juga rapat dengan Parti Komunis Vietnam – Roketkini.com

PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor

Posted: 20 Jul 2012 07:21 PM PDT


Oleh: MOHD AZLIM ZAINURY
Tarikh: July 21, 2012

MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.

"Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah," katanya.

Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.

"Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.

"Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja," katanya

Apa maksud syarat-syarat sah puasa?

Posted: 20 Jul 2012 05:11 PM PDT

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Apa maksud syarat-syarat sah puasa?

Maksudnya ialah syarat-syarat yang diperlukan supaya puasa yang dilakukan dianggap sah oleh Syarak, di mana tanpanya puasa tidak sah atau batal.

Apakah dia syarat-syarat sah puasa tersebut?

Iaitulah;

Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.

Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.

Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari Tasyriq dan hari syak.

Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sahlah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah –shallalahu „alaihi wasallam- dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajiblah atasnya berpuasa.

Sabda Nabi –shallallahualaihi wasallam- (bermaksud); "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)". (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn Amru r.a.)

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Tiada ulasan: