DIALOG RAKYAT |
- Anwar : Fitnah Umno Tidak Jejas Imej MB Selangor
- Fenomena warna trend tumbangkan BN
- KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia
- Ada Isyarat PRU Dalam Masa Terdekat
- Xavier: Hanya SUK Berkuasa Umumkan Krisis Air, Bukan Syabas
- Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus!
- Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno
- PRU13: BN Pulau Pinang lancar 'pentas bergerak'
- JAIS nafi campurtangan politik lantik AJK masjid
- Isu Air: Menteri dibidas 'kurang keberanian politik'
- Karpal mahu tuduhan hasutan ditarik balik
- MP tuntut SYABAS dedah maklumat berkaitan air
- Keputusan Umno Selangor saman RM10 juta ditangguh
- 'Kementerian pun tak dapat statistik tepat dari polis'
- Karpal cabar SB namakan mereka didakwa JI, komunis
- 'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat'
- Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan
- Merdeka: Pakatan diseru tidak guna 'Janji Ditepati'
- PDRM diminta jaga negara, bukan Umno
- Krisis air Selangor di musim hujan?
- ‘Janji Ditepati’ – Kempen UMNO BN
- Pembentukan J/K Khas Kabinet Isu Air di Ragui
- Isu TALAM: MCA tipu dengan statistik
- Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta
- [BERGAMBAR] Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup
Anwar : Fitnah Umno Tidak Jejas Imej MB Selangor Posted: 20 Jul 2012 04:34 AM PDT KLANG :Walaupun difitnah dengan pelbagai isu, ia langsung tidak menjejaskan imej Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang tiada tolok bandingnya dengan yang sebelum ini, beritahu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor penyebaran fitnah dan tohmahan dalam pelbagai isu ini berpunca daripada Umno-BN. Bagaimanapun katanya, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Abdul Khalid mampu menyelesaikan masalah dengan baik hanya dalam tempoh empat tahun. "Dia (Umno-BN) fitnah macam-macam, seolah-olah pemimpin mereka itu baik sangat. Kamu nak fitnah isu Talam, agaknya dia lupa siapa yang bagi tanah kepada syarikat yang tidak bayar apa-apa tetapi geran tanah dapat. "Bila kita mentadbir, tanah yang beribu-ribu ekar itu sudah nak dilelongkan ke bank, tetapi Menteri Besar ambil balik tanah itu dan kata kita jahat. Umno-BN ini lupa agaknya," katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun. Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud berkata Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dilihat seolah-olah mahu menjadi 'hero' dengan mencari kelemahan Kerajaan Negeri. "Dia tuduh kita. Dia mahu samakan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN yang mengamalkan rasuah. Kenapa MCA yang 'berbunyi', kenapa tidak Umno Selangor? Sebab dia tahu Umno Selangor tidak berani, takut terburai rahsia mereka selama ini. Itu sebab dia mahu laga-lagakan kita, sebab dia sudah kehabisan idea," katanya. Beliau berkata isu Talam itu berpunca daripada pentadbiran sebelum ini dan kini, Kerajaan Negeri bertindak untuk mengutip balik semua hutang-hutang itu. Sebelum ini, Tee Yong mendakwa penstrukturan hutang Talam dan Kerajaan Negeri Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM 1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta. Akan tetapi sehingga hari ini Tee Yong, tidak kemukan bukti untuk menyokong dakwaan RM 1 billion itu. Selepas, dibidas DAP dan PAS, Tee Yong pula mendakwa Kerajaan Negeri membeli tanah 2,263 ekar di Bestari Jaya daripada Talam dengan harga RM 42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran. | |||
Fenomena warna trend tumbangkan BN Posted: 20 Jul 2012 04:05 AM PDT
Dunia ini penuh dengan warna warni - life is colourful. Allah menciptakan pelbagai warna untuk manusia menikmati keindahan alam semesta ciptaan-Nya. Manusia hari ini menjadikan warna sebagai sumber inspirasi kehidupan dan aspirasi perjuangan mereka. Hakikatnya manusia cenderung kepada warna. Ada yang suka hijau, ada yang suka biru, suka merah, suka warna oren (jingga) ada yang suka warna ungu. Warna sangat signifikan kepada kehidupan di alam duniawi, malahdi syurga nanti kita akan diliputi dengan kehidupan yang berwarna warni. Di dalam al-Quran misalnya. Ada banyak perkataan yang Allah rujuk dengan warna hijau, khususnya menjelaskan keadaan penghuni syurga (al-jannah) dan keadaan di sekelilingnya yang berupa kenikmatan, keindahan, kesenangan dan ketenangan jiwa, Allah berfirman (mafhumnya): "Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah." (Surah ar-Rahman, ayat 76). "Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau, dan sutera tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci." (Surah al-Insan, ayat 21). "Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal." (Surah al-Kahfi, ayat 31). Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan: "Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta keupayaan kita; merasa panas; atau dingin; atau tenang; atau bahagia; bahkan ia boleh mempengaruhi keperibadian dan menentukan sikap seseorang. Dalam politik Malaysia hari ini, pemilihan warna sudah menjadi fenomena dalam menentukan sikap rakyat. Inspirasi warna sudah menjadi semakin dominan, khususnya gerakan yang dilancarkan Pakatan Rakyat dalam membentuk sikap dan kecenderungan rakyat menolak Umno-BN. Warna dijadikan simbol kebangkitan rakyat. Simbol kesatuan kuasa rakyat untuk menolak Umno-BN dari tampuk kuasa pemerintahan. Semasa mengemukakan dasar politik, ekonomi dan sosialnya, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga (Oren). Dalam menuntut penstrukturan semula sistem pilihan raya, rakyat diperkenalkan dengan Bersih yang menggunakan tema kuning. Dalam usaha PAS untuk mengembleng kekuatan ahlinya dan menunjukkan syiarnya, PAS memilih tema Hijau untuk Himpunan Hijau 1 Jun lalu, di Alor Setar. Di Kota Bharu, gerakan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum, mereka menggunakan tema merah dengan simbol R untuk royalti. Manakala pada perhimpunan rakyat untuk menyelamatkan tanah Felda, Gerakan Selamatkan Felda menggunakan warna oren sebagai tema Himpunan Oren, 14 Julai 2012 di Kuala Lumpur. Malah bagi kempen menyelamatkan rakyat dari kesan Lynas di Gebeng, penganjur menggunakan tema hijau muda. Tema warna ini ternyata menarik minat rakyat. Ia berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang komited. Hari ini, jika kita menjengah rumah penyokong Pakatan, sudah tentu kita akan menjumpai t-shirt kuning (Bersih), hijau (Himpunan Hijau), merah (Himpunan Tuntut Royalti) dan oren (Himpunan Oren). Sehingga kini Pakatan sudah mencipta empat gelombang berasaskan warna. Kuning, hijau, merah dan oren. Fenomena warna ini ternyata berjaya membentuk kecenderungan dan kesungguhan rakyat untuk menolak Umno-BN pada PRU akan datang. Rakyat yang komited menolak Umno-BN, tanpa segan silu memakai baju Bersih, baju Himpunan Hijau, baju menuntut royalti dan baju oren bagi menyelamatkan Felda. Yang tinggal untuk Barisan Nasional hanyalah biru. Lagipun slogan BN diasaskan dengan warna biru. Pada pemahaman kita, warna biru BN ini, bukan warna biru muda, kerana biru muda adalah warna tema parti KeADILan. BN menggunakan warna biru pekat atau blue black untuk membentuk sokongan rakyat. Tetapi nampaknya warna biru pekat atau biru gelap ini sudah semakin tidak popular di kalangan rakyat. Himpunan biru pekat semakin pudar dan usang. Rakyat yang berhimpun, memakai baju biru pekat hanya kerana dikerahkan hadir, dikerahkan dengan mendapat t-shirt, topi, elaun dan makanan percuma. Nilai estetika sudah tiada, nilai pengorbanan sudah tiada. Yang ramai hanya kerana diupah, diarah dan tiada pilihan lain. Berbeza dengan rakyat yang berhimpun bagi Bersih 3.0, Hijau, Merah dan Oren. Kebanyakan rakyat hadir kerana kesedaran, pengorbanan dan kesungguhan untuk mempertahankan hak. Mereka mengeluarkan wang saku sendiri, demi sebuah perjuangan yang benar-benar ikhlas, penuh kesungguhan untuk menumbangkan BN. Gabungan warna-warna ini sememangnya berjaya mendominasi tema warna biru gelap BN yang semakin malap dan pudar. Memang jelas bagi kita, warna blue black ini sudah tidak lama ditampuk kuasa. Sebabnya, blue black ini akan diblack-outkan rakyat pada PRU akan datang. Takbir! Allahu akbar! | |||
KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia Posted: 20 Jul 2012 04:01 AM PDT SABAH DAILY Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi. Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka. Menurut sumber harian itu, wartawan yang menulis berita itu diminta menyerahkan komik itu, yang merupakan edisi ketiga bersama edisi keempat yang ditemui dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pada 25 Jun. "Mereka (KDN) minta agar kami tidak menyentuh isu perkauman selepas ini," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini semalam. Komik dengan logo 1Malaysia itu mempunyai satu bahagian bertajuk "1Malaysia vs 1PATI" yang memaparkan kanak-kanak lelaki menghargai kemajmukan masyarakat negara ini. Namun dia digambarkan kemudiannya lari daripada sekumpulan lelaki asing berkulit gelap yang dilabelkan sebagai "Awang Arang". Kumpulan hak asasi Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) sebelum ini dilapor mempersoalkan pengedaran komik itu dalam acara awam dan menggesa kerajaan memohon maaf kerana ia didakwa memalukan kerana membezakan warna kulit. Manakala NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata, penerbitan sebegitu boleh menyebabkan ketegangan kaum dan berbahaya, terutamanya jika dibaca oleh pelajar sekolah. The Malay Mail pada 13 Julai melaporkan, penerbitnya Blue Pipe Studio Enterprise tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya. Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Abd Aziz Md Nor pula sebelum ini dilaporkan berkata, penerbitan itu di luar pengetahuan mereka. Bagaimanapun, kata Abd Aziz, mereka akan mendapatkan penjelasan penerbit dan mengharamkannya jika perlu. Malaysiakini sudah menghubungi bahagian itu bagi mendapatkan komen sekali lagi pada hari ini tetapi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.-Malaysiakini | |||
Ada Isyarat PRU Dalam Masa Terdekat Posted: 20 Jul 2012 03:58 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012. Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya. Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir. "Biasanya, ini petanda PRU makin hampir. "Mungkin selepas Raya. "Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri. "SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider. Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun. Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI | |||
Xavier: Hanya SUK Berkuasa Umumkan Krisis Air, Bukan Syabas Posted: 20 Jul 2012 01:46 AM PDT SHAH ALAM: Kuasa untuk mengumumkan krisis bekalan air di sesuatu negeri terletak pada tangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan syarikat konsesi yang mengendalikan operasi air. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sepatutnya memaklumkan kepada Kerajaan Negeri sekiranya krisis air benar berlaku. "Kalau ada masalah pengurusan atau tak cukup air, Syabas bertanggungjawab memberitahu kepada Kerajaan Negeri. Tetapi sampai sekarang dia tak memberitahu kepada kita dan itu kesalahan besar dalam (perjanjian) konsesi yang ada. "Orang yang boleh buat kenyataan dalam krisis air di mana-mana negeri ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang jadi pengerusi untuk jawatankuasa kecemasan. Ini akan jadi isu keselamatan," ujar beliau di dalam program FOKUS Isu TVSelangor bersama Naeem Raffi. Dibawah satu usaha penswastaan oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi merawat air mentah dan mengedarnya kepada pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertanggungjawab mengurus empangan yang menyimpan bekalan air mentah. Menurut Xavier, kerajaan negeri telah menjalankan tanggungjawab dan menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi. Bagaimanapun, sekiranya bekalan air terawat di Negeri selangor tidak mencukupi, ianya merupakan kegagalan pada Syabas sebagai syarikat konsensi. Xavier mengulangi pendirian kerajaan Selangor bahawa projek Langat 2 bagi menyalurkan air dari Pahang bukan satu usaha yang wajar memandangkan Selangor mempunyai bekalan air mentah yang cukup di empangan. "Air mentah kita mencukupi, mengapa kita perlu ambil air mentah lagi dari Pahang pula?" Kata Xavier. Selain itu, Xavier berkata harga air di Selangor bakal naik 70 peratus sekiranya Langat 2 diteruskan. | |||
Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus! Posted: 20 Jul 2012 01:38 AM PDT KELAB GREENBOC Petaling Jaya:Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas tema perayaan hari kemerdekaan yang disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN. Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati. "Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya. "Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak "BN"," katanya dalam kenyataan akhbar semalam. Abdul Kadir yang juga Presiden Sementara Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata, beliau pernah menjadi pengerusi perayaaan kemerdekaan selama tujuh tahun dari tahun 1999 hingga 2006. Katanya, beliau dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu Janji Ditepati. "Saya diingatkan bahawa pada pilihanraya 2008 hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN. "Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut," tambah beliau lagi. Pemimpin pembangkang Abdul Kadir berkata, perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Ia juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan rakyat maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut. "…supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak," kata beliau lagi. Menurut Abdul Kadir lagi, pemimpin pembangkang dijemput untuk menghadiri dan bila mereka menghadirinya maka adakalanya mereka dijemput juga di pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Katanya, beliau sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan berjumpa Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu (yang pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia. Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa. "Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan kemerdekaan," katanya. -FMT Rais: Tidak salah guna slogan 'Janji Ditepati' untuk tema kemerdekaan Ulasan GB Oleh kerana sambutan Hari Kemerdekaan pun telah dirompak oleh UMNO BN, maka apakah ini bererti rakyat yang bukan ahli UMNO BN tak perlu lagi sambut hari kemerdekaan negara? Apakah sambutan hari kemerdekaan sudah menjadi hakmilik eksklusif ahli UMNO BN sahaja? Jika demikian halnya, baguslah, kami tak kisah. Kami tidak memboikot tetapi kerajaan UMNO BN seolah-olah menyuruh kami memboikotnya. Kepada Rais, kami menyatakan: PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN ORANG TAK HENDAK, KAMU PUN TAK HINGIN Hal ini akan menguatkan lagi semangat mereka yang bukan ahli UMNO BN untuk berusaha "memerdekakan" pemerintahan negara dari UMNO BN didalam pilihanraya akan datang ini sehingga sambutan hari merdeka akan menjadi milik semua rakyat. MERDEKA kali kedua iaitu kemerdekaan dari belenggu penjajahan UMNO BN selepas merdeka dari belenggu penjajahan British. | |||
Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno Posted: 20 Jul 2012 01:32 AM PDT
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo. Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi. "Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan. "Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian. Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memberitahu mewujudkan budaya debat seperti ini adalah satu budaya yang sihat. "Untuk buat budaya baru seperti debat ia perlu ada keberanian kerana politik tanah air bermula pertembungan yang sangat sengit. "Walaupun kami berbeza pandangan dalam dunia politik kami tetap saling hormati menghormati," katanya. Katanya lagi, budaya debat walaupun hujah itu kadang kala hangat serta tajam namun ia tetap menunjukkan satu kebaikan dalam mencari penyelesaian dalam setiap pandangan. "Dengan debat secara terbuka kita dapat mengurangkan budaya lempar batu sembunyi tangan. "Menuduh seseorang dengan pelbagai fitnah tanpa fakta tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dilakukan itu," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, Fathul Bari memberitahu beliau telah menasihati blogger pro Umno yang telah menyebarkan fitnah tanpa asas terutamanya penyebaran video yang mengaibkan seseorang individu. "Perkara yang melangkaui persepsi fitnah seperti penyebaran video yang mengaibkan memang kami tidak bersetuju. "Yang salah tetap salah dan kami sentiasa membuat teguran," jelas beliau lagi. Sebelum itu kedua-dua mereka telah bersama-sama dalam program debat yang bertajuk 'PRU13: Orang Muda Pilih Siapa' anjuran Sinar Harian yang dimoderatorkan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya. | |||
PRU13: BN Pulau Pinang lancar 'pentas bergerak' Posted: 20 Jul 2012 01:23 AM PDT Bagi meneruskan program 'Semboyan Dibunyikan', BN Pulau Pinang melancarkan 'pentas bergerak', sebagai usaha meneruskan pendekatan 'serang dan terang' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata sebuah trak yang telah diubahsuai itu dilengkapi dengan pentas dan sistem audio visual, akan dibawa kesemua 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu bagi program ceramah. "Kita boleh bawa sampai dekat pasar malam, pasar tani. Semua tempat yang membolehkan kita berhenti, buka jadi pentas...dah tak ada masalah. Semua tempat pun boleh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pentas bergerak itu di George Town malam tadi. Beliau berkata untuk permulaan, hanya sebuah trak akan digunakan dan BN negeri bercadang untuk menambah bilangannya berdasarkan kepada keperluan. Teng berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk melibatkan semua barisan pemimpin BN negeri dalam setiap jelajah yang akan diadakan kelak bagi mendekatkan rakyat dengan pucuk pimpinan parti. Program 'Semboyan Dibunyikan' dilancarkan Jun lepas antara lain bertujuan untuk menjawab tohmahan dan memberi penjelasan isu-isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat. Bernama | |||
JAIS nafi campurtangan politik lantik AJK masjid Posted: 20 Jul 2012 01:21 AM PDT Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pelantikan jawatankuasa masjid tidak telus dan dibuat berdasarkan campurtangan politik oleh pihak tertentu. Ketua Pengarahnya Datuk Marzuki Hussin berkata pelantikan jawatankuasa masjid di Selangor menumpukan kepada kredibiliti calon sebelum ia dipertimbang dan dilulus oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). "Jangan ingat bila calon itu dipilih dan mendapat undian majoriti dari kalangan ahli masjid untuk jadi imam atau nazir, mereka akan dilantik... itu tidak betul. "Sebelum dilantik, pihak MAIS akan meneliti nama-nama berkenaan dan mereka ini akan ditapis. Jika rekod calon itu bersih dan memenuhi kriteria untuk memegang jawatan berkaitan, baru kita akan keluarkan surat lantikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan JAIS di Shah Alam. Beliau diminta mengulas mengenai tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota dua masjid di Selangor yang menyerahkan memorandum bantahan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam kerana mendakwa wujud campur tangan politik dalam pelantikan jawatankuasa masjid di negeri itu. Kumpulan itu mendakwa wujud sikap tidak telus dalam perlantikan jawatankuasa masjis dan meminta Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri bagi menyelesaikan perkara itu. Diminta mengulas dakwaan terdapat dua imam iaitu daripada PAS dan Umno yang mengerjakan solat berjemaah secara berasingan di Masjid Batu 3, Marzuki berkata sehingga kini, pihaknya tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu. "Sehingga kini, tiada laporan yang diterima berhubung perkara itu, namun jika terdapat laporan, kita akan panggil kedua-dua imam ini sebelum mengambil apa-apa tindakan. "Masjid adalah tempat menyatukan umat Islam dan umat Islam tidak seharusnya berpecah hanya kerana berlainan fahaman politik, jika ini berlaku bagaimana kita mahu memartabatkan agama Islam," tegasnya. - Bernama | |||
Isu Air: Menteri dibidas 'kurang keberanian politik' Posted: 20 Jul 2012 01:19 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin dibidas kerana didakwa "kurang keberanian politik" untuk meluluskan cadangan awal kerajaan Selangor untuk menyusun semula industri air di negeri itu."Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada KeTTHA untuk menstruktur semula industri air di Selangor secara sempurna atau pun holistik. "Kegagalan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik merupakan halangan kepada penstrukturan semula ini," kata Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan semalam. Beliau yang juga ADUN Bukit Lanjan juga berkata, keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam jawatankuasa kabinet mengenai isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan, "mencerminkan telatah 'partisan' dan berat sebelah mereka". "Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna. "Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat: politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan," tegas Elizabeth. Pembentukan panel lima anggota itu diumumkan oleh Chin semalam dan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. | |||
Karpal mahu tuduhan hasutan ditarik balik Posted: 20 Jul 2012 01:14 AM PDT Mahkamah membenarkan kan kes hasutan melibatkan Karpal Singh ditangguhkan bagi memberikan peluang kepada peguam negara menarik balik pendakwaan terhadap pemimpin DAP itu. Berdasarkan pemansuhan Akta Hasutan 1945 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, Karpal hari ini menghantar wakil kepada pejabat peguam negara meminta kes itu ditarik balik. Peguam Jagdeep Singh Deo dalam permohonan tarikh lain untuk pendengaran kes itu memberitahu mahkamah, pihaknya mahu peguam negara mempertimbangkan perkara itu. "Kami mahu peguam negara menggunakan kebijaksanaannya bawak Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dengan menarik balik pendakwaan itu," katanya. Karpal didakwa bawah akta hasutan kerana berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak kerana peranannya dalam krisis undang-undang tubuh negeri pada 2009. | |||
MP tuntut SYABAS dedah maklumat berkaitan air Posted: 20 Jul 2012 01:13 AM PDT MALAYSIA KINI Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) agar mendedahkan maklumat-maklumat penting bagi mengesahkan dakwaan wujudnya krisis air di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Beliau menuntut SYABAS mendedahkan antara lain jumlah air mentah yang keluar dari empangan dan sungai ke dalam loji rawatan bagi tempoh 1 Januari 2012 sehingga 15 Julai 2012, bacaan meter air masuk ke 33 loji rawatan air di Selangor dan bacaan meter air masuk ke sistem pengedaran air pengguna bagi tempoh yang sama. Selain itu, beliau turut menuntut SYABAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendedahkan log buku rekod air yang dipam loji rawatan bersama bil elektrik, penggunaan bahan kimia, dan bil dari Puncak Niaga, Abass dan Splash kepada SYABAS. "Saya cabar SYABAS, kalau betul ada krisis air dedahkan maklumat ini di ruang awam," katanya. Beliau yang turut bertindak sebagai koordinator untuk Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menegaskan bahawa maklumat itu akan digunakan NGO itu untuk mengesahkan dakwaan SYABAS tentang krisis air. Menurutnya, semua mereka diberikan tempoh 12 hari untuk mendedahkan maklumat itu. Maklumat itu kemudiannya akan digunakan International Water Association dan National Water Company of Nederlands yang akan membantu SYABAS dalam perkara itu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan krisis air yang didakwa SYABAS diragui orang ramai kerana semua perangkaan yang diberikan untuk menyokong dakwaan itu datangnya dari SYABAS tanpa disahkan pihak lain. "Adakah kita menghadapi krisis air atau krisis air ini diolah?" tanya Charles. Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa gambar empangan penuh juga bukan petunjuk tepat secara teknikal tentang bekalan air di Selangor. "Apabila seseorang tunjukkan empangan penuh, ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia mungkin hujan (sehari) sebelumnya," kata Charles. Mengulas cadangan pembinaan Langat 2, Charles berkata ia dicadangkan susulan laporan air oleh National Water Resources Studies (NWRS) 2000 dan 2011. Laporan itu katanya, disediakan Ranhill Consulting dan SMHB Sdn Bhd yang juga terlibat dalam projek runding cara air. Tambahnya lagi, laporan itu turut menggunakan unjuran penggunaan air per kapita yang jauh lebih tinggi daripada yang sebenar. Justeru, ia tidak tepat dan pilihan yang lebih baik adalah menaiktaraf empangan Sungai Selangor untuk menangani bekalan air yang bakal meningkat setiap tahun, katanya. | |||
Keputusan Umno Selangor saman RM10 juta ditangguh Posted: 20 Jul 2012 01:09 AM PDT
Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum ini menetapkan hari ini (20 Julai) sebagai keputusan setelah Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin mendengar hujah pihak pendakwa dan pembela pada 15 Jun yang lalu. Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar atas), pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan. Sementara itu, peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi memberitahu bahawa tarikh bagi mendengar keputusan tersebut belum ditetapkan lagi. "Keputusan bagi kes saman Umno terhadap PAS yang dijadualkan hari ini telah ditunda. "Namun pada itu pihak kami belum mendapat maklum balas dari mahkamah berhubung tarikh terbaru bagi mendengar keputusan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. Pada sesi mendengar hujahan yang lepas, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas. Turut membuat hujahan pada sesi tersebut ialah peguam yang mewakili defendan-defendan lain iaitu peguam Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman Manakala plantif pula diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun. | |||
'Kementerian pun tak dapat statistik tepat dari polis' Posted: 20 Jul 2012 01:05 AM PDT Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching mendedahkan, dua jawapan berasingan di parlimen berhubung perkara sama oleh kementerian yang mendakwa dibekalkan polis, menunjukkan statistik yang bertentangan. Wakil rakyat DAP itu berkata, jawapan bertulis di Parlimen oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 21 Jun lalu menyatakan, seramai 71 suspek didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan keganasan rumah tangga. Bagaimanapun, jawapan parlimen kepada anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri pada 3 November 2009 oleh kementerian sama menyatakan seramai 104 orang didakwa atas kesalahan sama 2008. "Kementerian pun tak boleh dapat angka yang tepat daripada polis, bagaimanapun kita boleh harap orang awam percaya kepada polis?" soalnya. | |||
Karpal cabar SB namakan mereka didakwa JI, komunis Posted: 20 Jul 2012 01:03 AM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang Sambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat. "Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan pakatan pembangkang. Karpal (kanan) telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. | |||
'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat' Posted: 20 Jul 2012 01:00 AM PDT MALAYSIA KINI PKR mendakwa, kontrak untuk membina sistem kawasan trafik udara untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerahkan kepada syarikat yang gagal menepati keperluan tender.Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil meski pun perunding projek Aecom menyarankan syarikat lain yang lebih berkemampuan. "Meski pun laporan penilaian teknikal Aecom bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (Amcop) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih, namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada Advanced Air Traffic Systems (AAT)," katanya. Projek itu dianugerahkan kepada AAT ekoran bidaan terendah RM85.6 juta, untuk mereka, membina dan menguji sistem kawalan trafik udara dalam tempoh 14 bulan di sambungan KLIA, yang dikenali KLIA2. | |||
Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan Posted: 20 Jul 2012 12:54 AM PDT
(Penal Bicara Selebriti di Balai Islam) KOTA BHARU: Andainya masyarakat di negeri lain ingin mengikuti program Bicara Selebriti sebagaimana yang dianjurkan kerajaan Kelantan, mereka seharusnya terlebih dahulu menukar kerajaan di negeri masing-masing. Demikian pengakuan bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ketika berucap sebagai penalis Bicara Selebriti anjuran kerajaan negeri malam tadi. Menurutnya, beliau berkata demikian dalam facebooknya sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat di luar Kelantan apabila bertanyakan kenapa beliau harus ke Kelantan untuk bersama selebriti dan bukannya di Perak, Kuala Lumpur atau di Johor Bharu. "Saya berkata kepada mereka, hanya Kelantan yang menganjurkan program ini dan jika saudara semua ingin mengikuti program yang sama di tempat masing-masing tukar dahulu kerajaan,"ujar Hasrizal (gambar) yang terkenal melalui blognya, saifulislam.com. Kenyataan spontan diawal perbicaraannya bersama tiga orang lagi selebriti lain, menyebabkan Dewan Balai Islam, di sini disambut takbir penonton. Antara panelis yang diundang, hero Ketika Cinta Bertasbih Kholidi Asadil Alam atau Mas Azam, Ana Rafali dan Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah. Lebih 5,000 orang hadir pada program siri ke-5 itu sempena Hari Hiburan Islam (Hai). Bagi Hasrizal, hanya kerajaan Kelantan di bawah Pakatan Rakyat yang menghargai peranan selebriti sehingga menjemput golongan itu untuk duduk bersama bagi membicarakan sesuatu khususnya berkaitan Islam. KETIKA CINTA BERTAKBIR Tegasnya, sekiranya kerajaan baru berjaya dibentuk, bukan hanya Ketika Cinta Bertasbih dapat diwujudkan, sebaliknya Ketika Cinta Bertakbir juga dapat dilahirkan. Kata-katanya sedemikian sekali lagi membuatkan dewan menjadi gamat semula. Beliau yang juga terkenal sebagai seorang pakar motivasi, dilihat pada malam itu juga sebagai seorang selebriti yang mempunyai tarikan tersendiri bersesuaian dengan ilmu agama yang ada padanya. Menurutnya lagi, artis adalah insan seni yang paling mudah dibentuk kerana mereka menumpukan pada dua perkara, iaitu foKus dan hayati sebagaimana yang mereka lakukan sebelum berlakun. "Sebelum mereka berlakun, terlebih dahulu mereka fokus pada peranan yang perlu dilakonkan dan seterusnya fokus. Jadi mereka paling mudah untuk menerima ajaran Islam dengan baik. "Kita seharusnya menyokong serta menghargai mereka,"ujarnya. NASI KERABU Bagi Kholidi atau Mas Azam (gambar), tiga tarikan istimewa yang ada di Kelantan, program Bicara Selebriti, Masjid Muhammadi dan nasi kerabu membuatkan beliau melahirkan rasa syukur berada di negeri itu. Beliau mengakui tidak pernah mengenali Kelantan sebelum ini, namun ternyata kehebatan Kelantan membuatkan beliau semakin mencintai negeri itu. "Saya cukup bangga dan bahagia sekali Kelantan bukan sahaja mempunyai pasentren yang banyak, sebaliknya sekolah-sekolah tahfiz yang dimiliki oleh kerajaan negeri sendiri,"ujarnya. Yatt yang sentiasa mengalirkan air mata juga melahirkan rasa syukur kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk menghadiri program itu apa lagi dapat beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut berucap pada majlis itu Anna Rafali. | |||
Merdeka: Pakatan diseru tidak guna 'Janji Ditepati' Posted: 20 Jul 2012 12:49 AM PDT
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menggunakan tema Hari Merdeka kerajaan Umno Barisan Nasional iaitu "Janji Ditepati". "Tema itu direka khusus untuk kempen pilihan raya Umno BN dan bukan tema yang berjiwa patriotik yang boleh dikongsi oleh semua rakyat," katanya. Tema "Janji Ditepati" itu, katanya, adalah tema yang bersifat kempen yang tidak berbeza sama sekali dengan kempen lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Jika rakyat tidak mahu menyambut Hari Merdeka secara terbuka tahun ini, jangan salahkan mereka kerana itu salah kerajaan Umno BN sendiri. "Semua itu kerana mereka menolak slogan tidak patriotik itu yang terang-terang berkempen untuk Umno BN. Rakyat tak nak tema itu," kata Mahfuz sambil menyelar kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak salahgunakan sambutan Hari Merdeka untuk kepentingan kuasanya dan parti yang dipimpinnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyeru negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan PR supaya menggunakan tema Hari Merdeka yang melambangkan kecintaan kepada negara. "Boleh guna tema seperti "Demi Malaysia" di mana kita mengajak semua rakyat selamatkan Malaysia dari cengkaman rasuah, penyalahgunaan kuasa, perkauman, kronisme dan sebagainya," kata Mahfuz. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mengakui tema tersebut adalah slogan kempen pilihan raya. "Jika pembangkang merasakan ini adalah satu slogan kempen pilihan raya, saya rasa tidak salahnya untuk mengatakan demikian," kata beliau. Katanya, parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong, sambil mendakwa tindakan sedemikian adalah sistem Linkdemokrasi yang juga digunapakai oleh banyak negara lain. | |||
PDRM diminta jaga negara, bukan Umno Posted: 20 Jul 2012 12:43 AM PDT
Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis. Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. "Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan. "Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris. Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris. Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak. "Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum. "Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu. "Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau. Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka. "Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang. "Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. "PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau. | |||
Krisis air Selangor di musim hujan? Posted: 20 Jul 2012 12:40 AM PDT DR DZULKEFLY AHMAD |
Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.
Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?
Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.
Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.
Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan 'selamatkan' dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air". Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'.
Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?
Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.
Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?
Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'.
Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini.
Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'.
Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).
Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.
Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.
Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.
Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' melalukan 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?
Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.
Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.
Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.
Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.
Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!
Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?
Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.
Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada?
Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.
‘Janji Ditepati’ – Kempen UMNO BN
Posted: 19 Jul 2012 04:41 PM PDT
SHAH ALAM : Tema 'Janji Ditepati' yang dijadikan tema sambutan kemerdekaan ke 55 tahun ini dianggap tidak wajar kerana membawa pendekatan propoganda politik Umno-BN di saat negara menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
Perkara ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung tindakan Kerajaan Pemerintah yang menjadikan slogan tersebut sebagai masej politik.
"Sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk semua rakyat Malaysia, malangnya Umno-BN menggunakan ruang ini untuk melaung-laungkan slogan politik mereka,"jelasnya.
Tema 'Janji Ditepati' mula diangkat oleh Kerajaan Pusat dalam usaha kempen mereka menerusi program Jelajah pemimpin BN keseluruh negara.
Mengulas lanjut, Charles berkata Kerajaan Pusat seakan terdesak sehingga menggunakan ruang pada Hari Kemerdekaan nanti untuk terus melebarkan kempen mereka.
"Ini akan membangkitkan kemarahan rakyat bagaimana satu parti politik menggunakan propaganda politik mereka sendiri untuk tujuan berkempen.
"Sewajarnya satu tema yang lebih bersikap bebas (politik) untuk diangkat sebagai tema hari Kemerdekaan yang mana ia boleh diterima oleh semua rakyat di negara ini,"ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.
Pada penghujung Jun lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatimmengumumkan 'Janji Ditepati' sebagai tema Hari Kemerdekaan tahun ini.
Rais ketika itu juga menggesa agar semua pihak mengenepikan perbezaan politik dan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 nanti.
Pembentukan J/K Khas Kabinet Isu Air di Ragui
Posted: 19 Jul 2012 04:36 PM PDT
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh Kabinet (special cabinet committee) untuk meneliti isu air seperti yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau (KeTTHA), dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan Negeri mempersoalkan kewujudan ('the creation') jawatankuasa khas itu sedangkan KeTTHA sudah ada.
Katanya, Kementerian KeTTHA seharusnya lebih berfungsi dan bertanggungjawab dimana Menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).
"Oleh kerana kuasa yang diberi kepada Menteri gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Menteri KeTTHA tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas cabinet tersebut, Kerajaan Negeri menyeru Menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera, "katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, kerana beliau adalah Menteri Kerajaan Pertanian dan Asas Tani yang tidak mempunyai perkaitan berhubung isu serta tidak langsung melibatkan kementerian Noh.
Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengarah Pilihanraya BN), Dato Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor).
Isu TALAM: MCA tipu dengan statistik
Posted: 19 Jul 2012 04:30 PM PDT
Ketua Pemuda Profesional MCA, Chua Tee Yong telah mengadakan sidang media yang kelimanya semalam, 17 Julai 2012. Sidang akhbar tersebut dilakukan untuk meneruskan lagi tuduhan perlakuan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ketika menandatangani Perjanjian Penyelesaian bersama Syarikat Talam dua tahun yang lalu. MCA dalam sidang media yang terbaru ini kini mendakwa Kerajaan Selangor mengelak dari menjawab dakwaan-dakwaan Chua Tee Yong.
KELEMAHAN DALAM HUJAH-HUJAH MCA
MCA dan Chua Tee Yong seharusnya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menghina kebijaksanaan rakyat. Chua Tee Yong seharusnya memberhentikan dakwaan-dakwaan palsu mengenai isu ini. Apabila dikaji secara logik, dakwaan-dakwaan palsu ini adalah terlalu nyata untuk tidak mempercayainya. Hujah-hujah palsu selalunya digunapakai oleh mereka yang secara intelek tidak jujur dengan memberikan kesimpulan yang tidak benar yang gagal untuk membuktikan apa-apa, terutamanya apabila penipuan-penipuan tersebut dididedahkan.
KENYATAAN SEPARUH BENAR
Kenyataan separuh benar ialah falasi kekeliruan dengan memberitahu kebenaran tetapi pada masa yang sama, sengaja menyembunyikan butir-butir penting dengan tujuan untuk memalsukan dan menyokong kesimpulan palsu. Falasi kekeliruan pertama dakwaan-dakwaan MCA ialah penggunaan kenyataan separuh benar, di samping sengaja menyembunyikan fakta-fakta penting berikut:
a) MCA gagal mendedahkan hutang-hutang yang ditanggung oleh Kerajaan BN sewaktu mentadbir Kerajaan Selangor;
b) Kerajaan Selangor telah bertindak dengan mendapatkan kembali hutang-hutang berjumlah RM392 juta yang dipegang oleh Talam kepada Kumpulan Darul Ehsan, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Yayasan Pendidikan Selangor berhubung beberapa pembangunan hartanah yang dilaksana sepanjang 10 tahun yang lalu;
c) Kerajaan Selangor BN telah membenarkan Talam untuk menanggung hutang-hutang ketika 3 orang wakil MCA merupakan ahli EXCO Selangor;
d) Kerajaan negeri BN/MCA telah membenarkan syarikat-syarikat GLC negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk menandatangani urus-urus niaga yang diragui di mana Talam diberikan tanah sebagai balasan dalam kontrak-kontrak di mana Talam masih belum melaksanakan tanggungjawab mereka;
e) Kerajaan negeri BN/MCA gagal mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam sehingga Perakaunan Tahunan Talam 2007 tidak menganggap hutang-hutang tersebut sebagai liabiliti kini tetapi sebaliknya sebagai hutang jangka panjang;
f) Kerajaan negeri BN/MCA gagal, mengabaikan dan/atau enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau tindakan sewajarnya untuk mengutip hutang-hutang:
· Walaupun selepas Talam telah diisytiharkan sebagai penerbit terjejas mengikut Nota Amalan 17/2005 Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia pada 1 September 2006;
· Walaupun selepas Talam telah mengumpul hutang sebanyak RM446.53 juta, dan sehingga 31 Julai 2008, mengumpul pinjaman sebanyak RM1.184 bilion di mana RM924.8 juta atau 78.1 peratus daripada pinjaman tersebut tidak dibayar;
· Walaupun selepas Talam tidak mempunyai keupayaan untuk membayar hutang-hutang terkumpulnya apabila tiba masanya kerana Talam mempunyai hutang dan pemiutang perdagangan lebih daripada RM2 bilion, pada masa yang sama mempunyai penerimaan dan wang tunai kurang daripada RM280 juta;
g) Hutang-hutang tersebut tidak dicagar dan dalam situasi penggulungan Talam, pemiutang pilihan dan pemiutang bercagar akan diberikan keutamaan sebelum negeri dan lain-lain pemiutang tidak bercagar;
h) Talam pernah mencadangkan penstrukturan semula untuk menyelesaikan hutang-hutang takberbayar dengan mengeluarkan pelbagai bentuk saham keutamaan dan pinjaman stok kepada para peminjam yang mengecualikan GLC dan agensi-agensi negeri;
i) Suruhanjaya Sekuriti dalam surat bertarikh 25 September 2007 menolak Rancangan Rombakan Cadangan Talam; dan
j) Terdapat pelbagai petisyen difailkan oleh beberapa orang pemiutang untuk menggulungkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Talam.
MCA telah menyembunyikan maklumat-maklumat di atas daripada orang awam dalam sidang media mereka. Ianya terbukti jelas kepada mana-mana pihak yang melakukan pemeriksaan kepada maklumat-maklumat awam seperti pengumuman awam Talam mengenai Perjanjian Penyelesaian tersebut, laporan tahunan Talam dan pekeliling-pekeliling kepada para pemegang saham di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak akan mendapat kembali apa-apa wang. Penyelesaian terbaik ialah untuk mengambil kembali 13 bidang tanah kepunyaan Talam.
MENIPU MENGGUNAKAN STATISTIK
Cara hujahan palsu lazim ialah menipu menggunakan statistik. Ianya ialah penggunaan angka dan bilangan untuk "membuktikan" tuntutan-tuntutan tidak berkaitan. MCA telah menipu menggunakan statistik dengan hanya memfokuskan kepada 1 daripada 13 bidang tanah. MCA mendakwa Kerajaan Negeri memberikan nilai berlebihan sebanyak RM181,082,000.00 bagi tanah di Bestari Jaya di mana nilai di pasarannya ialah RM139,090,000.00. Namun begitu, MCA gagal dalam memahami fakta bahawa Menteri Besar dan Kerajaan Selangor telah mendapatkan kembali 13 bidang tanah yang biarpun nilai pasarannya ialah RM685,230,000.00, tetapi dinilai pada RM676,094,000.00 sebagai balasan.
Walau apa-apa pun, MCA tidak mengemukakan dokumen sama yang mendedahkan nilai pasaran dan balasan nilai tanah di Bestari Jaya, di mana nilai bukunya ialah RM215,128,000.00. Oleh itu, Talam telah mengalami kerugian nilai buku sebanyak RM34,046,000.00. Dakwaan MCAbahawa Talam mempunyai kemampuan untuk berunding "urus janji" adalah suatu dakwaan tidak berasas.
MEMAINKAN EMOSI
Memainkan emosi ialah suatu falasi kekeliruan klasik dengan mengabaikan fakta dan menggunakan emosi semata-mata. MCA mendakwa "bebas hutang" Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kini dibeban dengan hutang bernilai sebanyak RM230 juta kerana membeli aset-aset Talam, menaikkan emosi sementara mengabaikan fakta bahawa ianya di bawah pentadbiran BN/MCA, GLC-GLCdan agensi-agensi Selangor mula dibeban dengan masalah RM392 juta tersebut.
TANGAN BERSIH
Ini ialah prinsip terkenal "dia yang datang ke ekuiti, hendaklah datang dengan tangan bersih". MCA dikecualikan dari mempersoalkan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam tanpa MCA diri sendiri mengambil sebarang tindakan ke atas ahli-ahli EXCO mereka yang membenarkan hutang-hutang tersebut terkumpul dan akhirnya gagal, enggan dan/atau mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan kembali hutang-hutang tersebut.
PENIPUAN BESAR
Teknik penipuan besar ini ialah falasi kekeliruan moden dengan mengulang kembali berulang kali penipuan atau penipuan separuh, terutamanya dalam media, sehingga orang awam mempercayainya tanpa memerlukan sebarang bukti. MCA dalam mengulang dakwaan-dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dalam lima sidang media selepas penjelasan telah diberikan oleh Menteri Besar dan lain-lain sedang mempraktiskan kata-kata Joseph Goebbels:
"Jika sesorang memberitahu sebarang penipuan besar dan terus mengulanginya, rakyat akan kelama-lamaan mempercayainya. Penipuan tersebut hanya dapat dikekalkan pada jangka masa yang tertentu kerana Pentadbir Negara mempunyai keupayaan untuk melindungi rakyat dari akibat politik, ekonomi dan/atau tentera penipuan tersebut. Lantas, ia menjadi amat kritikal untuk Pentadbir Negara untuk menggunakan segala kuasanya untuk mengekang sebarang percanggahan pendapat, kerana kebenaran ialah musuh utama penipuan, dan seterusnya, kebenaran menjadi musuh terbesar Negara."
Ia juga merupakan suatu kebiasaan falasi kekeliruan yang menimpa sesiapa yang mempercayai penipuan tersebut perlu untuk meneruskan kepercayaan songsang mereka selepas didedahkan kepada mereka kepercayaan songsang tersebut merupakan suatu kesilapan. Ini adalah kerana ketakutan mereka bahawa dengan mengakui kesilapan mereka, akan berlakunya akibat yang tidak dapat dibayangkan ke atas ketua negara.
Falasi kekeliruan menggunakan teknik "penipuan besar" dan doktrine Goebbel telah didedahkan pada 19 November 1863 di suatu majlis dedikasi di sebuah tanah perkuburan tentera di Gettysburg, dengan pepatah "seseorang tidak boleh menipu kesemua orang pada semua masa".
KEJUJURAN INTELEKTUAL
Ia adalah sukar untuk mencari lagi sebuah penghujahan intelektual yang tidak jujur walaupun dalam keadaan politik kini daripada pendakwaan berterusan MCA terhadap Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kembali hutang Talam dengan harapan sia-sia untuk menarik sokongan politik di Selangor. Episod ini ialah sebuah petunjuk jelas bahawa MCA tidak berminat untuk berbicara secara jujur dengan rakyat Malaysia. Jika MCA jujur dalam membantu rakyat negeri Selangor, maka mereka seharusnya membantu dalam menukarkan 13 bidang tanah Talam kepada bentuk tunai untuk kepentingan rakyat.
Terdapat masa dan situasi di mana ahli politik seharusnya berhenti berusaha untuk meraih mata murah politik dan bertindak demi kepentingan rakyat. Kehilangan aset-aset Negeri Selangor dan kesulitan yang dihadapi untuk mendapat kembali hutang Talam ialah contoh sebuah peristiwa tragis.
Jika MCA masih ingin meneruskan lagi dakwaan-dakwaan ini, ianya terpulang kepada rakyat untuk menghakimi pihak mana yang sibuk bermain permainan politk kotor dan pihak mana yang bekerja dalam senyap dalam usaha serius mendapatkan kembali hutang bernilai RM392 juta.
*William Leong Jee Keen ialah ahli parlimen Selayang.
Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta
Posted: 19 Jul 2012 04:27 PM PDT
KELAB GREENBOC
Batal saman: Mahkamah tolak permohonan Papagomo
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya.
Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan.
Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan.
Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif.
Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan.
Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana.
Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail.
"Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan," kata Hisham. -HD
klik untuk baca
[BERGAMBAR] Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup
Posted: 19 Jul 2012 04:23 PM PDT
KELAB GREENBOC
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.
Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.
Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.
Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.
"Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.
"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.
Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.
Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan