Selasa, 17 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


Mirzan digesa tinggalkan bisnes ‘arak’ sempena Ramadhan

Posted: 17 Jul 2012 01:43 AM PDT

(Oleh Aliff Fikri)


KUALA LUMPUR 17 Julai: Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram di sisi agama, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty.




“Sempena bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, saya menggesa Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali bertentangan dengan Islam.


“Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang melibatkan perkara yang sudah tentu haram,” katanya dihubungi.


Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar nama kepada Petron.


Penasihat MAS, Dr Mahathir Mohamd dengan bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.


Tindakan Mirzan mengabaikan kepentingan agama demi keuntungan peribadi semata-mata turut dibidas.




“Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah diri dengan terlibat dengan syarikat arak,” kata Mohd Nor.


Beliau juga menempelak tindakan Mahathir yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.


“Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak pernah terpadam.


“Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi poket sendiri dan mengaut keuntungan sebesar-besarnya ke dalam institusi keluarga sendiri dengan menggunakan wang rakyat.


“Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,” tegas Mohd Nor.



KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang

Posted: 16 Jul 2012 08:00 PM PDT


PETALING JAYA: Keprihatinan seorang guru yang pelik melihat sikap liar seorang murid perempuan dalam kelasnya di sebuah sekolah rendah di sini, membongkar rahsia budak berusia 11 tahun itu dirogol abang kandung sejak empat tahun lalu.

Difahamkan, guru wanita itu yang tidak tahan dengan murid berkenaan kerana masih mengulang sikap sama walaupun sudah berulang-kali ditegur supaya berkelakuan baik, membawa kanak-kanak itu untuk dirujuk kepada guru kaunseling, 12 Julai lalu.

Menurut sumber, pada sesi pertemuan dengan guru kaunseling, murid berkenaan hanya mendiamkan diri dan enggan menjawab ketika ditanya mengapa dia bersikap tidak menghormati guru dan rakan dalam kelas.

"Ketika disoal lagi, tiba-tiba murid itu menangis dan keadaan itu membuatkan guru kaunseling berkenaan semakin hairan. "Selepas didesak, budak perempuan itu mendedahkan rahsia dia dirogol abang kandungnya yang berusia 20-an sejak dia berusia lapan tahun," katanya.

Katanya, pelajar berkenaan menyatakan perbuatan jijik itu dilakukan abangnya ketika keluarga mereka tiada di rumah di Taman Petaling Utama, di sini, dan kali terakhir dirogol, awal bulan ini.

"Berasakan dirinya sudah tidak berharga menyebabkan murid berkenaan memberontak. Sebenarnya kanak-kanak itu mahukan perhatian dan nasib baik gurunya mengesan masalah itu.

"Sebaik mengetahui perkara itu, guru kaunseling berkenaan membawa pelajarnya membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan pihak polis kini sedang memburu abang mangsa.

Katanya, suspek melarikan diri sebaik mengetahui dirinya dicari polis bagi membantu siasatan kes rogol itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar

Posted: 16 Jul 2012 05:00 PM PDT



Oleh Zulkifli Yahaya

PERDANA Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyusahkan rakyat mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang masih menjadi tanda tanya hingga ke saat ini. Para ahlul nujum politik pun sudah jemu untuk meramal setelah sekurang-kurang tiga masa dianggap terbaik untuk BN mengadakan PRU berlalu begitu sahaja.

PRU adalah perkara besar. Di samping banyak pihak yang terbabit dengan PRU, jika berlaku pula pertukaran kerajaan maka lagi banyak perubahan yang akan berlaku. Sebab itu tidak pelik jika ada pihak yang sentiasa dalam dilema untuk merancang aktiviti kehidupan seharian selagi Najib belum bubarkan Parlimen. Hendak menunaikan umrah, haji, melancong, berpindah rumah, kenduri kendara bahkan nak khatankan anak pun jadi dilema dalam penentuan tarikh.

Jabatan-jabatan kerajaan pun begitu. Hampir semua jabatan kerajaan yang terbabit langsung jika berlaku pilihan raya tidak dapat menyenaraikan agenda dalam takwim tahunan dengan selesa.

Jika berlaku pilihan raya, semua perancangan terpaksa dirombak. Persediaan untuk menghadapi pilihan raya terpaksa dibuat ke tahap maksimum sedangkan tarikh pilihan raya tidak diketahui.

Umno dengan angkuh melanyak PAS kerana kononnya lebih pentingkan politik daripada ibadah haji apabila Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati orang terbabit dengan PRU dalam PAS supaya menangguhkan haji. Walhal jika PRU dibuat pada musim haji, tiada seorang tokoh Umno yang tergilagila nak jadi calon akan ke Tanah Suci. Perangai hipokrit Umno tak pernah berubah sejak dulu dan kini.

Perdana Menteri berhak bubarkan Parlimen manakala Menteri Besar berkuasa membubarkan Dun. Mujur empat ketua kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri sekarang tidak putuskan untuk bubarkan Dun berbeza daripada Pusat. Jika ia berlaku, berapa banyak pula duit rakyat yang terpaksa dibazirkan oleh SPR.

Semua karenah yang timbul akibat daripada penyembunyian tarikh PRU ini ialah kerana peruntukan perlembagaan sedia ada memberi kuasa sepenuhnya kepada seorang Perdana Menteri untuk menentukan tarikh PRU.

Tidak banyak sudah negara di dunia ini di mana tarikh PRU ditentukan dari awal pentadbiran sesebuah kerajaan. Tinggal beberapa buah negara yang sangat primitif amalan demokrasinya yang diketuai oleh Zimbabwe masih mengamalkan kaedah kuno ini.

Tarikh PRU di negara ini bukan dibuat mengikut keselesaan rakyat tetapi sejauh mana parti yang memerintah mampu menang besar dalam PRU. Malangnya hingga ke saat ini Najib masih belum menjumpai tarikh yang memungkinkan BN menang besar.

Walaupun beliau sudah menjelajah ke seluruh negara, semua kelompok manusia daripada pelbagai kalangan sudah ditemui dan setiap perhimpunan kehadirannya dilaporkan mencecah puluhan ribu tapi tetap tak meyakinkan BN. Di setiap perjumpaan Najib berucap seolah-olah pembangkang di Malaysia sudah pupus dan BN mampu menang besar dalam PRU. Tapi hakikatnya Najib cuma mampu cakap besar tapi masih tak mampu menang besar.

Semakin Najib menangguhkan tarikh PRU, beliau sebenarnya semakin menyempitkan ruang untuk mengekalkan kuasa BN. BN sudah tidak mampu lagi untuk melonjakkan sokongan rakyat kerana apa yang dilakukan sekarang sudah melepasi zon tepu.

Sebanyak mana lagi 'rasuah politik' yang akan dihulurkan Najib atas nama sumbangan daripada kerajaan Pusat, ia sudah tidak mampu meningkatkan lagi sokongan terhadap BN dalam skala besar kerana pelbagai bantuan rakyat 1-Malaysia telah menempuh anti-klimaksnya apabila PRU tidak diadakan segera. Akhirnya jika bantuan terus diberikan pun, rakyat tidak lagi menganggap ia perkara besar melainkan ia adalah 'perkara biasa'.

Dari aspek serangan isu terhadap Pakatan, BN semakin kehabisan peluru apabila terpaksa menggunakan isu kitar semula.

Penonjolan Umi Hafilda dan rangkaian bekas rakan-rakan Anwar sehingga saban hari dalam media arus dan asyik-asyik isu Anwar, Anwar, Anwar menimbulkan rasa jelak rakyat umum.

BN tidak untung apa-apa apabila isu RM3 bilion yang muncul 13 tahun lalu dikitar semula. Rakyat boleh fikir bahawa di negara ini ada polis dan ada SPRM, takkan lembab sangat sampai 13 tahun tak mampu selesaikan siasatan.

Rakyat mampu fikir bahawa jika ada penyelewengan babitkan Anwar, jangankan RM3 bilion, RM300 pun seleweng Anwar akan diseret ke mahkamah 13 tahun lalu.

Di pihak PAS, semakin tempoh permainan dipanjangkan oleh Najib nampaknya PAS semakin ghairah menggerakkan kebangkitan. Bayangkan setiap himpunan Hijau yang diadakan di seluruh negeri kehadirannya mencecah puluhan ribu. Umno pun tak terbayang sebelum ini PAS mampu adakan himpunan ala rapat raksasa sebesar itu di Johor, Perak, Melaka dan Pahang.

Semakin lambat PRU diadakan juga, seorang demi seorang bekas tokoh-tokoh besar dalam kerajaan menyertai PAS. Lebih memeningkan kepala Umno ialah seorang demi seorang artis ternama yang menyertai PAS, perkara yang tidak pernah dibayangkan lima tahun lalu.

Siapapun tidak hairan jika artis bersama Umno kerana budaya hedonisme dan Umno adalah sinonim. Tetapi jika artis yang insaf berhijrah ke dalam PAS, ia sangat luar biasa. Artis mempunyai peminat yang kadangkala lebih besar daripada orang politik.

Jika Najib mengadakan PRU bulan Mac lalu, maka Kedah adalah negeri Pakatan yang mungkin terjejas tekoran tragedi 'ribut dalam cawan'. Alhamdulillah, kini semuanya sudah selesai.

Kepimpinan PAS Kedah sudah berada dalam satu saf yang mantap. Terima kasih

DD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: