Selasa, 17 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Polis Belasah dan Buli Remaja

Posted: 17 Jul 2012 05:14 AM PDT




[Video] Permainan Komputer yang Menghina Islam

Posted: 17 Jul 2012 03:00 AM PDT





P/s: Sila ambil perhatian!


Heboh Siang Malam Empangan di Selangor Kering....Rupa-rupanya...

Posted: 17 Jul 2012 02:02 AM PDT


Kantoi!

Kalau anda perasan, media mesra BN melaporkan takungan air di Selangor kian susut dan hal ini akan mencetuskan krisis air seperti yang pernah berlaku di Malaysia sekitar tahun 90-an.

Namun, laporan media dan tulisan di blog itu terserlah hanya mahu memfitnah kerajaan PR di Selangor. Realitinya, baca di sini...sambung di bawah ini...

Kami Tidak Boleh Dipersalahkan - Syabas

[Mstar] KUALA LUMPUR: Krisis air yang melanda Selangor adalah disebabkan oleh keenganan kerajaan negeri meluluskan dan melaksanakan projek bagi meningkatkan penghasilan air yang telah dirawat yang tidak mencukupi ketika ini, kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V Subramaniam.

"Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Krisis air yang melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah disebabkan kurangnya sumber bekalan air terawat untuk diagihkan kepada para pengguna," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di ibu pejabat Syabas di Bangsar pada Selasa.

Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.

Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya....


P/s: Isu projek Loji Langat 2 hanya menguntungkan pihak tertentu. Baca di sini.



7 Empangan di Selangor DIPENUHI Air - Ronnie :iu

Posted: 17 Jul 2012 12:00 AM PDT


[MK] Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu - yang memegang portfolion kerajaan tempatan - berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.



[Video] Hasan Ali Fitnah Azmin Kongsi Isteri dengan...

Posted: 16 Jul 2012 11:16 PM PDT




P/s: LAHANAT!



Rakyat Selangor Hilang Kemudahan Air Percuma Jika...

Posted: 16 Jul 2012 09:34 PM PDT


[MK] Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

 1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014)

4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor .

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor. - DR XAVIER JAYAKUMAR       


Tiada ulasan: