Selasa, 17 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Catuan Air Di Selangor - Helah Untuk Kroni Umno Dapatkan Projek Loji Langat 2

Posted: 17 Jul 2012 02:15 AM PDT

Malam tadi sewaktu Ijtima' PAS Gopeng, YB Khalid Samad memaklumkan bahawa Syabas tidak perlu melakukan catuan air kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah.

Menurutnya, tujuan mencatu air oleh Shabas adalah semata-mata mahu mendesak kerajaan Selangor meluluskan Pembinaan Loji Langat 2 yang bernilai RM8.65 Bilion dimana projek ini dimonopoli oleh kroni kroni Umno

UMNO merestui tindakan SYABAS untuk memulakan catuan di Selangor dengan harapan rakyat akan menyalahkan kerajaan negeri PR di Selangor dan dengan cara itu meraih undi dari kesengsaraan rakyat.


Ini semua adalah kerja mungkar Umno untuk sabotaj air di Selangor sebagaimana mereka lakukan sabotaj terhadap isu kutipan sampah dahulu.

Khalid Samad memaklumkan kerajaan negeri telah membeli 50 lori kompaktor sampah baru dan akan disewakan kepada kontraktor.

Dengan ini urusan pengendalian sampah menjadi lebih efisyen dimana masalah kerja-kerja tergendala oleh kerana lori sering rosak dapat diatasi kerana selama ini para kontraktor terpaksa menggunakan kompaktor lama dan uzur.

Khalid juga mendedahkan tawaran kerja kepada kontraktor secara terbuka tidak dibenarkan untuk diberikan kepada sub-kontraktor sebagaimana sebelum ini dilakukan oleh Alam Flora.


Menurutnya, melalui pengalaman lalu, adalah agak sulit dan rumit untuk memantau kerja-kerja sub-kontraktor kerana mereka merupakan pihak ketiga dan hanya berurusan dengan main-kontraktor.

Menurut Khalid, kerajaan negeri percaya akan dapat menjimatkan kos operasi hingga ke RM100 juta setahun.

Lattheefa Koya Ada Harga Diri - Syabas!

Posted: 16 Jul 2012 05:18 PM PDT

Peguam lantang PKR, Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi kelmarin dipercayai akibat daripada arahan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Latheefa agar menghantar surat tunjuk sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran adun Ijok itu.

Isu ini disebabkan oleh tindakan Latheefa menghantar email kepada pimpinan tertinggi PKR — mempersoalkan MB Selangor berkenaan perumahan rakyat miskin dan tidak berkaitan dengan hal MBPJ.

"Akibat daripada email tersebut, saya difahamkan MB dan Exco negeri telah bersetuju untuk memecat saya sebagai ahli majlis MBPJ.

"Perkara ini telah menjadi pengetahuan umum dan jawatan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat dipertahankan lagi.

"Oleh itu, saya meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MBPJ dengan serta merta," kata Latheefa dalam surat perletakan jawatannya.

Nampaknya Khalid Ibrahim langsung tidak boleh dikritik dan tindakan memecat Latheefa membuktikan beliau bertindak seperti seorang CEO syarikat Sdn Bhd berbanding sebagai seorang ahli politik?

Syabas kepada Latheefa Koya yang ada harga diri dan tidak mahu terus bergayut pada jawatan tersebut yang kini sedang menjadi rebutan dikalangan pimpinan PKR yang lain. SUMBER

Tiada ulasan: