Khamis, 12 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


bila PM Malaysia sudah jadi kontraktor.....cukup cukup lah,,,,dulu jadi broker scorpene dan boyfriend altantuya ....masih tak cukup lagikah....!!!!

Posted: 12 Jul 2012 08:51 AM PDT

ini bangsat punya kontraktor  yang menjahanamkan rakyat.....!!!!

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Balfour Beatty-Invensys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktur raksasa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Di manakah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.

Kita  tidak berasa hairan  PM bersifat begini kerana  lidah keling beliau sering  kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.

Pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu amat mengejutkan banyak pihak dan laporan polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis  macam biasalah  berlagak  pondan dalam isu sebegini  lalu mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.

ini macam  tuan rumah yang buat laporan kecurian  di rumahnya yang kena siasat dan kalau bernasib baik bakal di dakwa..kerana pendedahan berita sebegitu....!!!

Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.

Kita juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri di dunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.

Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.

Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.

Sepatutnya  beliau  hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.

Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

sapu 1 malaysia....Awang Adik di minta jelaskan sumber cek RM80,000

Posted: 12 Jul 2012 08:31 AM PDT

 

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husein  di minta  agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.

Kita juga meminta Awang Adik menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT).

janji di tepati....janji masyukkkkk.....janji najib altantuya....!!!

Posted: 12 Jul 2012 08:08 AM PDT

Tiada ulasan: