DIALOG RAKYAT |
- Utusan hilang integriti siar berita fitnah
- Mansuh ISA, agenda politik kerajaan
- Chua: Cina sukar masuk IPT ketika Anwar jadi menteri
- Rekod cemerlang Lo' Lo' aset PAS di Titiwangsa
- Samseng serang rumah penganalisis politik
- Bapa wanita amuk tidak sangka tindakan anak
- Najib takut PRU, mageran kekalkan kuasa?
- Peniaga dan pekerja tolak penswastaan pelabuhan Pulau Pinang
- Naib Presiden PKR terima ugutan simbah asid
- NGO sambut ulangtahun memperingati Bersih 2.0
- Nizar: Umno, Utusan hina sultan
- Wakil rakyat ‘kedai kopi’
- Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah
- Sidang bahas isu moral pemimpin Pakatan
- 31 aktivis ‘tawan’ pejabat MB Pahang ditahan polis
- Kestabilan politik, alam sekitar dan Pengerang
- Ketua Setiausaha Negara : Kakitangan Awam Lembap? Benarkah?
- Jom Kerja bantu 2,642 Selangor Dapat Pekerjaan
- Facebook Aduan Sampah Dilancar Hari Ini
- Semua Billboard Noh Omar, PM Akan di Roboh MDKS
- MB: 3,252 ekar tanah rizab Melayu S’ngor belum diganti BN
- Pakatan ajak Umno debat isu masyarakat India
- Hadi: Pas paling kuat dalam PR
- Elemen rasuah: Najib disaran ambil iktibar kerosakan MRT Singapura
- Harga petrol RON95 juga mesti diturunkan
Utusan hilang integriti siar berita fitnah Posted: 10 Jul 2012 06:42 AM PDT
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti. Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat. DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Dasar 'ampu' atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak 'dibakulsampahkan' untuk menyenangkan pihak tertentu. DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini. Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup. Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata. DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari 60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini. Kerusi-kerusi inilah yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini. Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu selebihnya? Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh bercanggah dari kebenarannya. Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus melakukan pembohongan. Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik fitnah seperti ini. Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai sesuatu. Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka. Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula Umno BN kalah teruk dalam PRU ke-13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita mengarut seperti ini! Riduan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. | ||
Mansuh ISA, agenda politik kerajaan Posted: 10 Jul 2012 06:38 AM PDT
50 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA. Perjuangan rakyat ini dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan. Ribuan aktivis telah menjadi mangsa akta zalim ini. Sepanjang perjuangan ini juga Kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah. Kenyataan terbaru Perdana Menteri menunjukkan Kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalah guna. Menurut laporan portal Malaysiakini bertarikh 9 Julai, Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuhkan kerana tidak membantu survival politik pemerintah. ISA tidak berjaya mengekang kemaraan politik bahkan menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan. Kenyataan ini menunjukkan pemansuhan ISA bukanlah atas dasar Kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik Barisan Nasional yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008. Perdana Menteri seolah-olah mengesahkan bahawa ISA digunakan untuk mengekang kemaraan politik pihak lawan tetapi usaha itu telah gagal dan berubah menjadi sebaliknya. Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak Kerajaan terpaksa memansuhkan ISA. Pemansuhan ini bukanlah atas dasar Kerajaan Barisan Nasional menginsafi kesilapan ekoran kezaliman ISA, tetapi hanya semata-mata ingin menyelamatkan survival politik parti yang memerintah. Maka benarlah selama ini apa yang dikatakan oleh masyarakat sivil dan Gerakan Mansuhkan ISA yang menyifatkan ISA sebagai alat politik Kerajaan yang digunakan untuk menjaga keselamatan parti pemerintah dan bukannya keselamatan negara. Oleh itu tidak hairan jika Kerajaan enggan membebaskan baki tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Hal ini kerana baki tahanan merupakan individu biasa yang tidak boleh mendatangkan risiko politik kepada Barisan Nasional. Oleh itu pembebasan mereka bukan perkara kritikal yang perlu dipertimbangkan. Sedangkan mereka juga masih dizalimi di bawah ISA yang menafikan hak mereka untuk mendapat keadilan. 45 orang ini juga dijadikan alat oleh Kerajaan untuk mempertahankan ego parti pemerintah yang selama ini menyifatkan ISA sebagai undang-undang yang adil. Kenyataan Perdana Menteri ini juga GMI sifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri seperti mengatakan segala tindakan dalam ISA seperti menangkap tanpa bicara, menyeksa tahanan, mengurung tahanan bertahun-tahun dan kemudian membebaskan tahanan, merupakan langkah rasmi yang direstui oleh Kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah. Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Perdana Menteri sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan. Jika Perdana Menteri menyifatkan ISA sebagai telah gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?. Keadaan ini menyebabkan rakyat memiliki asas yang kuat untuk meragui ketelusan Kerajaan dalam menggubal akta baru ini. Walaupun terdapat klausa khusus dalam akta baru yang mengatakan tidak akan ada penahanan bermotifkan perbezaan politik, namun klausa itu masih bersifat umum. Sebagai contohnya, sepanjang ISA digunakan untuk mengekang politik lawan, alasan yang digunakan untuk menangkap tidak menjelaskan bahawa penangkapan itu kerana perbezaaan poltitik, namun lebih kepada tuduhan yang direka seperti ancaman untuk mengadakan rusuhan dan ancaman untuk menggulingkan kerajaan. GMI menuntut: Perdana Menteri segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMI menyifatkan Perdana Menteri telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menganggap pemansuhan ISA sebagai langkah positif Kerajaan yang ingin berubah menjadi lebih baik. Namun jelas pemansuhan tersebut hanya digunakan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin terhakis. Kerajaan perlu segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA tanpa sebarang kelengahan. Semua tahanan perlu dibebaskan atau diberi hak perbicaraan di mahkamah. GMI menuntut Menteri Dalam Negeri mengunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan yang setimpal dengan penderitaan yang telah mereka alami. Kerajaan juga perlu menarik balik atau memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA. GMI berpendirian undang-undang pencegahan seperti akta baru ini tidak perlu ada kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana kerajaan telah menyalah gunakan ISA. Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi GMI Syukri Razab Penyelaras Suaram | ||
Chua: Cina sukar masuk IPT ketika Anwar jadi menteri Posted: 10 Jul 2012 06:32 AM PDT Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa, masyarakat Cina menghadapi masalah berhubung pendidikan di Malaysia semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran. Beliau mendakwa, semasa Anwar memegang jawatan tersebut, masyarakat Cina sukar dapat memasuki universiti kerana bekas menteri kewangan itu hanya mengutamakan bumiputera. "Kami menghadapi masalah semasa Anwar menjadi menteri dulu. Ramai yang memohon taraf penduduk sementara di sesebuah negara semata-mata untuk pendidikan kerana semasa Anwar menjadi menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri, dia mengehadkan bukan bumiputera untuk masuk ke universiti," kata Chua. Presiden MCA itu mendakwa demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu petang ini. Chua berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai pemohonan taraf penduduk sementara (PR) Australia oleh Naib Presiden MCA, Datuk Sei Ng Yen Yen 17 tahun lalu demi pendidikan anaknya. Anwar menjadi menteri pelajaran pada tahun 1986 hingga 1990 sebelum dilantik menjadi menteri kewangan seterusnya timbalan perdana menteri. Sementara itu, Chua turut menegaskan, selepas ini beliau tidak akan menerima mana-mana pelawaan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat. Menurut Chua, berdebat dengan ketua menteri pulau pinang itu merupakan satu pembaziran masa dan tenaga kerana Chua berpendapat, Lim tidak menjawab soalan yang diajukan. "Setalah mengadakan mesyuarat, kami sebulat suara bersetuju tidak akan berdebat lagi dengan Lim Guan Eng kerana ianya membuang masa. "Lim Guan Eng hanya menggunakan pentas debat itu untuk mengambil kesempatan menabur fitnah dan berkempen. Tetapi dia tidak pernah menjawab soalan yang ditanya. Saya tidak akan lagi bersetuju untuk berdebat dengan Lim Guan Eng," kata Chua. Dalam pada itu, mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini yang berhasrat untuk menyaman MCA berhubung isu Talam Corporation Berhad, Chua berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan tersebut. "Menteri besar Selangor berkata, mereka akan menyaman. Kami mengalu-alukan untuk saman kami. Kami juga kecewa, selepas dua tahun dia (Khalid) berjanji untuk bentang di sidang dun, tetapi sehingga kini tiada apa-apa. "Adakah tindakan menyaman kami adalah untuk takutkan kami supaya tidak bercakap dan takut kami akan bongkarkan lebih banyak lagi maklumat?," kata Chua lagi. | ||
Rekod cemerlang Lo' Lo' aset PAS di Titiwangsa Posted: 10 Jul 2012 06:29 AM PDT MALAYSIA CHRONCLE FOKUS PILIHAN RAYA KUALA LUMPUR- PAS bersedia berhadapan dengan sesiapapun calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa dan mampu mempertahankan kerusi tersebut. Keyakinan ini bukan semata-mata bergantung kepada kemenangan selesa Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Namun yang lebih penting rekod cemerlang perkhidmatan Allahyarhamah selama tiga tahun selaku wakil rakyat dan komitmen itu diteruskan PAS Titiwangsa selepas ketiadaan beliau. Pada PRU ke-12, Allahyarhamah yang meninggal dunia akibat kanser pada 16 Julai tahun lalu mengalahkan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Jumlah pengundi ketika itu adalah seramai 52, 017 orang. Allahyarhamah mendapat 17, 857 undi manakala Aziz mendapat 15,885 undi. Berbekalkan kemenangan itu, Titiwangsa dengan keluasan 1,494 km persegi yang menjadi kubu kuat Umno sebelum ini menjadi benteng PAS di Kuala Lumpur. Menurut sumber, rekod cemerlang ini menjadi kerisauan Umno BN menyebabkan BN lebih berhati-hati untuk meletakkan calon mereka untuk PRU ke-13. Kemelut politik dalaman Umno seperti ahli yang berpecah kepada beberapa kumpulan sedikit sebanyak boleh memberikan kelebihan kepada PAS. "Kalau Umno salah letak calon, silap haribulan pengundi mereka boikot dan PAS boleh menang dengan majoriti lebih besar," kata sumber tersebut yang enggan didedahkan namanya. Sehingga hari ini, Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani antara nama yang disebut-sebut bakal bertanding di kerusi tersebut. Menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad , PAS tidak kisah siapapun calon BN dan akan terus membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU ke-13. "PAS akan lawan siapapun calon Umno BN kerana kita yakin PAS memberikan perkhidmatan cemerlang dan mampu meneruskan tanggungjawab ini," kata beliau kepada Harakahdaily. Berhadapan dengan isu pembangunan Kampung Baru, Umno dilihat bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut kerana dengan menguasai Titiwangsa, bermakna mereka akan menguasai Kampung Baru. "Bukan sahaja Kampung Baru yang Umno nak rebut, tapi semua kawasan di Kuala Lumpur ini mereka nak rampas sebab semuanya ada aset penting," kata beliau. Masuk gear 5 Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, PAS Titiwangsa sudah 'masuk gear 5' di semua peringkat bagi menghadapi PRU ke-13. Katanya, PAS Titiwangsa menumpukan perhatian kepada latihan pilihan raya selain mendekati anak muda yang majoritinya merupakan pengundi kali pertama. "Persiapan jentera parti banyak memberi tumpuan dari sudut tenaga, latihan pilihan raya dan juga banyak program mendekati golongan muda. "Secara keseluruhan di Titiwangsa ramai golongan muda termasuk mereka yang pertama kali mengundi," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS. Tambah beliau juga, di samping kerja-kerja pilihan raya, PAS Titiwangsa juga konsisten mengadakan program kerohanian seperti munajat pilihan raya untuk menguatkan mental dan emosi jentera parti. "Kita kena siapkan jentera parti dengan kekuatan jiwa dan rohani juga, jadi setiap minggu memang PAS Titiwangsa buat munajat pilihan raya," katanya. Titiwangsa mempunyai tiga zon iaitu Zon Kampung Baru, Pandan dan Keramat.-harakahdaily | ||
Samseng serang rumah penganalisis politik Posted: 10 Jul 2012 06:23 AM PDT Sekumpulan samseng menyerang rumah penganalisis politik, Ong Kian Ming awal petang ini. Mereka gagal memecah masuk ke dalam rumah walaupun telah memecahkan pintu depan. "Tiga samseng cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah saya, memecah pintu pagar saya, guna taktik ugutan, kemudian beredar," tulisnya dalam twitter beliau pada kira-kira jam 4.50 petang. Ong (kiri) mengesyaki bahawa serangan itu "bermotifkan politik" dan bukan cubaan rompakan biasa. Ong kemudian membuat laporan di balai polis SS2 Seapark. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau menceritakan kejadian yang katanya merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkannya. "Ia berlaku pada kira-kira 4.45 petang, tiga India dalam kereta Wira coklat berhenti di depan rumah saya. Saya percaya ia mensasarkan saya, mereka tahu rumah mana nak serang. "Mereka memecahkan pintu pagar automatik saya dan masuk ke dalam dan cuba untuk memecah buka pintu depan, walaupun mereka tahu saya berada di dalam. Saya menjerit ke arah mereka. "Gagal untuk memecahkan pintu depan, mereka beredar. Tetapi salah seorang daripada mereka menunjuk jari ke arah saya, seperti memberi amaran, dan kemudian memukul bonet kereta saya. " Beliau percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam Twitter dan platform lain. Katanya, walaupun tidak boleh membuktikannya secara positif, tetapi Ong berkata sikap agresif dan sasaran serangan tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakutkannya. Ong juga memuji polis yang bertindak cepat selepas menerima panggilannya dan tiba hanya lima minit selepas kejadian itu berlaku. | ||
Bapa wanita amuk tidak sangka tindakan anak Posted: 10 Jul 2012 06:14 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE PUTRAJAYA - Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas. Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan. Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka. "Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini. "Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu. Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama. Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.- BERNAMA | ||
Najib takut PRU, mageran kekalkan kuasa? Posted: 10 Jul 2012 06:11 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE | ||
Peniaga dan pekerja tolak penswastaan pelabuhan Pulau Pinang Posted: 10 Jul 2012 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR, — Sekumpulan pengilang dan pekerja pelabuhan menolak cadangan Putrajaya untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang dan ini boleh menimbulkan masalah untuk rancangan pengambilalihan pelabuhan tersebut oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) peringkat negeri telah menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan kementerian kewangan untuk menjual pelabuhan tersebut kepada syarikat milik Syed Mokhtar, "Seaport Terminal" — juga menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor dengan kebimbangan peranan Pulau Pinang sebagai hub perkapalan utara menjadi lebih kecil. Terdapat juga ketakutan dari ahli politik BN tempatan — tindakan kerajaan menjual pelabuhan ini akan menyebabkan peluang mereka untuk merampas kembali negeri tersebut dari PR musnah dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan diadakan selewat-lewatnya pada April 2013. "Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada orang luar ditolak kerana ianya dilakukan tanpa melalui perbincangan dengan rakyat Pulau Pinang," resolusi pertama yang dipersetujui oleh 42 wakil kumpulan dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan malam tadi. Kenyataan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang itu menyatakan Melayu, India, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Freepenca (Persatuan Syarikat bagi Kawasan Perindustrian Bebas, Pulau Pinang), pembekal logistik, pengimpot dan pengekspot, syarikat perkapalan dan agen, termasuk pekerja pelabuhan telah menolak rancangan penswastaan yang mereka rasakan akan mengurangkan peranan pelabuhan yang telah berusia 220 tahun itu. Penolakan rancangan penswastaan adalah satu daripada lima resolusi yang diterima selepas pelbagai kelompok bertemu dengan pentadbir negeri sewaktu perbincangan meja bulat diadakan. Resolusi lain termasuklah menuntut agar saluran pelabuhan didalamkan segera untuk menampung kapal yang lebih besar, menolak segala cadangan untuk 'menurunkan pangkat' pelabuhan kepada lebih rendah, rombakan semula pekhidmatan feri Pulau Pinang dan pelabuhan harus diserahkan semula kepada kerajaan negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menolak sekeras-kerasnya cadangan penswataan tersebut dengan mendakwa Seaport Terminal tidak akan menyalurkan sumber-sumber ke Pelabuhan Pulau Pinang oleh kerana fokus utama mereka adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Katanya lagi, Pelabuhan Pulau Pinang berkait rapat dengan identiti ekonomi negeri. Pengrusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, mendesak kerajaan pusat untuk menilai semula keputusan untuk menswastakan pelabuhan pulau itu dengan alasan banyak industri menentang cadangan itu dan ini bertentangan dengan aspirasi penduduk negeri tersebut. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — juga ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang — bagaimanapun berkata sebarang usaha menentang dari kerajaan negeri adalah langkah sabotaj diri oleh kerana penswastaan bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan. "Penswataan tidak bertujuan untuk sabotaj tetapi untuk meningkatkan kecekapan pelabuhan tersebut," kata Chua. "Mereka boleh cuba menentang kerajaan pusat atau melambat-lambatkan proses penswastaan tersebut kerana ini adalah tindakan mensabotaj negeri sendiri." Masih belum pasti apakah penentangan politik dan industri mampu membatalkan penswataan pelabuhan yang telah disahkan oleh Kementerian Pengangkutan bulan lepas, lebih-lebih lagi rekod Syed Mokhtar menunjukkan beliau boleh mendapatkan apa saja. Pengusaha yang tidak mesra media ini — beberapa tahun kebelakangan ini membina empayar dengan menghimpunkan aset-aset strategik merangkumi pengagihan beras dan gas, loji janakuasa, pelabuhan dan pengeluar kereta nasional, Proton. Empayar logistik Syed Mokhtar termasuklah Pos Malaysia, dua pelabuhan di Johor, lapangan terbang, perusahaan utamanya MMC yang dilaporkan sedang membuat penilaian untuk mengambil alih perusahaan keretapi nasional, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. MMC juga adalah sebahagian daripada usahasama untuk membangunkan projek insfrastruktur terbesar, MRT di Lembah Klang. Rancangan pengambillihan pelbagai aset strategik berkos tinggi - ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua menganggarkan bahawa syarikat Syed Mokhtar mempunyai hutang gabungan sebanyak RM34.3 bilion atau lebih daripada 10 peratus semua bon korporat tempatan pada tahun 2011. Penganalisis berkata, pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Syed Mokhtar bakal menyaksikan potensi pelabuhan tersebut dirangkumkan sekaligus dengan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai sebuah entiti korporat baru dan akan disenaraikan di bursa saham. Status "perdana" Pelabuhan Pulau Pinang merosot semenjak status pelabuhan bebas telah diambil dalam tahun 1974. Sebaliknya, pendatang baru Pelabuhan Tanjung Pelepas yang mula beroperasi pada tahun 1999 kini telah mengendalikan lebih daripada enam juta TEU tahun, lima kali ganda daripada Pelabuhan Pulau Pinang. Jumlah kargo Pulau Pinang juga meningkat hanya 5.8 peratus setahun diantara 1995 dan 2009 berbanding dengan Pelabuhan Klang yang berkembang 14.2 peratus setahun. Pentadbiran negeri yang dikuasai PR mendakwa bahawa pemilikan kerajaan persekutuan sebagai pengendali pelabuhan telah memburukkan kedudukan kewangan dengan hutang bersih meningkat daripada RM148 juta pada tahun 2004 kepada RM832 juta pada 2009 — peningkatan 462 peratus dalam tempoh lima tahun. | ||
Naib Presiden PKR terima ugutan simbah asid Posted: 10 Jul 2012 05:49 AM PDT Surendran berkaa, ancaman yang diterimanya melalui SMS itu pagi tadi adalah respon berhubung kenyataannya yang menentang komponen parti Barisan Nasional (BN) yang mana telah dilaporkan oleh akhbar Tamil baru-baru ini. "Saya baru membuat laporan polis berhubung ancaman dalam SMS tersebut yang mana mereka mengancam akan menyimbah asid ke muka saya jika saya terus mengkritik MIC," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers di sini. "Kami memandang serius ancaman ini kerana ia dikaitkan dengan MIC dan mereka mempunyai rekod keganasan terhadap pembangkang," tambahnya lagi. SMS yang dihantar kepada Surendran pada jam 9.49 pagi itu berbunyi : "Deai suni jangan cabar mic. Deai punde lu buat lu punya kerja. Kalau lu kutuk mic lagi muka u simbah asid ok da suni (Jangan cabar MIC. Buat kerja sendiri. Jika terus kutuk MIC lagi muka simbah asid.) | ||
NGO sambut ulangtahun memperingati Bersih 2.0 Posted: 10 Jul 2012 05:36 AM PDT Mereka berarak dalam hujan lebat dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka. KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 peserta daripada beberapa badan bukann kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Merdeka sambil membawa lilin sebagai simbolik memperingati ulangtahun Perhimpunan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai tahun lalu. Walaupun hujan lebat, keadaan cuaca itu tidak mematahkan semangat kumpulan terbabit untuk berarak sejauh 2.3 kilometer daripada Dataran Merdeka sehingga ke Stadium Merdeka. Berbaju dan berpayung kuning, kumpulan itu mula berjalan secara aman pada pukul 8.15 malam tadi menelusuri Jalan Tun Perak, Jalan Petaling, Jalan Hang Jebat, dan Jalan Changkat Stadium sebelum tiba dihadapan pintu masuk utama stadium pada pukul 9 malam. Beberapa anggota polis juga kelihatan sepanjang perjalanan memerhatikan keadaan kumpulan itu berada dalam keadaan terkawal. Setibanya di perkarangan stadium, kumpulan itu bertafakur seminit bagi memperingati peserta Bersih 2.0 yang meninggal dunia semasa mengikuti perhimpunan terbabit, allahyarham Baharuddin Ahmad. Kemudian, beberapa pemimpin NGO termasuk anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini tampil memberikan ucapan ringkas. Maria Chin dalam ucapannya berkata perarakan itu merupakan satu kejayaan selepas cubaan Bersih 2.0 untuk berkumpul di Stadium Merdeka tahun lalu gagal apabila dihalang dengan sekatan polis. Mereka kemudiannya bersurai pada pukul 9.25 malam selepas mengakhiri perhimpunan itu dengan nyanyian 'selamat hari jadi Bersih' dan 'Negaraku'. | ||
Nizar: Umno, Utusan hina sultan Posted: 10 Jul 2012 05:30 AM PDT Utusan Malaysia, TV3 disaman masing-masing RM50 juta. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin merangkap Adun Pasir Panjang hari ini menuduh Umno dan Utusan Malaysia sebagai pihak yang menghina Sultan Johor. "Umno Utusan yang menghina Sultan Johor. Kita hanya beri pandangan martabatkan institusi sultan," kata Nizar yang juga merupakan bekas Menteri Besar Perak ketika memfailkan saman RM50juta masing-masing terhadap stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia. Beliau turut mewajarkan tuntutan saman tersebut. "Saya tidak pernah saman mereka walaupun bermacam – macam laporan semasa saya jadi Menteri Besar. Kali ini ia melampau batas dan berunsur fitnah," kata Nizar. Dalam saman tersebut Nizar turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi terhadap TV3 dan Utusan agar tidak mengulang kenyataan atau memberi persepsi bahawa beliau telah menghina sultan. Beliau turut menuntut agar TV3 dan Utusan memohon maaf kepada semua pihak yang akan ditentukan oleh pihaknya. Dakwa Kosmo juga hina Sultan Saman tersebut difailkan berikutan laporan kedua-dua media pada 30 dan 31 Jun yang menggambarkan seolah – olah Nizar menuduh sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat dalam isu nombor pendaftaran kereta WWW1 yang dibida dan dimenangi oleh sultan Johor dengan harga RM520,000. Ia difailkan oleh pasukan peguam yang diketuai Fitri Asmuni di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pagi ini. Selain Fitri, peguam Nizar yang lain adalah Asmuni Awi, Ariff Azami Hussein, Ahmad Zamri dan Zamri Ibrahim dari syarikat guaman Awi & Co. Nizar turut mencadangkan agar keluarga diraja atau pertubuhan bukan kerajaan Melayu memfailkan saman terhadap akhbar Kosmo yang telah menghina sultan selama satu setengah bulan | ||
Posted: 10 Jul 2012 05:26 AM PDT Wong Koon Mun dilabel sebagai wakil rakyat 'kedai kopi' kerana mengaitkan kejadian tanah runtuh dengan aktiviti kecurian pasir. Sekitar Dun Selangor SHAH ALAM: Kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab isu tangkapan petualang dalam skandal operasi curi pasir di negeri itu dibidas Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru). Wong menerusi soalan tambahan dalam sidang Dewan Negeri (Dun) di sini hari ini mempersoalkan mengenai tiada pendedahan berhubung jumlah tangkapan dibuat berkaitan skandal pasir walaupun kerajaan negeri mengumumkan penurunan jumlah pemantauan dan tangkapan sejak 2008. Abdul Khalid tidak menjawab soalan yang dikemukakan tetapi sebaliknya melabel Wong sebagai wakil rakyat 'kedai kopi' kerana mengaitkan kejadian tanah runtuh dengan aktiviti kecurian pasir. "Kalau kerajaan negeri efisyen sangat, siapa tahu individu atau kumpulan mana yang ditangkap serta apa hukumannya? Skandal kecurian pasir ini mendatangkan masalah sampingan…..sebelum 2008 tiada jambatan runtuh atau tebing sungai runtuh," soal Wong. Abdul Khalid bagaimanapun menegaskan aktiviti kecurian pasir di negeri itu tidak menyumbang kepada kejadian tanah runtuh atau runtuhan tebing pasir seperti dibangkitkan Wong. "Logik yang digunakan agak rendah iaitu kononnya dengan kecurian pasir jambatan runtuh…ini hanya cakap di kedai kopi. Kita panggil Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) jalankan kajian, mereka kata faktor tersebut tidak menyumbang," ujar Abdul Khalid yang juga Adun Ijok. Terdahulu menerusi jawapan asalnya, Abdul Khalid memberitahu Dun bahawa jumlah tangkapan yang dibuat berkaitan kecurian pasir menurun sejak 2008. Pada 2008 sebanyak 974 tangkapan, 159 (2009), 91 (2010), 37 (2011) dan hanya 26 tangkapan dibuat sehingga Jun 2012. Unisel Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Universiti Selangor (Unisel) terus menjadi tumpuan dalam dewan apabila Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) membangkitkan mengenai perbelanjaan universiti di bawah kerajaan negeri itu. Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel sejak 2008 hingga kini menurun dan sepatutnya kerajaan negeri berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan dan kemasukan pelajar di universiti terbabit. "Saya terima banyak keluhan apabila banyak rumah sewa milik Unisel kosong. Rumah di Taman Ilmu hampir kosong, malah Unisel ada rumah sewa di Bandar Puteri mengalami nasib yang sama. Ramai harapkan pertumbuhan baru di Bestari Jaya untuk pertambahan ekonomi," kata Sulaiman. Katanya, isu Unisel tidak patut dipolitikkan dan sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor, Unisel akan dikategorikan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). | ||
Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah Posted: 10 Jul 2012 04:35 AM PDT Laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku 3 AJK masjid tersebut menyebabkan urus tadbirnya menjadi celaru dan kucar kacir. LENGGENG: Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini. Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini. "Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains). "Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun. "Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli. "Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1. Kes masih disiasat "Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar," kata Mohd Fahmy. Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau. Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini. "Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam. "Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna. "Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam", jelas Mohd Fahmy. | ||
Sidang bahas isu moral pemimpin Pakatan Posted: 10 Jul 2012 04:30 AM PDT Sepatutnya sidang tumpu kepada perbahasan bajet perbekalan tambahan tetapi telah beralih kepada isu moral para pemimpin Pakatan Rakyat. Sekitar Dun Selangor SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor yang sepatutnya menumpukan perbahasan mengenai bajet perbekalan tambahan negeri, bagaimanapun bertukar membincangkan isu moral para pemimpin Pakatan Rakyat. Perkara itu disentuh oleh Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang secara tidak langsung 'perli' pemimpin Pakatan termasuk isteri mereka. Mohd Isa secara berseloroh turut menyentuh mengenai individu yang dikenali sebagai 'anugerah Tuhan' serta mencadangkan bajet tambahan untuk program modal insan bagi memulih akhlak pemimpin Pakatan. Tidak terkecuali, Mohd Isa turut menyentuh mengenai beberapa video seks yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan PKR suatu ketika dulu. "Rakyat jemu dengan sandiwara pimpinan Pakatan. Jangan nampak salah orang sahaja, jangan pandai nasihat isteri pemimpin Umno. Isteri sebelah sini baik ke? Buat DNA tidak berani, cerita sanggup bermandi darah untuk pertahan keadilan. Minta darah takut. "Isu liwat kian berterusan, saya cadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya minta bajet tambahan untuk papan tanda 'Jangan Makan Aiskrim Dalam Tandas'…..ada juga YB yang belum jadi YB buat tazkirah jam 3 pagi," katanya. Tindakan Mohd Isa itu menyebabkan Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) mencelah dan bertindak balas dengan membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mohd Isa segera bangkit dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan Shafie itu. Perbahasan yang bertukar kepada tohmahan dan dakwaan itu semakin rancak sehingga Timbalan Speaker, Haniza Talha menggesa Mohd Isa untuk terus fokus kepada perbahasan bajet perbekalan tambahan. | ||
31 aktivis ‘tawan’ pejabat MB Pahang ditahan polis Posted: 10 Jul 2012 04:26 AM PDT Mereka berkhemah dengan harapan Datuk Seri Adnan Yaakob menyelesaikan beberapa isu di Cameron Highlands. PETALING JAYA: Polis menahan 31 orang aktivis yang berkhemah di Pejabat Menteri Besar Pahang di Kuantan hari ini. Aktiviti Occupy Pejabat MB dipelopori ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk Cameron Highlands. Mereka telah memulakan aktiviti perkhemahan di pejabat Datuk Seri Adnan Yaakob pada jam 11 pagi ini. Antara yang ditahan termasuk setiausaha PSM Cameron Highlands, K Suresh. Peserta tertua yang ditahan adalah seorang wanita berusia 90 tahun manakala yang termuda, berusia 5 tahun. Dari sejumlah 31 orang, 13 merupakan lelaki dewasa 12 wanita dewasa dan 6 kanak-kanak. "Dua bulan lepas 40 orang tersebut telah berjumpa dengan Menteri Besar yang berjanji akan hadir ke Cameron Highland untuk menyelesaikan masalah rakyat. "Dua bulan sudah berlalu tapi hasrat mereka tidak kesampaian," kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan ketika dihubungi. 7 tuntutan Terdapat tujuh isu utama yang dituntut oleh peserta Occupy Pejabat MB iaitu: i) Empat kes petani bertani selama 40 tahun tanpa lesen menduduki tanah sementara(TOL). ii) Satu kes kawasan rumah diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana. iii) Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah meskipun untuk rumah dan tanah 30 tahun lalu iv) Permohonan kawasan gerai ditolak dan diberi kepada pihak lain. v) Kes gerai ibu tunggal yang dirobohkan vi) Empat keluarga di Green Cow diancam bahaya tanah runtuh kerana Pejabat Daerah telah meluluskan permit menolak tanah. vii) Dua kes pegerai Kea Farm yang gerai mereka akan diroboh untuk beri laluan kepada pemaju swasta. "Pada ketika ini pihak polis sedang mengambil keterangan dari kesemua 31 orang. "Kita tidak tahu sama ada mereka akan direman atau tidak," kata sumber PSM. | ||
Kestabilan politik, alam sekitar dan Pengerang Posted: 10 Jul 2012 04:20 AM PDT Rayner Yeo Isu alam sekitar merupakan suatu isu yang semakin hebat diperkatakan di negara kita mutakhir ini. Isu kilang nadir bumi yang didirikan oleh Lynas Corp di Gebeng, Kuantan, Pahang merupakan isu yang alam sekitar yang paling panas. Selain itu, terdapat juga isu-isu alam sekitar lain seperti pembinaan empangan-empangan serta pemusnahan hutan di Sabah dan Sarawak, dan isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. Jika kita perhatikan betul-betul lokasi di mana isu-isu ini timbul, kita akan dapat mengenalpasti satu persamaan di antara semua isu-isu ini: Ia berlaku di negeri-negeri yang mempunyai "kestabilan politik', atau dengan erti kata lain, negeri-negeri ini merupakan kubu kuat kepada parti pemerintah, di mana mereka mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri dan parti pembangkang berada dalam posisi yang lemah dalam realiti politik di negeri-negeri tersebut. Situasi ini membawa kepada kurangnya check and balance dalam negeri-negeri tersebut dan memudahkan kerajaan negeri untuk melaksanakan atau meluluskan projek-projek yang biasanya akan menimbulkan kontroversi di negeri-negeri lain. Antara negeri-negeri yang dianggap sebagai kubu kuat ini, Johor adalah yang paling sukar untuk ditembusi. Di Sabah sudah pernah berlaku pertukaran kerajaan beberapa kali. Di Sarawak kerajaan Taib Mahmud hampir ditumbangkan dalam Pilihan Raya Negeri 1987. Di Pahang, PAS berjaya memperoleh pencapaian yang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum tahun 1999 sehinggakan Menteri Pendidikan ketika itu, Najib Razak cuma menang tipis dengan majoriti 241 undi berbanding lebih 10 ribu undi pada pilihan raya sebelumnya. Cuma di Johor sahaja situasi politik berada dalam keadaan yang stabil semenjak dari merdeka lagi. Sekiranya Johor adalah kubu parti pemerintah yang paling kuat, maka Pengerang boleh diumpamakan sebagai benteng yang paling teguh dalam kubu tersebut. Sudah dua penggal ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum. Oleh itu, tidak hairanlah Pengerang dipilih sebagai tapak untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID). RAPID adalah sebuah projek untuk mentransformasikan Pengerang menjadi sebuah sebuah pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia. Pihak-pihak yang terlibat adalah Kerajaan Negeri Johor, Dialog Group Berhad, dan syarikat Belanda, Vopak. Jika kita lihat laporan-laporan di media arus perdana, samada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris, RAPID diumpamakan sebagai durian runtuh kepada penduduk di Pengerang. Bukan sahaja peluang pekerjaan bakal diwujudkan sepanjang proses pembinaan dan selepas operasi bermula, malah penduduk akan diberikan pampasan kewangan untuk tanah mereka yang diambil untuk projek ini. Penduduk juga akan dipindahkan ke kawasan perumahan yang berkualiti dan dibekalkan dengan segala kemudahan di tempat tinggal baru mereka. Latihan akan diberikan kepada penduduk untuk memanfaatkan peluang pekerjaan yang disediakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah terlupa akan satu perkara yang paling asas sekali: Adakah mereka pernah minta pendapat penduduk? Tidak pernah ada apa-apa public consultation atau pendengaran awam dilakukan untuk meminta pendapat penduduk berkenaan projek yang akan mempengaruhi kehidupan mereka ini. Apa yang paling ironi adalah, projek ini diwar-warkan sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu negara kita mencapai status negara berpendapatan tinggi, namun di negara berpendapatan tinggi, projek seperti ini yang akan memberi kesan besar terhadap hidup penduduk akan melalui proses public consultation atau pendengaran awam dahulu sebelum dimulakan. Segala impak projek tersebut terhadap penduduk, tidak kira dari segi sosial, ekonomi, atau alam sekitar akan dikaji dahulu. Sekiranya pengambilan tanah terlibat, jumlah pampasan akan dikira terlebih dahulu. Semua maklumat ini akan dimaklumkan kepada penduduk. Setelah penduduk mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji maklumat-maklumat ini, public consultation akan diadakan untuk meminta pendapat penduduk. Selepas mendengar pandangan penduduk, barulah kerajaan membuat keputusan samada mahu menjalankan projek tersebut. Namun, apa pula situasi di Malaysia, yang kononnya mahu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020? Memang sudah menjadi perkara biasa di negara ini di mana kerajaan tidak akan meminta pendapat rakyat berkenaan apa-apa projek yang dijalankan. Dalam isu RAPID ini, pengumuman mengenai projek ini telah dibuat sejak tahun lepas lagi, namun Menteri Besar, Abdul Ghani Othman mengatakan bahawa jumlah pampasan untuk pengambilan tanah hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada bulan Oktober tahun ini. Bukan sahaja pendapat penduduk tidak pernah diminta, malah maklumat penting seperti jumlah pampasan pun hendak ditangguh sebegitu lama sebelum dimaklumkan kepada penduduk. Kesan projek ini terhadap alam sekitar ini adalah amat sukar dibayangkan. Pengerang mempunyai keindahan semula jadi yang tidak ternilai dan Kerajaan Negeri pada suatu ketika dahulu pernah berhasrat hendak membangunkan industri pelancongan di Pengerang. Dengan adanya projek RAPID ini, ternyata impian untuk menjadikan Pengerang sebuah destinasi pelancongan cuma tinggal angan-angan sahaja. Industri perikanan di Pengerang telah mula merasai kesan dari projek RAPID ini. Nelayan di Pengerang mengadu bahawa sejak fasa pertama projek ini bermula, hasil tangkapan mereka telah berkurang dengan mendadak. Dialog Group Berhad menjanjikan pampasan terhadap kerugian yang ditanggung oleh golongan nelayan, di mana nelayan berlesen dijanjikan untuk dibayar RM30,000 dan nelayan tidak berlesen akan dibayar RM15,000. Rata-rata nelayan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan tersebut. Dengan pendapatan nelayan yang mencecah lebih RM3,000 sebulan, jumlah pampasan tersebut tidak sampai hasil pendapatan mereka selama setahun dan tidak berpatutan dengan jumlah kerugian yang mereka alami. Walau bagaimanapun, difahamkan ada sebahagian nelayan yang telah menandatangani borang untuk menerima pampasan ini. Mereka mendakwa mereka telah diperdaya untuk menandatangai dokumen tersebut dan mereka tidak tahu bahawa dalam dokumen tersebut ada syarat yang menetapkan bahawa mereka tidak boleh menuntut apa-apa pampasan lagi selepas bersetuju menerima jumlah wang tersebut. Selain penduduk yang perlu dipindahkan untuk memberi laluan kepada RAPID, sebanyak tujuh buah tanah perkuburan Cina dan 11 buah tanah perkuburan Islam juga perlu dipindahkan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian tanah perkuburan Cina yang telah dimusnahkan akibat dari kerja penambakan laut yang dijalankan oleh Dialog Group Berhad. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Penduduk. Perkara ini menunjukkan bahawa sensitiviti masyarakat setempat langsung tidak dihormati dalam menjalankan projek ini. Penduduk Pengerang kini sedang mencuba pelbagai cara untuk menghentikan RAPID dari diteruskan. Namun usaha mereka setakat ini belum mencapai apa-apa hasil. Ini mungkin disebabkan isu ini belum mendapat perhatian yang meluas, oleh itu mereka tidak dapat membentuk satu bentuk tekanan yang kuat ke atas pihak-pihak yang terlibat. Namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mencuba. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini, anda boleh berbuat demikian dengan melayari http://kampungkusuaraku.blogspot.com. *Rayner Yeo adalah seorang penulis sambilan yang berasal dari Sabah dan kini menetap di Selangor. | ||
Ketua Setiausaha Negara : Kakitangan Awam Lembap? Benarkah? Posted: 10 Jul 2012 04:11 AM PDT Seperti biasa, Ketua setiusaha Negara (KSN) akan datang dan pergi. Tan Sri Sidek Hassan (bekas KSN) sekarang ini sedang duduk di kerusi empuk sebagai pengerusi Petronas yang baru dan digantikan dengan Datuk Seri Ali Hamsa. Menggalas jawatan baru semestinya akan datang semangat baru yang berkobar-kobar dalam dirinya. Itu perkara biasa……tetapi apa yang kami harapkan ialah ia tidak sekadar berkisar kepada visi-visi lama dan lapuk yang diangkat ibarat satu cara perubahan kerja yang baru….. Sumber : Yahoo Malaysia Cuma kami kurang jelas sedikit dengan maksud beliau mahu merakyatkan perkhidmatan awam? Nak jadi rakyat apa pula selepas ini? Kami berharap ia tidak sekadar bercakap ala-ala retorik semata. Tetapi patut diterjemahkan di atas kertas secara prajtikalnya untuk dilaksanakan perubahan secepat mungkin. Itulah yang sepatutnya…..Kenapa agaknya kakitangan kerajaan boleh dituduh sebagai lembap?
Walaubagaimanapun skop sektor kerajaan ini luas. Kasihan kepada kakitangan kerajaan yang cukup berdedikasi, cekap dan bertanggungjawab terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada mereka. Disebabkan segelintir yang malas dan lembap inilah habis smeuanya yang mendapat "nama". Dan disebabkan itulah memang sangat bagus apabila kerajaan bertegas dan mual membuang kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin semasa menjalankan tugas. Masalahnya sekarang ini kebanyakan kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini terlalu sukar untuk dibuang. Apatah lagi kakitangan kerajaan yang cara kerjanya lembap. Proses buang kakitangan tidak sama seperti berlakunya di sektor swasta, terus dibuangkan sahaja. Prosedur buang kakitangan awam cukup rumit.
Jikalau di sektor awam, jika cara kerja kakitangan tidak menepati standard yang ditetapkan oleh pihak syarikat pasti akan dipanggil oleh orang atasan dan akan berbunyi peringatan keras seperti di bawah ini :
Kadang-kadang kami berasa pelik, kerana mahu ditagih lagi kelompok kakitangan awam yang sudah berusia ditambah dengan kudrat yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya. Mengapa tidak digantikan kesemuanya mereka ini dengan golongan yang lebih bersemangat, bertenaga tidak kiralah yang samada yang muda atau yang berumur asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seperti yang kami sebutkan tadi. Yang kurang bertenaga ini boleh berundur ke belakang yang mungkin bersesuaian dengan pengalaman yang mereka ada. Apa yang kami perhatikan masalah dalam sektor kerajaan ini terlalu ramai 'little napoleon'. Apa yang kami perhatikan sistemnya memang begitulah rentak dan gayanya. Sukar untuk mengubahnya selagi polisi dasarnya tidak diubah secara total. Contohnya, ada kajian yang menunjukkan telah berlkaunya jurang antara pegawai pelaksana dan pegawai pemikir sehingga menyebabkan beberapa kerja tergendala begitu sahaja. Yang menerima masalah siapa akhirnya? Satu lagi budaya, pass kerja. Kalau telefon, mula-mula cakap pegawai ini, lepas tu esok telefon cakap pegawai lain pula. 2-3 hari lagi telefon pun dengan orang lain pula. Bila nak selesai masalah yang satu ini? Dari pengamatan kami, sikap tidak mahu membantu yang menjadikan sistem kakitangan kerajaan ini lembap, orang ini tolak dengan orang ini, orang ini tolak dengan orang itu. Sudahnya urusan tergantung begitu sahaja. Sikap tidak mahu ambil tahu ibarat seperti :
Selagi budaya ni wujud dalam sektor kerajaan, tukar beribu Ketua Setiausaha Negara sekalipun servisnya masih ditakuk lama sukar untuk dipulihkan secara total. Belum lagi yang lain-lain…ada yang nak menambahnya? Salah satu faktor adalah kakitangan kerajaan sendiri majoritinya terdiri 90% Melayu. Maka daya saing dan tahap kompetetifnya sangat kurang. Kalau nisbah pekerja Melayu – Non Melayu di semua peringkat sekitar 70:30, kami yakin dan pasti tahap kecekapan meningkat. Yang memulakan ISO certification pun sektor swasta. Walaubagaimanapun, kami cukup bersetuju sektor awam sudah ada nampak banyak perubahan sejak di zaman Pak Lah lagi walaupun tidaklah sampai ke tahap 90%, sekurang-kurangnya ada peningkatan dari segi approval, soal balas dan pro-aktif. Tetapi……..dalam pada masa yang sama masih juga terlalu banyak yang perlu diperbaiki. P/S : Apa respon dnegan kualiti servis kakitangan kerajaan ketika ini? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan di sini? Servis Sektor Kerajaan Ketika Ini?
| ||
Jom Kerja bantu 2,642 Selangor Dapat Pekerjaan Posted: 10 Jul 2012 04:04 AM PDT SHAH ALAM Seramai 2,642 golongan belia di Selangor berjaya memperolehi pekerjaan dalam program yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor, "Jom Kerja". Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali ketika menjawab satu soalan di dalam Persidangan Undangan Negeri Selangor hari ini. "Pada 2009 Kerajaan Negeri memulakan Program Jom Kerja dan sehingga 2011 seramai 2,642 pemohon telah ditemuduga dan ditawarkan perkerjaan oleh syarikat-syarikat terlibat yang disusun Kerajaan Negeri," kata beliau. Selain itu Kerajaan Negeri turut menggalakan golongan Belia termasuk lepasan universiti menyertai pelbagai kursus kerjaya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Kursus-kursus yang disediakan termasuklah kursus pendedahan peluang perniagaan untuk belia yang mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang perniagaan. Antara kursus yang ditawarkan adalah Pembangunan Usahawan Muda, Perbankan dan Kewangan Islam, Sijil Keselamatan dan Selenggara, Sijil Membaiki Komputer, Kursus Perunding Pelancong, Kursus Pemasaran, Kursus Penternakan dan lebih 10 kursus lain yang disediakan. Selain kursus kemahiran umum dan kemahiran khusus, Kerajaan Negeri turut menyediakan kursus bahasa. "Kerajaan Negeri juga cuba mengenalpasti kelemahan dan kelebihan pencari perkerjaan bagi mengenalpasti perkerjaan yang sesuai untuk mereka. "Berdasarkan kecenderungan mereka, kerajaan negeri juga cuba membantu mereka mengatasi kelemahan seperti mengadakan kelas insentif Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab" kata Halimah. Kerajaan Negeri juga memberi bantuan mesin pemprosesan untuk golongan usahawan belia yang telah pun menjalankan perniagaan tetapi kekurangan modal untuk membeli mesin pemprosesan tersebut. | ||
Facebook Aduan Sampah Dilancar Hari Ini Posted: 10 Jul 2012 04:00 AM PDT SHAH ALAM : Dalam usaha menangani isu kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan akaun facebook khusus untuk tujuan itu berkuatkuasa hari ini. Akaun yang menggunakan nama 'Yang Berkhidmat Ronnie Liu (Aduan Isu Tempatan Selangor)' itu dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu. Menurut Ronnie, akaun itu memberi peluang kepada orang awam untuk mengemukakan aduan kepada Kerajaan Negeri mengenai isu kerajaan tempatan termasuk kutipan sampah dan pembersihan awam. "Isu kutipan sampah dan pembersihan awam masih menarik perhatian umum. Hotline sedia ada akan diteruskan, tetapi ini adalah salah satu alternatif untuk memperbaiki keadaan tersebut," ujarnya. Beliau berkata, aduan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tindakan susulan. Bagaimanapun tegasnya, orang awam dinasihatkan untuk memberi fokus kepada aduan sampah dan pembersihan awam sahaja, tanpa membabitkan isu lain. "Aduan untuk isu lain akan diusulkan kemudian. Setiap orang yang ingin membuat aduan perlu menyatakan nombor telefon, nama, alamat pengadu, lokasi aduan serta gambar," katanya. Kerajaan Negeri sebelum ini mewujudkan talian bebas tol atau Hotline yang membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan PBT terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan. | ||
Semua Billboard Noh Omar, PM Akan di Roboh MDKS Posted: 10 Jul 2012 03:58 AM PDT SHAH ALAM : Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa. "Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram. "Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut. Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS. Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung. Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen. "Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). "Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan," katanya. | ||
MB: 3,252 ekar tanah rizab Melayu S’ngor belum diganti BN Posted: 09 Jul 2012 10:41 PM PDT Oleh Norutul Ilham SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 3,252 ekar tanah rezab Melayu yang dirampas dan dijual oleh Umno Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri itu berpuluh tahun dahulu masih belum diganti. "Setakat ini, kerajaan negeri mempunyai rekod sebanyak 3,252 ekar tanah rizab Melayu masih belum diganti. "Jadi kita tetap berusaha untuk mencari tanah bagi menggantikannya, tapi biar ia sepadan, maknanya jika tanah itu tanah di bandar, bermakna tanah yang mesti diganti juga tanah di bandar," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. Bagaimanapun, Adun Sekincan, Ng Suee Lim, bangun mencelah bertanya kepada Khalid mengenai status tanah rizab Melayu di Kampung Bagan Nakhoda Omar yang masih menempatkan kediaman kaum Cina yang bekerja sebagai nelayan. "Buat masa ini kita tidak boleh melepaskan lagi warta pemilikan tanah tersebut, namun kerajaan negeri masih mencari tanah yang mahu digantikan. "Apa pun, kita mahu gantikan tanah tersebut biar sesuai, kita mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan, tidak mahu lepaskan begitu sahaja dan kemudian baru mahu mencari tanah ganti," jelas Khalid. | ||
Pakatan ajak Umno debat isu masyarakat India Posted: 09 Jul 2012 10:39 PM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (Pakatan) menyeru pemimpin kanan Umno dalam kalangan jemaah menteri berdebat secara terbuka berhubung masalah dan masa depan komuniti India. Seruan itu disampaikan melalui kenyataan bersama oleh Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran dan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, S Manikavasagam. Ia sebagai respon kepada cadangan debat antara pemimpin India Pakatan dan MIC. Menurut mereka, debat dengan pemimpin MIC adalah sia-sia kerana parti itu yang patuh kepada Umno tidak ada apa-apa kuasa dan tidak mampu membawa perubahan positif serta pembangunan kepada komuniti India. "Masalah yang dihadapi komuniti kaum India terpinggir adalah isu utama negara dan bukan membabitkan kaum India semata-mata. "Jadi debat berhubung isu ini patut melibatkan pihak bertanggungjawab dan berkepentingan tanpa mengira kaum," kata mereka lagi. Tambah kenyataan itu, Umno merupakan pemegang kuasa sebenar dalam BN dan bersalah ke atas masalah serius dan tidak berkesudahan yang dihadapi komuniti India hari ini. "Sudah sampai masanya Umno berhenti memperdayakan rakyat bahawa MIC dapat mewakili kaum India dan menyelesaikan pelbagai masalah seperti kemiskinan, kekurangan peluang pendidikan dan pekerjaan, kadar jenayah yang tidak seimbang, pemilikan kad pengenalan dan bahagian saksama dalam kekayaan negara. "Justeru, kami menyeru Umno memberi maklum balas kepada jemputan ini dalam masa 48 jam, memandangkan masalah komuniti India sangat penting dan memerlukan tindakan segera," kata mereka lagi. KEADILAN dalam pada itu turut menolak debat antara pemimpin politik yang dianjurkan semata-mata di atas landasan kaum. "Debat berlandaskan kaum adalah cerminan buruk politik perkauman dan 'pecah dan perintah' Umno BN dan ditolak sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat," tegas mereka lagi. | ||
Hadi: Pas paling kuat dalam PR Posted: 09 Jul 2012 10:37 PM PDT MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas. "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya. Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain. Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi. Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen. "Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu. "Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa blog itu lagi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui. Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara. Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan. | ||
Elemen rasuah: Najib disaran ambil iktibar kerosakan MRT Singapura Posted: 09 Jul 2012 10:32 PM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mengambil iktibar berhubung kritikan rakyat Singapura terhadap kerosakan perkhidmatan sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) negara itu. "Kalau MRT Singapura yang memiliki reputasi tinggipun boleh rosak, inikan pula MRT Malaysia yang memiliki elemen rasuah? "Sebab itu, kita desak Najib ambil iktibar dan jelaskan kepada rakyat berapakah kos sebenar projek ini," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau mengulas laporan Jawatankuasa Siasatan (COI), bahawa syarikat pengendali MRT Singapura, SMRT Corp Ltd, lebih mementingkan keuntungan berbanding kualiti perkhidmatan ekoran ribuan penduduk terkandas hampir dua jam pada 18 April lalu. Laporan itu dikeluarkan 5 Julai lalu dan turut menyatakan ia gangguan ketiga berturut-turut di lapan stesen melibatkan seksyen baru MRT Singapura sepanjang 36 kilometer termasuk perhentian yang baru dibuka sejak enam bulan lalu. Rafizi yang mendapat maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mendedahkan, kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang melonjak kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal hanya RM37 bilion. "Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini kerana lonjakan RM63 bilion itu sangat tinggi. "Kos ini bukan sahaja membeban pembayar cukai, malah kesan akhirnya juga sudah pasti ditanggung generasi akan datang," kata pakar ekonomi itu lagi. Bagaimanapun, Najib kekal membisu mengenai skandal projek ini. MRT merupakan projek infrastruktur terbesar di Malaysia dan dijangka mula dilaksana suku kedua atau ketiga tahun ini dan dijangka siap pada 2016. Laluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mempunyai 31 stesen, melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Cheras. Pada 5 Mei tahun lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika kos MRT itu RM60 bilion, ia bakal melonjakkan kadar keberhutangan negara melebihi paras 60 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, Anwar mendesak Najib menubuh panel bebas bagi menyemak kos dan keberkesanan projek MRT, namun Perdana Menteri itu enggan mengulasnya. | ||
Harga petrol RON95 juga mesti diturunkan Posted: 09 Jul 2012 10:30 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Keengganan kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON95 walaupun pasaran minyak dunia menurun ketika ini membuktikan Umno BN tidak mengutamakan rakyat berpendapatan rendah. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, kerajaan sepatutnya menurunkan harga RON95 kerana ia digunakan majoriti rakyat negara ini. "Alasan mereka, RON95 masih disubsidi kerajaan walaupun harga minyak dunia meningkat. Mengapa jualan runcit kepada rakyat perlu ditentukan melalui pasaran dunia sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak," katanya dihubungi Keadilan Daily. Harga runcit RON95 sekarang ialah RM1.90 seliter. Pada 4 Julai lalu, kerajaan menurunkan harga RON97 20 sen kepada RM2.60 berikutan harga minyak dunia pada Jun lalu menurun. Sebelum ini harga minyak itu diturunkan 10 sen seliter menjadikan harga runcit kepada RM2.80. Mengulas penurunan itu, Jui Meng berkata, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah. Beliau berkata, RON97 hanya digunakan oleh kenderaan mewah dan penurunan itu hanya menguntungkan golongan berpendapatan tinggi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan