DIALOG RAKYAT |
- Polis acu pistol ala ‘koboi’ cabar peserta Bersih
- Penduduk Kecewa Aduan Tidak Dipedulikan JKR
- Saksi: Telinga Peserta Bersih Hampir Putus Akibat Pisau Cukur Polis
- Polis rampas kamera wartawan, dakwa saksi
- Saksi dakwa dipukul, ditendang anggota polis
- DAP mahu londeh dakwaan MCA esok
- Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet
- Kerajaan negeri tidak bayar RM1 billion kepada Talam, jelas Pua
- Kakitangan SPRM dipenjara 13 tahun, denda RM2.275 juta kerana rasuah
- Zahid dakwa Anwar sumbang berita negatif pada media Indonesia
- Izzah: Jangan kunci mulut pemerhati p'raya
- 'Isteri tahanan ISA 'diugut', diminta tarik laporan'
- Lamb chops: GMI bidas Twitter menteri dalam negeri
- Selepas Kuning Hijau Dan 14 Julai Ini Oren
- Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban Ahli UMNO Terhadap Hukum Allah
- Mufti: ‘Kalau haiwan kita sanggup selamatkan, bayi pun patut’
- Ras Adiba nafi bertanggungjawab struktur semula Inki Plas Holdings
- Kubur Arafat digali semula
- Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri
- Sedia ruang buat Aishah, Abby, Hairie berkarya
- Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS
- TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda
- Talam: MCA tak tahu beza 'beli' dengan 'ambil alih'
- Najib bidas pembangkang suka ajar rakyat perkara tidak baik
Polis acu pistol ala ‘koboi’ cabar peserta Bersih Posted: 06 Jul 2012 08:10 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, memberitahu, polis memulai provokasi terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan mengacukan pistol ke udara sambil berdiri ketika menunggang motosikal. "Lebih kurang 30 polis, diketuai seorang anggota di hadapan sekali, mengacukan pistol ke udara seperti seorang 'koboi'. Ketika itu, mereka melawan arus sepanjang Jalan Raja Laut dan di sekeliling mereka ada ribuan manusia," katanya. Menurut Khairul, polis terbabit turut melaungkan: "Kalau berani datanglah depan, kenapa lari?" berkali-kali kepada lebih 2,000 peserta di kawasan itu. Khairul berkata, beliau juga sempat menyaksikan seorang peguam dibelasah teruk oleh sekumpulan polis. "Saya tak boleh buat apa-apa, saya hanya mampu berikan mangsa (peguam) itu sehelai sapu tangan untuk menutup luka di muka beliau," katanya. Bercerita lanjut mengenai pengalamannya dalam himpunan 28 April itu, Khairul berkata, beliau cemas ketika dua wanita yang juga wartawan Bernama masuk ke dalam keretanya dan mengadu kesakitan akibat terkena gas pemedih mata. "Saya berikan mereka air mineral untuk menghilangkan kesan gas tersebut," kata Khairul yang juga seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saksi pertama, R Kunabal juga yakin situasi yang pada mulanya aman bertukar menjadi kelam kabut hanya selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air kimia. "Saya berada di Pejabat Majlis Peguam, keadaan mulanya tenang saja, orang ramai bagaikan berpesta tetapi menjadi huru hara selepas gas pemedih mata dan semburan air kimia dilepaskan," jelas Kunabal. Khairul, Kunabal dan seorang lagi saksi, Baharuddin Hashim hadir memberi keterangan dalam sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam. | ||||||||
Penduduk Kecewa Aduan Tidak Dipedulikan JKR Posted: 06 Jul 2012 07:53 AM PDT AMPANG : Penduduk Taman Kencana kecewa aduan mengenai kerosakan lampu jalan di Jalan Bunga Raya, di sini sejak tiga bulan lalu tidak diambil peduli oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Seorang penduduk, Osman Ali, 65 berkata, ketiadaan lampu jalan menyebabkan kawasan rumahnya tidak selamat dan menjadi sasaran pencuri. "Kereta anak saya dicuri di hadapan rumah ini dan keadaan kawasan ini yang gelap pada waktu malam kerana lampu jalan di jalan utama rosak," katanya. Sementara itu, ketiadaan lampu jalan di satu selekoh tajam di persimpangan laluan ini ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) mengundang bahaya kepada pengguna pada waktu malam. Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Supiramany Sinnapayal berkata, beliau sudah mengajukan masalah ini kepada JKR tetapi pelbagai alasan diberikan. "JKR memberitahu kelewatan ini disebabkan tiada alat mencukupi bagi memperbaiki lampu jalan ini," katanya ketika ditemui di sini. Katanya, JKR seharusnya bertanggungjawab dengan menyediakan lampu jalan sementara sehingga lampu jalan ini diperbaiki memandangkan jalan ini dibawah pengurusan JKR sendiri," katanya lagi. Adun Teratai, Jenice Lee pula mendakwa JKR lepas tangan dan bersikap sambil lewa kerana perkara ini boleh dibincangkan bersama MPAJ. "MPAJ menawarkan diri untuk membantu dalam masalah ini tetapi tiada tindakan selanjutnya diambil oleh JKR," katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP Selangor. Seorang lagi penduduk, Asiah Jusoh, 58, berkata, jalan ini turut menjadi laluan pelumba haram pada setiap hujung minggu. Selain itu, dalam isu berlainan, Jenice berkata, jalan ini yang baru diturap oleh JKR dua minggu lalu tidak memenuhi spesifikasi kerana terlalu nipis. "Spesifikasi yang ditetapkan adalah 40 milimeter(mm) tetapi kenapa JKR hanya menurap kira-kira 20mm sahaja?" soalnya. | ||||||||
Saksi: Telinga Peserta Bersih Hampir Putus Akibat Pisau Cukur Polis Posted: 06 Jul 2012 07:50 AM PDT KELAB GREENBOC Kuala Lumpur 6 Julai: Telinga seorang peserta Himpunan Bersih 3.0 hampir terputus akibat terkena kawat berduri polis yang dipercayai diperbuat daripada pisau cukur atau 'razor blade'. Menurut Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, kawat berduri yang diguna dalam himpunan 28 April lalu itu diperbuat dari pisau cukur untuk menentang musuh dalam peperangan dan bukan untuk orang awam. "Kawat berduri itu bukan kawat biasa, ia adalah 'razor blade barbed concertina wire' yang hanya diguna dalam 'killing zone' untuk melemahkan musuh dalam peperangan. "Ia juga digunakan pada dinding penjara untuk menghalang banduan dari melarikan diri," jelas Pegawai Komunikasi PBSM itu lagi, semalam. Beliau berkata demikian pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga berkata, semasa himpunan tersebut, beliau menyaksikan seorang peserta cedera dengan telinganya terkulai dan hanya mampu menahan sakit menggunakan tangannya sambil melarikan diri dari polis. "Kecederaan itu berbeza dari luka akibat terseret di jalan raya ataupun digunting, kerana ia seolah-olah terhiris, dan melalui pengalaman saya, kesan itu berpunca dari kawat berduri tersebut," kata Khairul. "Saya menolak sama sekali penggunaan kawat berduri dalam perhimpunan yang melibatkan kehadiran beratus ribu rakyat," tambahnya. Khairul merupakan saksi ketiga yang memberikan keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Dua lagi saksi ialah seorang pekerja sosial, R Kunabal dan Baharudin Hashim. Turut dipanggil menjadi pemerhati, Majlis Peguam dan pegawai polis. -KD | ||||||||
Polis rampas kamera wartawan, dakwa saksi Posted: 06 Jul 2012 07:34 AM PDT Seorang pesara Baharudin Hashim mendakwa beliau melihat anggota polis merampas kamera wartawan dan memberi amaran kepada petugas media yang cuba merakam gambar ketika pasukan itu menyuraikan perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Baharudin memberitahu pendengaran awam oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa beliau melihat perkara itu ketika berada di Wisma Kraftangan, berdekatan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak. "Ada yang kena rampas (kamera), diambil, diberi amaran. 'Kalau ambil juga kena rampas'," dakwanya dalam sesi berkenaan. Ketua panel siasatan tersebut, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee kemudian menyoalnya berhubung tindakan polis dan bagaimana beliau dapat mengenali wartawan berkenaan. Baharudin seterusya menjawab: "Saya nampak ada kamera, ada tag sebagai wartawan... Saya nampak polis rampas kamera wartawan." Baharudin berkata kejadian itu berlaku selepas pukul enam petang di jalan tersebut. Sebelum itu, Baharudin berkata pada mulanya, beliau ingin melihat-lihat barangan di sebuah gedung membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum bergerak ke Masjid Jamek untuk menunaikan solat Asar di masjid berkenaan. Katanya lagi, beliau juga berada di lokasi berkenaan kerana "ingin tahu" perkembangan peserta BERSIH 3.0 kerana berlaku insiden "orang lari-lari macam ada kejar-keja" di dalam pusat membeli-belah berkenaan. Baharudin memberi keterangan di pendengaran awam berhubung insiden kekerasan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu di hadapan panel Suhakam dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emiretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen. | ||||||||
Saksi dakwa dipukul, ditendang anggota polis Posted: 06 Jul 2012 07:33 AM PDT Seorang pesara Baharudin Hashim mendakwa beliau ditendang dan dipukul oleh anggota polis yang menangkapnya sewaktu pasukan keselamatan itu menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Saksi yang memberi keterangan di pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia itu berkata, beliau pada waktu itu berada di Wisma Kraftangan, berdekatan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak. Katanya, beliau melihat bahawa anggota polis yang menahannya itu memakai tanda nama tetapi tidak sempat membaca pengenalan diri tersebut. "Mereka orang muda. Saya ada nampak tanda nama, tapi tak sempat nak baca... Mereka tangkap dengan mencekak kepala (saya). "Selepas itu saya, rasa dipukul di kepala, ditendang dan diheret dari Wisma Kraftangan ke simpang (Tun Perak-Jalan TAR). "Sepanjang jalan, ada polis, mereka tumpang sekaki... Saya rasa ditendang, dipukul di kepala, dipukul di belakang," dakwanya. Bercakap di pendengaran awam berhubung insiden kekerasan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu, Baharudin berkata beliau berulang kali merayu kepada polis supaya melepaskannya. "Saya kata, 'tolong lepaskan saya, saya sudah tua'. Saya kata berulang-ulang kali... Sampai di simpang saya ada dengar pegawai kata 'lepaskanlah, dia sudah tua'. Selepas itu saya bebas, tidak ditahan lagi," katanya. Beliau mengalami lebam-lebam dan sengal-sengal badan akibat tindakan polis itu, katanya Baharudin. Susulan itu, beliau membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku ke atas dirinya pada 4 Mei – hampir seminggu selepas kejadian tersebut, selepas peguam dari Lawyers for Liberty "memberi semangat" kepadanya untuk berbuat demikian. Baharudin memberi keterangan kepada panel dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emiretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen. | ||||||||
DAP mahu londeh dakwaan MCA esok Posted: 06 Jul 2012 07:31 AM PDT DAP hari ini turut serta dalam pertelingkahan berhubung dakwaan penyelamatan Talam Corp Bhd berjumlah RM1 bilion antara MCA dan kerajaan Selangor melalui perakaunan rumit. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu. Bagaimanapun, sebagai permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua kesalahan dalam sidang media Selasa lalu. Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009. "Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya. Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua. | ||||||||
Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet Posted: 06 Jul 2012 07:20 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR, 6 Jul — Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA. MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web MCA, dan disini. Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30pm hingga 4.30pm. Tajuk debat itu ialah "DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?" (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara). — Bernama | ||||||||
Kerajaan negeri tidak bayar RM1 billion kepada Talam, jelas Pua Posted: 06 Jul 2012 07:18 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua menerangkan bahawa kerajaan Selangor tidak membayar sebanyak RM 1 billion kepada Talam Corporation seperti didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong. Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima bayaran sebanyak RM12.7 juta dari Talam pada 12 Mac 2010 dalam bentuk tunai, kemudian Talam menyerahkan aset kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjumlah RM 676 juta, yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM266.2 juta dan RM30.5 juta dalam kos tambahan. "Kami membayar hutang dari cawangan syarikat MBI, iaitu Universiti Selangor (Unisel), Kumpulan Hartanah Selangor dan Permodalan Negeri Selangor, bukannya Talam," kata Setiausaha Publisiti DAP itu dalam sidang media pagi ini. Menurut Pua (gambar) lagi, Talam tidak menerima satu sen pun dari kerajaan negeri, bahkan Selangor memaksa Talam untuk membayar hutang lama dari kerajaan negeri yang terdahulu berjumlah RM392 juta. Talam berhutang dengan Unisel sebanyak RM 255 juta, Hartanah Selangor RM 115 juta dan Permodalan Negeri Selangor RM 22 juta. Kerajaan negeri pada tahun 2008 telah menubuhkan MBI dan menyatukan semua syarikat tersebut di bawah MBI — menjadikan semua syarikat ini sebagai anak syarikat MBI. "Kerajaan negeri telah memaksa Talam untuk membayar hutang tertunggaknya setelah tidak membayarnya semasa Selangor di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Jadi bagaimana Datuk Chua Tee Yong boleh berkata yang kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk membayar hutang-hutang Talam sedangkan Talam yang berhutang dengan kerajaan negeri?" katanya lagi. Tony Pua menjelaskan bahawa aset-aset dari Talam yang diserahkan kepada kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan baki hutang selepas bayaran pertama yang berjumlah RM 12.7 juta dibuat. Bayaran kedua dibayar melalui penyerahan aset berjumlah RM 44.7 juta dan aset ini adalah aset yang bebas dari hutang. Tony Pua membidas kenyataan Chua yang mengatakan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang rakyat yang berjumlah RM 1 billion untuk membayar hutang-hutang Talam. Selasa lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua meminta kerajaan negeri untuk menerangkan kenapa RM 1 billion digunakan untuk membayar hutang Talam kepada tiga syarikat terbabit. "Jelas sekali Chua tidak menyemak angka-angka ini dengan betul hingga melakukan kesilapan sebegini," kata Ahli Parlimen PJU itu. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gobind berkata MCA kini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dan ini bukan kali pertama parti komponen BN itu melakukan perkara sedemikian. "Serangan sebegini juga dilakukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan jelas sekali mereka semakin terdesak untuk mendapatkan undi", kata Gobind merujuk kepada dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu. | ||||||||
Kakitangan SPRM dipenjara 13 tahun, denda RM2.275 juta kerana rasuah Posted: 06 Jul 2012 07:15 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga. Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini. Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM. Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000. Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Okt 2009. Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Okt 2009. Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. — Bernama | ||||||||
Zahid dakwa Anwar sumbang berita negatif pada media Indonesia Posted: 06 Jul 2012 07:12 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata penasihat PKR itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannya menyalurkan berita negatif mengenai Malaysia. "Selama ini gambaran yang diberikan kepada media Indonesia datang daripada Anwar. Berita-berita negatif (mengenai Malaysia) disumbangkan oleh Anwar padahal apa yang (sebenarnya) berlaku (di Malaysia) tidak sebegitu keadaannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek jalan dari Kampung Sungai Dulang ke Kampung Sungai Ipil di Bagan Datoh hari ini. Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatannya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, Indonesia Selasa lepas. Katanya Anwar tidak sepatutnya memberikan gambaran negatif mengenai Malaysia kepada media Indonesia kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di antara kedua-dua negara. Ahmad Zahid berkata pada lawatan itu rombongan pemimpin Umno itu termasuk Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie. Katanya lawatan pemimpin Umno itu merupakan kunjungan balas kepada pemimpin parti Golkar yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Beliau berkata setakat ini Umno mempunyai hubungan erat dengan empat parti politik terbesar di Indonesia iaitu Parti Demokrat, Golkar, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dan Parti Keadilan Sosial Indonesia. Mengenai projek jalan itu, Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh berkata kerajaan memperuntukkan RM13 juta bagi fasa pertama membaik pulih jalan sepanjang 10.3 kilometer itu yang akan bermula 1 Ogos ini dan dijangka siap pada Jun 2014. Katanya fasa kedua projek baik pulih jalan di kawasan ini dijangka dimulakan pada pertengahan tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.- Bernama | ||||||||
Izzah: Jangan kunci mulut pemerhati p'raya Posted: 06 Jul 2012 07:10 AM PDT Pemerhati pilihan raya patut diberikan akses untuk bercakap dengan media ketika pilihan raya sedang berlangsung, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. "Pemerhati pilihan raya, sama ada daripada luar negara atau domestik, mesti diberikan akses media semasa pilihan raya," kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditanya berhubung langkah kerajaan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihan raya akan datang. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Nurul Izzah berkata, walaupun ia langkah positif, pemerhati luar tidak harus hadir dalam keadaan mulut terkunci. Beliau mengetengahkan isu pemerhati Kommonwealth di Malaysia pada tahun 1990 yang laporannya tidak diketahui orang awam. Menurut Nurul Izzah lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu membersihkan daftar pemilih untuk mendapatkan keyakinan orang ramai. | ||||||||
'Isteri tahanan ISA 'diugut', diminta tarik laporan' Posted: 06 Jul 2012 07:05 AM PDT Gerakan Mansuhkan ISA mendakwa, isteri seorang tahanan ISA diminta pegawai Bukit Aman supaya menarik balik laporan polis berhubung dakwaan suaminya dipukul dalam kem Kamunting kerana mengadakan mogok lapar. Setiausaha GMI Ahmad Syukri Ab Razab mendakwa, polis "mengugut" dengan warganegara Indonesia itu Nunurheni Onim dengan memperingatkan bahawa visanya akan tamat tempoh pada September ini. "Sebab apa kita kata ugut, dia (polis) kata, Puan Nunurheni ini warga Indonesia, datang ke Malaysia menggunakan visa, ikut suami. Dan visa ikut suami akan tamat pada bulan September ini. "Dia (polis) kata, sila beri kerjasama, visa puan akan tamat bulan September ini," kata Ahmad Syukri (atas, sedang berucap). Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh didiamkan kerana seolah-olah membiarkan kezaliman, kata Ahmad Syukri kepada pemberita selepas berucap dalam acara pidato anti-ISA di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini. Suaminya Razali Kasan antara 45 orang yang masih ditahan di Kamunting. Walaupun ISA dimansuhkan April lalu, perintah tahanannya masih berkuatkuasa dan hanya boleh dibatalkan menggunakan kuasa menteri berkenaan. Demo siswa Ahad ini Ahmad Syukri kemudiannya memberitahu Malaysiakini, GMI mengetahui perkara tersebut selepas menghubungi Nunurheni petang semalam. Ahmad Syukri juga berkata Nunurheni juga tidak akan menarik balik laporan polis tersebut. Menurut Ahmad Syukri, tiga anggota polis datang ke rumah Nunurheni di Johor Bahru tengah hari kelmarin. Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Mohd Safwan Anang dalam ucapannya mengumumkan pihaknya akan terus mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA. Sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan demonstrasi di hadapan kem Kamunting pada Ahad ini, jam 11 pagi. "Mahasiswa akan turun dan mengajak seluruh rakyat turun menunjukkan solidariti (kepada tahanan)," katanya. | ||||||||
Lamb chops: GMI bidas Twitter menteri dalam negeri Posted: 06 Jul 2012 06:58 AM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar. GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar". Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu. "Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan. "Yang jadi penentuan (ialah) sama ada (guna) budi bicara (beliau) untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak. "Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya. Ahmad Syukri yang juga koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam Twitternya malam tadi. Tertanya-tanya langkah menteri Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku" ketika mengulas tweet seorang pengguna lain berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops..." Ahmad Syukri menggesa Hishammuddin mencontohi amalan di negara luar seperti Carlifonia yang menubuhkan jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah mogok lapar di penjara Pelican Bay. "Tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut menteri kita begitu (mengenai lamb chops)," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan pendedahan dan tekanan terhadap kerajaan membebaskan tahanan kerana "itu sahaja pilihan yang ada". Mengulas sikap diam Hishammuddin daripada mengulas isu mogok lapar, Ahmad Syukri berkata hal demikian menunjukkan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikannya. Bahkan, tambahnya, semua pihak tertanya-tanya kini mengenai tindakan kerajaan sama ada untuk membebaskan awal tahanan atau menilai situasi tahanan dalam kem tersebut setakat ini. "Adakah ada satu jawatankuasa atau satu badan khas ditubuhkan untuk melihat (kes itu) atau menilai untuk membebaskan awal atau tidak. "Langsung (tidak ada). Semua orang tertanya-tanya apa yang Kementerian Dalam Negeri buat," kata Ahmad Syukri. | ||||||||
Posted: 06 Jul 2012 02:15 AM PDT Peniaga India: Barang luar kuasai semuaBukan sahaja produk, warga asing juga menguasai lot-lot niaga yang sepatutnya dimiliki rakyat tempatan. PETALING JAYA: Peniaga tempatan bukan sahaja menghadapi kemasukan barangan murah negara luar tetapi penguasaan lot-lot niaga hingga menjejaskan hak rakyat tempatan. "Orang asing yang bekerja di negara ini semakin ramai yang membuka kedai secara kecil-kecilan untuk orang mereka. "Warga tempatan susah hendak berniaga kerana kawasan perniagaan sudah dibolot warga asing. Ini tidak dikira lagi yang menjual dari pintu ke pintu," kata Presiden Persatuan Peniaga India Malaysia, P Sivakumar. Menurut Sivakumar lagi, barangan luar termasuk dari China memang murah tetapi tidak ada kualiti, namun laku di kalangan warga asing yang bekerja di negara ini. "Barang-barang ini banyak dijual di pasar malam," tambahnya. Peniaga kecil India, kata Sivakumar pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan. "Orang kerajaan tidak dengar aduan…sepatutnya mereka melindungi peniaga tempatan. Kita kena kawal hal ini. "Penguatkuasaan pula tidak menyeluruh," kata Sivakumar lagi. Turut baca: Mampukah produk M'sia bersaing dengan China? | ||||||||
Selepas Kuning Hijau Dan 14 Julai Ini Oren Posted: 06 Jul 2012 02:12 AM PDT MSO Tanggal 14 Julai ini satu lagi himpunan rakyat akan diadakan di ibu negara yang bakal menggemparkan dan memeningkan kepala pemerintah hari ini. Himpunan dimaksudkan itu ialah himpunan bagi menyelamatkan Felda ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di brusa Saham Malaysia. Himpuan itu adalah simbolik kepada kemarahan di atas tindakan penyenaraian FGVH yang dibuat dalam keadaan tempang dan cacat.
Justeru beberapa pihak bimbang nasib buruk bakal menimpa peneroka di mana gara-gara dipaksa menyebabkan Felda akan menanggung kerugian dan bebannya akan dipukul oleh peneroka. Katanya peneroka tanpa pengetahuan mereka yang diberi pinjaman bank untuk membeli saham berkenaan telah mengadaikan harta benda mereka termasuk tapak rumah. Jika perkara ini menjadi kenyataan sudah tentu kedudukan dan nasib peneroka parah, apa lagi kedudukan untung rugi saham itu tidak menentu. Titik peluh mereka mengumpul wang dan harta sejak lebih 40 tahun lalu akan hangus begitu saja. Inilah yang dibimbangi oleh banyak pihak. Bagaimana pun pihak kerajaan pula bermati-mati mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa balik usaha pihak yang tidak setuju itu sebagai alasan politik sahaja. Disebabkan peneroka ada yang haus wang menerima bulat-bulat apa yang pihak 'majikan' mereka katakan. FGVH yang disenaraikan minggu lepas jauh meleset daripada jangkaan awalnya di mana peremimunya (untung) diramalkan melebehi RM1.50 tetapi apa yang berlaku hanya sekitar 50 hingga 80 sen saja. Tidak sampai 24 jam saham itu disenaraikan katanya peneroka telah diarah agar menjualnya kerana mengelakkan menanggung kerugian. Penjualan segera itu secara tidak langsung menolak dan menafikan pembelian saham itu bakal mengubah nasib peneroka seperti mana diuar-uarkan. Diyakini tidak ada seorang peneroka pun mendapat RM100,000 hasil penjualan saham itu melainkan pengerusi, para pengarah tertentu yang diberikan nilai saham sampai 500,000 hingga 800,000 unit. Sebelum langkah menyenaraikan FGVH itu berbagai pihak memberi pandangan dan nasihat agar ia dibatalkan hasrat penyenaraian saham itu kerana kesan buruknya akan dihadapi peneroka. Bantahan itu termasuklah membawa kes itu ke mahkamah tetapi tidak berjaya dan pihak berkuasa di Felda tidak peduli langsung. Himpunan 14 Julai ini dinamakan Himpunan Oren adalah kemuncak kepada bantahan terhadap penyenaraian saham itu. Himpunan juga nanti akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Pihak penganjur menganggarkan seramai 20,000 akan menyertai himpunan berkenaan di mana sebahagian besarnya dari kalangan para peneroka. Badan yang bertanggungjawab menganjurkan Himpunan Oren ini adalah Gerakan Selamatkan Felda di mana ia terdiri dari beberapa Ngo dan individu politik yang prihatin terhadap nasib dan masa depan peneroka. Pas secara rasmi telah mengarahkan para pemimpinnya hadir dalam himpunan berkenaan dengan mengenakan pakaian berwarna kuning. Satu surat penjelasan dan jemputan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Mustapa Ali yang memaklumkan Pas dalam mesyuarat jawatankuasa agungnya telah mengambil keputusan menyokong himpuann berkenaan. Abdullah dan Tengku Razaleigh turut hadir. Menariknya dalam beberapa banner, flyers yang diedarkan kepada umum termasuk media massa terdapat dua wajah pemimpin Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah kedua pemimpin Umno itu yang dilihat kurang senang dengan penyenaraian FVGH benar-benar akan hadir atau pun ia sebagai gimik. Sebelum ini Presiden Anak, Mazlan Aliman ada membuat kenyataan ia Anak akan mengundang Abdullah menghadiri himpunan berkenaan. Cuma agak sayang sedikit saya tidak berkesempatan menghadiri satu lagi himpunan bersejarah ini kerana pada tarikh itu saya tidak tidak ada dalam negara? | ||||||||
Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban Ahli UMNO Terhadap Hukum Allah Posted: 06 Jul 2012 02:03 AM PDT KELAB GREENBOC Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya? Ini lagi: Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu: Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti : • Hukum apa ini? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. • Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud. Firmanullah swt yang bermaksud Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36) Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah,padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114) | ||||||||
Mufti: ‘Kalau haiwan kita sanggup selamatkan, bayi pun patut’ Posted: 06 Jul 2012 01:56 AM PDT SHAH ALAM - Cadangan agar setiap hospital mewujudkan pusat perlindungan bayi atau 'baby hatch' disambut baik oleh beberapa mufti atas alasan langkah itu wajar bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada bayi-bayi yang ditinggalkan ibu bapa masing-masing. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, cadangan menubuhkan pusat perlindungan bayi adalah satu usaha yang baik dilakukan kerajaan bersama institusi perubatan tersebut. Beliau turut berkata, kaedah sebegitu sewajarnya diteruskan bagi mengelakkan pembuangan bayi di tempat-tempat tidak sepatutnya tanpa sebarang usaha menyelamatmereka. "Ok, itu cadangan yang bagus yang dibuat oleh kerajaan. Kaedah itu perlu ada. Kalau haiwan terbiar pun kita ada usaha selamatkan inikan pula bayi manusia, memang perlulah ada usaha untuk selamatkan mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online. Abdul Rahman juga berkata, walaupun ibu bapa dibenarkan untuk meninggalkan bayi mereka di tempat jagaan yang disediakan hospital, namun tindakan oleh undang-undang juga perlu diambil sebagai langkah pengajaran keatas mereka dan masyarakat. Semalam, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh berkata pihaknya bercadang mewujudkan pusat perlindungan bayi atau 'baby hatch' di setiap hospital kerajaan di seluruh negara sebagai usaha dan komitmen berterusan kerajaan dalam memerangi kes pembuangan bayi terutamanya kelahiran di luar nikah. Dalam pada itu, beliau menegaskan, ibu bapa bayi itu mesti bertanggungjawab dan memberi nafkah kepada bayi mereka kerana perkara tersebut adalah salah satu daripada kewajipan sebagai umat Islam. "Tindakan patut diberi juga kepada ibu bapa bayi itu, itu sebagai pengajaran dan pendidikan untuk mereka. Pihak hospital dan ibu bapa bayi luar nikah yang ditinggalkan di tempat jagaan bayi tersebut perlu mengikut prosedur dan mempunyai perjanjian supaya tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari," katanya. Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin berpendapat cadangan tersebut amat baik demi menyelamatkan bayi luar nikah tersebut. Tahrir berkata, tanggungjawab menjaga bayi tersebut tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada pihak hospital sahaja tapi perlu ada kerjasama daripada kedua-dua pihak termasuk ibu bapa bayi tersebut. "Cantiklah, cadangan kementerian itu untuk menubuhkan pusat jagaan tersebut. Namun mesti ada kerjasama kedua-dua pihak yang terlibat samaada pihak hospital atau pun ibu bapa tersebut," katanya. Beliau berkata, ibu bapa bayi tidak boleh mengabaikan bayi yang ditinggalkan kepada pusat jagaan bayi begitu sahaja, sebaliknya mereka perlu mengambil tanggungjawab penuh keatas zuriat mereka itu. "Hal ini, saya tak nampak ada keburukan lagi, malah dapat membantu peratus buangan bayi di kawasan tertentu tanpa jagaan rapi," katanya lagi. | ||||||||
Ras Adiba nafi bertanggungjawab struktur semula Inki Plas Holdings Posted: 06 Jul 2012 01:54 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Personaliti televisyen Ras Adiba Mohd Radzi, yang disaman oleh seorang pengarah syarikat, hari ini menafikan bertanggungjawab merancang penstrukturan dan mengukuhkan syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd. Ras Adiba, yang memfailkan pernyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini, turut menyatakan bahawa tidak bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami syarikat berkenaan. Personaliti itu juga mendakwa pengarah syarikat itu, Nik Fauzi Nik Hussein, telah membuat representasi palsu mengenai mesin yang akan digunakan untuk kitar semula sisa 'low density polyethelene' sedangkan ia tiada dalam milikan syarikat. Berikutan itu, beliau memohon pembatalan perjanjian penjualan saham bertarikh 24 Julai 2006 dan ganti rugi serta relif lain. Kes itu, yang didengar di hadapan Hakim Nallini Pathmanathan di dalam kamar, ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 hingga 10 Oktober depan. Nik Fauzi memfailkan saman berjumlah RM3.2 juta pada 3 Mei lalu dengan mendakwa Ras Adiba melanggar kontrak perjanjian penjualan saham. Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual kesemua saham tersebut kepada Ras Adiba. Nik Fauzi berkata pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006. Beliau mendakwa Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham berkenaan. Nik Fauzi berkata Ras Adiba bagaimanapun telah mengabaikan dan gagal membantu mengukuhkan syarikat hingga menyebabkan ia berdepan dengan masalah kewangan. Beliau mendakwa Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan memungkiri perjanjian. Selain ganti rugi berjumlah RM3,288,172 beliau turut menuntut deklarasi bahawa defendan telah memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain.- BERNAMA | ||||||||
Posted: 06 Jul 2012 01:52 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memberi kebenaran agar kubur bekas pemimpinnya, Yasser Arafat digali semula bagi membolehkan bedah siasat ke atas jenazahnya dilakukan. Balu Arafat, Suha meminta satu bedah siasat dilakukan selepas sebuah makmal Switzerland menyatakan ia menemui bahan radioaktif polonium dalam barangan milik bekas pemimpin Palestin itu. Abbas dalam satu kenyataan berkata, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama dalam melakukan ujian selanjutnya jika keluarga Arafat memberikan persetujuan. ''Pihak Berkuasa Palestin sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama untuk menyediakan segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan untuk mendedahkan punca kematian Arafat,'' kata kenyataan itu. Penemuan tersebut mencetuskan semula spekulasi berhubung punca kematian Arafat yang meninggal dunia pada 11 November 2005 ketika berumur 75 tahun di sebuah hospital tentera di luar Paris selepas menentang Israel selama berdekad-dekad. Doktor Perancis ketika itu berkata, Arafat maut akibat pendarahan teruk di otak selepas beliau jatuh di kediamannya di Tebing Barat. Menurut rekod perubatan Perancis, Arafat mengalami radang usus, penyakit kuning dan penyakit darah dikenali sebagai disseminated intravascular coagulation (DIC). Bagaimanapun, rekod itu tidak membawa kepada sebarang kesimpulan kerana DIC boleh disebabkan oleh beberapa penyakit termasuk jangkitan, radang usus besar dan penyakit hati. Suha yang menolak bedah siasat dilakukan ketika suaminya meninggal dunia berkata, beliau mahu ia dilakukan sekarang selepas penemuan makmal tersebut. Bagaimanapun, Suha dalam temu bual dengan stesen Al-Jazeera, tidak menyatakan alasan beliau menunggu hampir lapan tahun bagi menguji barangan Arafat termasuk berus gigi dan topi diperbuat daripada kulit haiwan. Ketidakpastian berhubung punca kematian Arafat menyebabkan dunia Arab menuduh Israel mendalangi kejadian itu. Ini kerana Israel melihat Arafat sebagai halangan untuk mencapai perjanjian damai namun rejim Yahudi tersebut menolak tuduhan tersebut.- AGENSI | ||||||||
Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri Posted: 06 Jul 2012 01:48 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Kepada banyak pihak, ia semakin jelas saban hari bahawa Umno adalah sebuah parti yang disertai individu-individu yang tamak dan tidak pernah ada rasa cinta kepada parti mereka. Terdapat banyak peristiwa kebelakangan ini yang menguatkan persepsi tesebut, yang terbaru ialah pertelingkahan antara media, antara bos-bos media mereka dan pakar strategi yang memutar belitkan berita. Ini termasuk bagaimana cara untuk menonjolkan agenda Umno dan bagaimana untuk menjual kepada orang awam mengenai kebolehan Umno dalam pembangunan, namun semuanya tidak berpadu dari atas ke bawah. Jadi, anda boleh berimaginasi betapa teruknya parti yang sudah tua ini, dan mengapa kini ada yang berpendapat bahawa parti tersebut berada di perjalanan terakhirnya sebelum diketepikan dalam arus perdana politik Malaysia. Setiap ahli Umno hanya memikirkan mengenai diri mereka sendiri. Semua yang berada dalam parti yang mempunyai 3 juta ahli ini berpecah, dan apa yang mengikat mereka hanya 'WANG'. Umno BN turut beroperasi atas prinsip di atas dan ia adalah sebab mengapa susah untuk melihat kesemua logo 14 parti komponen dicetak di bahan kempen BN. Mereka jarang di platform yang sama, dan semua komponen parti BN mempunyai DNA yang sama dengan Umno – bersifat individualistik, pentingkan diri sendiri dan tidak kreatif. DNA Umno Maka, ia tidak mengejutkan cybertrooper (askar maya) Umno juga bersifat tamak dan individualistik. Mereka juga mempunyai DNA Umno yang sama di dalam darah mereka. Tamak di sini bukan sahaja merujuk kepada wang, tapi juga habuan untuk menjadi popular, dihormati, berpengaruh dan berkuasa. Cybertropper Umno berpecah kepada beberapa kumpulan, dan semua mempunyai fikiran masing-masing. Antara askar maya Umno, individu yang sentiasa disalahkan dalam menimbulkan permasalahan ialah Wan Azri daripada blog Papa Gomo. Walaupun beliau tidak terlibat dalam kemelut terbaru mendakwa Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Jalil Hamid sebagai penderhaka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Begitu panas perang antara mereka yang saling menyerang di dalam dunia blog Umno sehingga ia menjadi berita, dan blogger menjadi tumpuan media dan bukannya orang yang disokong mereka. Ya, ini amatlah melucukan. Boleh ke Umno melakukan sesuatu dengan betul? Apa yang mereka gaduhkan ialah perkara kedua – iaitu mengenai sebuah artikel mengenai pemecatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Samada Najib mengaku atau tidak, ia adalah jelas Abu Bakar adalah kambing hitam dalam kegagalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengutamakan peringkat atasan kakitangan kerajaan, menyebabkan kakitangan bawahan melenting dan mengugut untuk mengundi pembangkang, Pakatan Rakyat. Namun begitu, sebahagian blogger Umno tetap berpendapat artikel yang disiarkan Berita Harian, yang berada di bawah kumpulan NSTP telah memberikan satu imej buruk kepada Najib kerana kenyataan Abu Bakar yang menyatakan bahawa beliau telah dipecat secara tidak adil telah disiarkan. Kerana itu, blogger Umno saling berperang, dan ini menyebabkan satu petengkaran yang hebat bagaikan najis terkena kipas. Peruntukan daripada wang rakyat bukan wang parti Kini, Papa Gomo sedang mempertahankan Umno dan mencipta masalah untuk pembangkang. Wan Azri ialah blogger yang memaparkan video seks Datuk T untuk Utusan dan semua akhbar Umno jadikan bahan laporan. Sekarang, beliau ingin dikenang, dinilai tinggi dan dikayakan untuk segala usaha beliau, yang dikatakan membiayai diri sendiri. Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa beliau dibiayai Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Sudah tentu Wan Azri mendapat bayaran di sini dan di sana oleh individu Umno yang menggunakan laman web beliau sebagai platform untuk menyerang. Tapi tidak, beliau masih tidak mendapat pengaliran duit yang tetap ke akaun beliau. Dan beliau cukup terkilan apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menubuhkan Unit Media Baru (UMB) untuk mempertahankan parti mereka dan menyerang pembangkang, dan beliau diketepikan. Ia adalah menarik untuk diberi perhatian bahawa unit Khairy terdiri daripada blogger baru yang dibayar menggunakan dana yang diperuntukkan di bawah Kementerian Penerangan. Bayangkan dana awam untuk kerja-kerja kotor Umno. Tapi, siapalah yang di dalam Umno yang akan menggunakan duit mereka sendiri untuk parti. Ia selalunya adalah duit rakyat yang membayar bil mereka. Namun, ini adalah cerita berlainan. Kisah tumbukan Seorang lagi blogger Umno yang terlibat dengan kemelut ini ialah Akupeduliapa (APA) daripada UMB Khairy. Papa Gomo tidak mempunyai hubungan yang baik dengan APA kerana beliau telah didakwanya memperoleh kekayaan dan tidaklah semiskin yang dikatakan Papa Gomo. Khairy telah campurtangan dalam hal ini – membuat kenyataan di Twitter bahawa perkara itu adalah biasa untuk Papa Gogo. Satu lagi air mata buaya! Pergelutan Papa Gomo-APA dilaporkan menjadi genting apabila Papa Gomo yang lebih muda usianya telah menumbuk APA yang lebih senior di dalam satu mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan. Sekarang, adakah anda faham mengapa Perkasa tidak berfikir apa-apa selain menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau mengugut untuk mewujudkan kembali peristiwa 13 Mei, 1969 iaitu pertumpahan darah antara kaum? Keganasan dan pertumpahan darah tiada dalam mentaliti Umno, tapi ia adalah sebahagian daripada darah daging mereka! Pergaduhan itu telah menyebabkan mereka berdua kini mendatangkan masalah kepada sponsor mereka – Ahmad Shabery dan sesiapa sahaja pemimpin Umno yang APA berkhidmat dengannya. Dengan APA di bawah UMB, beliau sepatutnya berkhidmat dengan Khairy, tapi orang yang mengendalikan unit tersebut bukannya Khairy tetapi exco pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz. Pemimpin Umno belakang bloggers Tun Faisal bukan sahaja ketua UMB tapi beliau juga orang Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Apa-apa pergaduhan atas isu apa-apa, ia jelas bahawa Khairy, Faisal, Hishamuddin dan Ahmad Shabery sedang cuba berebut pengaruh di kalangan para blogger ini. Ini telah menimbulkan sengketa kepada semua yang terlibat. Khabar angin terbaru di dalam Umno ialah Hishamuddin telah cuba menghubungi Wan Azri untuk mendapatkan bantuan bagi mengalahkan pesaing beliau di dalam Umno menjelang pemilihan parti akan datang, yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Sudah tentu, Papa Gomo yang sensitif terhadap kewangan telah dijanjikan duit bulanan yang lumayan. Dan ini sangat menarik. Satu lagi watak dalam blogger Umno ialah Anuar Mohd Nor daripada Umno Reform2. Beliau berpendapat bahawa Najib perlu diberitahu perkara sebenar dan tidak diberi maklumat salah. Anuar tidak menjaga kritikannya sehingga para blogger Umno merasakan beliau bekerja untuk pembangkang. Tapi Anuar merasakan beliaulah orang yang perlu memberitahu 'rajanya bahawa rajanya bogel kerana baginda sememangnya bogel dan bukan sebaliknya'. Kepada Anuar, blogger lain adalah jahat kerana sedang menasihatkan maharaja untuk berjalan bogel di tempat awam. Terasa keseorangan, Papa Gomo juga dikatakan sedang cuba mencari kawan dalam kalangan blogger Umno. Beliau telah cuba memujuk Anuar untuk menyertai kem beliau. Perkembangan ini masih diperhatikan secara dekat. Pecat Jalil Antara orang yang menyarankan agar Jalil dipecat ialah Salahuddin Hisham daripada blog The Unspinners. Salahuddin juga tengah bertelagah dengan Anuar dan mereka sudah menjadi musuh ketat sejak sekian lama. Sahaluddin tidak bersetuju dengan cara Anuar untuk memperbaiki Umno. Yang pelik ialah Salahuddin adalah orang yang dilayan seperti orang luar oleh Umno kerana tingkah lakunya yang buruk dan beliau juga ada sengketa dengan pemimpin Umno. Sekarang anda boleh lihat, masalah yang bergelumang pada seorang blogger Umno adalah daripada semua sudut – seperti juga kemahiran mereka untuk bertempur dan berlawan sesama sendiri. Selain itu, Salahuddin juga di belakang blog 'Another Brick in the Wall' yang dianggap sebagai satu liabiliti untuk Umno. Menariknya, The Unspinners juga didakwa pada Julai 2011 oleh Raja Petra Kamaruddin dalam kontroversi cincin RM24 juta yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Salahuddin telah mendakwa RPK membuat dakwaan palsu terhadap Rosmah. Dalam pada itu, 'Granddaddy' kepada semua blogger Umno, Akhiruddin Atan aka Rocky Bru telah cuba meredakan isu tersebut kerana beliau telah dilantik oleh Umno untuk mengawal dan menjaga askar maya Umno yang dibayar. Sehingga kini, beliau masih tidak nampak membuat sebarang perubahan untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap Umno walaupun dengan bajet RM300,000 sebulan yang dispekulasikan itu. Ini tidak mengejutkan. Usaha beliau untuk meredakan suhu masih gagal untuk menutup mulut The Unspinners yang menyuruh supaya Jalil dipecat dari NST. Seperti Rais, siapa makan cili akan terasa pedas Seorang lagi blogger Umno Zakhir the Big Dog juga dikenal sebagai 'The Thirteen Million Plus Ringgit' sedang ditekan kuat kerana serangannya pada Menteri Penerangan Rais Yatim. Seorang lagi yang menembak ke arah Big Dog ialah Melayu Atas Pagar daripada blog 'Gelombang Wangsa Maju', daripada UMB cawangan Wangsa Maju. APA juga tidak gembira terhadap serangan Big Dog pada Rais. Tapi Big Dog tidak akan menghiraukan perkara itu. Terkilan dengan Rais yang mengetepikan beliau dan pasukan blogger elit beliau, Big Dog telah bertanya satu soalan yang menghinakan bagi Rais, "Mengapakah menteri suka orang besar mereka berada di sisi mereka sentiasa dan tidak dengan para pengundi?" Kebetulan atau tidak, Rocky Brulah yang menulis sebuah artikel menghentam Rais dalam isu dakwaan merogol amah dan Big Doglah pula yang menyuruh pihak berkuasa untuk menyiasat. Blogger yang berkhidmat untuk pemimpin Umno-BN nampaknya hidup dalam satu keadaan yang celaru dan melumpuhkan diri sendiri seperti parti mereka. Misi dan visi rasmi mereka tiada dalam radar, yang ada hanyalah kepentingan peribadi. Macam pernah didengar – burung gagak terbang bersama dan siapa makan cili akan terasa pedas. Lebih teruk bila dekat pilihanraya Lebih dari itu, tahap ketegangan dan kebencian antara blogger Umno adalah gambaran kepada apa yang sedang melanda parti mereka sendiri. Daripada cawangan ke kawasan kepada peringkat tertinggi, pergaduhan semasa sendiri yang sentiasa dibenamkan kini nampak serius. Dengan PRU13 ditangguhkan ke tahun depan, perebutan kuasa Umno ialah perkara paling menarik selepas Olympik 2012. Dalam nota yang lebih serius, ia adalah menarik untuk direnungkan, dengan krisis dalam yang paling tegang, adakah Umno boleh bertahan dalam perang sivil terbarunya?-harakahdaily | ||||||||
Sedia ruang buat Aishah, Abby, Hairie berkarya Posted: 06 Jul 2012 01:33 AM PDT
Saya tidak melihat fenomena "penghijrahan" artis-artis untuk menghayati gaya hidup Islami dalam konteks politik pilihan raya semata-mata. Tentunya sebagai aktivis PAS, saya cukup gembira dengan perkembangan mutakhir yang memberangsangkan ini. Kalau ditanya nama-nama selebriti berkenaan, saya sendiri sukar membariskan senarai penuhnya; makin ramai, bertambah saban minggu dan mungkin menyusul nama-nama yang kita tidak terduga. Malah, ada di kalangan mereka, bukan saja berubah penampilan, tetapi gigih menimba ilmu agama, mendampingi golongan ustaz dan ulama, serta bertindak nekad meninggalkan era lama yang melalaikan itu. Lebih mengejutkan apabila selibriti terkemuka, seperti Bob Lokman, Aishah, Abby Abadi (sekadar menyebut beberapa nama) dan terkini Hairi Othman turut mengisi pentas ceramah PAS. Jadual program mereka penuh dengan undangan dari seluruh pelosok negara. Lebih menarik, sebahagian besar bintang-bintang itu cenderung memilih PAS sebagai wadah politik atau sekurang-kurangnya selesa mendekati program dan personaliti Parti Islam itu, berbanding parti-parti yang lain. Maknanya, ada kesedaran menyeluruh untuk menghayati agama. Saya tambah teruja dengan deretan panjang nama-nama besar dalam dunia hiburan yang memenuhi aktiviti surau dan masjid, misalnya Sham Kimikaze, Wardina Saffiyah, Catriona Ross dan Iwan Syahman. Pendekatan pendakwah paling tersohor, Ustaz Azhar Idrus, yang kelihatan santai bersama artis-artis tersebut, makin menyuburkan lagi suasana yang mendamaikan itu. Tidak dilupakan generasi lebih awal seperti Azmil Mustafa, Noor Kumalasari, Akhil Hayy dan ramai lagi. Mungkin sebahagiannya tidak berminat untuk bersama parti-parti politik pembangkang, tetapi saya sudah cukup senang jika mereka berupaya menyuntik satu hembusan segar dan kudus dalam dunia seni hiburan kita. Sebenarnya, tanpa perlu menunggu lebih ramai golongan seniman menyertai PAS atau oposisi lain un, bagi saya, cukuplah dengan perkembangan positif dunia hiburan tanahair, untuk mendorong jiwa menjadi tenang dan damai, serta dapat menghayati keindahan seutuhnya. Harapnya muncul penggiat seni, dalam semua genre, dapat menampilkan sesuatu yang serasi dengan fitrah insani. Selama ini, isu hiburan, atau dalam konteks lebih luas, seni budaya (begitu juga persoalan berkaitan sukan, wanita dan golongan non Muslim), apabila dikaitkan dengan gerakan Islam atau parti politik Islam, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, kerap menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Sebahagian melihat aktiviti seni mudah mengundang fitnah, tohmah dan salah anggap. Tidak dinafikan, ramai menaruh kebimbangan tentang bentuk pengisian mengenai hiburan oleh kumpulan Islam apabila mereka diberi amanah untuk menerajui kerajaan. Ada yang bertanya: "Bagaimana program TV jika parti Islam berkuasa? Apa nasib pawagam dan industri filem? Teater atau persembahan bagaimana untuk memenuhi panggung Istana Budaya? Aktiviti sukan pula macamana? Kegiatan seni budaya termasuk warisan tradisi? Atau hanya nasyid dan lagu bertemakan kemanusiaan sahaja yang dibenarkan? Apa jadi nasib penyanyi wanita? Semua pelakon wanita mesti tutup auratkah?" Terus-terang saya nyatakan, sewaktu PAS membuka laluan seluas-luasnya, serta membentang permaidani merah, malah mendorong dan mendakap erat mereka yang mahu bersama perjuangan Islam -- juga yang bersedia menanggung risiko buruk daripada pemerintah terutama dengan tindakan "menggam" -- saya terfikir apakah kita sudah bersedia sepenuhnya (baca sejujurnya) untuk menyediakan ruang atau gelanggang buat rakan-rakan kita itu untuk terus berkarya dan "menghibur"? Sudah pasti tidak semua selebriti berkenaan berminat dengan politik (karenah siasah, bagi sesetengah orang cukup memenatkan) atau berupaya menyampaikan ceramah atau kuliah dengan baik. Lagipun jelajah politik ini agak bermusim sifatnya; ia memang rancak menjelang pilihan raya umum tetapi kembali tenang selepas itu. Sambil mengalu-alukan personaliti kental seperti Aishah dan Dayangku Intan, yang sanggup menjelajah segenap penjuru tanahair (difahamkan ada di antaranya keseorangan memandu dalam perjalanan yang jauh), bagi menimbulkan kesedaran rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13, bagaimana pula dengan kelompok artis, misalnya, yang mula menutup aurat dengan sempurna, menjaga perwatakan dan pergaulan, serta berazam menabur bakti melalui aktiviti seni Islami, atau sekurang-kurangnya yang tidak bercanggah dengan adab susila? Saya pernah menimbulkan kepentingan empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk bertindak proaktif menyemarakkan kegiatan seni budaya, sekali gus menghampar peluang, dengan peruntukan, kemudahan dan bajet tertentu, yang "selesa". Malah, aktivis budaya, Dinsman terpaksa menerbitkan buku khas, berjudul Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya, yang ditujukan khusus kepada para pemimpin politik di Malaysia, "teristimewanya Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor". Rakan saya bertanya, "mengapa Dinsman tidak mengkhususkan sekali bukunya itu untuk perhatian tiga ketua negeri Pakatan Rakyat yang lain?" Beliau merujuk kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Ustaz Azizan Abd Razak dan Lim Guan Eng. Memang Khalid, di majlis Konvensyen Penulis Selangor, 26 Jun 2011, mengumumkan tawaran dana khas untuk penulis dan seni budaya negeri itu sebanyak RM2.5 juta. Bagaimana pula dengan Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan? Kritikan terhadap komitmen kerajaan Pakatan Rakyat terhadap aktiviti seni budaya turut disuarakan penulis lirik popular, Buddhi Hekayat, yang terkenal dengan dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF, yang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 26. Beliau, yang nama sebenarnya Hasmi Hashim, mendakwa kerajaan Pakatan ketinggalan dan "lebih jauh dan lemah" berbanding kerajaan BN dalam memartabatkan seni budaya dan kebajikan seniman. Hasmi turut mempersoalkan program apa yang dianjurkan selama empat tahun kerajaan Pakatan memerintah di beberapa negeri. "Kita faham debat hudud antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan. Maksudnya nak melaksanakan hudud (kerana) perlu kelulusan kerajan persekutuan. Tetapi untuk memberi dana yang cukup untuk membiayai program kebudayaan, tidak perlu tunggu kerajaan persekutuan," katanya dalam forum "Artis berpolitik: Sekadar glamor atau prinsip" di ibu negara, malam 28 Jun, bersama Hairie Othman dan Zed Zaidi. Apa pun, sekurang-kurangnya Kelantan telah menganjurkan siri 'Bicara Selebriti' yang mendapat sambutan hangat, bukan saja membabitkan artis dalam negeri, tetapi juga bintang Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi. Dan tentu ramai masih ingat, langkah kerajaan Kelantan meraikan penyanyi yang tiba-tiba melonjak naik melalui program Akademi Fantasia, Mawi. (Sebenarnya saya masih meminati Mawi, yang juga hilang secara tiba-tiba; merdu suaranya sesuai sesuai dengan nasyid dan juga lagu kemanusian). Ramli Sarip dan M Nasir juga pernah diundang ke Serambi Makkah, mempersembahkan nyanyian dalam majlis yang dihadiri pimpinan PAS Negeri. (Tiba-tiba saya terkenang penyanyi Ito, Blues Gang, yang kerap memenuhi undangan Barisan Alternatif semasa era reformasi 1998-99 dahulu. Lagu-lagu ketuhanannya juga memikat). Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang pernah diundang ke majlis 'Bicara Selebriti', memberi komentar menarik mengenai pengisian program tersebut, dengan merujuk isu-isu pokok dalam dunia seni: "Ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini. "Ertinya, setiap Muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu'tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya." Beliau kemudiannya mengulas teraju utama di sebalik 'Bicara Selebriti', iaitu Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah: "Beliau (Baihaqi) anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat." Secara peribadi saya kira Aishah mempunyai kerangka idea yang agak jelas tentang perubahan seni hiburan yang dihasratkannya. Elok pemimpin PAs dapat berkongsi idea dengannya. Saya masih teringat ucapan pendek dan ringkas Aishah di hadapan 100,000 orang di Stadium Darulaman, Alor Setar, dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya, 1 Jun lalu. Lebih sesuai dianjurkan satu program ramah mesra membabitkan pimpinan tertinggi parti bukan sahaja bersama personaliti popular yang menyertai PAS tetapi juga penggiat budaya, yang mahu memartabatkan dunia seni ke landasan yang diredai Allah. Pastinya saya turut terharu dengan pengakuan Abby Abadi, dalam program Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Meskipun belum menyertai PAS, beliau secara terbuka melafazkan: "Demi Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ia datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di TV, tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya." Namun, cetusan rasa (dan kritikan) rakan saya, Zunar, menarik untuk direnung bersama: "Di bawah Pakatan, Bob Lokman harus terus mencipta lagu, Dayang Ku Intan dan Aishah harus terus menghasilkan album, Abby Abadi dan Hairie Othman harus terus berlakon ... "Pakatan gagal menyambut kehadiran artis dengan cara sewajarnya. Setakat ini tiada usaha untuk mengadakan konsert yang menggabungkan artis-artis yang berhijrah. Tiada juga usaha menghasilkan album lagu-lagu reformasi. Tiada juga usaha untuk menghasilkan filem yang mencatat sejarah perjuangan dan sebagainya. "Produksinya bukan mudah kerana memerlukan belanja besar. Tetapi apakah dengan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, peruntukan kebudayaan di negeri masing-masing tidak boleh untuk tujuan ini? "Warga artis sedang menanti apakah Pakatan akan mengembalikan martabat artis dengan membebaskan mereka dari belenggu BN. Kerana itu konsep hiburan altenatif yang bakal dilaksanakan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak, wajar dilaksanakan sekarang." | ||||||||
Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS Posted: 06 Jul 2012 01:29 AM PDT
JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula. "Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah," katanya. Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. | ||||||||
TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda Posted: 06 Jul 2012 01:25 AM PDT
Pengerusi Jawatan Bertindak Peneroka Felda Keratong 8, Jaludian Mat Hussain 52, (gambar) berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan Felda membuat pemotongan berebihan wang Tabung Tanam Semula (TTS). Katanya, agensi berkenaan telah terlebih potong wang peneroka bagi TTS dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda setelah segala usaha untuk berunding tidak dilayan. "Kami telah mengutus surat kepada Felda tetapi tidak mendapat layanan," katanya. Jelas Jaludian, Felda telah melakukan kesilapan apabila membuat potongan bagi TTS melebihi tempoh sepatutnya. Difahamkan, Felda telah membuat potongan sebanyak RM40 sebulan selama 20 tahun bagi seorang peneroka namun angesi berkenaan didapati meneruskan potongan walaupun tempoh telah tamat. Peneroka meminta wang berkenaan dikembalikan kepada peneroka dengan segera. Jaludian berkata, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat dari peguam dan akan memfailkan saman dalam masa terdekat ini. Menurut Jaludian, peneroka sebenarnya tidak berminat untuk menyaman Felda namun tindakan agensi berkenaan yang enggan berunding dan mengembalikan wang lebihan itu memaksa peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah. Sebelum ini peneroka turut menyaman agensi berkenaan dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) dan wang TTS yang gagal dipulangkan Felda kepada peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara persendirian. Jaludian menasihatkan peneroka di seluruh negara supaya membuat semakan bagi memastikan tiada potongan berlebihan untuk TTS. Ini kerana apabila wang berkenaan sudah masuk keakauan Felda ia sukar untuk dipulangkan kepada peneroka seperti yang berlaku kepada wang TTS dimana sehingga ini masih ada peneroka yang menanam sendiri belum menerima wang mereka. Katanya keadaan mungkin menjadi lebih sukar apabila Felda kini dikuasai oleh pihak lain yang tidak tahu asal usul Felda. | ||||||||
Talam: MCA tak tahu beza 'beli' dengan 'ambil alih' Posted: 06 Jul 2012 01:21 AM PDT
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Chua dan pasukan pemimpin MCA Selangor membuat dakwaan tidak berasas dan remeh dan mereka harus meminta maaf secara terbuka kerana mengelirukan rakyat Malaysia dengan pemahaman kewangan korporat yang tidak mencukupi. Dalam sidang medianya, Tony menjelaskan, Talam Corporation Bhd tidak menerima satu sen pun daripada perjanjian itu, tetapi telah berpisah dengan RM676 juta asetnya. Menurut Tony, Chua Tee Yong sebenarnya keliru malah beliau sedar bahawa Talam berhutang kerajaan Selangor RM392 juta. Setelah membuat rundingan, jelas Tony, Talam telah bersetuju untuk membuat bayaran penuh sebanyak RM392 juta dalam bentuk wang tunai dan aset, dalam 2 pecahan iaitu bahagian pertama adalah pada 12 Mac 2010, manakala yang kedua adalah pada 9 April 2010. Menurut Tony, Talam membayar secara tunai kepada kerajaan Selangor sebanyak RM12.7 juta bagi menyelesaikan hutang negeri sejumlah RM392 juta, pendapatan selebihnya adalah untuk menampung pinjaman yang diambil dari bank oleh Talam untuk membeli tanah tersebut. "Secara ringkasnya, Talam membayar RM12.7 juta dalam bentuk wang tunai dan menetap baki dalam aset hartanah. Apakah kita diperdaya oleh aset? "Beberapa aset-aset ini masih mempunyai baki tertunggak dengan bank. Ini bermakna bahawa jika negeri itu mengambil alih aset-aset ini, negeri ini akan perlu untuk "menyelesaikan" pinjaman terkumpul ini. Dalam kes ini, MBI mengambil alih RM676 juta aset dari Talam, yang mempunyai RM266.2 juta pinjaman terkumpul dan RM30.5 juta yuran lain yang perlu dibayar. Oleh itu, nilai bersih yang terbaru kepada MBI ke atas hartanah tersebut setelah ditolak pinjaman dan yuran, akan menjadi RM379.2 juta," jelas Tony. Tambah Tony, dengan menambah RM379.2 juta kepada RM12.7 juta, Talam akan diselesaikan dalam hutang penuh sebanyak RM392 juta, ini bermakna bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengumpul bernilai RM392 juta tunai dan aset tambahan sebagai sebahagian daripada latihan tersebut. Jumlah RM266 juta yang dibayar secara tunai kepada Talam sebagaimana didakwa oleh Chua adalah sebenarnya caj yang terhutang dibayar kepada bank dan ini menjadi tanggungjawab Selangor setelah tanah itu menjadi hak kerajaan. Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia pada bulan Mac dan April 2010, Pua berkata RM676 juta dalam aset yang diambil alih oleh kerajaan negeri Selangor dari Talam sebahagiannya digunakan untuk mengimbangi RM379 juta hutang Talam kepada negeri. Tegas Tony, maklumat ini adalah daripada dokumen awam yang diperoleh dari Bursa Malaysia dan tidak semestinya mendapat daripada kerajaan negeri. Tony juga mempersoalkan apakah kerajaan negeri Selangor yang mempunyai MBI yang digubal untuk mengambil alih hutang Talam terhutang kepada Unisel (RM255 juta), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (RM115 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (RM22 juta). "Ini bermakna bahawa MBI akan melakukan koleksi untuk hutang di atas berjumlah RM392 juta secara langsung dari Talam. "Hutang-hutang yang sebelumnya tidak kira, dan tiada usaha telah dibuat oleh anak-anak syarikat negeri Selangor masing-masing untuk mengutip hutang ini," tegas Tony. Oleh itu untuk memastikan bahawa semua hutang tertunggak yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri dikumpulkan, Tony berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah menjadikan misi peribadinya untuk memastikan bahawa pembayar Selangor tidak akan diperdaya. "Mereka mempunyai 24 jam untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas mereka. Jika tidak, saya akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada masa yang sama esok menafikan dakwaan mereka bahawa Selangor telah "terlebih bayar" untuk tanah yang menjalankan pemulihan hutang," tegas Tony. | ||||||||
Najib bidas pembangkang suka ajar rakyat perkara tidak baik Posted: 06 Jul 2012 01:16 AM PDT SINAR HARIAN PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama. Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati". "Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan. Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya. Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan. "Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya. Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan. "Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya. Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi. "Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya. Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan