Selasa, 3 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 3/7/2012

Posted: 03 Jul 2012 07:51 AM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

LIVE: SELANGOR VS KEDAH

Posted: 03 Jul 2012 06:55 AM PDT


LIGA SUPER MALAYSIA
PERLAWANAN TAMAT
SELANGOR 1 - 1 KEDAH

3th JULY 2012 2045 (GMT +8)

SILA KLIK DI SINI



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE AFC U22: MALAYSIA VS MYANMAR

Posted: 03 Jul 2012 05:20 AM PDT


AFC CUP U22 QUALIFICATION
MALAYSIA VS MYANMAR
3th JULY 2012 1945 (GMT +8)

SILA KLIK DI SINI

PERLAWANAN TAMAT: MALAYSIA 1-2 MYANMAR


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Berhati-hati pengguna VPN

Posted: 03 Jul 2012 05:00 AM PDT


Tahukan anda bahawa menggunakan VPN membunuh diri sendiri dalam lubang mulut harimau. Sejak akhir ini kita dapat lihat banyak penjualan VPN secara terbuka. Andakah anda tahu bahawa VPN itu selamat digunakan atau hanya anda penting kelajuan . Berhati-hati pengguna VPN bahawa anda dlm risiko kena hack .



Tapi bukan ke VPN ni encrypted?

Memang trafik VPN ni encrypted menggunakan SSL/TLS, tetapi ia hanya encrypt dari point A (user) ke point B (VPN server). Dari point B ke point C (website yang dilawati, eg: carigold.com) tak akan diencrypt. Boleh rujuk lukisan di bawah.



A (Awak) -------------ENCRYPTED-------------> B (VPN Server) ---------PLAINTEXT-------------> C (carigold)





Bagi anda mungkin ada yang mengganggap penggunaan VPN ini senang iaitu dengan hanya menaip butiran anda dan tekan enter. Pap! Connection anda telah disekuritikan. Tetapi adakah anda tahu akan proses yang berlaku di sebalik virtual private network ini?

Mengikut kepada kajian yang telah saya buat, Internet ini telah dicipta oleh askar US. Tujuan mereka ini adalah untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain jika mereka berada pada jarak yang jauh. Disebabkan mereka ini sering memberikan maklumat sulit, jadi akan ada kemungkinan dimana musuh akan cuba untuk mendapatkan maklumat dengan mencoroboh connection mereka. Dari situ wujudnyaVirtual Private Networking ini. Iaitu untuk mengsekuritikan maklumat yang dihantar supaya tidak mudah diceroboh oleh musuh.

Terdapat banyak fungsi VPN ini. Dan anda boleh melihatnya di entri Apa itu VPN?. Antara salah satu fungsi virtual private networking adalah ianya membolehkan anda berhubung dengan komputer lain secara lebih selamat dan sekuriti. Bagaimanakah tahap sekuriti itu?

Okay. Apabila kita menggunakan internet, segala packet yang dihantar adalah tidak secure. Jadi hacker mudah untuk mencuri maklumat anda sama ada menjadi Man In The Middle atau dengan teknik hacking yang lain. Sebenarnya banyak lagi teknik hacking yang membolehkan hacker mencuri data anda(anda boleh menggunakan google untuk mengetahui cara yang lain itu).Jadi apa VPN ni buat untuk secure kan connection kita dari diceroboh? Yeah! VPN akan membuat satu terowong yang menghubungkan komputer anda dengan komputer lain atau server yang ingin anda berhubung. Di dalam terowong itu pula mengandungi maklumat anda. Kalau tidak menggunakan VPN, terowong ini tidak ada. Hanya dengan menggunakan VPN sahaja terowong ini wujud. Baiklah, di dalam terowong itu pula terdapat segala maklumat anda.





Jadi bagaimana kalau hacker dapat pecahkan terowong tu? Yeah! Anda ingat VPN ni n00b sangat ke? Hehe. VPN akan mengenkripsikan data yang dihantar itu supaya jika hacker itu berjaya melepasi terowong itu dia hanya mendapat data yang telah dienkripsikan. Jadi data itu tidak berguna kepada hacker itu. Selain itu, VPN ini juga akan membuat satu connection yang baru sekiranya connection semasanya telah berjaya dipecahkan. Jadi susah untuk hacker mendapat maklumat anda. Jadi apa lagi kelebihan Virtual Private Networking ini?

Kelebihannya yang lain adalah ip address anda akan bertukar kepada ip address server virtual private networking itu sendiri. Disebabkan itulah apabila anda melihat ip address semasa menggunakan VPN ianya akan bertukar ke ip luar negara. Sebab server VPN itu berada di luar negara.

Virtual Private Networking ini adalah sever klien teknologi. Jadi anda(klien) perlu berhubung dengan server untuk menjadikan VPN ini berjaya. Caranya adalah dengan mendaftarkan maklumat anda ke server tersebut dan kemudian log masuk ke server tersebut dengan menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan. Sekiranya berjaya, VPN akan beroperasi di dalam connection anda. Perlu anda ingat, setiap klien hanya akan berhubung dengan server yang telah ditetapkan sahaja. Sebagai contoh anda menggunakan VPN A, kemudian anda cuba untuk berhubung dengan server VPN B, connection tersebut tidak akan berjaya kerana klien VPN A itu hanya boleh berhubung dengan server VPN A sahaja.

Baiklah kita ke seterusnya mengenai VPN ini. Maklumat yang saya bagi ini saya tidak pasti, jika ada kesalahan harap di beritahu. Mengenai kelajuan internet apabila menggunakan VPN. Selalu kita dengar ramai merungut bila guna saja VPN, kelajuan internet menjadi perlahan. Sebab apa boleh jadi perlahan? Ini disebabkan oleh kelajuan internet VPN ini tidak menggunakan kelajuan internet anda tetapi menggunakan kelajuan internet yang sebenar. Jadi ianya akan menjadi lambat. Pada fahaman saya, kelajuan VPN kita bergantung kepada kelajuan Upload speed server VPN kita. Jika lambat upload speednya, maka lambatlah kelajuan internet kita. Jadi disebabkan itu kita kena membayar lebih untuk menggunakan servis VPN yang laju kerana kita memerlukan kelajuan Upload yang setaraf dengan kelajuan internet kita. Jadi tak rugi jika anda menggunakan VPN ini. Berkorban untuk kebaikkan diri sendiri lebih berbaloi dari memikirkan duit yang bakal terkorban, kerana jika duit itu terkorban, boleh diganti, tetapi jika maklumat peribadi kita diceroboh? Lu pikir la sendiri! Heee.

credit :http://www.omghackers.com/2012/04/apa-itu-vpn-2.html





Penutup

ok, so sebagai penutup, kita sama2 boleh ambil beberapa pengajaran kat sini, yang paling penting sekali jgn gunakan untrusted source, vpn, proxy, socks5. Kita takkan tahu sama ada traffic kita di tap atau tak.



typejer


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Posted: 03 Jul 2012 12:00 AM PDT



Mohd Fazli Hasan,

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.


Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.


Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20


Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Taman Meru Damai, Kapar Klang.

HD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Beri alasan demam elak dicekup

Posted: 02 Jul 2012 09:00 PM PDT


Penguat kuasa memeriksa dokumen pengenalan diri pasangan yang dicekup.

AMPANG - Seorang pelajar lelaki memberi alasan demam lalu membawa pulang teman wanitanya ke rumah sewanya di sebuah pangsapuri di sini, ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi, ketika sedang berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu mendakwa ibunya datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang bekerja sebagai pengurus pelanggan di sebuah syarikat
telekomunikasi.

"Selepas perjumpaan itu, saya tiba-tiba tidak sihat, batuk serta demam. Saya tidak dapat menghantar pulang teman wanita saya ke rumahnya di Damansara," katanya ketika disoal siasat penguat kuasa.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berpakaian lengkap dalam salah satu bilik di rumah berkenaan," katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun turut ditahan dipangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, salah seorang gadis berkenaan pernah ditahan sebelum ini bersama lelaki lain.

"Gadis itu memberitahu bahawa dia akan ikut lelaki yang sanggup 'menaja' dia dan ketika ditahan dia hanya memakai baju paras lutut, manakala pasangannya berbaju dan berseluar
pendek," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasa mendapati sepasang kekasih sedang tidur dalam bilik berasingan.

"Kami mendapati gadis berusia 21 tahun itu memakai baju dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya berseluar pendek," katanya.

Kedua-dua pasangan ditahan itu ada masih menuntut, bekerja di sebuah kedai sate, penganggur dan bekerja di sebuah pusat membeli-belah.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya kerap menerima aduan orang ramai yang mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu.

"Kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Awang Selamat terus menghasut

Posted: 02 Jul 2012 06:00 PM PDT



Sesiapa pun, apabila dalam keadaan lemah dan tidak sihat akan mudah merasa miskin di jiwa dan memandang semua dikelilingnya dengan perasaan takut. Memang ramai orang takut kerana 'creativity' nya sendiri. Dikampung-kampung hingga sampai masa kini masih ada yang takut kepada setengah pokok yang rimbun kerana kononnya pokok itu berhantu. Oleh kerana terlalu percaya yang pohon rimbun itu berhantu maka akhirnya hantu itu akan timbul.

Kita lupa yang jika kita masih berbentuk Muhamad (mim ha mim dal) tidak ada apa elemen yang lain boleh mengatasi kita. Tetapi apabila kita lemah maka yang tidak berhantu itu pun dianggapnya ada hantu. Hantu dan syaitan itu sebenarnya takut dan tidak akan dapat mengatasi kita kerana kita adalah makhluk yang secantik-cantik kejadian. Manusia itu lebih mulia dari malaikat tetapi oleh kerana ada manusia yang lemah jiwanya maka yang mereka tidak sepatutnya takut pun mereka akan takut.

Dalam politik pun begitu juga. UMNO sekarang amat takut jika ditewaskan oleh pembangkang dalam pilihanraya untuk menguasai kerajaan persekutuan. Rasa takutnya begitu jelas dan menonjol sehinggakan media yang menyokongnya seperti Utusan Malaysia mencari jalan untuk membantu BN dengan menulis perkara-perkara yang berunsur menakut-nakutkan rakyat. Awang Selamat dalam tulisannya semalam menulis tentang PAP Singapura yang kononya berkait rapat dengan DAP.

Utusan sebenarnya sedang cuba untuk menjauhi sokongan orang Melayu terhadap DAP dalam pilihanraya kali ini kerana undi orang Melayu merupakan sokongan yang sangat penting untuk Pakatan Rakyat atau BN menentukan kemenangan masing-masing. Awang Selamat tahu yang orang kaum Cina memang sudah mengambil keputusan untuk perubahan dan kita lihat dengan jelas yang kaum Cina memberikan sokongan padu kepada PAS yang suatu ketika dahulu amat ditakuti oleh kaum Cina.

Tetapi selepas beberapa lama PAS telah membuktikan yang parti itu merupakan parti yang adil dan kaum Cina pun mahu menerima PAS sebagai salah satu parti 'alternative' kepada UMNO. Dalam siri ceramah anjuran PAS yang saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang permuafakatan diantara PAS dengan DAP serta PKR, saya nampak dengan jelas orang kaum Cina tidak lagi kekok untuk bersama-sama memberikan perhatian terhadap ceramah yang saya lakukan itu.

Ini merupakan satu keindahan siasah sebuah negara 'cosmopolitan' seperti negara kita ini. Itulah sebabnya saya jarang-jarang lupa untuk menyebut yang saya amat merasakan nikmat hidup dalam kemuafakatan diantara kaum dan agama. Saya tidak mengurangkan Melayu saya apabila menyertai DAP dan lebih-lebih lagi saya tidak melemahkan akidah saya terhadap Tuhan yang satu. Tuhan mewujudkan manusia dari berbilang-bilang bangsa dan puak untuk memahami serta menghormati diantara satu dengan yang lain.

Dimana-mana saya pergi dalam siri ceramah saya, amat jelas persefahaman ini semakain hari semakin jitu dan inilah yang akan memperkuatkan perjuangan untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu diantara semua kaum yang hidup dalam negara yang di lindungi oleh perlembagaan yang telah digubal untuk menjaga semua kaum dinegara ini.

Sebenarnya UMNO telah diberikan mandat begitu lama untuk menjadi penyatu kepada semua kaum sebegitu lama, tetapi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat sebegitu lama itu telah diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpinnya dan telah lari dari matlamat penyatuan kaum itu. Mandat dan kepercayaan yang diberikan terhadap BN itu bukan setahun dan bukannya dua tahun: BN telah mendapat mandat itu selama lima puluh empat tahun sehinggakan BN mengambil semuanya 'for granted'. BN merasakan mandat rakyat itu adalah hak mutlak mereka dan tidak ada pihak yang lain yang berhak keatas mandat itu.

Tetapi seperti yang saya katakan selalu masa dan waktu sentiasa berubah tetapi BN tidak mampu untuk bersama-sama berubah mengikut zamannya. Pemikiran rakyat begitu jauh berubah dan telah meninggalkan cara UMNO dan BN berfikir. Justeru UMNO sedang dalam kedudukan seperti telor dihujung tanduk. Bila-bila masa PRU di adakan parti 'alternative' merupakan pilihan rakyat yang sangat kepingin kepada perubahan dan 'ambience' politik yang baru yang lebih mementingkan 'transparency', tanpa rasuah dan salah gunakuasa seperti yang sering berlaku sekarang ini.

Keadaan inilah yang meresahkan BN dan media massa seperti Utusan sedang mencari segala cara yang ada untuk mencantas sokongan rakyat kursus orang Melayu kepada PR terutamanya DAP. Isu PAP Singapura berkumandang lagi dan membuat tuduhan yang Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin didikan PAP Singapura. Lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang dijadikan isu dan Utusan cuba mengaitkan lawatan itu sebagai simbol kerjasama DAP dengan PAP.

Tetapi Utusan tidak pula memberikan ingatan yang Lee Kuan Yew juga telah melawat Kelantan dan bertemu dengan Nik Aziz. Malahan Lee Kuan Yew juga berjumpa dengan Rosmah, wanita yang paling berpengaruh dan digeruni oleh Najib sendiri. Lee Kuan Yew berjumpa dengan semua pihak bukan sahaja pemimpin DAP.

Pilihanraya mesti sampai maka Utusan dan Awang Selamat menulis perkara-perkara dan isu yang sudah tidak lagi termakan oleh sesiapa yang berfikir dan mengetahui sejarah sebenar politik negara kita dan Singapura. Isu mengaitkan kejadian berdarah 13 Mei dengan LKS sudah tidak termakan lagi oleh sesiapa yang siuman kerana itu merupakan fitnah yang tidak henti-henti di berikan terhadap pemimpin veteran DAP itu.

Awang Selamat sepatutnya memberikan teguran terhadap rasuah yang tidak dapat dikawal lagi dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan sekarang ini. Awang Selamat sepatutnya menulis tentang RM 28 billion ketirisan yang berlaku dalam kerajaan setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Awang Selamat juga sepatutnya menulis tentang perkara yang positif seperti kejayaan kerajaan P Pinang, Selangor, yang telah berjaya memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan pentadbiran yang bersih dan kedua-dua negeri ini telah menyumbang 40% kepada GDP negara. Utusan juga sepatutnya menulis yang Kedah serta Kelantan adalah negeri-negeri yang jauh lebih bersih dan secara relatifnya amat baik dalam kesucian pentadbirannya dan isu rasuah.

Apa yang Utusan dan Awang Selamat perlu tulis juga ialah keadaan yang sangat harmonis yang berlaku diantara kaum setelah PR bercambah pengaruhnya di seluruh negara. Utusan perlu memberitahu yang penyatuan diantara kaum ini sedang terbentuk dimana semua kaum yang terbesar telah bersama-sama berusaha untuk bersatu dibawah PR.

Ini adalah kerana mereka tidak akan dapat kerjasama dan kesatuan itu di dalam BN yang telah diberikan peluang untuk melakukannya selama lima puluh empat tahun kerana isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO sebegitu menebal. Awang Selamat sepatutnya menasihatkan UMNO supaya jangan memainkan isu kaum dan agama dengan sewenang-wenangnya semata-mata kerana politik.

Nasihatlah UMNO itu supaya menjadi 'gentleman' dan menerima kekalahan jika sudah sampai masanya kerana kekalahan di dalam demokrasi itu memang perkara yang biasa. Kalau tidak mahukan demokrasi kenapa pilih sistem ini semasa kita membentuk kerajaan yang kita tadbir sendiri dahulu? Katakan kepada rakyat yang jika tidak dipilih sistem demokrasi pun, kerajaan akan bertukar tangan juga seperti yang berlaku dibanyak negara. Ia baru sahaja berlaku dibeberapa buah negara Arab baru-baru ini.

Awang Selamat sepatutnya memberikan pandangan yang 'magnanimous' supaya dihormati oleh pembaca dan rakyat. Awang Selamat perlu terima hakikat yang rakyat tidak gemar dengan pandangan yang bersifat menghasut yang dimainkan oleh saudara selama ini.

aspanaliasnet

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan

Posted: 02 Jul 2012 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

"Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

"Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

"Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

"Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya," ujarnya lagi.

HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: