Selasa, 3 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menyingkap Misteri Jembalang Tanah

Posted: 03 Jul 2012 01:01 AM PDT

Benarkah tanah dihadapan Rumah Berhantu yang kini dikenali Kellie's Castle itu dihuni seekor Jembalang Tanah? Mungkinkah jembalang yang selama ini menginap di Kellie's Castle itu telah berpindah ke tanah kosong dihadapannya itu?

Tentu korang nak tahu bagaimana rupa Jembalang Tanah tersebut dan apa makanan yang paling digemarinya.

Jembalang Tanah tersebut sebenarnya adalah seekoq betina. Santapan kegemarannya tidak lain adalah manusia seperti kita ini.Dia akan makan manusia hidup-hidup dengan taik-taiknya sekali!Gelojoh dan pelahap sungguh Jembalang Tanah ini!

Jamuan yang sedang dilapah oleh Jembalang Tanah ini sekarang ialah manusia-manusia yang tidak ada tempat tinggal. Ya, Jembalang Tanah ini sedang menjadikan 'Setinggan Sifar' sebagai mangsa kerakusannya.

Kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas 75 ekar dihadapan Kellie's Castle untuk projek Setinggan Sifar. Tanah kosong ini kini sedang dalam proses diratakan oleh sebuah syarikat dipercayai kroni Jembalang Tanah tersebut iaitu Mozarif Resouce Sdn Bhd.

Istimewanya, Pemaju ini telah dianugerahi oleh Jembalang Tanah ini hak 70% keatas tanah tersebut, waima 'Setinggan Sifar' hanya mendapat bakinya iaitu, 30% sahaja.

Pemaju yang mendapat habuan 70% tanah tersebut boleh menjual tanah tersebut dengan nilai harga pasaran semasa iaitu untuk satu lot (50'x 80' ) ialah RM60,000. Untuk 50 ekar itu, pemaju sudah boleh mendapat 300 lot! Ini bermakna nilai tanah yang diberikan kepada pemaju tersebut ialah RM180juta!(300 x RM60,000)

RM52,000.00 itu harga lama....

Adakah wajar syarikat pemaju tersebut diberikan habuan tanah seluas itu (300 lot) ? Tetapi sebaliknya 'Setinggan Sifar' hanya memperolehi lebih kurang 150 lot sahaja. Inilah kerja terkutuk Jembalang Tanah yang gelojoh dan lahabau ini!

Disamping itu, peserta 'Setinggan Sifar' perlu pula membayar 'infra' kepada syarikat pemaju disamping perlu membayar kos premium tanah tersebut.

Disinilah Jembalang Tanah meratah manusia yang tidak punya tempat kediaman

Bukan main besar keuntungan yang diraiholeh kroni Jembalang Tanah itu kerana mendapat hak 70% keatas tanah yang dimajukannya disamping bayaran infra yang perlu dibayar oleh 150 peserta 'Setinggan Sifar' yang terlibat.

Atas dasar konon mahu membantu rakyat dengan projek 'Setinggan Sifar' oleh Jembalang Tanah ini, maka siapa sebenarnya yang beroleh untung, rakyat atau kroni Jembalang Tanah ini?

Lihatlah, betapa Umno sanggup bertenggek diatas penderitaan rakyat sambil meratah keuntungan atas angin begitu sahaja. Anda tentu sudah kenal sekarang siapa Jembalang Tanah ini, kan kan? (updated gambar terbaru jam 6.00 ptg 3 Julai 2012).

Dengan Sultan Mahu Mengadap - Tapi Rakyat Tidak Diperdulikan

Posted: 02 Jul 2012 05:30 PM PDT

Pengerusi Ketua-Ketua Kampung DUN Sungai Rapat, Alang Ahmad Azri, sedang memasuki kereta untuk menghantar memo kepada Raja Nazrin Shah sewaktu demonstrasi oleh beberapa Sekolah Kafa DUN Sungai Rapat.

Korang boleh lihat yang aku garis merah itu - 40 NGO kan? Tolong ingat yang itu sambil melihat rakaman dari U-Tube di sini

Dalam U-Tube itu, Alang ini dikatakan nak ngantor memo tu kepada Raja Nazrin.Nampak beriya benor dia melambai tangannya.Bukan jauh mana pun tempat kediaman Raja Nazrin tu ...

Tapi entah macam mana ceritanya, aku sendiri pun tak faham dengan Alang nih! Dia tak sampai-sampai ke tempat kediaman Raja Nazrin pada hari tersebut. Inilah yang peliknya!

Alang mengambil masa yang begitu lama untuk menyerahkan Memo tersebut.Dia tiba pada keesokan harinya? Korang tengoklah sendiri tarikh laporan tersebut kat bawah nih! Tarikh 2 Julai.Diaorang berdemo pada Ahad 1 Julai.Korang klik boleh tengok jelas

Aku saja nak nak tanya kat kawan aku Alang nih! Kenapa ko tak tukar baju Alang? Baju hok kelmarin tu juga yang ko pakai? Tak ada bau apa-apakah? Ha! ha! ha! Ketua kampung yang ngekor dia semua tu (entah bila dan bagaimana) sempat tukar baju lain kan? Bukan mahal sangat baju sekarang nih Alang oi....kat bundle bersepah dan RM5/- ko dah boleh bergaya. Aku biasa beli baju RM2/- saja kat bundle ....lagi pun aku bukan ada tujuan nak ngadap macam engko tu!

Ko tu Alang, Pengerusi Ketua-Ketua kampung patut kena jagalah sikit imej....ha!ha! kata nak ngadap Raja Nazrin awat hang pi sesat gi jumpa Fadzil Che Wan di Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan tengah hari kelmarin? Jumpa nanti ko tolong cerita sikit kat aku.Kita kawan tetap kawan walaupun berlainan baju! kan Alang?

Sekarang, nak mintak korang tengok benda kat bawah nih. Apa yang malaon tulis nih? Tengok betul-betul - 200 NGO? Ha! ha! ha! Korang tolong ketawakan.Aku dah tak larat nih!Senak dah perut aku dibuat oleh malaon nih semua.

Inilah kerja gerombolan Hamidah BP.Asyik nak kelentong rakyat saja kerjanya.Tuduh Pakatan Rakyat nak robohkan bangunan.Tuduh Pakatan Rakyat nak halang pembinaan....

Dan strategi mereka sekarang ialah memberhentikan kerja-kerja projek tersebut.Sudah berapa hari pekerja tidak datang semata-mata mahu menjadikan ianya sebagai isu bahawa PR menghalang kerja-kerja tersebut.

Hoi Hamidah BP! Siapa yang boleh menghalang kamu daripada meneruskan projek tersebut? Pakatan Rakyat bukan ada sebarang kuasa untuk mencegah kamu dari meneruskan rancangan kamu itu.Hebatlah sekiranya PR mampu menahan kamu dari meneruskan projek tersebut!

Ini sampai nak mengheret Sultan apa pasal? Ngadu kat Sultan konon PR buli Umno tak kasi korang buat projek tersebut? Aku percaya Sultan Perak bukan jenis bangang macam korang semua. Dengan Sultan korang sibuk mahu mengadap tapi dengan rakyat yang mahu berdialog korang tak mahu layan.

Tiada ulasan: