Selasa, 3 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gila, Lelaki Upah Lelaki Rogol Isteri Selama 6 Hari

Posted: 03 Jul 2012 05:12 AM PDT

Imej: Shutterstock

Seorang lelaki Mesir dikatakan membalas dendam terhadap keputusan isterinya untuk membawa masalah perkahwinan mereka ke mahkamah dengan mengupah beberapa lelaki dan memberitahu mereka untuk merogol selama enam hari. Dia kemudian menyewa sebuah apartmen dan menyaksikan lelaki-lelaki itu merogol isterinya.

Polis berkata, mereka menemui seorang wanita bogel dalam keadaan lemah dan tidak terurus selepas dia dibuang oleh lelaki itu di sebuah lorong di pinggir bandar Kaherah.

Di hospital, wanita yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun memberitahu penyiasat bahawa lelaki  tidak dikenali telah menculik ketika dia meninggalkan sekolah itu. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah apartmen dan kemudian dirogol berulang kali. Yang memilukan, wanita itu mendakwa suaminya memerhatikan lelaki-lelaki itu merogolnya. 

Sebuah akhbar memetik bahawa wanita itu berkata suaminya memberitahunya: "Jadi, kamu mahu pergi ke mahkamah ... ok mari kita lihat apa yang kerajaan akan lakukan untuk kamu." -DCM/Emirates

P/s: Gila!

[Video] Sumbang Mahram antara Anak dengan Ibu Kandung

Posted: 03 Jul 2012 03:12 AM PDT





P/s: Sila ambil pengajaran!



Lelaki Orang Asli Hilangkan Diri Selepas Hamilkan Anak Kandung

Posted: 03 Jul 2012 01:08 AM PDT


Sekadar hiasan.

[SH] AYER KEROH - Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri.

Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.

Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.

Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas diminta memberitahu perkara sebenar.

"Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.

"Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah," katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.

"Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.




[Video] Burung Nyanyi Lagu ROCK!

Posted: 02 Jul 2012 11:36 PM PDT





P/s: Burung nuri ini dikatakan menyanyi lagu Bodies oleh Drowning Pool. 


[Video-Wajib Tonton] Lelaki OKU Merangkak ke Masjid Setiap Hari

Posted: 02 Jul 2012 09:06 PM PDT


Susuk lelaki tua OKU merangkak ke masjid berdekatan setiap hari adalah sesuatu yang biasa dilihat oleh penduduk di sebuah perkambungan di Arab Saudi. Sesetengah mereka yang saban hari menyaksikan kesungguhan, ketaatan, dan keazaman lelaki itu merangkak ke masjid untuk setiap waktu solat mungkin telah meninggal dunia kerana usia lelaki itu kini mencecah 76 tahun.

Sejak kecil, Abdullah Al Asiri dilaporkan tidak pernah terlepas menunaikan solat secara berjemaah. Beliau bertegas untuk menunaikan solat lima waktu di masjid walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki.

Asiri dilahirkan cacat dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 10 orang ahli - ibu bapanya, tiga saudara lelaki dan empat saudara perempuan. Setelah kehilangan orang tua, kebajikan Asiri dijaga oleh abang, kakak, sepupu, dan anak saudaranya.

Asiri berulang-alik dari rumah ke masjid di kampung selatan Alaziza sebanyak lima kali sehari selama hampir 65 tahun tanpa mengira terik padang pasir ketika cuaca panas atau kedinginan udara pada waktu malam dan pagi. -DCM/Emirates


 P/s: Jujurnya, saya "malu" sendiri apabila menontonnya.



[Gambar] Pemandu Bas Mabuk Cuba "Kunyah" Muka Wanita

Posted: 02 Jul 2012 07:00 PM PDT


[HM] WENZHOU: Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP




Remaja Perempuan Bunuh Ayah dan Abang Halang Hubungan dengan Lelaki Kasta Rendah

Posted: 02 Jul 2012 06:41 PM PDT


[HM] PATNA: Polis menahan seorang remaja perempuan di timur India atas tuduhan membunuh bapa dan adik lelakinya yang menentang hubungannya dengan lelaki berkasta rendah.

Ia kejadian yang berbeza berbanding 'pembunuhan bermaruah' yang biasa berlaku.

Menurut polis, remaja berusia 14 tahun yang ditahan kelmarin, mengaku mencampurkan racun pada kari sayur yang disediakan untuk bapa dan adik lelakinya yang meninggal dunia setelah memakan hidangan itu.

Kejadian berlaku Sabtu lalu di Kampung Malpur, 75 kilometer dari Patna, ibu negeri Bihar.

Ibu gadis itu, Sunita Devi, memberitahu polis dia terselamat kerana sakit dan tidak berselera untuk memakan makanan itu.

Pegawai Kanan Polis, Upendra Kumar berkata: "Remaja itu mengambil langkah drastik kerana ahli keluarganya, termasuk bapa, adik lelaki dan ibunya, menentang hubungan cintanya dengan lelaki berkasta rendah dan rancangan mereka untuk berkahwin."

Lelaki itu adalah dari komuniti Dalit.

Dalit atau dikenali juga sebagai 'tidak boleh disentuh' adalah kasta paling rendah dalam hiraki India.

Kebanyakan mereka hidup miskin dan melakukan kerja buruh yang dianggap kotor seperti mengangkat sampah.

Keluarga remaja itu tergolong dalam kasta tinggi, sebelum ini pernah memukul lelaki itu apabila mereka ditangkap cuba kahwin lari.

Kejadian seperti itu biasanya menyebabkan perbalahan hubungan antara kasta dengan lelaki dalam sesebuah keluarga akan membunuh anak atau adik perempuan yang dianggap mencemar 'maruah' keluarga.

Tidak ada angka rasmi mengenai pembunuhan bermaruah di India tetapi kajian persendirian pada 2007 mengesyorkan sebanyak 900 kes dilakukan setiap tahun di negeri utara India seperti Haryana, Punjab dan Uttar Pradesh. - Agensi


Mati Dipaksa Minum Racun

Posted: 02 Jul 2012 06:18 PM PDT



[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.

Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

"Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan," katanya.

Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.

"Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya.


Tiada ulasan: