A Mum Of Three Mohd |
Posted: 19 Jul 2012 08:40 AM PDT |
Najib... Tak payah main silap mata ler. Dengar saranan abang Nuar hang. Posted: 18 Jul 2012 07:56 PM PDT Kalau setakat rebranding, tapi masih diguna pakai oleh UMNO untuk menzalimi mereka dan aniaya pihak yang mereka tak suka, tak payah ler... Rakyat bukan bodoh. Itu jer ler yang piem UMNO ni tau buat. Meniru.... dia nombor satu, and then dia rebranding hasil usaha pihak lain dan beri nama yang WOW-WOW to impress the people. Nanti, boleh ler orang kata.... "Fuuhh... hebat piem Najib ni". Hahahaha.... Kembang kempis ler hidung dia. Najib hebat?? Kah kah kah... Poooraaahh!! Dia hanya cuba bermain silap dengan rakyat. Tapi dia lupa, rakyat kini dah berubah. Mereka lebih prihatin dan mereka lebih peka terhadap senario politik negara. Jangan underestimate kebijaksanaan rakyat sekarang ni, tau?? Kena stroke ko nanti!! Weh, hello.... rakyat dah celik tau?? Mata rakyat dah terbuka luas. Minda rakyat pun dah kelas you. Eh... tak kan you masih tak sedar lagi kot?? Betul.... minda rakyat dah tak tepu macam UMNO. So... tak payah ler berselindung di sebalik akta yang dijenamakan semula hanya semata-mata nak nampak popular... dan tunjuk hebat dengan transformasi itu dan ini yang dicanang bagai nak rak. Dan, most importantly... tujuannya nak kekalkan kuasa, tak gitu?? PRU 13 is just around the corner,... so, we'll see how UMNO is going to fair in the election. Tapi... M3M rasa lebih baik ler hang ikut nasihat dn saranan Abang Nuar hang. Hahahaha.... abang Anwar hang tu, kan ke terer?? Aha, much... much... more terer than you, tau. ************************************** Anwar: Akta Keharmonian menunjukkan PM tak ikhlas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas untuk menghapuskan undang-undang yang zalim, maka beliau tidak perlu menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang yang serupa. "Isu asas adalah sama ada anda menyokong undang-undang zalim. Jika anda mengatakan tidak, maka tidak timbul persoalan untuk memperkenalkan akta baru bagi menggantikan atau untuk membuat pindaan," katanya ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta petang semalam. Minggu lepas, perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan era penjajahan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang akan membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan. Bagaimanapun, Anwar mendakwa bahawa dengan mengantikan undang-undang tersebut, parti dominan pemerintah, Umno, akan masih menyalahgunakannya. "Ia akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman - Mungkin nama yang berbeza, tetapi impaknya adalah sama," katanya. Anwar turut mengecam penggunaan slogan BN 'Janji ditepati' sebagai tema bagi Hari Merdeka, dan mendakwa gabungan itu menyalahgunakan sambutan tersebut untuk tujuan politik.-Mkini |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan