WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB Posted: 20 Jul 2012 06:54 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMAKIN hampir Pilihanraya Umum, semakin gila kerja puak-puak ini. Tidak puas dengan berita fitnah terhadap pimpinan PR, puak-puak sekutu APCO ini berterusan mencari jalan untuk memper'lembu'kan rakyat agar terus menyokong parti yang sedang nazak itu sekarang. Memeranjatkan juga, sampai ke tahap mempergunakan pihak keselamatan untuk cuba memperbodohkan rakyat. Kisah bagaimana seorang Pegawai dari Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian dengan selambanya melaporkan "Terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan Komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam PRU akan datang. Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan Komunis cuba meresapi DAP. Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana." (Bernama). Kalau sudah PAS diresapi oleh JI (ajaran sesat), PKR dan DAP pula oleh Komunis maka parti yang paling `bersih' tanpa diresapi oleh sesiapa ini hanya Umno/Bn sahaja? Jika mahu membodohkan rakyat sekalipun jangan sampai nampak kamu itu lebih bodoh. Peliknya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin apabila diminta mengulas dakwaan dari Pegawai Bukit Aman ini, beliau hanya menjawab beliau tidak tahu kerana tiada maklumat diberi kepadanya. Pelik bukan? Bagaimana seorang Pegawai dari PDRM boleh memberikan maklumat kepada pihak media dengan membelakangkan Menteri Dalam Negeri? Siapa memperbodohkan siapa? Mengapa Hishamuddin terlalu lembik di dalam hal ini sehinggakan pegawai di bawah kementerian beliau pun boleh membelakangkan nya? Hakikatnya, ini semua cerita karut marut menjelang PRU, tidak lebih dari itu. Oleh kerana Umno sudah kekeringan idea disaat hayat Umno dihujung tanduk maka tiada pilihan lain kecuali untuk mencipta apa jua cerita asalkan ianya memburukkan PR. Nasib parti ini tidak lagi boleh bergantung kepada dubur Sepol kerana `koyak' di dubur Sepol semakin luas dan hampir rabak. Fitnah terhadap DS Anwar dan Azmin langsung tidak berkesan, malahan sambutan terhadap kedua-dua tokoh tersebut tidak pernah berkurangan. Najib benar-benar hampir melanggar dinding sekarang. Tiada sesiapa di dalam Umno yang boleh bantu beliau melainkan semuanya seolah-olah mahu melihat Najib terlentang macam Pak Lah selepas PRU nanti. Jadi tidak pelik jika kita lihat Muhyiddin hentam MCA dan MIC sedangkan Umno teramat pentingkan sokongan kedua-dua parti tersebut. Pening Najib dibuatnya dengan perangai si lembam ini. Kini, Hishamuddin pula buat kerja bodoh buat tidak tahu apa yang pegawai beliau sendiri laporkan. Nampaknya, semangat kita di dalam PR bertambah kuat dengan perkembangan ini. Sudah pasti kaum Cina majoritinya pasti akan merasa marah dan jijik dengan perangai puak mereka yang tidak habis-habis bermain dengan isu Komunis, sedangkan puak itulah yang membawa Komunis masuk ke negara ini sehingga ke dalam felda. Tuduhan terhadap PAS juga amat meloyakan. Bagi PAS, tuduhan terhadap parti tersebut diresapi oleh ajaran sesat bukan baru. Namun, lagi kuat PAS diserang lagi meningkat sokongan terhadap Parti Islam ini. Bagi menghadapi PKR, ternyata Umno tidak mampu. Umno sebenarnya malu kerana Presiden mereka sekarang seorang yang terlalu penakut untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR. Memang layak Najib melantik dirinya menjadi Menteri Wanita...Awwwwww..../wfauzdin.blogspot.com |
ABBY ABADI DAN HASSAN JATI - SEORANG SERU KEPADA ISLAM, SEORANG PENYEBAR FITNAH Posted: 20 Jul 2012 12:36 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM keadaan fikiran aku rungsing kerana ayah aku masih berada di wad CCU di IJN dan banyak masa aku tidak mengemaskinikan blog ini, sekali sekala sempat juga menjenguk perkembangan terkini politik negara. Terbaru, aku dapat berita pelakon terkenal Abby Abadi telah menyerahkan borang sertai PAS di Kelantan di mana Mursyidul Am PAS sendiri menyerahkan borang kepada artis terkenal dengan watak "Inspektor Aleeza" dalam Drama Gerak Khas itu. Alhamdulillah, PAS kini berjaya menambahkan Mujahadah mereka untuk berjuang di dalam PAS. Di saat Hassan Jati bertungkus lumus menjalankan tugas Syaitan iaitu dengan memburukkan PAS, PAS semakin mendapat sokongan dari mereka yang selama ini sukar untuk kita percaya boleh terima perjuangan PAS. Itulah yang dikatakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Hassan Jati boleh terus bekerja secara kontrak dengan Umno, tetapi kesannya amat baik buat PAS. Dahulu, orang amat menghormati Hassan Jati sehinggakan walaupun beberapa hari dan cop jari di dalam PAS masih belum kering, Pakar Motivasi ini diletakkan oleh PAS di kedudukan tinggi. Malangnya, sikap ego dan tamak Hassan Jati menyebabkan beliau kini terhina. Sikap beliau berubah sebaik sahaja kedudukannya di dalam parti hilang. Ertikata lain, Hassan Jati sertai PAS hanya untuk kepentingan dirinya bukan untuk perjuangan Islam. Itulah beza Hassan Jati dengan Abby Abadi. Abby Abadi sertai PAS tanpa ditawarkan sebarang jawatan pun. Kerja Abby Abadi sekarang adalah menyeru rakyat menyokong perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di negara ini. Kerja Hassan Jati sekarang adalah mengajak rakyat jangan menyokong PAS, tetapi beliau segan untuk memberitahu rakyat agar menyokong Umno. Jika bukan Umno, Hassan Jati mahu rakyat sokong mana? Mahu dikatakan sokong JATI jauh sekali sebab JATI pun belum berdaftar sebagai parti politik. Bahkan, JATI pun berapa kerat ahlinya? Jumlah keahlian JATI dengan TIBAI, aku rasa lebih kurang saja. Allah melihat manusia di penghujung usianya. Di penghujung usia Hassan JATI adalah menyebarkan fitnah seks, zina dan liwat serta mengaibkan maruah orang lain. Manakala, Abby Abadi terus mengajak rakyat mengenali politik Islam. Itulah ketentuan Allah, walaupun keadaan awal kedua-dua mereka amat berbeza, tetapi di penghujungnya berbeza./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan