ALHUSSEYN |
Jangan Terpengaruh Dengan Ustaz Kurma Wal-Fulusy Posted: 30 Jul 2012 04:01 AM PDT Korang tentu kata Kak Mah kelihatan ayu bila mengenakan tudung macam dalam gambar sebelah ni. Harap Kak Mah bukan pakai tudung hanya pada bulan puasa sahaja. Walau pun pemakaian tudung itu tidak menepati kehendak syari'at yang sebenarnya, memadailah uintuk peringkat berjinak-jinak. Cara keluar jambul macam ini lebih baik dari yang biasa Mak Datin buat dengan menyangkut selindang kat pinggang. Betul tak? Kalau lepas puasa nanti Kak Mah tak pakai, sah bahawa Kak Mah ni hanya berlakon sahaja. Kesian kat rakyat Satu Malaysia yang terpedaya dengan lakonan Kak Mah tu.... Cakap pasal lakonan ni, mengingatkan kita kepada artis. Ada yang buat tohmahan kononnya ada artis yang baru dua tiga hari pakai tudung sudah mahu jadi ustazah ... sepatutnya bagilah semangat kepada mereka yang mula mahukan beragama. Tapi kali ini saya nak cerita pasal sorang ustaz malaon yang jadi artis. Maka ramailah orang telah terpedaya dengan lakonan malaon nih yang kononnya berani sangat menegur bini PM Najib yang tidak pakai tudung! Lihat video di bawah : Sudahkah malaon ini sendiri pergi jumpa Najib atau Rosmah dan cakap depan mereka? Apasal dia suruh orang supaya tulis surat kepada Rosmah mengenai hal itu? Takut? Sibuk sangat? Lu gilah sendiri cakap pada Rosmah kalau berani sangat macam lu cakap tu! Konon hanya takut kepada Allah! Podahlah Kazim! Aku cabar kau, berani tidak kau berdepan dengan pelempang lengan 'giant' Rosmah tu? Malaon ni kata, "Serupa kita dengan Tok Imam kampung kita, Tok Imam tu sembahyangnya betui, kita makmum kita ikut Tok Imam - kita bukan ikut bini dia..." Nak tergelak dengar perumpamaan yang malaon ni buat begitu!Dia anggap segala kelaku Najib tu betui sebagaimana Tok Imam Kampung dengan sembahyangnya! Malaon ni nak suruh kita semua supaya ikut saja apa yang Najib suh buat."Kita bukan ikut bini dia" kata malaon tu lagi!Hoi Malaon! semua orang tahu, Najib tu takut bini dan ikut saja apa yang dikata Rosmah! Ikut Najib bermakna kita ikut Rosmah! Kah! kah! kah! Walau apa pun, persoalannya bukan hanya pemakaian tudung. Itu hanyalah sekelumit sahaja. Banyak perkara lain yang lebih besar dan utama. Malas aku nak tulis kat sini. Korang jangan pula anggap malaon ni dah macam bagus sangat bila dia sebut pasal tudung Rosmah. Ustaz-ustaz Arqom dulu pun rajin timbulkan hal tudung. Tetapi bila sebut pasal politik hancus! Jemaah Tabligh dan Hisbut Tahrir pun macam tu bila menyentuh politik. Dan beginilah juga dengan malaon ini. Ini semua lakonan. Malaon ini mahu orang sangka kononnya dia ni bebas dan tidak Umno! Walhal bila ngentam PAS dia ngentam rapat-rapat! Malaon ni boleh tuduh PAS seperti katanya, " ....sedangkan depa tak pernah buat apa pun untuk Islam ..." |
Rosli Dahlan - Pertahankan Prinsip Anda! Posted: 29 Jul 2012 05:02 PM PDT Tulisan Dato Din Merican mengenai Rosli Dahlan telah mendapat respon dan ulasaan yang menyokong sikap Rosli yang teguh dengan prinsipnya.Dalam masa yang sama, tokoh-tokoh lain yang terlibat telah dikecam dan dicaci.Korang boleh baca sendiri melalui link yang ada tuh! Saya perturunkan di sini salah satu daripada ulasan yang saya kira dapat menjelaskan sesuatu kepada kita semua.Namun ia hanyalah satu lontaran pandangan dan masih boleh dipertikaikan.Ikutilah komen pembaca berikut yang telah saya terjemahkan : Ahmadi Hussein 30 Julai, 2012 at 00:27 amBersama ini juga saya ingin mengajak korang semua mengimbas semula bagaimana Rosli telah terjebak dengan masalah yang terpaksa kini dia hadapi sendirian ; sementara kawannya yang dibelanya selama ini sudah tidak sanggup meneruskan perjuangan melawan kebejatan sistem perundangan yang ada. Sama-samalah kita doakan agar mendung yang menyelubungi kehidupan Rosli Dahlan dan keluarganya selama ini akan berarak pergi dan beliau dapat menghirup udara di alam maya ini dengan aman damai semula.Syabas kepada Rosli yang tetap teguh dengan prinsipnya itu.Lawan tetap lawan! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan