Isnin, 30 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Gadis Cina (Bukan Islam) Kongsi Sebab Dia BERPUASA, Lebih Manis Dia...

Posted: 30 Jul 2012 05:07 AM PDT



Keterangan Video:

"J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. J Sze adalah protege Ikon Remaja Islam Loo Jo Yee. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. - XIFU NASER."


 P/s: Lebih manis, J Sze fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Tutur katanya tidak pelat seperti majoriti orang Cina di negara ini ketika bertutur dalam bahasa kebangsaan. Realitinya, walaupun sudah 55 tahun merdeka, kita masih berhadapan dengan masalah ketidakfasihan rakyat berbahasa kebangsaan.


Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik

Posted: 30 Jul 2012 02:00 AM PDT


Menurut maklumat FB, atlet wanita yang menutup aurat di atas ialah Woroud Sawalha, atlet Palestine.

"Syaitan" Rogol dan Liwat Budak Berusia 3 Tahun

Posted: 30 Jul 2012 12:30 AM PDT

 
[HM] KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

"Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


Berita Lain:
Biar anak didera mati di hospital
[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

"Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.

"Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri," katanya.

Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.

Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.

Dendam Suami, Perkosa Isteri

Posted: 29 Jul 2012 11:30 PM PDT



[HM] KUALA LUMPUR: 'Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.' Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

"Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

"Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain," katanya.



P/s: Gila!


 

Susulan Kes Kematian Eksekutif TV9: Seorang Ahli Keluarga Terdekat DITAHAN, Kes Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Posted: 29 Jul 2012 10:00 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  


P/s: Berita awal di sini.

Menurut blog Hazrey, ahli keluarga terdekat itu dipercayai suami Nursyaleza Jaafar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebentar tadi mengesahkan bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012, Apa Komen Penulis Lirik Terkenal?

Posted: 29 Jul 2012 09:00 PM PDT


[MK] Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.

Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar".

NONE"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa
cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik  "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini.

Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."

"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya. 


P/s: Pendedahan tentang lirik dan lagu asal Hari Kebangsaan 2012 di sini.


[Video] Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012 Ciplak Lagu Kristian? Bandingkan Melodinya

Posted: 29 Jul 2012 07:45 PM PDT




 

P/s: Sama?

 

Eksekutif Stesen Televisyen TV9 Ditemui Mati Tergantung di Kediamannya

Posted: 29 Jul 2012 06:30 PM PDT


[Kosmo] SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

"Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut," katanya ketika ditemui semalam. 


P/s: Bunuh?


Berkaitan:

Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

[SH] PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

"Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia," katanya.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Difahamkan juga jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat....


P/s: Berita terkini di sini.

 

[Video-Wajib Tonton] Lajim dan Wilfred Bumburing Isytihar Sokong Pakatan Rakyat, Dengar Amanat Mereka!

Posted: 29 Jul 2012 05:36 PM PDT


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan 'kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor' dan bakal tenggelam.

Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.

"Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam," katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.

Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Altantuya memecatnya sebagai timbalan menteri setelah mengisytiharkan keluar dari Umno-APCO yang dipegangnya selama lebih 20 tahun.

Tidak sedikit pun menyesal jika dipecat, Lajim hanya menunggu Najib Altantuya memecatnya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno-APCO yang akan diputuskan hari ini.

Malah beliau rela dipecat dari semua jawatannya kerana kepentingan rakyat Sabah lebih penting daripada pangkat dan wang ringgit.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.

Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi 'deposit tetap'.

"Umno BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit (deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah lagi," katanya.

Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan 'Tuuuuukar' -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

"Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin," katanya.

"Saya cabar tuan-tuan tunjuk pada saya, mana jalan raya highway kita di Sabah ini, tolong tunjuk... Ini bukan penumbuk, ini highway, ini jalan kampung... Terima kasih pada Yang berhormat Datuk Seri Anwar kerana dialah yang meluluskan jalan raya ini, pada tahun 1996," tambahnya

Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.

"Saya sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong rakyat tapi tidak, nampaknya.

"Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN," katanya.

Manakala MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing turut mengumumkan keputusan yang sama dengan  meletakkan jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.- MK/Jalan Pulang

 

 

 

 


Tiada ulasan: