DIALOG RAKYAT |
- Muhyiddin datang dan nampak, namun tak berdaya: Anwar mementerai PERINTAH BARU SABAH
- RM893 bilion lesap.
- 'JAWI percepat kes Border sebelum semakan kehakiman'
- MB S'gor: Keuntungan besar jika GLC maju tanah Talam
- Waytha dapat pasport, akan pulang 1 Ogos
- Orang akan kata, ‘Nizar berani’
- Pas pastikan Selangor kekal
- PR kuat di bandar: Rafizi
- Adinda Sultan Selangor mangkat
- Ramadan: Umno gamit pembaziran untuk PRU13
- Fokus Parlimen Pekan: Aura calon muda pancing undi
- 'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati
- Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut
- Umno beri Lajim surat tunjuk sebab pecat
- RM2,500 sekali ceramah? Mana ada duit?
- Konsep 1Malaysia Umno-BN hipokrit
- BN terima kesan jika Lajim bertanding
- Azmin dakwa slogan "ini kali-lah' menjadi di Sabah
- Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube
- Anggota Keluarga Eksekutif TV9 Meninggal Dunia Ditahan
- ‘Baham’ Tanah; Umno dan Barisan Nasional (BN) Sudah Melampau
- Puasa tapi wang rakyat disonglap, kekayaan negara dibolot – Anwar
- Penerjun Malaysia terlepas peluang raih pingat akibat kesilapan awal
- Polis tendang pintu hotel tangkap peserta Bersih
- Pakatan Rakyat rancang naik taraf sistem pengangkutan awam
Muhyiddin datang dan nampak, namun tak berdaya: Anwar mementerai PERINTAH BARU SABAH Posted: 30 Jul 2012 04:19 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Muhyiddin Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya. Bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain - bahawa keputusan untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing "telah dijangka" dan "tiada siapa yang lebih penting daripada parti". "Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, "naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle. Pakatan Rakyat - dimana PKR adalah salah satu ahlinya - telah berunding dengan Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan. "Saya mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat," kata Tian. Anwar yang menjadi penghubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang 'malu' terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan. Wilfrid, Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan "reformasi" pada 1 tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya. Bakal dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan peribadi mereka. Sementara itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar. Anwar yang berusia 64 tahun sering dipanggil "gam" yang melekatkan parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008. Ia telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen. Ia juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk merasakan sistem politik 'dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang "dua pertiga" monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik. Anwar yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad. Populariti Umno semakin menyusut Dalam kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman. Penurunan sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu. Kini, dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti. Tidak lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan. "Saya tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini," Bernama melaporkan kenyataan Najib. Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi? Semua sedang menanti sama ada Najib akan 'flip-flop' pada petunjuknya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena. Selain daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan sekarang. Rasuah, perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan "jahat" ini. Pencabar Najib berkata sekarang "sudah terlambat" dan sekarang tiada siapa yang peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti . "Kami sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013," kata Tian. "Saya yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang betul."Malaysia Chronicle | |||
Posted: 30 Jul 2012 04:06 AM PDT
Baru beberapa hari bulan Ramadan, ramai sudah merungut harga makanan di bazaar Ramadan lebih mahal dari tahun dulu. Alasan yang diberikan oleh peniaga adalah kerana sewa tapak yang mahal. Mungkin ada benarnya. Hanya beberapa hari terdahulu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin semacam bersuka cita kerana harga ruang perniagaan di Kuala Lumpur terus meningkat Maklumlah trend seperti itu, pada hemat beliau sudah tentu boleh menaikkan saham BN menjelang pilihanraya umum kelak. Pelbagai takrif boleh diberikan – kehebatan prestasi ekonomi Malaysia, kehandalan kerajaan BN menguruskan ekonomi negara, petanda lebih banyak lagi FDI akan masuk ke negara dan bla bla bla. Nampaknya apa juga indeks ekonomi mengenai Malaysia, sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi rendah atau diluar ramalan, kadar inflasi, imbangan bayaran negatif, kesan krisis kewangan global dan sebagainya, tidak akan menjejaskan malah tidak ada kena mengena dengan keupayaan kerajaan membelanjakan wang tunai. Terdapat projek mega yang telah diluluskan di Parlimen dalam kiraan berbilion-bilion. Dari masa ke semasa kerajaan membelanjakan sekian bilion secara luar jangka untuk menebus kerugian GLC tertentu. Dan akhir-akhir ini terdapat pula pelbagai pemberian one off kepada rakyat selain dari kelulusan serta merta projek itu dan ini setiap kali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan turun padang. Tak mustahil wang tunai kerajaan Malaysia di bawah kelolaan BN diturunkan dari langit – sebut sahaja mahu wang, maka mencurah-curahlah duit masuk ke dalam Perbendaharaan Malaysia. Mungkin juga baki tunai yang ditunjukkan oleh Penyata Kira-Kira Kerajaan Persekutuan yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara setiap tahun tidak sama dengan baki tunai sebenarnya. Sementara pegawai Jabatan Audit Negara memeriksa baki tunai yang patut diperakaunkan, ada tunai lain yang tidak terletak di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara. Kalau setakat baki tunai yang ditunjukkan, tentulah sukar bagaimana kita mahu membayangkan begitu banyak wang tunai yang dibelanjakan oleh kerajaan, pada bila-bila masa sahaja dan ibarat air sungai yang tidak putus-putus mengalir. Mungkin inilah menyebabkan Malaysia tidak hairan sekiranya sejumlah RM893 bilion lesap dan dipercayai tercicir dari cukai ekonomi Malaysia di antara tahun 1970-2010. 'Cukai' di sini bukan bermaksud 'cukai pendapatan peribadi' yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia. Cukai pendapatan pun kalau hilang cuma sikit sahaja kerana sesiapa yang tak bayar cukai pendapatan akan dikejar sehingga ke lubang cacing. Satu kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network, sebuah organisasi profesional berpengkalan di London merangkumi pakar-pakar ekonomi dan perunding cukai profesional, dengan jumlah kehilangan sebanyak itu, yang mana merupakan tiga kali ganda dari hutang negara RM257.2 bilion pada tahun 2011, sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa pihak, Malaysia menduduki ranking ke-12 antara 20 negara membangun yang disifatkan sebagai 'tewas' dalam kehilangan modal. Pada Disember tahun lalu, pemerhati Amerika Syarikat, Global Financial Intergrity mendapati Malaysia telah kehilangan sejumlah RM150 bilion pada tahun 2009 menerusi kehilangan modal bentuk serupa. Jumlah ini ketika itu merupakan keempat tertinggi di kalangan negara-negara membangun. Kajian selanjutnya dari pemerhati berkenaan juga menunjukkan Malaysia telah kehilangan kira-kira RM1.08 trilion (RM1008 bilion) pada tempoh 10 tahun pertama abad ini. Sejumlah RM930 bilion tunai telah mengalir keluar dari negara ini untuk tempoh di antara 2000 hingga 2008 yang mana juga merupakan pertambahan RM218 bilion setiap tahun bermula dari RM71 bilion untuk tempoh tersebut. Tidaklah dapat dipastikan sama ada orang seperti Najib atau Awang Adek bimbang tentang kehilangan modal atau 'capital flight' ini atau malah mempercayainya sama sekali dan mengambil pendekatan lebih berhemah tentang apa yang dinyatakan dalam laporan tersebut. Yang pasti, tinggi kebarangkalian kerajaan BN akan menggunakan cara klasik dengan menolak dan menafikan apa sahaja laporan badan atau agensi luar negara yang boleh mencacat-celakan rekod kecemerlangan yang cuba disogok kepada rakyat. 'Kehilangan modal' sebenarnya adalah perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Dalam sesebuah negara, ia berlaku apabila aset atau wang mengalir keluar pada kadar tinggi dari negara berkenaan berpunca dari sesuatu musibah ekonomi - peningkatan cukai ke atas modal atau pemegang modal atau ke atas kerajaan negara yang gagal menjelaskan hutangnya, pengurusan fiscal yang buruk, dan beberapa faktor lain yang mengakibatkan keraguan pelabur dan memaksa mereka bertindak membuat penilaian rendah ke atas aset mereka di negara terbabit. | |||
'JAWI percepat kes Border sebelum semakan kehakiman' Posted: 30 Jul 2012 04:02 AM PDT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah didakwa cuba mempercepatkan pendakwaan pengurus kedai buku Border bagi mendahului pendengaran semakan kehakiman yang difailkan terhadapnya. Rosli Dahlan, peguam untuk Berjaya Books Sdn Bhd dan pengurus kedai Border, Nik Raina Nik Abdul Aziz berkata tindakan tergesa-gesa JAWI itu adalah 'mengejutkan'. Beliau berkata ia kelihatan seolah-olah JAWI - dalam memohon supaya Mahkamah Syariah mempercepatkan kes terhadap Nik Raina - sedang cuba untuk memintas permohonan semakan kehakimanyang difailkan oleh kedai buku tersebut bagi mencabar serbuan pihak berkuasa. Katanya, ia merupakan satu penyalahgunaan yang jelas prosiding mahkamah dan penyalahgunaan kuasa mahkamah. Rosli berkata,dalam tindakan tergesa-gesa JAWI untuk mempercepatkan prosiding itu, mereka mahu melihat Nik Raina disabitkan. "Atas sebab ini, kami memohon untuk menangguhkan prosiding Mahkamah Syariah," katanya kepada pemberita selepas menemui Hakim Datuk Rohana Yusof dalam kamar. Berjaya Books, Pengurus Besar Operasi dan Barang Dagangan, Stephen Fung Wye Keong, dan Nik Raina telah memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pendakwaan JAWI terhadapnya. Nik Raina didakwa mengedarkan buku kontroversi tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta '. | |||
MB S'gor: Keuntungan besar jika GLC maju tanah Talam Posted: 30 Jul 2012 03:58 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembelian tanah oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah bertujuan untuk pembangunan. Katanya hal demikian dibuat selepas Talam Corporation mula melupuskan tanah yang menjadi harta dan keuntungan kepada perbadanan itu untuk membayar hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri sedar keuntungan berganda diperolehi jika syarikat GLC memajukan tanah tersebut berbanding menjualnya, kata Khalid dalam temubual dengan Malaysiakini Sabtu lalu. "Nilai tanah itu kurang daripada nilai pembangunan. Kerajaan negeri mempunyai banyak pengetahuan tentang apa yang ingin dimajukan dan mempunyai kekuatan untuk meluluskan pembangunan. "Jadi kenapa kamu perlu menjual sebidang tanah yang belum diteroka bila kamu mampu memajukannnya?... Jika kamu jual pembangunan, kami bercakap tentang peningkatan nilai pembangunan, tetapi jika kamu menjual tanah sekaki persegi, itu merupakan perbezaan yang besar," katanya. Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menambah adalah lebih baik kerajaan negeri menyimpan aset tersebut berbanding wang tunai, apatah lagi kerajaan negeri mempunyai rizab tunai sebanyak RM2 bilion - pertambahan lima kali ganda sejak Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri. Ahli jawatankuasa Pusat MCA Datuk Chua Tee Yong (kanan) mendakwa kerajaan negeri memaksa syarikat berkaitan kerajaan untuk mendapatkan tanah daripada perbadanan itu, bukan menjualnya bagi mendapatkan semula RM392 juta secara tunai yang terhutang kepada kerajaan negeri. "Saya dapat mengesannya... Saya beritahu kamu, kadang kala bila saya mendapati kerja seperti ini, bagaimana boleh saya...," kata Khalid sebelum ketawa terbahak-bahak. "Saya tidak faham dan saya tidak peduli, saya telah sampai ke tahap itu... Sekalipun parti saya datang kepada saya dan berkata, kamu tidak menerangkan kepadanya (Chua), dia masih tidak faham. "Saya beritahu mereka, sebab itu saya letak jawatan sebagai guru, kerana sehingga satu masa saya beritahu kepada pelajar saya, mereka masih tak faham, saya akan panggil mereka supaya datang ke sini, saya akan buat untuk kamu dan kamu boleh simpan jawapannya," sindir Khalid. | |||
Waytha dapat pasport, akan pulang 1 Ogos Posted: 30 Jul 2012 03:50 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memperolehi pasportnya melalui misi diplomatik Malaysia di Singapura, dan bersedia untuk pulang ke tanahair Rabu ini. Katanya, pengeluaran pasport tersebut - yang telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2008 - menjadi bukti bahawa Hindraf berjuang untuk keadilan. "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga dengan perjuangan Hindraf untuk membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan ketidakadilan yang besar terhadap masyarakat India," katanya kepada Malaysiakini selepas mendapatkan pasport tersebut. Waythamoorthy berkata, pengeluaran pasport untuknya itu merupakan satu pengakuan bahawa Hindraf berjuang untuk tujuan yang sah. Waythamoorthy hidup dalam buangan sejak lewat 2007, apabila semakin kuat desas-desus bahawa tindakan akan diambil terhadap pergerakan Hindraf. Lima pemimpin Hindraf, termasuk abangnya Uthayakumar, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun tersebut. Sejak itu, Waythamoorthy tinggal di Britain dan meneruskan kempen Hindraf di luar negara. Pasportnya telah dibatalkan pada April 2008. | |||
Orang akan kata, ‘Nizar berani’ Posted: 30 Jul 2012 03:47 AM PDT
SEORANG bertanya saya, apa pandangan saya tentang tindakan terhadap Nizar (Jamaluddin) gara-gara sindirannya atas bidaan plat motokar WWW1 berharga RM520,000? Jawab saya spontan,"20 tahun lagi orang akan kata Nizar berani." Saya katakan kepadanya, saya pun tidak tahu apakah Nizar itu sebenarnya seorang yang berani atau dia ada kekurangan ketika dia menyentuh perkara itu dalam laman sesawangnya. Seperti si Luncai, ketika semua orang di zamannya tidak berani bercakap sebarangan terhadap raja, Luncai membandingkan ulu kepada raja sama dengan ulu kepala ayahnya. Yang menyebabkan Luncai membuat perbandingan itu bukanlah dia seorang yang berani berhadapan dengan raja dan segala masalah yang berbangkit, tetapi adalah disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya. Orang yang cerdik tidak berani berkata demikian kerana tidak bersedia berdepan dengan risikonya, apa lagilah orang bijak langsung tidak mahu menyusahkan diri. Reaksi pembesar dan istana yang berlebihan menyebabkan Luncai dikenali ramai dan masyhur namanya hingga ke hari ini sebagai orang yang lebih pintar daripada sekalian pembesar masa itu. Kepintaran Luncai itu bukanlah dia sebenarnya seorang yang pintar dan berani, tetapi reaksi orang ramai yang luar biasa menjadikan Luncai itu hebat. Luncai sebenarnya seorang yang lucu. Nizar sekadar menyentuh perkara itu secara umum. Sebagai seorang politik baru, dia adalah seorang pendakwah. Maka apa yang dirasakan suatu yang luar biasa, maka disentuhnya perkara itu. Kita tidak tahu apa reaksi sekalian yang prihatin akan kejadian seperti itu, tetapi kerana mereka sekalian bukan rakyat Britian maka semua membisu, biar ia pecah di perut, pantang pecah di mulut. Akan Nizar, hal itu pecah di hujung jari jemarinya. Gara-gara gatal jemarinya itu, telah besarkan oleh media, maka gempar istana dan riuh rendah seluruh rakyat di negeri Johor dan di luar Johor. Semua telah maklum apa yang dihadapi oleh bekas Menteri Besar Perak itu dalam perkara itu. Pada hal apa yang Nizar buat itu tidak sampai satu peratus daripada apa yang rakyat Britain akan buat jika ia berlaku di England. Jika Nizar itu seorang yang berani, maka keberaniannya itu tidak sampai satu peratus daripada keberanian seorang rakyat British. Kiranya media tidak gatal membesarkan reaksi Nizar itu, berapa orang sangat daripada orang Malaysia yang membaca laman sesawangnya. Peduli Nizar itu tidak akan sampai ke mana kiranya tidak kerana niat tertentu media terhadapnya. Media mengambil kesempatan untuk membunuh politik Nizar di Perak supaya dia tidak kembali sebagai Menteri Besar selepas PRU13 nanti. Walaupun Umno mendakwa merasa sedap tentang politik di Perak di seluruh negara tetap ia tetap bimbang kemungkinan Nazar kembali berkuasa di Ipoh. Justeru ada yang memberitahu saya Dr Zamry Kadir memilih untuk bertanding kerusi Parlimen dalam PRU13 nanti kerana tidak mahu menjadi ketua pembangkang selepas pilihan raya itu. Sebagai tali barut Umno, maka media yang peduli tentang pengaruh Nizar di Perak, menggunakan sindiran Nizar tentang bidaan plat motokar itu untuk meruntuhkan peluang Nizar untuk kembali sebagai Menteri Besar Perak semula. Memang Nizar telah cemas dan dipayahkan oleh tindakan media, reaksi istana Johor yang murka dan marah yang meluap-luap rakyat Johor. Natijahnya polis telah membuka fail tentang Nizar. Memang Nizar nampak susah. Masa dakwah dan kempennya terganggu. Masa yang sepatutnya digunakan untuk menemui rakyat dan kerja-kerja parti telah digunakan untuk bertemu polis. Pejabatnya pula telah diserbu polis dan beberapa barang peribadinya telah diambil polis. Apa tindakan polis selanjutnya sama-samalah kita tunggu. Apa pun semua yang berlaku itu adalah mengganggu Nizar dan penyokongnya. Nampaknya Nizar seperti timun yang berdepan dengan durian, terus diancam duri baik digolek mahu pun menggolek. Kita tidak dapat mengagak akan nasib Nizar dalam waktu yang terdekat. Tetapi dia bangkit sebagai seorang yang berani. Kita Sultan Johor dan istana sedang murka kepadanya dan rakyat yang menyokong Umno bangun mengutuknya, dia menyembahkan permohonan untuk menghadap Sultan Johor bagi menjelaskan apa yang dilakukannya. Dalam suasana yang tegang itu dia berani untuk menyembah Sultan dan dia sanggup untuk datang ke Johor ketika media melaporkan bahawa rakyat Johor kebanyakannya dikatakan sedang marah kepadanya. Hang Tuah itu terkenal sebagai seorang panglima gagah berani. Belum tentu Muhammad Ali, legenda tinju dunia dapat mengalahkannya jika kedua-duanya bertinju. Dia juga tidak berani untuk menghadap Sultan Melaka ketika baginda murka. Bendahara Melaka dikenali sebagai seorang yang besar pengaruh terhadap Sultan tetapi Bendahara juga tidak berani menasihatkan Hang Tuah supaya menghadap ketika baginda murka. Tetapi Nizar bersedia untuk menghadap Sultan dalam keadaan yang ada itu. Siapa Nizar yang berani itu? Dia bukan Dr Mahathir Mohamad yang berkuasa sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir dikira berani sedia berdepan dengan raja-raja yang begitu marah dengannya masa krisisnya dengan raja-raja dulu. Dia berani kerana dia Perdana Menteri, dan Perdana Menteri sepertinya digerun oleh kebanyakan raja. Nizar tidak ada kuasa, tetapi dia berani untuk menghadap. Dia berani bukan kerana dia ada kuasa seperti Dr Mahathir dulu kerana dia percaya dia adalah pihak yang benar, tidak seperti yang media uaruarkan. Memang sebelum ini Nizar mengambil risiko menaiki pentas ceramah Umno di Kampar. Ceramah itu diiklankan untuk mengatakan dia berbohong. Ketika orang Umno sedang mengatakan dia bohong itulah dia pergi naik pentas Umno dan duduk di kerusi di tengah-tengah orang Umno itu. Seperti yang pernah saya sebut bahawa Tan Sri Syed Jaafar Albar adalah satu-satunya yang bergelar Singa Umno. Ertinya dia adalah orang Umno yang berani. Tetapi dia pun tidak berani naik pentas ceramah PAS. Tetapi Nizar berani. Dengan segala yang dirasakan berani itu tidaklah dikira berani sangat apabila dia menyindir tentang bidaan plat motokar termahal itu. Tidak ada kata-kata kecaman dan kutukan mengenai bidaan itu dalam laman sesawangnya. Dia pun seperti kebanyakan orang Melayu juga tidaklah berani sangat. Dia tidak kata bidaan yang amat mahal itu salah atau seumpamanya, dia sekadar menyebutkan alangkah eloknya wang yang banyak itu digunakan untuk lkeperluan lain. Saya kira di kalangan rakyat Malaysia, baik dalam PAS mahupun dalam Umno dan lain-lain ramai lagi yang lebih berani daripadanya. Khalil Afandi Abdul Hamid yang mati ditembak kerana menceroboh kawasan pejabat Perdana Menteri dengan pedang samurainya adalah lebih berani daripadanya. Tetapi gambaran yang media beri terhadapnya yang dilihat sebagai menegur istana sedang kebanyakannya mengelak untuk terlibat dalam kejadian seperti itu. Dia sendiri pun dipercayai tidak mahu menjadi orang yang lebih daripada orang-orang lain. Dia tahu sebagai orang politik dalam sebuah negara beraja mesti menjauhkan diri daripada terlibat sebarang masalah dengan istana. Memang banyak payahnya apabila terjadi hal yang demikian. Bukan dia saja yang payah tetapi partinya sendiri pun payah. Memang payah bagi semua pihak untuk keluar daripada masalah itu. Belum tentu penjelasan yang benar dapat banyak membantu buat masa ini. Tetapi dengan asakan yang bertubi- tubi, sekalipun dia serba payah sekarang, tetapi 20 tahun akan datang atau lebih, persepsi orang akan berubah dan boleh berubah. Setelah orang kemudian menyelidiki semua dokumen, mungkin keterlaluan untuk mengatakan dia betul dengan apa yang dibuatnya, tetapi orang akan berkata, Nizar adalah orang yang berani. Yang membina namanya sebagai orang yang berani ialah reaski berlebihan orang terhadap kejadian itu. Jika tiada yang peduli, tiada orang yang teringat kepadanya. | |||
Posted: 30 Jul 2012 03:44 AM PDT SHAH ALAM - Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan. "Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13. Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor. "Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya. | |||
Posted: 30 Jul 2012 03:42 AM PDT SHAH ALAM - Pembangkang yakin akan terus mendapat sokongan daripada pengundi bandar berbanding luar bandar di mana pengundinya lebih cenderung kepada BN. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kekuatan pembangkang di kawasan bandar antara lain dipercayai kerana pengundinya lebih terdedah kepada maklumat internet yang membuatkan mereka bersikap lebih selektif dalam menilai isu. "Mereka juga akan memilih calon lebih popular berbanding faktor parti," katanya. Ini katanya tidak berlaku dalam kalangan pengundi luar bandar yang lebih cenderung pilih parti berbanding calon. Menurut Rafizi, pihaknya masih perlu ambil kira faktor calon meskipun isu itu bukan keutamaan pengundi bandar. "Kalau silap pilih calon, lebih-lebih lagi jika calon itu tidak disukai pengundi, calon kita akan kalah juga," katanya ketika ditanya sama ada pengundi di negara ini lebih mengutamakan calon atau parti. Menurutnya, BN jadi pilihan pengundi luar bandar kerana pengaruh parti itu sejak zaman merdeka lagi. "Pengaruh ini sukar dihakis dalam fikiran pengundi di luar bandar, jadi BN lebih mudah dapat sokongan" katanya. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli bagaimanapun memberi pendapat sebaliknya dengan mengatakan kebanyakannya akan mengundi berdasarkan parti. Menurutnya, pengundi Melayu khususnya akan mengundi mengikut parti, berbeza dengan pengundi bukan Melayu yang masih mengutamakan parti dan calon. "Ini teori sahaja, namun jika dilihat trend terbaru, rakyat negara ini kebanyakannya sudah berparti, jadi mereka akan mengundi parti," katanya. | |||
Adinda Sultan Selangor mangkat Posted: 30 Jul 2012 03:40 AM PDT SHAH ALAM - Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat jam 12.15 tengah malam tadi. Almarhumah yang lahir pada 19 Ogos 1956 merupakan adinda bongsu Sultan Sharafuddin Idris Shah Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar. Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain. Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum. Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. | |||
Ramadan: Umno gamit pembaziran untuk PRU13 Posted: 30 Jul 2012 03:29 AM PDT RAMADAN datang lagi. Datang membawa bersama-sama segala keberkatan kepada umat manusia yang patuh kepada perintah Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya. Kedatangannya disambut dengan penuh kegembiraan buat mereka yang bertaqwa tetapi kepada mereka yang tidak pernah mahu menghargainya, akan meneruskan kegiatan membazir, seperti bulan-bulan lain, kerana tiada kesedaran di jiwa masing-masing. Lihatlah nanti, para pemimpin Umno di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam bulan yang penuh kerahmatan ini untuk menjamu mereka yang dinamakan sebagai anak yatim di hotel-hotel mewah, yang penuh dengan pembaziran. Apakah tiada sesiapa sanggup menegur, membayar seorang kanak-kanak Islam berbuka puasa dengan harga RM100? Apa sebenarnya yang hendak disampaikan kepada kanakkanak dan masyarakat mengenai perbuatan ini. Hasrat murni untuk berbuka bersama-sama anak-anak yatim, yang dipunggah dari beberapa penempatan anak-anak yatim sebenarnya adalah sesuatu yang baik. Namun, menyantuni mereka dengan menjamu makan di hotel mewah dengan harga yang mahal, sebenarnya sesuatu yang tidak wajar. Mereka yang menjamu anakanak yatim ini mungkin tidak mengeluarkan duit dari poket sendiri, melainkan menggunakan kemudahan kementerian dan agensi kerajaan, tetapi siapakah sebenarnya yang untung apabila pemimpin-pemimpin Umno ini melakukan pembaziran seperti ini? Menjelang PRU13, banyak program kerajaan (sebenarnya program Umno-BN) dibuat kerana mahu menghabiskan duit kerajaan. Ketika mereka menghulurkan "sumbangan", berapakah kos yang mereka habiskan untuk menyewa khemah, kerusi meja, makan dan minum selain pembesar suara dan kos-kos berkaitan hingga selesai majlis tersebut? Mereka juga menggunakan saluran TV kerajaan seolah-olah suara parti mereka, sedangkan jika air time tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat pengiklanan, berjuta-juta kantung kerajaan akan dapat diisi. Setiap yang hadir, diangkut dengan bas. Berapakah kos pengangkutan yang mereka habiskan? Setiap yang hadir juga diberikan beg kitar semula yang juga tinggi kosnya dengan jumlah yang banyak, selain ada pen, buku nota dan buku-buku propaganda Umno-BN diselitkan sekali. Ketika rakyat diseru supaya berjimat dan bersederhana atau wasatiyyah, kerajaan pula membazir, ikut kehendak hati mereka. Pemberian segala bentuk itu sama ada BR1M atau apa sahaja, boleh disampaikan dalam pelbagai cara, jika pihak yang sedang berkuasa sekarang tahu untuk bersederhana dan berjimat. Mereka tidak perlu menghimpunkan orang-orang tua dan orang susah dari pagi sampai ke petang, hanya kerana ada ucapan politik hendak disampaikan. Semua itu membabitkan kos. Walaupun para petugasnya mungkin memberikan khidmat percuma, tetapi mustahil khemah, meja, kerusi dan jamuan makan selain bunting dan banner boleh didapatkan secara percuma. Bukankah elok, semua koskos sewa khemah dan kerusi meja itu boleh digunakan untuk kegiatan yang lebih berfaedah daripada dibazirkan sesuka hati, demi mencari usaha menambah dan mendapatkan sokongan? Tunggu dan lihatlah bagaimana nanti, dalam bulan Ramadan ini, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri memberi jamuan secara bermewah-mewahan untuk kawan-kawannya, rangkaian sahabat dan para penyokong Umno. Apakah tanpa jamuan dari Presiden dan Timbalan Presiden Umno, rakyat tidak berbuka di rumah masing-masing? Berapa setahun diperuntukan bajet berbuka puasa yang membabitkan Presiden Umno? Bukan sahaja kos makanan, malahan kos sewa khemah dan kerusi-meja juga sebenarnya menelan kos yang cukup tinggi. Presiden Umno akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menunjukkan beliau masih mendapat sokongan dan jamuannya sentiasa dihadiri ramai orang. Hakikatnya, orang yang sama akan datang berbuka dengannya. Dan orang yang sama juga yang ke sana ke mari bersama-samanya ketika beliau memenuhi pusingan "turun padang" di serata tempat. Kini, Program Juara Rakyat yang banyak membazir sudah tidak kedengaran kerana Umno dan BN bukan sahaja tidak layak menjadi juara, malahan, sudah tidak dipercayai lagi mampu menjuarai isu-isu yang timbul. Kepada rakyat disajikan Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Kedai kain 1Malaysia dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama, menteri dan isteri-isteri menteri berbelanja sakan di merata tempat, tanpa dapat menunjukkan sikap baik, bersederhana dalam berbelanja. Akhirnya, ahli-ahli Umno yang terpinga-pinga bertanya; 'mana janji "wow faktor" Umno' yang kononnya mahu diperkenalkan suatu ketika dahulu, sebelum Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri? | |||
Fokus Parlimen Pekan: Aura calon muda pancing undi Posted: 30 Jul 2012 03:27 AM PDT PEKAN - Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi terus menarik perhatian ramai dan pelbagai isu serta spekulasi yang muncul 'memanaskan' tempoh sementara menanti ia diumumkan secara rasmi. Sinar Harian tidak ketinggalan turun padang mencungkil dan menghurai pendapat orang ramai serta pemimpin setempat mengenai pandangan mereka terhadap ramalan awal situasi PRU akan datang. Apa yang dilihat sebelum ini ialah pemilihan calon yang berusia serta mempunyai pengalaman dijadikan sebagai 'ayam tambatan', namun apakah trend tersebut kekal menjadi tradisi atau bakal berubah melalui pemilihan calon muda? Seorang pemerhati politik, Khaidir Abd Aziz, 54, berkata, pemilihan calon muda pada PRU akan datang wajar dipertimbangkan kerana mereka boleh membawa kepada perubahan yang lebih baik melalui pandangan yang lebih segar serta tenaga yang lebih kuat. Menurutnya, mereka tidak seharusnya dinilai melalui usia tetapi kebolehan serta bakat sebagai pemimpin yang dimiliki selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berbakti kepada masyarakat. "Kepimpinan yang baik bukan terletak kepada usia tetapi pemikiran serta kemampuan mereka menerajui kawasan yang ditadbir dan kebolehan mereka menangani masalah dan isu yang disuarakan rakyat. "Kepercayaan boleh diberikan jika mereka berjaya melepasi pelbagai cabaran dan dugaan bukan sahaja mengharungi gelombang politik tetapi juga mampu membawa perubahan serta membela nasib rakyat dengan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. Seorang lagi pemerhati, Mohd Uthman Omar, 58, berpendapat, pemilihan calon muda pada PRU akan datang dilihat sebagai satu langkah yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya bagi mengelak sebarang masalah terutamanya daya kawalan terhadap cabaran sebagai seorang pemimpin yang diharapkan. "Jika mereka gagal menyerlah sebagai pemimpin, maka ia menjadi satu kesilapan bagi mana-mana parti meletakkan calon muda sebagai wakil mereka malah memberi tanggapan yang kurang meyakinkan kepada rakyat. "Apa yang penting ialah kemampuan mereka untuk menampilkan figura seorang pemimpin yang mampu melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat selain bijak menyesuaikan diri dan menangani apa jua konflik," katanya. Bijak, miliki aura PEMILIHAN calon muda pada PRU akan datang sememangnya akan membawa satu perubahan yang dinanti-nanti oleh golongan ini di mana kualiti serta kredibiliti mereka akan teruji ke tahap maksimum. Bagi seorang belia, Muhamad Faiz Abu Zaki, 28, berkata, jika calon muda yang dipilih, ia mampu mengubah landskap pentadbiran kerajaan yang sebelum ini majoritinya dibarisi pemimpin berusia. Menurutnya, perubahan yang dilakukan merupakan satu anjakan yang memberi pelbagai persepsi dan rakyat pasti menaruh harapan untuk melihat perubahan yang akan dibawa oleh calon muda jika mereka berjaya meletakkan diri sebagai pemimpin pilihan. "Mungkin sukar bagi calon muda untuk meraih sokongan rakyat dalam memperjuangkan misi dan visi sejajar impian yang digenggam untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan yang memberangsangkan. "Namun zaman kian berubah di mana golongan muda seharusnya diberi ruang untuk membuktikan kebolehan mereka apatah lagi kehadiran mereka dapat menyalurkan idea serta pandangan dari sudut berbeza dan bersesuaian dengan peredaran zaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini. Muhamad Faiz berkata, pada pandangan peribadinya, apa yang perlu ditekankan ialah calon yang dipilih perlu bijak selain berusaha memainkan peranan sebagai pemimpin yang menyerlah dengan kelebihan serta ilmu dimiliki. "Tindakan bijak serta agresif dalam bertindak mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan bakal menawan hati rakyat seterusnya meyakinkan mereka bahawa calon muda merupakan pilihan yang tepat. "Kualiti serta sifat kepimpinan dalam diri juga harus diserlahkan melalui keyakinan berkomunikasi serta kehadiran mereka dalam masyarakat," katanya. | |||
'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati Posted: 30 Jul 2012 03:23 AM PDT PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin. Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab. Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik. "Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia," katanya. Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan. Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu. Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis. Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu. "Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak," katanya. | |||
Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut Posted: 30 Jul 2012 03:20 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut. Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. "Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan. Suspek akan direman petang ini. Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam. Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya. Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis. Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama | |||
Umno beri Lajim surat tunjuk sebab pecat Posted: 30 Jul 2012 03:16 AM PDT SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berhubung keputusan dan tindakannya bertentangan dengan kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Katanya, wakil rakyat itu perlu menjawab surat tersebut yang menggariskan "mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada Umno." "Ini ekoran peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN selain hubungan akrab Datuk Seri Lajim dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah persenda kepimpinan dalam Umno," katanya dalam satu kenyataan. Kelmarin, Datuk Seri Lajim Ukin, yang minggu lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan. "Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau. "Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya. Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan berkata, "saya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada Umno memandangkan beliau telah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN pada 28 Julai 2012." "Datuk Seri Lajim perlu menjawb surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno," katanya lagi. Tengku Adnan berkata, Fasal 20.8 Perlembagaan Umno menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti. "Sehubungan itu, Umno memandang serius apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Lajim khususnya dalam pengisytiharan gerakan Pakatan Perubahan Sabah, selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang, yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno," katanya. Beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata, apa yang berlaku adalah isu dalaman bersifat peribadi membabitkan Lajim dan "orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri." "Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah berjaga kepada negara dan rakyat keseluruhannya," kata beliau lagi | |||
RM2,500 sekali ceramah? Mana ada duit? Posted: 30 Jul 2012 03:13 AM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa "Tiga ratus (RM)? Tak banyak ke tu?", terjah ketua sebuah cawangan PAS. Beliau lantas mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan separuh (RM150), atau paling banyak pun hanya RM200. "Tak sampai hati lah nak bagi Abang Mat RM200 je. Penat-lelah dia mari jauh-jauh, minyak kereta lagi, belanja makan-minum dia pulak. Kalau ikutkan, RM300 tu pun tak padan," sanggah bendahari cawangan pula. Agak berpanjangan juga kira bicara antara mereka dan beberapa yang lain di belakang pentas. Perkara dibahaskan ialah soal wang saguhati yang nak diberikan kepada penceramah utama dalam majlis yang sedang berlangsung. "Alahh... dia mari jauh-jauh pun, bukan untuk ceramah kat kita setempat jah. Malam kelmarin di Kemaman, semalam (malam tadi) kat Tok Guru (di Rusila, Marang), malam esok katanya di Kubang Kerian. Tiga-empat malam juga sekaligus... situ sikit, sini sikit (saguhati), jadi banyak la tu...", bentak seorang petugas, cuba menjustifikasi angka dicadangkan sang ketua tadi. Di atas pentas, penceramah dimaksudkan sedang menguasai malam itu. Kelantangan suaranya mengemukakan hujah dan fakta, diselang-seli dengan jenaka dan usikan, benar-benar menghidupkan majlis itu. Dari belakang terlihat jelas bajunya lencun dek kesungguhan memberi penerangan kepada hadirin. Beliau tidak lain daripada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Ya.. siapa tidak kenal penceramah tersohor yang lebih mesra dipanggil Abang Mat itu. Beliau antara hanya segelintir penceramah PAS yang mampu mengekalkan populariti menjangkau tiga dekad. Keupayaannya memukau pendengar amat sukar ditandingi. Beliau dianggap penceramah paling top sepanjang zaman. Itu semua orang tahu dan rasanya tidak ada masalah bagi sesiapa pun untuk memperakui hakikat itu. Melainkan orang itu memang "ada masalah" dengan Abang Mat. Namun, yang tidak ramai orang mahu ambil tahu ialah soal pembiayaan perjalanan beliau ke sana ke mari. Boleh jadi mereka beranggapan itu bukan urusan mereka. Boleh jadi juga mereka sudah sedia maklum mengenai "nasib" penceramah PAS atau tahap kemampuan parti mereka dalam hal itu. Sebab itu, dalam tradisi PAS tidak pernah berlaku kes penceramah ambil kesempatan atas popularitinya untuk menentukan harga kemunculannya. Jangan dikatakan untuk memastikan bayaran sejumlah ditetapkan, di ketika tertentu bilamana penganjur menghulurkan jumlah terlalu jauh dari mencukupi pun, amat sukar kedengaran sebarang rungutan daripada mereka. Pejuang tulen seperti mereka terbukti tidak pernah meletakkan soal imbuhan sebagai syarat kehadiran ke mana-mana tempat. Penulis tidak bermaksud menyanjung peribadi pejuang itu secara berlebihan. Kerana, turut layak berkongsi penghargaan serupa, pada pandangan penulis ialah beberapa pejuang mustadhafin lain yang seangkatan dan senasib dengan Abang Mat. Antara mereka termasuklah Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Almarhum Ustaz Buniyamin Yaakob. Kesemua mereka adalah penceramah bertaraf "A" dalam PAS. Tapi kesemua mereka juga ada cerita tersendiri mengenai kes-kes "memilukan". Contohnya, antara mereka ada yang berbekalkan hanya beberapa ringgit menempuh perjalanan beratus batu semata-mata untuk memenuhi undangan daripada ahli PAS. Mereka tetap hadir, walau pun tidak ada sebarang jaminan akan diberikan saguhati berbaloi atau sekurang-kurangnya berpadanan dengan kepenatan, keluangan masa dan seumpamanya. Sedangkan mereka adalah penceramah sepenuh masa, dan tidak ada masa terluang lagi untuk melakukan kerja lain untuk kehidupan mereka. Itulah keadaan menimpa mereka, sekurang-kurangnya untuk belasan tahun sehingga mereka dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya, walau pun elaun wakil rakyat bukan alasan untuk mereka tidak berhak mendapat bayaran saguhati. Mendetailkan kes yang berlaku ke atas Abang Mat dan lain-lain itu hanyalah sebagai kes kajian untuk dijadikan contoh. Mudah-mudahan imbauan semula apa yang berlaku ke atas mereka itu memudahkan mereka yang belum faham, agar memahami keperitan perjuangan PAS. Bahawa parti ini adalah parti yang miskin, parti mustadhafin, yang bergerak sepenuhnya di atas pembiayaan poket-poket ahlinya. Bahawa soal kewangan amat sensitif dan dititikberatkan dalam PAS. Ibarat kata orang Amerika, "they watch every dime" (mereka meneliti setiap puluh sen) dalam membelanjakan duit parti. Sebab itu soal pemberian saguhati kepada penceramah sering menjadi perkara yang diambil beratkan. Maka, sekiranya "terlalu banyak" bahagian daripada hasil kutipan derma ceramah dihabiskan untuk belanja "duit minyak" penceramah, ia tentunya suatu yang tidak menyenangkan mereka. Malangnya, itulah yang mula kedengaran mutakhir ini. "RM2,500 sekali ceramah? Uyyoo... mana ada duit. Nak cari mana tu? Kalau orang (pendengar) mari 10 ribu pun, belum tentu boleh kutip RM3,000. Belanja-belanja lain macamana?", rengus seorang ketua cawangan yang ditawarkan kehadiran seorang pendatang baru di pentas PAS. Yang lain pula sempat membandingkan, "tu (RM2,500) kalau bagi Mat Sabu RM500 sekali ceramah pun, boleh dah panggil lima kali dia mari (ceramah)". | |||
Konsep 1Malaysia Umno-BN hipokrit Posted: 30 Jul 2012 03:01 AM PDT Oleh TAMRIN TUN GHAFAR KETIKA Perdana Menteri melaungkan konsep 1Malaysia, terdapat cakap-cakap kedai kopi bahawa ia bertentangan sama sekali dengan amalan Umno itu sendiri yang tidak pernah meletakkan calon bukan Melayu bertanding dalam pilihan raya berbanding DAP yang dituduh rasis, sebaliknya sudah sekian lama menerima calon Melayu bertanding atas tiketnya. PAS yang dituduh mengamalkan fahaman Islam sempit juga pernah meletakkan bukan Islam sebagai calonnya. Selain Umno yang tidak pernah memilih bukan Melayu sebagai calonnya, parti MCA dan MIC yang turut mendokong konsep 1Malaysia juga tidak pernah meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka. Kata mereka lagi, sepatutnya Umno, MCA dan MIC mencontohi PAS dan DAP. Dalam hal ini, siapakah yang rasis sebenarnya? Malahan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang dituduh rasis itu juga pernah merengkok sekian lama dalam penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang diperkosa sehingga melahirkan anak di sebuah pusat tahanan wanita di suatu ketika dahulu. Dalam debat terbuka antara Lim Guan Eng dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, jelas terbukti kepada kita bahawa DAP lebih menghormati agama Islam berbanding MCA yang tidak mahu bertolak ansur dalam perkaraperkara tertentu yang melibatkan Islam. Seperti hujah Chua Soi Lek, Presiden MCA itu, "Kita, MCA berani memberi kata dua kepada pemimpin Umno" (We, MCA dare to tell off Umno leaders) dalam perkara hudud (Islam) tetapi Lim Guan Eng dengan tegas memaklumkan bahawa DAP menghormati Islam dan PAS pun tidak mempersendakan agama dan kefahaman bukan Islam. Saya sendiri hairan dan amat sedih dengan sikap berdiam diri Dato' Seri Najib Tun Razak yang sanggup membiarkan pemimpinpemimpin MCA menghina agama suci kita semata-mata hendak meraih undi masyarakat bukan Islam. Dalam isu royalti minyak untuk rakyat Kelantan, saya amat kagum dengan ketegasan Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan rakyat Kelantan berhak memperolehi royalti minyak itu sebagaimana yang telah dinikmati oleh Sabah dan Sarawak. Tindakan Najib enggan memberikan royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan menggantikannya dengan wang ihsan, bukan sahaja menunjukkan sikap pilih bulu terhadap rakyat Kelantan tetapi juga menganiaya mereka yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Adalah sesuatu yang amat menghairankan jika peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani oleh Tengku Razaleigh dan beberapa yang lain semasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri yang memperuntukkan royalti minyak sebanyak 5 peratus diberikan kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan tidak dihormati. Bukankah rakyat Kelantan juga adalah rakyat negara ini? Apakah rakyat Kelantan tidak dikenakan membayar cukai seperti orang lain? Mengapakah mereka dianaktirikan semata-mata kerana faktor politik? Baru-baru ini saya ke Kota Bharu bersama Tengku Razaleigh. Saya amat hairan mengapa pemimpin-pemimpin Umno Kelantan termasuk Dato' Mustapa Mohamed dan Dato' Dr Awang Adek Hussain serta pemimpin Umno bahagian bermati-matian menentang PAS yang berjuang bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan royalti minyak bagi rakyat Kelantan. Di manakah perjuangan Umno untuk rakyat sebenarnya? Mereka sepatutnya berasa malu mengaku berjuang untuk rakyat Kelantan, termasuk berkempen rumah ke rumah sedangkan apa yang sebenarnya mereka lakukan bukannya untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada kepentingan peribadi. Bermula dengan Terengganu apabila Umno-BN di bawah pimpinan Tun Mahathir tidak dapat menerima kekalahan di sana, maka royalti minyak telah diberhentikan dan digantikan dengan "wang ihsan" sehingga ke hari ini. Ini kerana kerajaan PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika itu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan seperti biasa, mahkamah atas sebabsebab yang kita semua ketahui telah melengah-lengahkan kes perbicaraan tersebut sehingga kini. Kini trend yang sama diguna pakai oleh Najib sendiri. Sepatutnya Najib tidak mengikuti jejak langkah Tun Mahathir yang rata-rata rakyat di sana mengatakan tidak mempunyai perasaan dan hati perut. Mereka mempersoalkan di mana sumpah janji Najib "rakyat didahulukan" melainkan Najib, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussain, Fatmi Che Salleh dan pemimpin-pemimpin lain menganggap negeri Kelantan bukan sebahagian dari negara ini. Jika wang ihsan ini lebih menguntungkan rakyat dari royalti minyak, mengapa tidak diselaraskan saja wang ihsan ini termasuk untuk Sabah dan Sarawak? Mustapa hanya bernasib baik di Jeli kerana terdapat kem tentera (undi pos) yang telah memberi kemenangan kepada beliau. Semasa Tengku Razaleigh selaku Presiden Petronas menandatangani Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan negerinegeri, Najib hanya seorang junior officer yang ditempatkan di Pejabat Presiden Petronas ketika itu. Jika Najib sanggup meminta maaf kepada rakyat Kelantan dan memulangkan hak mereka sebagaimana yang diperjuangkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh sendiri, saya percaya negeri Kelantan juga akan dapat dibangunkan dengan lebih maju lagi seperti negeri-negeri lain. Perkara ini boleh dilakukan oleh Najib jika beliau mahu. Mengikut pengalaman, pasti selepas saja Najib membuat pengumuman seperti yang dicadangkan ini pemimpinpemimpin Umno dan BN di semua peringkat terutamanya di Kelantan akan mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini telah berhasil. Akhbar-akhbar khasnya Utusan dan Berita Harian serta stesen radio dan TV akan memberi headline sensasi seperti "Najib Pemimpin Rakyat Sebenarnya" dan lain-lain tajuk lagi. Penulis ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA. | |||
BN terima kesan jika Lajim bertanding Posted: 29 Jul 2012 10:35 PM PDT SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan menerima saingan sengit sekiranya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bertanding atas tiket parti selain dari BN dalam parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berpendapat, BN perlu berhati-hati meletakan calon yang bertanding di parlimen tersebut kerana Lajim mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. "Satu saingan sengit akan berlaku jika Lajim bertanding di kawasannya, kerana beliau sudah lama berkhidmat dan rakyat sudah mengenalinya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tindakan Lajim yang masih belum melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, merupakan salah satu strategi politik beliau. Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, berdasarkan tindakan Lajim yang sebelum ini melepaskan jawatan dalam Umno dan BN secara berperingkat, berkemungkinan beliau akan melepaskan jawatan yang disandang itu dalam masa terdekat. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini. Najib berkata, keputusan Lajim melepaskan tiga jawatanny iaitu adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. | |||
Azmin dakwa slogan "ini kali-lah' menjadi di Sabah Posted: 29 Jul 2012 10:33 PM PDT SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru arena politik membabitkan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing menandakan slogan "ini kali-lah" sudah membawa perubahan di negeri tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat (PR) merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13. "Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN)," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, rakyat Sabah juga perlu menolak Umno-BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia. Katanya, dua pengumuman penting yang bersejarah - semalam dan kelmarin - menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan BN. "Tambah pula, pentadbiran Datuk Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ia ditandai kegagalan untuk menepati janji," kata beliau lagi. Azmin menambah, tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan perubahan. Katanya, mereka yakin dengan dasar-dasar PR yang terkandung dalam Buku Jingga dan pelaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita-cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat. Katanya, PKR turut mengalu-alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung PR untuk menjana arus perubahan dalam PRU13. Beliau seterusnya berkata, perkembangan terbaru ini juga menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam pakatan itu, "yang insya-ALLAH" akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri ketujuh. "Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam PRU13," kata beliau. | |||
Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube Posted: 29 Jul 2012 10:25 PM PDT PETALING JAYA: Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai. Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam. Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu. Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya. Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini. "Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam. "Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29. Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan. "Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya. Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung. Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut. "Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari. Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi "Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya. Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku. "Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya. Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan. | |||
Anggota Keluarga Eksekutif TV9 Meninggal Dunia Ditahan Posted: 29 Jul 2012 10:22 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang Ahad. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam Ahad di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa. Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa. "Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi. Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA | |||
‘Baham’ Tanah; Umno dan Barisan Nasional (BN) Sudah Melampau Posted: 29 Jul 2012 10:15 PM PDT Editor Buletin KUALA TERENGGANU – Dalam keadaan rakyat merintih, seinci demi seinci tanah-tanah milik mereka 'dirampas' kerajaan Umno dan Barisan (BN) Terengganu, wakil-wakil rakyat terus menerima habuan masing-masing. Selepas beberapa minggu lalu didedahkan ADUN Ajil Dato' Rosol Wahid dan ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Ismail mendapat 'bahagian' masing-masing, ADUN Chukai, Dato' Awang Tera pula dilaporkan menerima habuan seluas 2 hektar, lebih dari 5 ekar. Dengan keluasan itu, ditaksirkan, Awang Tera akan meningkatkan kekayaannya menokok sebanyak RM3 juta ringgit lagi sekiranya tanah bahagiannya itu dinilai mengikut harga tanah semasa di kawasan terbabit. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said, memang sudah benar-benar melampau. Mendedahkan 'rampasan' tanah rakyat terbaru, beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Kuala Nerus menyifatkan pemimpin Umno sekarang sudah tidak peduli dengan rakyat. "Bagaimana kita nak kata 'janji ditepati' atau 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' sedangkan wakil-wakil rakyat boleh tanah seluas-luasnya, "pada masa yang sama tanh-tanah rakyat dirampas atas kepentingan peribadi, individu dan syarikat kroni,"tegasnya ketika ditemui. Beliau berkata kerajaan telah meluluskan tanah seluas hampir 30 hektar untuk diberikan kepada Syarikat Imbuhan Pelangi, sebuah syarikat milik 'orang kuat Umno' Kuala Nerus. | |||
Puasa tapi wang rakyat disonglap, kekayaan negara dibolot – Anwar Posted: 29 Jul 2012 10:13 PM PDT Oleh Nazar Hashim PERMATANG PAUH : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah puasa di bulan Ramadhan tidak membawa pengertian bagi pemimpin yang sentiasa menganiaya rakyatnya. "Ramadhan (puasa) tidak memberi makna jika wang rakyat disonglap, hak rakyat disekat, kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin dan kronisme yang menjadi-jadi," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ramadhan kepada hampir 1,000 jemaah pada Majlis Solat Tarawikh di Masjid Batu, Kampung Pertama, dekat sini 23 Julai lalu. Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, fitnah rutin setiap hari tidak memberi keuntungan dalam memastikan kerakusan kuasa di tangan pemerintah. "Apabila hak rakyat dikhianati, bererti tuntutan al Quran tidak dijadikan amalan. Pemimpin sebegini juga tidak layak menjadi wakil rakyat sama ada sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) mahupun Ahli Parlimen," katanya. Anwar berkata, peningkatan indeks rasuah dan jenayah membuktikan pemimpin negara gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Katanya, pemimpin sebegini harus dinyahkan dari persada politik tanah air, kerana akan membawa banyak kerosakan kepada agama, bangsa dan negara | |||
Penerjun Malaysia terlepas peluang raih pingat akibat kesilapan awal Posted: 29 Jul 2012 10:07 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER LONDON— Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong gagal menyaingi kehebatan penerjun China, Amerika Syarikat serta Canada untuk menduduki tempat kelapan dalam acara 3m papan anjal berirama wanita di sini hari ini. Pandelela dan Jun Hoong yang cemerlang untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2012, sekadar mengutip 283.50 mata, 62.70 mata di belakang pemenang pingat emas dari China Wu Minxia-He Zi yang mengumpul 346.20 mata. Abigail Johnston-Kelci Bryant dari Amerika Syarikat meraih pingat perak selepas mengutip 321.90 mata sementara Emilie Heymans-Jennifer Abel dari Canada memenangi gangsa dengan catatan 316.80 mata. Jurulatih Malaysia dari China, Yang Zhu Liang berkata pasangan negara itu telah melakukan kesilapan seawal pusingan pertama terjunan menyebabkan mereka gagal menempatkan diri dalam kedudukan terbaik. "Mereka gagal membuat terjunan seirama menyebabkan percikan air yang besar dan para juri telah memberikan mereka mata rendah," katanya kepada pemberita selepas acara itu, di sini hari ini. Pandelela-Jun Hoong hanya mengutip 46.20 mata pada pusingan pertama, 47.46 (pusingan kedua), 54.0 (ketiga), 71.10 (keempat) dan 64.8 pada pusingan kelimadan terakhir. — Bernama | |||
Polis tendang pintu hotel tangkap peserta Bersih Posted: 29 Jul 2012 10:03 PM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Saksi pertama pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini memberitahu, polis menceroboh sebuah hotel semata-mata untuk menangkap peserta yang terlibat dalam himpunan itu. Goh Ban Huat, 48, berkata, beliau dan peserta lain terpaksa lari ke lobi Hotel Swiss yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menyelamatkan diri dari tembakan gas pemedih mata. "Selepas 20 minit, 10 anggota polis tendang pintu hotel dan jerit 'tangkap, tangkap!'," kata Goh. "Polis mengarahkan semua yang duduk di lobi untuk keluar, ada orang cakap 'this is a private place' tapi polis tak mengendahkannya," jelas beliau. Menurut Goh, beliau memberi kerjasama penuh supaya tidak dipukul polis. "Saya ingat kalau bagi kerjasama, polis takkan pukul, tapi sebaik saya keluar dari hotel, polis terus tumbuk dan tendang saya," katanya. "Sepanjang perjalanan saya dibawa ke Dataran Merdeka, polis yang lalu lalang juga memaki hamun saya," cerita Goh. Goh merupakan saksi ke-19 dalam sidang ke lapan siasatan awam Suhakam ke atas perlanggaran semasa dan selepas himpunan 28 April lalu. Panel siasatan diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Badan Peguam dan polis turut hadir sebagai pemerhati. | |||
Pakatan Rakyat rancang naik taraf sistem pengangkutan awam Posted: 29 Jul 2012 10:01 PM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Satu pembentangan khusus akan dibuat Pakatan Rakyat sebagai penyelesaian konklusif berhubung sistem pengangkutan awam di seluruh negara. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dalam masa Pakatan Rakyat menawarkan pelupusan duti eksais ke atas kereta, usaha peningkatan kualiti sistem pengangkutan awam turut diberi perhatian serius. "Ia memakan belanja besar dan mengambil tempoh panjang untuk dilaksana iaitu empat hingga lima tahun. Kerajaan sebelum ini menggunakan alasan menaikkan harga minyak, dan wang itu akan digunakan bagi menaiktaraf sistem pengangkutan awam. "Tapi kita tak nampak apa-apa, malahan keadaan makin teruk," kata Rafizi sambil menambah, antara cadangan menaiktaraf pengangkutan awam termasuk rangkaian bas awam yang lebih kerap dan kemas. "(Malangnya) Kerajaan belanjakan sehingga RM100 bilion untuk membina MRT (Mass Rapid Transit) yang hanya akan siap pada 2017 atau 2018," katanya kepada Keadilan Daily. Tambah beliau, struktur pelupusan duti eksais ke atas kereta memberi manfaat besar kepada penduduk di luar Lembah Klang berikutan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur sangat kritikal. "Di Sabah dan Sarawak misalnya, (sistem pengangkutan awam) lebih teruk. Mereka terpaksa guna 4WD (kenderaan pacuan empat roda). Pendekatan ini (pelupusan duti eksais kereta) tak menggangu struktur asas pengangkutan awam. Jelas Rafizi, melalui skim baru tersebut, secara automatik rakyat Malaysia yang membayar ansuran bulanan kereta dapat menjimatkan wang berjumlah RM400 hingga RM500 setiap bulan. "53 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Mereka belanjakan separuh pendapatan bulanan mereka hanya untuk membayar ansuran kereta. "Sementara mencari penyelesaian pengangkutan awam, dalam masa sama kita kena selesaikan disposable income (pendapatan boleh guna)," kata Rafizi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan