Jumaat, 20 Julai 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apa Yang Tak Kena Dalam PKR N9 Sampai Chegu Bard Mengamuk?

Posted: 20 Jul 2012 09:44 AM PDT

Apa yang tak kena ni?

Apa yang berlaku sebenarnya sampai masalah parti diheboh-hebohkan dalam media online?

Pohon perbaiki jika ada apa-apa masalah. Please!!

Kami pohon sangat kepada pemimpin-pemimpin ni. Korang gaduh, kami yang susah nak terangkan kepada orang bawah. Tolong fikir ok!

Hakikat Sebenar Kisah Air Di Selangor

Posted: 20 Jul 2012 06:01 AM PDT

Perangai kapitalis yang pandai ambil untung dan kerja nak ugut dan takutkan rakyat.

Hujan lebat di Kuala Lumpur tapi air nak dicatu?

Apa kes?

Apa hal?

Apa masalah?

Korang yang tak buat kerja atau air yang bermasalah?

Dasar kapitalis!

Anwar : Fitnah Umno Tidak Jejas Imej MB Selangor

Posted: 20 Jul 2012 03:09 AM PDT


BY NORHAYATI UMOR

KLANG 20 JULAI :Walaupun difitnah dengan pelbagai isu, ia langsung tidak menjejaskan imej Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang tiada tolok bandingnya dengan yang sebelum ini, beritahu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor penyebaran fitnah dan tohmahan dalam pelbagai isu ini berpunca daripada Umno-BN.

Bagaimanapun katanya, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Abdul Khalid mampu menyelesaikan masalah dengan baik hanya dalam tempoh empat tahun.

"Dia (Umno-BN) fitnah macam-macam, seolah-olah pemimpin mereka itu baik sangat. Kamu nak fitnah isu Talam, agaknya dia lupa siapa yang bagi tanah kepada syarikat yang tidak bayar apa-apa tetapi geran tanah dapat.

"Bila kita mentadbir, tanah yang beribu-ribu ekar itu sudah nak dilelongkan ke bank, tetapi Menteri Besar ambil balik tanah itu dan kata kita jahat. Umno-BN ini lupa agaknya," katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud berkata Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dilihat seolah-olah mahu menjadi 'hero' dengan mencari kelemahan Kerajaan Negeri.

"Dia tuduh kita. Dia mahu samakan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN yang mengamalkan rasuah. Kenapa MCA yang 'berbunyi', kenapa tidak Umno Selangor? Sebab dia tahu Umno Selangor tidak berani, takut terburai rahsia mereka selama ini. Itu sebab dia mahu laga-lagakan kita, sebab dia sudah kehabisan idea," katanya.

Beliau berkata isu Talam itu berpunca daripada pentadbiran sebelum ini dan kini, Kerajaan Negeri bertindak untuk mengutip balik semua hutang-hutang itu.

Sebelum ini, Tee Yong mendakwa penstrukturan hutang Talam dan Kerajaan Negeri Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM 1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

Akan tetapi sehingga hari ini Tee Yong, tidak kemukan bukti untuk menyokong dakwaan RM 1 billion itu.

Selepas, dibidas DAP dan PAS, Tee Yong pula mendakwa Kerajaan Negeri membeli tanah 2,263 ekar di Bestari Jaya daripada Talam dengan harga RM 42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kenyataan Terkini MB Selangor Berkenaan Isu Air

Posted: 19 Jul 2012 08:14 PM PDT

Baru sekejap tadi MB Khalid menyatakan pendirian beliau dalam tweeter.

Masalah ini sebenarnya bukan isu air kurang atau apa pun.

Mereka saja nak ugut dan bagi rakyat takut dan umno nak menyalahkan kerajaan selangor.

Mereka kena ingat yang rakyat selangor tidak muda ditipu dan diperdaya.

Rakyat selangor sudah cerdik dan tahu tipu daya umno.

Tiada ulasan: