DIALOG RAKYAT |
- Kes liwat Anwar: Mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya sampel DNA
- Umno keliru, pemimpin tertinggi takut kehilangan kuasa selepas 55 tahun berkuasa
- FGV - Untungnya secupak, ruginya segantang
- PKR mahu gunakan isu LRT Ampang sebagai bahan kempen
- 5 warga Bangladesh rentung
- Kutipan hutang: Butiran di Bajet 2013, kata MB Selangor
- Isu hudud: MCA saran Ayub sertai Pas
- Tim menteri: Hudud hanya cadangan ADUN Umno
- Pemerhati p'raya: Tak adil hentam kami, kata SPR
- PAS desak k'jaan jelaskan penamatan tugas Abu Bakar
- Kuota haji Malaysia bakal diketahui Ramadan ini
- Artis Cina berkempen untuk Pakatan Rakyat
- Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...
- Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor? Pendedahan Berani Uncle Seekers. Mohon Siasat Kebenaran!!
- Masalah Banjir Kilat Taman Indah Perdana Berakhir
- MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES
- PBT Disaran Teroka Teknologi Baru Urus Sisa Pepejal
- Wan Azizah: Henti Guna Polis Intip Rakyat Tetapi Perlu Jaga Keselamatan
- MB Selangor dedah laporan kewangan Unisel Ogos
- Kes Scorpene: 153 dokumen polis Perancis didedah
- Dokumen 87 sahkan peranan Najib dalam pembelian Scorpene
- KEADILAN lancar Sismep ke negeri Perdana Menteri
- Tanggungjawab kerajaan beri pendidikan percuma, bukan diskaun
Kes liwat Anwar: Mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya sampel DNA Posted: 03 Jul 2012 07:31 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman bertulis perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati bahawa mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya berhubung integriti sampel-sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan). Beliau berkata sampel-sampel itu mungkin boleh terjejas sebelum ia sampai di Jabatan Kimia untuk dianalisis. Beliau berkata adalah tidak selamat bagi mahkamah untuk bergantung atas keputusan DNA yang diperoleh oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong daripada analisis yang dijalankan ke atas sampel-sampel itu. "Jika itu kesnya, tidak ada keterangan untuk menyokong keterangan Mohd Saiful mengenai ada berlaku penetrasi," katanya dalam penghakiman setebal 80 halaman yang dikeluarkan kepada media hari ini. Hakim Mohd Zabidin berkata mahkamah hanya ada keterangan Mohd Saiful untuk membuktikan penetrasi. "Ini adalah satu kesalahan seksual, ia adalah undang-undang lapuk yang mahkamah sentiasa enggan untuk mensabitkan orang yang dituduh semata-mata atas keterangan pengadu (Mohd Saiful) yang tidak disokong. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan," katanya. Pada 9 Januari lepas, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar, 64, yang juga pemimpin pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, mahkamah mendapati ia tidak sepatutnya ada sebarang bantahan berhubung dapatan mereka mengenai "ada berlaku penetrasi" berdasarkan keterangan Dr Seah. "Bagaimanapun, sama ada keterangan daripada tiga doktor ini boleh menyokong PW1 (Mohd Saiful) berhubung ada berlaku penetrasi bergantung sepenuhnya terhadap sama ada dapatan dan laporan PW5 (Dr Seah) boleh dipercayai atau tidak. Ini juga banyak bergantung kepada integriti sampel berkenaan," katanya. Tiga doktor dari HKL itu ialah Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Mohd Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful, pada 28 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden yang didakwa liwat itu. Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Zabidin juga berkata satu ramuan yang kritikal perlu dibuktikan terhadap pertuduhan itu adalah berlakunya penetrasi. Beliau berkata pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya atas keterangan Dr Seah untuk menyokong keterangan Mohd Saiful mengenai ada berlaku penetrasi. Mengenai isu air mani yang dijumpai atas calitan rektal pengadu, Hakim Mohd Zabidin berkata Dr Seah hanya memberikan keterangan lisan semata-mata mengenai apa yang didakwanya tanpa sebarang keterangan fotografik. Kedua-dua pakar DNA yang dipanggil oleh pasukan pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian Mc Donald mempertikai dapatan Dr Seah dimana mereka memberi keterangan seseorang mendapati sukar dalam mengumpul apa-apa nilai spesimen daripada DNA yang boleh diperoleh melepasi 36 jam selepas dakwaan serangan seksual. Kedua-dua pakar itu juga mempertikai saksi pendakwan mengenai dapatan air mani "lelaki Y" dalam dubur Mohd Saiful memandangkan sampel itu tidak dikendali dengan sewajarnya. Hakim Mohd Zabidin berkata walaupun ketiga-tiga doktor dari HKL, yang mengumpul sampel daripada Mohd Saiful, juga berpendapat berlakunya penembusan zakar berdasarkan pendapat mereka dalam isu ini atas keterangan Dr Seah yang berkata beliau mendapati air mani yang beliau panggil "lelaki Y" dalam sampel-sampel yang diambil daripada rektal atas dan bawah Mohd Saiful. "Milik siapa "lelaki Y" ini, pihak pendakwaan bergantung atas keterangan PW6 (ahli kimia, Nor Aidora Saedon) yang mendapati profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel yang ditemui daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman untuk memadankan dengan DNA yang dijumpai oleh PW5 (Dr Seah) yang diambil daripada bahagian atas dan bawah rektal Mohd Saiful," katanya. Beliau berkata adalah jelas, sokongan mengenai ada berlaku penetrasi daripada semua saksi bergantung kepada dapatan Dr Seah mengenai analisis yang beliau lakukan ke atas rektal atas dan bawah Mohd Saiful. Hakim berkata, adalah penting pada penutup kes pembelaan untuk menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengumpulan, pengendalian, menganalisis sampel-sampel yang diambil daripada Mohd Saiful. Hakim itu juga menyentuh testimoni pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira yang mengaku bahawa beliau menyimpan sampel-sampel yang diambil daripada Mohd Saiful dalam biliknya walapun Dr Siew memberitahu beliau supaya menyimpannya dalam sebuah peti ais. Tambahan pula, beliau berkata DSP Judy dalam keterangannya berkata beliau membuka beg plastik yang diserahkan kepadanya oleh Dr Siew dan beliau mendakwa ia dilakukan secara peribadi bagi pelabelan semula bekas itu. "Pada pandangan saya ini tidak perlu memandangkan bekas itu sudahpun dibungkus dan dilabel oleh pakar-pakar yang mengumpulnya," kata Hakim Mohd Zabidin. Katanya beliau juga mengambil kira keterangan kedua-dua pakar DNA yang dipanggil oleh pihak pembelaan, Dr David Wells di mana beliau membuat kesimpulan bahawa bekas-bekas itu boleh diusik di mana cop mohornya boleh ditanggalkan atau dipaterikan semula. "Dengan membuka bekas itu, keyakinan dalam integriti sampel-sampel itu telah hilang," katanya. Hakim Mohamad Zabidin juga berkata beliau mengambil kira testimoni seorang lagi pakar pembelaan Dr Thomas Hoogland yang memberi keterangan bahawa berikutan kecederaan yang dialami Anwar, pakar itu berpendapat ia adalah sangat tidak mungkin bagi tertuduh untuk dapat melakukan liwat melalui cara yang diterangkan oleh pengadu. Hakim Mohamad Zabidin berkata apabila memanggil Anwar untuk membela diri atas pertuduhan di akhir kes pendakwaan, tidak ada pertikaian bahawa Anwar adalah orang yang mengarahkan Mohd Saiful untuk pergi ke kondominium itu pada kira-kira pukul 2.15 petang, 26 Jun, 2008. Beliau berkata, imej Mohd Saiful menaiki lif ke salah satu unit kondominium dirakamkan oleh sistem CCTV kondominium itu. Beliau juga berkata seseorang yang menyerupai tertuduh dilihat menaiki lif dan dirakamkan oleh sistem CCTV, mengesahkan kehadiran tertuduh berdekatan dengan tempat kejadian jenayah semasa tempoh yang disebut dalam pertuduhan. Hakim itu berkata keterangan sokongan mengenai apa yang terjadi antara Anwar dan Mohd Saiful dalam unit di kondominium itu boleh didapati dalam sejarah perubatan insiden itu seperti yang diberitahu oleh Mohd Saiful. Beliau juga berkata Dr Siew dalam keterangannya juga berkata beliau dimaklumkan oleh Mohd Saiful bahawa beliau (Mohd Saiful) diliwat oleh seorang tokoh masyarakat berprofil tinggi. - Bernama | ||
Umno keliru, pemimpin tertinggi takut kehilangan kuasa selepas 55 tahun berkuasa Posted: 03 Jul 2012 07:06 AM PDT Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Pada era dimana setiap Presiden atau Perdana berada di bawah pemerhatian teliti rakyat. Si pemimpin tidak akan boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti tanpa diketahui oleh orang ramai termasuklah maklumat yang sulit. Ini kerana, jadualnya bagi satu tahun telah dirancang dengan lebih awal. Namun, ada kalanya butiran yang disebarkan kepada orang awam hanyalah apa yang dilaporkan oleh media mengikut arahan pihak atasan - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu sahaja dan bukan apa yang mereka perlu tahu. Dan ini adalah asas mengapa media alternatif perlu wujud, bagi menceritakan versi yang berbeza untuk peristiwa yang sama, dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan akal untuk membuat penilaian dan kesimpulan sendiri. Walau media dikawal, Najib gagal yakinkan rakyat Setakat ini, terdapat laporan berita dan gambaran keadaan politik dalam media arus perdana, yang semuanya sudah tentu dikawal oleh kerajaan – inilah sebab utama mengapa Malaysia dikatakan tidak mempunyai kebebasan media. Oleh itu, akhbar alternatif memainkan peranan dengan melibatkan semua pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan NGO untuk mendapat publisiti dan bukannya di media arus perdana sahaja. Kini, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung, liputan yang paling banyak tertumpu pada UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Daripada jutaan maklumat yang disampaikan, ia boleh disimpulkan bahawa gambaran keseluruhannya di Malaysia tidak menggalakkan dengan masa depan yang tidak menentu, walaupun banyak laporan memberangsangkan yang berjaya dihebahkan oleh akhbar arus perdana. Mengapa agaknya walaupun mengawal saluran seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio yang hebat, Najib dan UMNO masih dilihat sebagai pengamal rasuah dan tidak berkesan? Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa media alternatif Malaysia dan laman web pro-pembangkang sangat berkesan. Mereka yang dibiayai dengan cukup pula cenderung memberi laporan berkenaan BN-UMNO tetapi masih memberi ruang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Mereka yang pro-pembangkang beroperasi dengan dana yang ketat dan sering digambarkan seperti tidak wujud.Walau bagaimanapun, mereka amat berkesan kerana kebijaksanaan individu dan kelebihan memilih isu-isu yang menjadikan Najib dan BN cemas, sekaligus mengurangkan kredibiliti para pemimpin ini. Tekanan gabungan alternatif dan akhbar pro-pembangkang sering memaksa Najib ke satu sudut kecil, malah, meliputi hampir semua isu-isu yang timbul sejak dia mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Perhatian ini telah membuat rakyat sedar bahawa tidak semua dasar yang dicadangkan PM dan parti pemerintah UMNO baik untuk negara. Lebih teruk dari Badawi Najib kini telah 'flip-flop' berkali- kali sehingga penganalisis politik mengatakan dia telah menjadikan Abdullah Badawi kelihatan seperti orang yang berpendirian kukuh! Badawi dahulunya telah digelar sebagai PM 'Sleeping Beauty' Malaysia untuk tempoh masa yang singkat, dimana Najib mungkin sudah lepasi dan ramai yang meramalkan pemerintahannya akan berakhir dengan legasi yang lebih teruk daripada Badawi. Tiada apa yang dirancang Najib dilaksanakan dengan sepenuhnya atau berada di landasan betul dan selalunya terhenti separuh jalan.Selepas mengambil alih daripada Badawi, keadaan sosial, politik dan keadaan ekonomi menjadi semakin teruk ditambah dengan undang-undang dan ketenteraman di negara ini yang kritikal. Untuk ini, Najib telah dipersalahkan kerana menyebabkan orang ramai lebih ragu akan integriti kehakiman dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak. Pada saat-saat akhir ini, untuk PM yang memegang tempoh pemerintahan penggal pertama, dia telah sepatutnya mengadakan pilihan raya umum. Keadaan sekarang benar-benar menunjukkan kepada kita akan sokongan lemah terhadap dirinya. Walaupun kaji selidik menunjukkan bahawa dia semakin popular dalam BN, masuklah ke kedai kopi dan tanya; kebanyakan orang akan menggelengkan kepala mereka dan mengakui bahawa Najib tidak pantas memimpin Malaysia keluar dari ketidaktentuan. Dalam Umno, pertengkaran, perbalahan, pengkhianatan dan perbuatan mensabotaj semakin menjadi-jadi terutamanya apabila Najib telah memutuskan untuk mengadakan PRU ke-13 hanya selepas pemilihan dalaman UMNO. UMNO telah berpecah dan ia telah mencapai tahap di mana ia tidak boleh dibendung. Setiap pemimpin atasan UMNO telah membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain dalam usaha untuk mencuri perhatian. Dari kumpulan ini, tiada seorang pun yang lebih menonjol selain bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang kini dianggap sebagai Perdana menteri de-facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib akan kehilangan pekerjaannya sebelum tahun ini berakhir. Pemimpin UMNO lain sibuk dengan agenda sendiri Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bercanggah dengan Najib mengenai beberapa isu, seperti menjadi orang Melayu lebih penting dari menjadi rakyat Malaysia. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak ragu-ragu membuat Najib kelihatan seperti pengecut kerana tidak menyahut cabaran perdebatan awam dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Atas inisiatif sendiri, Khairy telah berdebat dengan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.Dia telah melakukannya sebanyak dua kali - pertama di London dan kedua di KL berkenaan isu PTPTN. Ini membolehkan orang ramai menilai kepimpinan dan kualiti para peserta dan secara tidak langsung mengalihkan semua tumpuan kepada Najib kenapa dia terus menolak pelawaan Anwar. Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlekehkan perhimpunan besar BERSIH 3.0 untuk pilihanraya yang bersih, memperbodohkan dirinya apabila mengumumkan bahawa mereka menggunakan teknik yang diguna pakai oleh BBC dan menyatakan bahawa bilangan penunjuk perasaan hanyalah 22.741 apabila jumlah sebenar adalah sekitar 250,000 Dan seseorang dalam UMNO semestinya telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan seramai 100,000 yang hadir pada ulang tahun ke- 66 UMNO apabila jumlah sebenar adalah kurang daripada 50,000. Klip video yang ditunjukkan di saluran TV kerajaan menggambarkan peserta BERSIH 3.0 sebagai pengganas telah menjadi ejekan dan diabaikan oleh orang ramai yang lebih suka menonton rakaman sebenar yang boleh didapati di Youtube, yang telah mendedahkan polis melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan. Malah, askar siber UMNO yang dibayar RM300, 000 sebulan sudah semakin senyap. Ulama UMNO (ulama agama ) seolah-olah buat tidak tahu, dibebani oleh percubaan menjadikan UMNO nampak lebih alim apabila skandal seks dan rasuah pemimpin begitu berleluasa. Shafie Apdal tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak menyerahkan jutaan ringgit pada pelakon popular Zahida Rafik. Najib bukan hanya perlu menutup skandal besannya, Maira Nazarbayev, yang kononnya 'mencuri' kondo mewah bernilai USD 20 juta daripada bekas suaminya, malah akan diheret ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan kerana didakwa menerima 114 juta euro atau rasuah RM570 juta kerana bersetuju beli 2 kapal selam Scorpene dari DCNS pasti menghantui fikirannya. Di seluruh negara termasuk kebanyakkan negeri Ahmad Shabery, yang menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini membazirkan sekurang-kurangnya RM20 juta wang pembayar cukai untuk mewujudkan satu gambaran palsu akan populariti UMNO, juga telah gagal. Jauh sekali dipuji, Shabery dikutuk pula oleh rakyat Malaysia yang ingin tahu kenapa dia tidak bertanggungjawab kerana membelanjakan RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-pop hanya untuk memastikan belia menghadiri acara itu. Apabila perlumbaan kereta dicemari oleh kemalangan yang mencederakan 17 penonton, Shabery melakukan apa yang biasanya dilakukan burung unta - mengebumikan kepalanya dalam pasir! Sementara itu, Raja Nong Chik menteri wilayah persekutuan masih meneruskan perbalahan dengan Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Orang lama UMNO, Rafidah Aziz masih mencari peluang politik walaupun dia kini berusia awal 70-an. Rafidah cuba untuk mengambil kesempatan daripada kejatuhan Shahrizat akibat rasuah RM250 juta NFC dengan meminta dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO, tetapi Shahrizat berjaya mempengaruhi Najib untuk menyokong dirinya. Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat mempunyai pengaruh ke atas Najib dan ia mungkin ada kena mengena dengan sebuah apartmen bernilai RM1.7 juta yang dibeli di Kazakhstan, yang didakwa adalah hadiah perkahwinan untuk anak perempuan dan Najib dan menantunya, anak Maira. Idris Jusoh bekas Menteri Besar Terengganu masih cuba mensabotaj ketua menteri, Ahmad Said apabila terdapat peluang untuk berbuat demikian. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar dengan pengarah pilihan raya BN Mohd Zin ditolak oleh ahli-ahli UMNO Selangor mentah-mentah, bersama-sama dengan yang lain yang turut menyimpan hasrat seperti Noh Omar dan Ezam Mohd Noor. Sepupu Najib sendiri dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein tidak yakin untuk bertanding di Semberong, di mana ada kemungkinan dia akan dikalahkan. Ghani Othman Menteri Besar Johor telah memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama dan sekaranng, pemimpin UMNO yang lain sedang berbalah untuk menjatuhkan dirinya sekaligus menjadikan pertikaian dalaman parti semakin parah. Di Perak, Zambri Kadir yang tidak popular tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa kerajaan itu akan kekal di bawah BN selepas PRU ke-13. Jika dia berbuat demikian, dia hanya akan disindir dan dihina dengan lebih teruk lagi. Sarawak berada bawah kawalan penuh Ketua Menteri Taib Mahmud dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengawal Taib sama sekali. Sebaliknya, ia adalah Najib yang menjadi orang suruhan Taib. Manakala di Sabah, Pakatan Rakyat terpaksa merahsiakan pelan tindakan mereka sehingga PRU ke-13 diumumkan kerana ada kebimbangan bahawa BN akan menggunakan wang untuk mematahkan rancangan pakatan dengan menggunakan ahli-ahli politik tempatan. Mahathir menggalakkan keganasan? Mahathir juga telah secara aktif menuding jari pada orang lain. Dia telah mendakwa bahawa BN menjadi lemah kerana Badawi, tetapi dia sebenarnya prejudis terhadap Badawi kerana melindungi Najib, ini kerana Najib akan menjaga kepentingannya dengan lebih baik. Berdasarkan senario di atas dan banyak lagi yang mungkin akan mengambil terlalu banyak ruang dan masa untuk disebut, peluang BN untuk menang dalam PRU ke-13 sangat sukar walaupun penganalisis pro-UMNO menegaskan bahawa parti pemerintah dengan mudah akan mengekalkan 137 Parlimen kerusi yang dipegangnya. Fakta ini membuktikan bahawa UMNO-BN boleh dikalahkan. Bekas MB Selangor Khir Toyo Selangor yakin bahawa Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak negeri juga akan dimenangi oleh Pakatan. Kenyataan Mahathir hanya mempunyai sedikit kebenaran apabila dia bahawa BN kehilangan lima negeri dan menyaksikan majoriti yang kurang bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN telah lemah. Tetapi selepas empat tahun, rakyat boleh melihat sendiri bahawa pihak pembangkang telah menjadi lebih kukuh manakala UMNO-BN bertambah lemah. Oleh itu, kedua-dua Mahathir dan Najib telah membuat ancaman bahawa mungkin ada keganasan sekiranya terdapat perubahan rejim. Pada asasnya, UMNO tidak mempunyai rancangan sendiri untuk terus berkuasa. Setakat ini, ia telah meletakkan semua harapannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk meraih hasil pilihan raya yang menggalakkan tetapi diberi tentangan hebat daripada perhimpunan Bersih oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, penjawat awam termasuk polis tidak lagi yang berminat untuk menipu demi menjaga kepentingan UMNO dan BN. Tiada siapa yang mahu dipersalahkan atau ditangkap kerana menipu apabila bencana yang bakal berlaku pada UMNO semakin mendekat dari hari ke hari. Sudah tentu UMNO masih akan menipu apabila tiba PRU ke-13 nanti menjadi PRU yang paling kotor pernah berlaku di Malaysia. Tetapi itu tidak lagi dapat menjamin kemenangan UMNO-BN, maka Najib mula berdalih untuk memberikan lebih masa untuk merancang. Menerima hakikat akan kalah dan membuat rancangan keluar Jadi ia jelas bahawa UMNO perlu menghadapi prospek kekalahan. Ia merupakan tambahan 'beban' bagi elit pemerintah UMNO untuk merancang strategi keluar, tetapi mereka telah berbuat demikian. Perkara pertama yang mereka telah cuba dapatkan adalah wang TUNAI. Pemerhati telah mendakwa tawaran yang dibuat kepada Syed Mokhtar, kroni jutawan UMNO yang dipercayai melakukan penswastaan aset negara pada harga diskaun yang tinggi adalah kerana dia boleh menyimpan wang itu untuk mereka! Kerana UMNO mempunyai pengalaman menghasut kepada tercetusnya kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, tidak mustahil ia akan cuba menggunakan taktik yang sama sekali lagi untuk terus berkuasa. Tetapi rakyat sekarang sudah celik untuk menghidu permainan perkauman yang ketinggalan zaman UMNO itu. Tidak salah jika dikatan bahawa 13 Mei adalah risiko besar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkannya tetapi Najib sebagai PM perlu bertanggungjawab jika rusuhan berlaku di luar kawalan. Yang pasti, dia akan memusnahkan legasi sendiri dan nama keluarganya jika cuba untuk menggunakan kekerasan seperti dalam krisis di Perak. Rakyat Malaysia telah menunjukkan melalui Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak akan dipermainkan lagi dan akan berdiri menghadapi rejim BN jika mereka cuba untuk melakukan sesuatu yang melampau. Akhirnya, rakyatlah yang akan memaksa UMNO-BN untuk meninggalkan Putrajaya dengan cara halus. Sudah terdapat tanda-tanda bahawa UMNO sedang mempelajari dengan cara yang sukar bahawa ini adalah keputusan yang mereka perlu hormati. Ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk mahukan perubahan dan akan mengundi Pakatan Rakyat. Akhirnya, Najib dan UMNO hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri. Keputusan berada dalam tangan mereka untuk menentukan jenis tindakan perlu mereka ambil, tetapi ada peluang yang mereka akan sedar dan menolak Mahathir yang mempunyai niat melakukan keganasan untuk melindungi dirinya dan kekayaan keluarganya, dan menyerahkan kuasa melalui proses yang aman dan damai. Malaysia Chronicle | ||
Posted: 03 Jul 2012 06:51 AM PDT Sekarang, Umno-BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluarWritten by Moaz Nair, Malaysia ChronicleNajib boleh merayu kepada rakyat untuk menyelamatkan BN (Barisan Nasional) dari tersungkur dalam pilihan raya umum yang akan datang. Namun, dia tidak sedar bahawa kemantapan politik dan kestabilan ekonomi kekal sebagai idea sahaja apabila rasuah berleluasa dalam kerajaan. Rasuah atau penyalahgunaan kuasa awam adalah sinonim dengan urus tadbir yang buruk bagi sesebuah negara "UMNO dan BN bergelumang dengan skandal dan rasuah, ekonomi yang parah dan akhir-akhir ini yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa asing sedang meneliti akaun bank rakyat Malaysia yang terkenal termasuklah ahli politik," komen seorang ahli parlimen yang senior. "Tiada apa yang memberi petanda baik bagi kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi. IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah dibongkar oleh pihak pembangkang yang kuat di negara ini sekarang. Ini akan meletakkan negara setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil. Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Kestabilan ini hanya boleh ditambah apabila terdapat sistem dua-parti. Menyemak dan memberi imbangan adalah penting dalam memastikan bahawa terdapat demokrasi yang sihat, akauntabiliti dan tiada penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. Menindas pembangkang dengan pembohongan dan kebencian akan menampakkan kerajaan yang sedang memerintah kurang bijak. "Untuk memastikan kemantapan politik hanya ahli politik yang mempunyai integriti, cekap dan tidak rasuah dipilih untuk menerajui negara," komen seorang pensyarah universiti. Bukti pentadbiran yang cekap Sistem dua-parti di negara ini telah merintis jalan bagi kedua-dua BN dan PR bersungguh dalam menjaga kepentingan negeri-negeri di negara ini. Bukti tadbir urus yang baik boleh dicontohi dari empat negeri di bawah kerajaan PR (Pakatan) - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - yang merintis jalan bagi ketelusan untuk semua negeri-negeri lain contohi. Kejayaan negeri-negeri di bawah PR adalah bukti bahawa negara tidak akan berada dalam bahaya atau terjerumus dalam bankrupsi jika pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara. Kepastian politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini, pelabur yakin bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua negeri yang paling berjaya dan stabil di negara ini. Kedua-dua negeri mencapai yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi bagi empat tahun yang lalu. Negri-negeri ini diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi. Kedah dan Kelantan juga telah ditadbir dengan baik. Jumlah gabungan pertumbuhan ekonomi di empat negeri di bawah PR adalah yang tertinggi berbanding dengan jumlah gabungan semua negeri-negeri di bawah pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebabnya adalah mereka tahu bagaimana menjana pendapatan, tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran. Selangor, misalnya, telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, iaitu RM1.9 bilion bagi tahun lepas. Tiada yang lebih nyata Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta. Oleh itu, tiada apa yang lebih membuktikan kejayaan daripada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sekarang. Kecekapan dan bebas daripada rasuah telah memainkan peranan dalam kemakmuran ekonomi dari segi perbandingan yang dinikmati oleh negeri-negeri ini sejak kerajaan PR mengambil alih. Negeri-negeri ini telah menyaksikan kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam aspek sosial dan agama juga. Sama ada BN atau PR, akan sentiasa ada kemantapan politik di negara ini. Satu-satunya cara untuk memastikan keadaan ini berlaku adalah untuk memberi imbangan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dengan mempunyai pihak pembangkang yang kuat. Dalam konteks tempatan, pihak pembangkang kini boleh jadi sama ada BN atau PR - terima kasih kepada kemunculan sistem dua parti di negara ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat. Negara ini kini mempunyai empat negeri yang berjaya di bawah PR di mana BN adalah pembangkang. Di semua negeri-negeri lain PR merupakan pembangkang. Kejatuhan rejim Rasuah dalam semua bentuk menghalang kepastian politik bagi BN untuk terus berkuasa. Dengan PR membuat jalan masuk utama di kebanyakan negara pilihan raya umum akan datang dapat melihat perubahan dalam persamaan politik di negara ini. Ideal, tiada satu parti politik atau gabungan harus menerajui kuasa selama beberapa dekad sebagai hal makan Rasuah baka ini akan. Sejarah telah membuktikan bahawa rejim-rejim ramai yang telah runtuh pada masa lalu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi mereka. Rasuah dalam semua bentuk telah membawa perubahan kepada kerajaan di seluruh dunia. Sejarah telah menyaksikan bagaimana negara-negara di masa kini dan masa lampau yang telah berada di bawah kuasa berwibawa tunggal selama beberapa dekad tetapi akhirnya runtuh dengan cara berdenyut. Dekad kuasa tidak dicabar atau penindasan rakyat seperti 'bom masa' menunggu untuk meledak dan bagi rejim di negara-negara ini ke gua. Apabila pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin, krisis bermula. Selepas atau sebelum kejatuhan mereka, kumpulan-kumpulan yang mementingkan diri sendiri akan mencari jalan untuk meninggalkan negara ini berserta kekayaan secara haram yang dikumpul mereka yang berada di luar negara dan di bank-bank asing. Ahli keluarga terdekat mereka menjadi jutawan dan mempunyai harta dan rumah mewah di negara-negara maju. Banyak negara yang mempunyai pemimpin seperti Ferdinand Marcos di Filipina dan Hosni Mubarak Mesir menghadapi nasib yang sama sebagai contoh. 'Isteri mahal' Ferdinand Marcos adalah seorang ahli politik Filipina yang memegang gelaran Presiden Filipina selama lebih daripada dua dekad (1965-1986). Pentadbirannya kemudian dicemari oleh kezaliman autoritarian, politik, dan pencabulan hak asasi manusia. Tahun 1986 menyaksikan penyingkirannya dari kuasa dan akhirnya hidup dalam buangan di Hawaii. Ia kemudiannya didapati pula, dalam tempoh 20 tahun dia berkuasa, dia dan isteri 'mahalnya', Imelda Marcos telah memindahkan berbilion-bilion dolar yang digelapkan dari dana awam ke akaun dan melabur di Amerika Syarikat, Switzerland, dan juga negara-negara lain. Kerosakan yang dilakukan begitu teruk sekali walaupun selepas rejim Marcos telah lama berlalu IPR negara itu masih berada pada 2.8-3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Korupsi dan penyalahgunaan kuasa IPR bagi Mesir ialah 2.8 ke 3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Hosni Mubarak berkhidmat sebagai Presiden keempat Mesir selama lebih kurang 3 dekad dari 1981 ke 2011. Mubarak digulingkan setelah 18 hari demonstrasi revolusi Mesir 2011. Mubarak dan kedua-dua anaknya telah ditahan dan disoal mengenai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keluarga ini dikatakan telah menjadi antara orang terkaya di dunia. Ia telah dilaporkan bahawa keadaan rasuah semasa pemerintahan presiden Mubarak tidak terkawal. Kerajaan Mesir di bawahnya dilengkapi peraturan-peraturan birokrasi, keperluan pendaftaran, dan kawalan lain yang sering memerlukan rasuah. Rasuah masih menjadi masalah utama di bawah Mubarak, yang telah berjanji untuk melakukan banyak perubahan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk menanganinya dengan lebih berkesan. Pada tahun 2010, laporan TI mengenai IPR Mesir menunjukkan skor CPI sebanyak 3.1, berdasarkan persepsi tahap rasuah daripada ahli perniagaan dan penganalisis negara. Banyak negara telah menghadapi ketidaktentuan politik bukan disebabkan rakyat atau pembangkang tetapi ahli politik yang sibuk mencari harta dalam kerajaan yang diperintahnya dan mencuri melalui cara yang licik. Lebih menjejaskan UMNO Kemantapan atau kestabilan politik sekali lagi fungsi banyak faktor lain, termasuk kerajaan sedia ada yang sanggup melepaskan pentadbiran jika mendapati pentadbirannya tidak cukup baik dan tidak berkesan. Hanya apabila rejim enggan melepaskan kuasa apabila kehilangan dalam pilihan raya akan menyebabkan ketidaktentuan politik. "Menukar kerajaan secara demokratik akan sentiasa dipastikan kestabilan politik dan ekonomi," kata seorang pemerhati politik tempatan. "Hanya apabila kerajaan yang sedia ada enggan menerima kekalahan dan melepaskan kuasa akan mendatangkan masalah," katanya lagi. Selagi demokrasi dihargai, negara akan maju tanpa gangguan walaupun pakatan lain mengambil alih pemerintahan. Jika ada sekalipun ketidaktentuan politik di negara ini, ia akan memberi kesan kepada UMNO lebih daripada PAS - dua parti didominasi Melayu di negara ini. Menyemarakkan polarisasi kaum dan agama tidak baik untuk para pelabur. Apabila UMNO memainkan isu perkauman orang akan dapat meneka bahawa ini akan membawa kepada ketidaktentuan politik atau survival UMNO itu sendiri. Hubungan antara kaum di negara ini mujurnya telah diredakan oleh PAS - parti yang telah menunjukkan tindakan munasabah apabila menyentuh kepada hubungan antara kaum. Selain itu, perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini juga telah membuktikan kepada pelabur bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bersatu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah kerajaan yang tidak menghiraukan pilihanraya yang bebas dan adil. Rakyat sekarang cukup bijak menilai sifat perkauman dalam cara politik UMNO. Mereka juga menganggap kerajaan sebagai korup dan tidak cekap dalam menguruskan dana negara. "Perkauman, kerajaan yang tidak cekap dan rasuah bertanggungjawab untuk menyukarkan kehidupan rakyat," kata graduan universiti berusia 28 tahun. "Jika ini dibiarkan sahaja, ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik di dalam negara. Ia sebenarnya akan menjejaskan UMNO daripada parti lain, "katanya. Platform alternatif Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara. Tanpa persaingan dalam politik aka nada monopoli kuasa yang akan menjurus kepada korupsi, ketidak cekapan dan penyalahgunaan dana awam. BN tidak boleh dibenarkan untuk memonopoli kuasa. "Merekalah sumber ketidaksatbilan kerana wang pembayar cukai dibazirkan dan menjadikan hidup sengsara bagi kebanyakkan rakyat Malaysia," komen seorang usahawan di Kuala Lumpur. " Amalan korupsi telah meletakkan BN dalam keadaan tidak baik dimata rakyat," katanya lain. Meraka yang mahukan perubahan bukanlah mahukan kekacauan tetapi ingin mendapatkan keadaan politk dan ekonomi yang stabil untuk negara. Najib terpaksa mencari apakah sebab berlakunya ketidakstabilan politik dalam kerajaan, bukan rakyat. Ternyata, apa yang tidak pasti disini adalah masa depan politik UMNO apabila PAS sudah menjadi parti pilihan untuk menggantikan Adakah UMNO dan BN sudah tidak relevan kepada negara ini?-Malaysia Chronicle | ||
FGV - Untungnya secupak, ruginya segantang Posted: 03 Jul 2012 06:45 AM PDT Aspan Alias Saham FGV (Felda Global Ventures) ditutup dengan harga RM5.39 semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat kenaikan harga sebanyak 84 sen. Tahniah kepada sesiapa yang mendapat tawaran dengan jumlah yang besar yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa baru-baru ini. Jika Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada pasaran hari semalam. Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-penoroka dapat hasil dari penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak peneroka dapat membeli setidak-tidaknya sebuah kereta kancil 'second hand' Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya. Setelah ditolak kos 'processing' sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja. Jika harganya naik sampai RM10 sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum ditolak kos 'pemprosesan' yang dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini kita nampak peneroka hanya mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan besar ialah orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke tanah rancangan Felda itu. Setelah bertungkus lumus selama 50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan seperti kerbau yang membajak sawah pagi ke petang, tetapi tikus yang gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk padi. Bagi saya peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan penyenaraian itu. Tetapi apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat kegembiraan kerana percaya kepada tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru itu. Dalam isu ini peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka. Sekarang ada peneroka yang sudah mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh pimpinan kita untuk kepentingan saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya boleh berkata di dalam hati kami "padan muka!" sahaja. Tidak tahu lah berapa lama peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu dua hasil dari penyenaraian itu. Mereka sahajalah yang akan merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat tahu tidak lama lagi ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan FGV. KPF tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam 'special purpose vehicle' (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai saham besar di dalam FGV. Dividen dan sebagainya akan diterima oleh Felda Asset Holding sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah terpisah dengan FGV bermula dari sekarang. In the first place, apa perlunya Felda disenaraikan kalau tidak kerana kepentingan setengah pihak yang berwajib? Selalunya syarikat akan disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua sebab sahaja dan Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan. Pertamanya jika seseorang itu telah berjaya membina syarikat peribadi mereka dengan jayanya dan ingin untuk berehat kerana elemen umur dan sebagainya mereka akan senaraikan di pasaran jika telah melepaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual setengah dari saham mereka kepada 'public' dan mereka akan memberikan pemegang saham yang baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan mesyuarat agung syarikat untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurus-pengurus yang berkelayakan untuk meneruskan perniagaan syarikat tersebut. Sebab keduanya ialah jika syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya, mengapungkan sahamnya dipasaran merupakan cara yang paling lazim kerana dengan cara itu syarikat akan memperolehi dana awam untuk kegunaan memperkembangkan perniagaan syarikat. Tetapi dalam kes Felda ini apa perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang dikatakan sangat berjaya itu memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga RM5 billion setahun? Felda tidak perlu mendapatkan dana dari terbitan awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga? Pendeknya penyenaraian Felda ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak lain, bukannya untuk kepentingan peneroka kita…...kadang-kadang sedih juga melihat bagaimana peneroka yang telah berhempas pulas untuk meneroka tanah itu selama lima puluh tahun akhirnya setelah begitu berjaya datanglah pihak lain untuk meraih keuntungan dari penat dan jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu. Peneroka hanya disogok sebanyak RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju untuk melakukan kerja yang amat menyayat hati kepada siapa yang nampak tujuan tidak molek setengah pihak untuk menyenaraikan saham-saham Felda kepada awam. Tapi nak kata apa? Pemimpin utama kita lupa pada dasar asal Felda itu ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini dapat untung secupak ruginya segantang. | ||
PKR mahu gunakan isu LRT Ampang sebagai bahan kempen Posted: 03 Jul 2012 06:27 AM PDT PETALING JAYA — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu menggunakan isu tender dalam bidaan projek tambahan LRT Ampang sebagai bahan kempen untuk pilihan raya akan datang walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tender tersebut dilakukan secara teliti Jumaat lalu. "Kami akan turun ke kawasan dan berkempen tentang isu ini, terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan memberitahu maklumat-maklumat teknikal, supaya mereka tahu campurtangan Najib ini membahayakan penduduk setempat", kata Rafizi dalam sidang media pagi tadi. Menurut Rafizi (gambar), laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan. Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) Datuk Shahril Mokhtar melalui sepucuk surat bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi oleh Najib sendiri. Keputusan penilaian dari Halcrow juga menyatakan George Kent tidak ada kepakaran membina projek LRT sebaliknya membuat meter air. Halcrow dalam laporan yang diberikan oleh Rafizi melaporkan bahawa George Kent juga sebelum ini hanya membuat projek bernilai RM40 juta tetapi projek ini bernilai RM1 billion, dan diragui kemampuannya untuk menguruskan projek dengan baik. "Bagaimana kita mahu percaya projek ini bakal berjalan dengan baik kalau syarikat ini tidak pernah menjalani projek besar sebelum ini?" Rafizi mempersoal kemampuan syarikat George Kent. Menurut Rafizi, JPMK telah memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu. Rafizi memohon Najib untuk menjelaskan campurtangan beliau dalam bidaan tersebut. Menurut Rafizi ini penting bagi memastikan rakyat mengetahui fakta sebenar memandangkan projek ini melibatkan keselamatan rakyat dan tidak mahu laluan asal LRT Ampang tidak terjejas dengan projek ini. Beliau bimbang sekiranya projek sambungan LRT yang bernilai RM1 billion ini terdapat penyelewengan ia memungkinkan berlakunya penyelewengan dalam projek lebih besar seperti MRT. Rafizi mendakwa projek MRT telah melambung dari RM37 billion kepada RM100 billion dan dia memantau hutang negara dengan membandingkan dengan ratio Kadar Dalam Keluaran Kasar (KDNK). | ||
Posted: 03 Jul 2012 06:21 AM PDT PUCHONG – "Hanya seminit sahaja saya dapat dengar jeritan rakan-rakan meminta tolong di bilik tingkat atas sebelum suara itu lenyap." Demikian kata M D Rubel, 27, salah seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran mengorbankan lima warga Bangladesh di Puchong Perdana, awal pagi tadi. Rubel berkata, pada mulanya dia menyangka enam lagi penghuni rumah teres dua tingkat itu terselamat apabila jeritan meminta tolong tidak lagi kendengaran. Bagaimanapun, hatinya luluh apabila mendapat tahu rakan serumah yang semuanya warga Bangladesh, Sarova Baboo, 27;, Ruman, 27;, Mohd Baser, 27; Mohd Farouk, 24; Abdullah Al Farhad rentung akibat terperangkap dan gagal menyelamatkan diri. Katanya, kejadian mula disedari apabila dia terasa bahang dan mendapati bekalan elektrik di dalam bilik tidurnya di tingkat bawah terputus. Dalam kejadian itu, hanya dia dan seorang lagi rakan, Billal Hussein yang tidur di ruang tamu dapat menyelamatkan diri. Tanpa menyangka kejadian buruk menimpa, Rubel mendakwa dia terus membuka pintu bilik dan terkejut mendapati api marak memenuhi ruang tamu. | ||
Kutipan hutang: Butiran di Bajet 2013, kata MB Selangor Posted: 03 Jul 2012 06:16 AM PDT SINAR HARIAN Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih itu akan dijadikan salah satu laporan dalam Bajet 2013 bagi memudahkan orang ramai meneliti penyusunan hutang itu. "Usaha ini dilakukan kerana masih ada pihak yang tidak faham dengan proses penyusunan semula hutang Talam," katanya kepada pemberita selepas menutup majlis Dialog Bajet Selangor 2013 di Subang Jaya, hari ini. Mengulas dakwaan MCA bahawa kerajaan Selangor menggunakan RM260 juta untuk menyelamatkan Talam, Abdul Khalid berkata beliau tidak faham mengapa angka itu berubah-ubah kerana sebelum ini parti itu mendakwa jumlahnya RM1 bilion. Mengenai dakwaan salah guna kuasa menukar status tanah di Petaling Jaya, Abdul Khalid berkata beliau hanya boleh membuat ulasan selepas sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) selesai dijalankan. "Saya perlu bersikap berkecuali bagi membuka peluang kepada pihak lain mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan ini," katanya. Sementara itu, beliau berkata Universiti Selangor (Unisel) sedang menyiapkan laporan akaun yang tidak diaudit sejak lima tahun lepas untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan universiti itu tidak lama lagi. - Bernama | ||
Isu hudud: MCA saran Ayub sertai Pas Posted: 03 Jul 2012 06:13 AM PDT JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau. Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya. "MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional. "Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas," katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini. Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini. | ||
Tim menteri: Hudud hanya cadangan ADUN Umno Posted: 03 Jul 2012 04:26 AM PDT Timbalan menteri pertanian Datuk Chua Tee Yong menolak cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam dan bukan Islam di Johor kerana cadangan itu hanya dibuat oleh seorang ADUN Umno. Katanya, beliau hanya mengambil kira kenyataan oleh tokoh seperti presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Chua mengulas cadangan oleh ADUN Kemelah Datuk Ayub Rahat paa 20 Jun lalu untuk melaksanakan undang-undang tersebut di negeri Johor. Chua juga menegaaskan bahawa MCA akan meninggalkan BN sekiranya hudud dilaksanakan. "Nik Aziz dan Hadi Awang telah menyatakan banyak kali bahawa mereka akan melaksanakan hudud tetapi DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS. "Tambahan pulam ini bukan daripada Pemuda PAS, tapi daripada presiden dan mursyidul amnya," kata MP Labis itu lagi. Chua juga mempersoalkan pendirian DAP mengenai keputusan untuk melantik seorang Melayu Islam sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. | ||
Pemerhati p'raya: Tak adil hentam kami, kata SPR Posted: 03 Jul 2012 04:21 AM PDT Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah tidak adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13. Beliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan dan ia belum muktamad lagi. Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan. Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam. SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre. Tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan. Pengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya. Syed Ibrahim (kanan) juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus. Abdul, Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang". | ||
PAS desak k'jaan jelaskan penamatan tugas Abu Bakar Posted: 03 Jul 2012 04:20 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan tugas bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada 1 Julai lalu. Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun. Mahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib). "Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena. Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahfuz berkata selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara atau sabotaj ekonomi". "Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz. 'Siapa tandatangan surat tamat tugas?' Katanya, sekiranya Abu Bakar didakwa terlibat dengan kegiatan jenayah, beliau bukan sahaja perlu ditamatkan perkhidmatan, bahkan perlu dihadapkan ke mahkamah. Mahfuz juga mahu kerajaan tampil menjelaskan siapakah yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar, sedangkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilapor menafikan menandatangani surat tersebut. "Semua 1.4 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar. "Selalunya ketua setiausaha negara yang menandatangani. Jadi kita nak tahu, adakah surat itu ditandatangani sendiri oleh perdana menteri, " katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz juga berkata khabar angin yang tersebar mendakwa penamatan tugas Abu Bakar dikaitkan dengan isu kegagalan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Katanya, berdasarkan sejarah pembentukan skim tersebut, ia dibentuk pada ketika Tan Sri Ismail Adam, dan Abu Bakar hanya meneruskan keputusan yang dibuat sebelum itu, ketika menggantikan tugas Ismail. "Selepas Tan Sri Ismail Adam bersara, Tan Sri Abu Bakar meneruskan apa yang dipersetujui oleh kabinet. Adalah tidak adil dikambinghitamkamkan (bekas) ketua pengarah perkhidmatan awam (Abu Bakar) atas kegagalan SBPA," katanya. Minta Abu Bakar tampil Sehubungan itu, Mahfuz yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendesak kerajaan menjelaskan apakah isu tersebut menjadi sebab Abu Bakar ditamatkan tugasnya. "Saya minta penjelasan, kalau bukan kerana SBPA, kita nak tahu sebab apa," kata Mahfuz Dilaporkan, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam. Mahfuz turut meminta Abu Bakar untuk tampil ke hadapan bagi memberi untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau didakwa "dianiayai" kerajaan. Ditanya sama ada isu tersebut memberi kelebihan kepada pembangkang, Mahfuz berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya. "Saya tidak mahu bercakap (pembangkang) ada kelebihan atau tidak. Nanti orang kata saya mempolitikkan isu ini. "(Tetapi) kita bertanggungjawab memperbaiki sistem perkhidmatan awam kita. Kita tidak boleh biar sistem perkhidmatan awam dipolitikkan," katanya. | ||
Kuota haji Malaysia bakal diketahui Ramadan ini Posted: 03 Jul 2012 04:06 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan. Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada 'Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012' yang menjalani kursus pengukuhan selama empat hari mulai Ahad lepas di sini. Jamil Khir berkata kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu. Malah semasa lawatan perdana menteri ke Arab Saudi pada bulan lepas untuk memberi penghormatan terakhir ke atas Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud yang mangkat pada bulan lepas, Najib turut memohon kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan kepada kuota Haji Malaysia, katanya. Jamil Khir berkata setakat hari ini jumlah yang mendaftar dengan Tabung Haji ialah seramai 984,204 orang dan 12,000 ialah mereka yang berusia 75 tahun ke atas. Justeru itu, Tabung Haji juga perlu mengambil kira kehadiran golongan ini dengan menyediakan pegawai perubatan yang secukupnya, katanya. Beliau berkata Tabung Haji juga masih memberi subsidi kos Haji, kerana kos sebenar mengerjakan haji tahun ini ialah RM15,155 seorang, tetapi jemaah haji Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang. Jamil Khir berkata Tabung Haji akan mewujudkan Talian Ibadah dan memperkenal e-Book Tabung Haji sebagai penambahbaikan perkhidmatannya. - Bernama | ||
Artis Cina berkempen untuk Pakatan Rakyat Posted: 03 Jul 2012 01:31 AM PDT Jikalau penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan riak dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun. Ceng Wei Shan (gambar atas) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara? Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua." Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!" Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin. Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an. Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012. 【Baca: Apabila pengarah filem Ho Yuhang tampil dengan kuning di depan Najib】 BN tidak menyara hidup saya Ceng Wei Shan menulis di laman sosial Facebooknya kemudian, mendakwa bahawa dirinya sangat gembira kerana telah melakukan persembahan yang paling bermakna dalam hidupnya pada malam tersebut. "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki? Saya akan kesal untuk seumur hidup seandainya saya tidak melangkah keluar pada hari ini." "Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan. Sekarang, saya sebagai individu yang bebas. Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang? Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya. Ceng Wei Shan mendakwa dirinya benar gembira dengan persembahan pada malam 29 Jun, kerana berkempen untuk DAP-Pakatan Rakyat secara sukarela. Beliau melihat petugas yang ghairah, dan gelombang untuk membawa perubahan. Segala-gala ini telah membuatkan Ceng merasakan keputusannya untuk lakukan persembahan ini dengan "all out" adalah memadai. Penyanyi ini sedar bahawa beliau berdepan dengan risiko beritanya dipadamkan media, atau kehilangan peluang persembahan lantaran keputusannya berkempen untuk Pakatan Rakyat. Ceng Wei Shan yang sudah dua kali berada di pinggiran maut kerana kemalangan dan penyakit, berkata dirinya tidak kesal kerana tiada sesiapa yang mampu meramalkan masa depan dirinya. Berulang kali beliau berkata tidak banyak "tempoh lima tahun" dalam hidup seseorang manusia. Ceng yang prihatin dengan perhimpunan BERSIH gagal turun ke jalan raya kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan. Beliau menitiskan air matanya apabila melihat gambar di tempat kejadian. Jadi, beliau tidak menyelindung hasratnya kali ini, untuk berkempen di pentas DAP dan menyeru agar semua orang menyertai arus perubahan. "Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan. Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia. Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun. Di samping itu, Ceng Wei Shan juga bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pendidikan Cina yang tidak mendapat pembelaan dan sebagainya. Beliau marah apabila kekayaan negara dirampas perasuah yang menzalimi rakyat. Beliau persoal, "Untuk membantu orang saya boleh membuat 160 persembahan tanpa syarat dan tanpa upah. Apakah saya tidak boleh mengorak selangkah ke depan untuk perubahan? Walaupun saya artis, tapi saya juga anak watan Malaysia! Apakah artis bukan warga negara?" Ceng menambah, 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan", namun mereka terikat dengan kontrak syarikat. Lagipun, peluang liputan mereka telah berkurang, seandainya "dipadamkan" sepenuhnya, maka hancurlah masa depan mereka. Itu puncanya mereka tidak menyatakan pendirian secara terbuka. *Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 2 Julai 2012. | ||
Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah... Posted: 03 Jul 2012 01:13 AM PDT MSO Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim di heret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali diheret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuba memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut. Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetapi yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga kenapa tidak didakwa sama? Untuk pengetahuan pihak polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret mereka itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar kemudian mereka diharap akan dibenci rakyat? Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ahli parlimen tidak berpuas hati. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja. Sementara itu Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik bukan atas asas-asas keadilan. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kalau mereka dihukum atas pertuduhan itu dengan kadar tertentu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen ternafi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya. Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang UBN dan Ha Najib Razak ia adalah perbuatan dan tindakan sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan 'sadisme' lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara. Sepatutnya UBN sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin... tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar 'dirukup' dalam penjara UBN tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan. Yakinlah semua halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno saja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa-dosa mereka. | ||
Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor? Pendedahan Berani Uncle Seekers. Mohon Siasat Kebenaran!! Posted: 03 Jul 2012 12:56 AM PDT Ketika laporan berita ini dikeluarkan, "drama bersiri" mengenai kerabat Sultan Johor dan kepimpinan tertinggi negeri Johor dari blog Uncle Seekers boleh dikatakan baru sahaja bermula. Melihat lambakan artikel bersiri mengenai cerita disebalik tabir melalui blog Uncle Seekers ini yang kini sudah menginjak ke SIRI yang ke 62 banyak berkisar kepada beberapa persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri tinggi. Dan sekarang ini, pendedahan Uncle Seekers ini sudah mula menyelitkan beberapa maklumat yang mahu dikongsikan kepada orang ramai dan tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang masih dilihat "tidak sudi untuk meminang" Uncle Seekers untuk disoal siasat seperti mana tindakan pantas yang dilakukan terhadap kes hina Sultan Johor yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui isu plat WWW1. Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor
Jikalau diteliti laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan individu bukan bersandarkan kepada dakwaan fitnah tetapi lebih kepada tulisan artikel-artikel di blog Uncle Seekers yang dilihat menghina dan mengaibakan Tuanku Sultan Johor. Ehem….
Apa yang penting di sini, artikel-artikel dari blog Uncle Seekers yang terus-menerus terhadap Sultan Johor, beberapa kerabat Sultan Johor dan juga kepimpinan tertinggi negeri Johor ini haruslah disiasat bagi mengetahui kebenaran disebaliknya. Blog Uncle seekers : Email Bekas Peguam Sultan Iskandar VS Krisis Istana Johor?Artikel di blog Uncle Seeker yang terbaru menunjukkan perkongsian email yang dihantar oleh bekas peguam Almarhum Sutan Iskandar, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang ini iaitu Sultan Ibrahim kepada Uncle Seekers yang menyentuh krisis istana Johor yang berlaku sekarang ini. Katanya….. Di bawah ini ada tulisan semula email yang telah dihantar oleh bekas peguam Almarhum Sultan Iskandar kepada Uncle Seekers : Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.
PP/S : Nampaknya komen Nizar dalam twitternya hanya "sebesar hama" sahaja berbanding tulisan di blog Uncle Seekers ini yang lebih keras, lebih pedas, lebih terasa, lebih daripada menghina. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku selepas ini.. | ||
Masalah Banjir Kilat Taman Indah Perdana Berakhir Posted: 03 Jul 2012 12:28 AM PDT SELAYANG: Penduduk Taman Indah Perdana kini mampu menarik nafas lega apabila masalah peparitan yang tidak sempurna diakhiri dengan siapnya kerja baikpulih parit yang lebih bersistematik. Demikian menurut Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Mohamad Abd Rahman kepada TV Selangor. "Sebelum ini, setiap kali hujan lebat air akan naik dengan cepat hingga memasuki rumah-rumah di sini sebab sistem peparitan yang tidak sempurna. "Lebih memburukan keadaan, air yang mengalir itu bercampur dengan air dari loji Indah Water berhampiran. "Sekarang syukur, longkang yang dibaikpulih ini dapat mengalirkan air turun ke parit utama," kata beliau ketika melawat lokasi kerja membaikpulih longkang itu dijalankan. Menurut Mohamad, penduduk Taman Indah Perdana terpaksa menghadapi masalah banjir kilat dan air busuk dari loji Indah Water ini semenjak hampir sepuluh tahun lalu. "Sebenarnya ini bukanlah masalah besar sangat, cuma masalah peparitan tak sempurna sahaja dan boleh diatasi dengan cepat, tetapi masa BN mentadbir dahulu, masalah infrastruktur tak diambil berat. "Disebabkan kecuaian Umno-BN dahulu memandang rendah masalah ini, maka penduduk di sini sengsara setiap kali hujan lebat, sedangkan pejabat MCA jaraknya cuma kurang 100 meter sahaja dari sini" ujar Mohamad. Kerja baikpulih itu telah memakan belanja sebanyak RM19,000. Mohamad turut memberitahu PKM Dun Taman Templer mengambil tindakan serta-merta apabila mendapat tahu masalah ini agar kesengsaraan penduduk perumahan terbabit dapat ditamatkan segera. Ketika wartawan dibawa ke tapak kerja baikpulih tersebut dijalankan, didapati sehelai kain rentang yang tertera ucapan terima kasih dari penduduk terhadap usaha yang dijalanakan oleh PKM Taman Templer. Menurut dua warga asing pekerja pembinaan projek itu, kain rentang tersebut telah dinaikkan oleh beberapa penduduk Taman Indah Perdana pada sebelah pagi hari yang sama. | ||
MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES Posted: 03 Jul 2012 12:24 AM PDT SHAH ALAML: Lebih empat juta penduduk di Negeri Selangor menerima pelbagai manfaat secara langsung dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang dilancarkan Kerajaan Negeri sebaik sahaja mengambilalih pentadbiran dari kerajaan Umno-BN sebelumnya. Demikian ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 500 peserta Dialog Bajet Selangor 2013 yang diadakan semalam. "Dalam konteks agihan ekonomi kekayaan negeri menerusi program MES, lebih 200 ribu orang penerima individu mendapat manfaat setiap tahun dan itu tidak termasuk penerima bekalan air percuma 20 meter padu yang mencecah 1.277 rumah. "Jika dihitung satu isi rumah sekitar empat orang, itu bererti lebih empat juta orang penerima manfaat daripada program tersebut," kata Abdul Khalid dalam majlis dialog bertajuk 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Beliau turut memberitahu, secara kasarnya, setakat April 2012, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sehingga mencecah RM525 juta bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat manfaat dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Menurutnya kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan ekonomi negeri dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat Selangor merupakan hasil usaha keras kakitangan awam negeri itu. | ||
PBT Disaran Teroka Teknologi Baru Urus Sisa Pepejal Posted: 03 Jul 2012 12:22 AM PDT SUBANG JAYA : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengambil inisiatif meneroka teknologi baru dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif, mampan dan mesra alam. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, PBT boleh belajar pengurusan sisa pepejal daripada negara luar seperti Australia dan German. Negara itu melaksanakan pengurusan yang lebih efektif dalam menangani masalah sampah melalui pendekatan penggunaan teknologi dan jentera yang mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal. Jelas beliau tahap kebersihan di negeri ini antara yang terbaik seraya menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri gagal menangani isu kebersihan. Namun usaha untuk menambahbaik tahap kebersihan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan menerima maklum balas daripada pelbagai pihak. "Kerajaan Negeri juga akan menggunakan teknologi baru dalam pengurusan tapak sisa pepejal yang mesra alam dan pada kos yang munasabah. "Kini di Selangor sudah mempunyai kira-kira 100 buah lori kompaktor dan Kerajaan Negeri yang boleh disewakan pada kadar RM6,500 sebulan yang dikira rendah berbanding sewaan daripada pihak swasta," jelas Ronnie semasa Majlis Dialog Bajet 2013 berkenaan Pendekatan Baru Pengurusan Sisa Pepejal : Kajian Kes Di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini. Majlis Dialog itu bertujuan mengumpulkan pandangan pelbagai pihak dalam memberikan input dan cadangan yang akan dilaksanakan dalam Bajet 2013 Selangor dalam penambahbaikan pengurusan sisa pepejal di negeri ini. Tambah Ronnie, pembinaan Loji Insinerator yang dicadangkan Kerajaan Pusat sebelum ini tidak sesuai dibangunkan di negara ini kerana kosnya terlalu tinggi serta menghasilkan pencemaran udara yang boleh memudaratkan masyarakat setempat. Beliau merujuk kepada cadangan Kerajaan Pusat sebelum ini yang berhasrat membina Loji Insinerator di Bukit Broga yang mencecah kos RM1.5 bilion yang mendapat bantahan pelbagai pihak ekoran kos yang terlalu tinggi, jangka hayat loji yang rendah serta boleh menjejaskan kesihatan kepada masyarakat setempat. "PBT juga perlu menghargai pekerja kontraktor pengurusan sampah dengan menjalinkan kerjasama erat dengan mereka dengan mengadakan pertemuan secara berkala untuk mengukuhkan semangat bekerjasama satu pasukan," kata Ronnie. Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),Datuk Roslan Sakiman berkata,masyarakat perlu menukar paradigma pemikiran berkenaan kaedah pembuangan sampah melalui sistem pengasingan sampah yang boleh dikitar semula pada sesuatu masa. Beliau menjelaskan bagaimana di Jepun, sistem pengumpulan sampah yang telah diasingkan mengikut kategori tertentu untuk tujuan kitar semula yang boleh dipraktikkan untuk kawasan perumahan baru nanti. Kira-kira 50 orang hadir yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan dalam sesi dialog itu. | ||
Wan Azizah: Henti Guna Polis Intip Rakyat Tetapi Perlu Jaga Keselamatan Posted: 03 Jul 2012 12:18 AM PDT KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar Kerajaan Umno-BN berhenti menggunakan pihak polis sebagai instrumen 'police state'. Sebaliknya beliau bertegas, kebebasan sepatutnya diberikan kepada polis untuk lebih fokus memerangi jenayah demi keselamatan rakyat keseluruhannya daripada bekerja untuk kepentingan politik Umno-BN semata-mata. "Kami meminta kerajaan menghentikan kerja mengintip rakyat dan menjalankan usaha mengintip penjenayah. "Secara keseluruhannya, unit Cawangan Khas (SB) berjaya menghasilkan 733, 000 laporan, berjaya mengintip kira-kira 4.3 peratus penduduk dewasa di Malaysia. "Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212, 000 fail jenayah iaitu 30 peratus kurang daripada jumlah aktiviti mengintip yang dilakukan SB," jelas Dr Wan Azizah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi tadi. Beliau yang ditemani Majlis Pimpinan Pusat, Wong Chen juga turut mencabar supaya Kerajaan Pusat mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah. "Walaupun kerajaan mendakwa kadar jenayah menurun, kita tahu dan sedar hakikatnya adalah sangat bertentangan. "Kejadian bunuh, penculikan, ragut dan lain-lain jenayah yang dilakukan di tempat awam sering kita dengar dan ini secara terus menjadikan rakyat Malaysia kini hidup dalam ketakutan. "Oleh itu, kita mendesak agar kerja-kerja SB dialihkan kepada usaha banteras jenayah dan jika kerajaan tidak mampu lakukan ini rakyat perlu bangkit dan tamatkan pemerintahan Umno-BN yang jelas tidak mampu menjamin keselamatan rakyat," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa simpati atas kejadian samun yang berlaku ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik baru-baru ini. "Walaupun kita tidak sehala, sebagai rakyat kita merasa simpati lebih-lebih lagi kepada isterinya, Puan Sri Zabedah Abdullah," katanya. | ||
MB Selangor dedah laporan kewangan Unisel Ogos Posted: 03 Jul 2012 12:11 AM PDT KEADILAN DAILYSHAH ALAM Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) akan dibentang awal Ogos depan sebaik audit selesai dijalankan. Menurut beliau, kerajaan negeri sedang menunggu laporan berkenaan yang kini dalam proses akhir audit. "Amat malang kerana kedudukan kewangan Unisel lima tahun lalu tidak diaudit sepenuhnya. Sebab itulah saya minta ia diaudit penuh," katanya dipetik Sinar Harian. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet Selangor 2013 di Subang Jaya semalam. Kenyataan itu sekaligus membuktikan Khalid sedia menyahut cabaran Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu pendedahan itu dilakukan bagi membuktikan Unisel tidak menanggung kerugian besar. Kelmarin, Noh dilapor berkata, Unisel bakal menjadi gajah putih angkara kerakusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. Sebaliknya, pentadbiran Umno di Selangor sebelum 2008 menyebabkan Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kusi) menjadi beban kewangan buat kerajaan negeri dengan belanja bulanan sebanyak RM2.3 juta. Ini kerana, Unisel dibina berdasarkan konsep ć…‹uild Operate Transfer?(BOT) dengan kontrak selama 20 tahun menyebabkan ia terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan. Malah, Unisel turut membayar sebanyak RM2 juta sebulan untuk satu pinjaman yang dibuat beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung. Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Affandi Malik, April lalu. Affandi mendakwa, kontrak membina Unisel yang dimeterai sewaktu BN mentadbir Selangor diberi kepada Jana Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga dan kroni Datuk Seri Dr Khir Toyo. Malah, bangunan yang dibina juga tidak sempurna mengakibatkan universiti sendiri terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembaikan, katanya. Bangunan asrama Unisel juga hanya menerima sijil selamat diduduki (CF) selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, katanya. Beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2008-2009 turut mendedahkan bahawa Unisel membuat pinjaman sebanyak RM150 juta sebelum PRU 12 pada 2008. Bagaimanapun, Khir yang merupakan mantan Menteri Besar menafikan Selangor semasa di bawah BN tidak menghadapi masalah kerana universiti itu mendapat sumber kewangan sendiri. | ||
Kes Scorpene: 153 dokumen polis Perancis didedah Posted: 03 Jul 2012 12:09 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR i: Sebanyak 153 dokumen rasmi dimuat naik ke dalam laman web Asia Sentinel berhubung siasatan polis Perancis dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Dokumen itu dibentang kepada Mahkamah Perancis pada Mei dan Jun 2011, menjelaskan urusniaga Scorpene oleh firma pertahanan Perancis, DCN kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Menurut Asia Sentinel, ia mendedahkan rasuah kedua-dua belah pihak termasuk unsur "Peras ugut, penyalahgunaan pengaruh, salahguna aset korporat dan penyembunyian maklumat. "Dokumen-dokumen menunjukkan bahawa banyak aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan pengetahuan penuh pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan Perancis dan Malaysia," lapor laman ini. Lapor Asia Sentinel, sebelum ini terdapat keraguan di Malaysia sama ada dokumen berkenaan benar-benar wujud atau direka oleh Pakatan Rakyat. "Ini adalah bukti bahawa dokumen ini memang wujud. Pembaca yang berbahasa Perancis boleh memeriksanya pada masa lapang mereka," dedah Asia Sentinel. Dokumen berkenaan dihantar pengirim tanpa nama kepada Asia Sentinel, ekoran pendedahan berterusan portal antarabangsa itu membongkar rasuah Scorpene sejak pembunuhan Altantuya Shaariibu pada 2006. Menurut Asia Sentinel, adalah diketahui Altantuya menemani Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak ke Paris dalam rundingan kontrak kapal selam berkenaan. Antara dokumen yang menjadi tumpuan ditanda sebagai doc 156, 151, 136, 87 dan 97. | ||
Dokumen 87 sahkan peranan Najib dalam pembelian Scorpene Posted: 03 Jul 2012 12:05 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Dokumen 87 daripada 153 dokumen siasatan polis Perancis mendedahkan peranan Najib Razak dalam urusan pembelian Scorpene.Ia merupakan tuntutan USD1 bilion (RM3 bilion) dibuat Najib kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNI untuk bertemu beliau sebelum pembelian dibuat. Siasatan itu menerangkan, dokumen-dokumen disita polis Perancis dari pejabat Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010, termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Faks itu dihantar F DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud, wakil DCNI bertajuk 'Malaysia/Submarine Project'. Dupont merupakan wakil syarikat Thales Asia International di Malaysia. Beliau memperincikan kronologi lawatan dan perjanjian dirancang dalam mesyuarat dengan Kementerian Pertahanan dan pengurusan Perimekar semasa dua kontrak disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia). Selain rundingan Mindef dan Perimekar, turut dinyatakan perjumpaan Najib diatur di Perancis pada 14 Julai 2001, dengan syarat DCNI menawarkan USD1 bilion atau RM3 bilion kepada Perimekar. | ||
KEADILAN lancar Sismep ke negeri Perdana Menteri Posted: 03 Jul 2012 12:03 AM PDT KEADILAN DAILYKUANTAN : Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di Pahang.Pelancaran pada Khamis lalu itu dirasmikan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Azmin Ali dan disertai Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Pada majlis itu, Azmin turut menyerahkan bahan kempen pilihan raya untuk diagihkan kepada jentera pilihan raya di setiap Cabang KEADILAN di Pahang. Azmin dalam ucapannya menyeru jentera di setiap Cabang meningkatkan gerak kerja dan menggunakan peralatan yang diberi sebaik mungkin. Sismep 3.0 sudah dilancarkan di seluruh negara bertujuan mengesan daftar pemilih yang sah. Sistem itu terbukti berkesan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. | ||
Tanggungjawab kerajaan beri pendidikan percuma, bukan diskaun Posted: 03 Jul 2012 12:01 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR i: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti tidak serius membantu rakyat apabila mengabaikan tuntutan pendidikan percuma tetapi hanya mampu memberi kad diskaun kepada mahasiswa, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang. "Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menyediakan pendidikan percuma. Bagi diskaun buat apa? Itu menunjukkan kerajaan BN tak serius menjalankan tanggungjawab membantu rakyat. "Kita juga dah bincangkan, perbelanjaan untuk pendidikan percuma itu tak banyak mana pun, tapi kenapa PTPTN (Perdanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sampai sekarang belum dimansuhkan. Kerana apa? PTPTN berguna untuk keuntungan kroni saja," katanya dihubungi Keadilan Daily. Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam kononnya 1.5 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara akan mendapat manfaat dari pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Menurut Abas, pertumbuhan jumlah IPTS di seluruh negara yang dikuasai kroni semakin meningkat hasil kewujudan PTPTN menyebabkan silibus pendidikan menjadi semakin tidak berkualiti. "Malangnya pelajar yang terpaksa menanggung kos itu dan menjadi mangsa bila mencari pekerjaan kerana sijil tidak laku. Ini adalah satu penganiyaan," katanya. | ||
Posted: 02 Jul 2012 11:59 PM PDT Projek LRT: 10,000 penduduk Ampang bakal terancam – ZuraidaOleh Mohd Martin KaharAMPANG : Projek tambahan bagi kerja-kerja penyambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion yang dianugerahkan kepada Konsortium George Kent Berhad melalui campur tangan kerajaan bakal mengancam keselamatan hampir 10,000 penduduk. Menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, mereka yang terlibat membabitkan penduduk di Kampung Melayu Ampang, Kampung Melayu Tambahan, Taman Dato' Ahmad Razali, Taman Ampang Utama dan Kampung Berembang. Beliau berkata, projek itu dibangunkan oleh syarikat yang tiada kepakaran dalam pembinaan LRT sebaliknya hanya terlibat dalam kerja-kerja perpaipan. "Saya difahamkan ada lebih lapan syarikat yang masuk tender projek ini tetapi ia ditolak oleh kerajaan. "Sepatutnya kerajaan memberikan tender ini kepada syarikat yang lebih layak, bukan melalui campur tangan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, penduduk rata-rata tidak mengetahui projek itu kerana tiada papan tanda projek selain tiada pengumuman pelan belanjawan dan pelan perancangan laluan. Malah beliau juga bimbang tanah penduduk kampung akan dirampas oleh Umno BN pada masa akan datang. Menurut Zuraida, tanah tersebut berstatus sementara dan tidak diberi geran ketika pemerintahan Umno BN. Dalam perkembangan sama, Pengarah Stategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendapati, George Kent yang memenangi tender untuk projek penyambungan LRT Ampang tidak mempunyai kemampuan dari segi teknikal dan kewangan untuk menyelenggara projek itu. Malah syarikat itu juga katanya, menerima penilaian rendah berbanding pembida lain dari segi pengalaman dan kemahiran teknikal. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan