shalehudin |
- GAMBAR Uncle Seekers bersongkok tinggi...
- Uncleseekers didapati positif dadah: Polis
- HELLO CINAPEK: Lu tengok sini ada sama ka? Wakakakaka...
- Blog Rafizi jadi mangsa sapa? Mai baca...
- Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN? The Rolls-Royce of Pakatan Rakyat... hehe...
- The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan... HARAMJADAH betoi...
- Alahaii NAJIB woiii... kahkahkah...
- Rakamaan video Uncle Seekers gembira ditahan Polis
- TERLONDEH la MCA hari neh... mai baca pasai apa? Kahkahkah...
- 15hb April tarikh lahir menatang HARAMJADAH ni!!!
- Kisah Sorang Pompuan Dengan Terung
GAMBAR Uncle Seekers bersongkok tinggi... Posted: 06 Jul 2012 10:00 AM PDT Gosip sudah cukup untuk bertindak? PETALING JAYA: "Agak pelik blogger Uncle Seekers ditahan polis hanya berdasarkan tulisannya yang bercorak gosip," kata Badrul Hisham Shaharin @CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini. Blogger Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang pada waktu malam semalam. Ketua Cabang PKR Rembau itu menyoal "kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerah diri di Balai Polis?" Menurutnya, Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan reman selama 10 hari. Katanya, mungkin perintah tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang merupakan pemilik blog tersebut. "Tetapi apa kena mengena teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga," soal beliau yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia. Rahsia rasmi Blogger Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang. Ujarnya, "kenyataan polis yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga menimbulkan tanda tanya. "Apa rahsia rasmi yang didedah sehingga serius sangat? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan?," tanya beliau. Menurutnya, penahanan Uncle Seekers dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau bahawa beberapa pegawai tinggi polis terlibat dengan salah laku atau kesalahan. "Tetapi melaporkan kes kerabat Johor menyerang kerabat Negeri Sembilan sehingga melibatkan kes culik, mencedera dan gaduh gempar tempat awam terkandung dalam akta rahsia negara?," soal CheguBard. Beliau berkata, jika Uncle Seekers menghina raja dan terkandung dalam undang-undang ia merupakan kesalahan maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya. "Kita berharap pasukan polis dan Peguam Negara juga boleh bertindak sebegini serius khususnya dalam menangani laporan-laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti rasuah dan kehilangan wang negara," ujar beliau. - FMT |
Uncleseekers didapati positif dadah: Polis Posted: 06 Jul 2012 06:21 AM PDT JOHOR BAHRU: Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu. Semalam, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan. Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - BERNAMA |
HELLO CINAPEK: Lu tengok sini ada sama ka? Wakakakaka... Posted: 06 Jul 2012 04:00 AM PDT GUA TALAK SELUPA ITU SOI LEK LOOOOO..... WAKAKAKAKAKA.... WOIIIII.... LEBIH BAIK BANGKIT ISU RAKYAT DARI LU ORANG CERITA PASAI KONTOL GUAN ENG.... WAKAKAKAKAKA.... HAL PENANG MAU BAWAK KE MELAKA KA..... WAKAKAKA.... ITU PENANG.... BIAR RAJNIKANT MELAYU YANG URUSKAN..... JANGAN SEBOK2.... NANTI RAJNIKANT MELAYU MARAH MAAAAA..... WAKAKAKKAKAKAKA.... Lim Guan Eng: Saya bukan Chua Soi Lek Saya ingin mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh Barisan Nasional dan MCA. Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO.http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13219 PR berat sebelah, kata Pemuda MCA KUALA LUMPUR - Pemuda MCA hari ini menyelar Pakatan Rakyat (PR) kerana mengamalkan sikap berat sebelah terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Duyong Gan Tian Loo pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka semalam. Dipetik Bernama, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata anggota pakatan pembangkang jelas berpegang kepada kepercayaan bahawa hanya mereka dibenarkan membangkitkan sebarang isu atau masalah. --------------------------------------- HELLO CINAPEK.... ITU GUAN ENG TARAK BIKIN... PASAI APA MAU MENGAKU.... WKAKAKAKKAKA.... LU MULA2 TAK MAU MENGAKU.... TAPI VIDEO SULA KELUAR ITU YOU TUBE.... ITU HARI BARU LU MENGAKU MAAAA.... WKAKAKAKKAKAKKA... Soi Lek: Guan Eng tiada moral politik SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak ada moral politik dan keberanian untuk mengambil sikap bertanggungjawab dan menghadapi kesan isu dakwaan skandal apabila mengatakan "saya bukan Soi Lek". "Adakah Lim Guan Eng mempunyai keberanian macam saya untuk mengakui kesilapan, memohon maaf dan meletakkan jawatan Ketua Menteri dan juga kesemua jawatan dalam parti?" kata Soi Lek dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini menjawab reaksi Guan Eng beberapa jam terdahulu di Georgetown. |
Blog Rafizi jadi mangsa sapa? Mai baca... Posted: 06 Jul 2012 01:44 AM PDT Blog Rafizi Ramli digodam Oleh Amin Iskandar KUALA LUMPUR, 5 Julai – Blog pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang beralamat www.rafiziramli.com disedari digodam oleh pemiliknya bermula pukul 11 pagi tadi. Rafizi meningkat naik dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) berikutan dengan pendedahan skandal NFC sehingga menyebabkan, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletak jawatan. Pengarah strategi PKR itu percaya, blognya digodam akibat daripada dokumen-dokumen sulit - dimuat naik ke blognya termasuk membabitkan minit mesyuarat yang ditandatangani oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dokumen-dokumen kementerian kewangan. "Saya percaya serangan terhadap blog saya akibat daripada dokumen-dokumen yang dimuat naik berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang. "Saya sudah hubungi syarikat teknikal yang menguruskan server dan mereka sahkan blog digodam dan sedang mencuba untuk menyelamatkan data-data blog hasil kerja keras selama dua tahun," kata Rafizi Ramli yang bakal menjadi calon PKR di kerusi parlimen Pandan. Percubaan The Malaysian Insider untuk melayari blog Rafizi membuktikan laman tersebut digodam dan "Amaran: Melawat laman web ini boleh memusnahkan komputer anda" turut keluar. |
Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN? The Rolls-Royce of Pakatan Rakyat... hehe... Posted: 06 Jul 2012 12:28 AM PDT Oleh Amin Iskandar KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak. Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia "genius" (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat. Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Hari ini, nama Rafizi Ramli digeruni. Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil tersungkur dari kuasa akibat dari kebijaksanaan anak muda ini menyusun strategi dalam mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Shahrizat. Selepas NFC, Rafizi terus membongkar skandal dan penyelewengan. Terbaru, skandal berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang. Lawan tidak memberikan Rafizi jalan mudah. Pengarah strategik PKR itu diserang kembali dari pelbagai penjuru. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu NFC, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam skandal LRT laluan Ampang dan terbaru semalam, blog beliau www.rafiziramli.com pula digodam. Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa serangan bertali arus dari pelbagai pihak menuju kepadanya, Rafizi percaya ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak mahu skandal ala NFC berulang. "Saya percaya selepas pendedahan skandal NFC, rakyat lebih percayakan satu pembentangan hujah yang didokong oleh fakta dan bukti. Pada masa yang sama, rakyat mahu melihat politik baru yang tidak diwarnai serangan peribadi, tetapi berasaskan isu kepentingan awam. "Kebetulan itu tugas saya dalam PKR dan saya harus tampil membawa isu-isu begini yang melibatkan kepentingan awam. Saya fikir BN merasakan mereka tidak boleh mengulangi 'NFC fiasco' kali kedua." Tidak ramai yang tahu sebenarnya pengarah strategik PKR itu bekerja dalam sebuah pasukan yang tersusun dan didokong oleh pemimpin kanan PKR dalam mendedahkan sesuatu skandal besar. Ramai menyangka Rafizi bergerak secara bersendirian dan membuat keputusan sendiri. "Saya mendapat sepenuhya sokongan dari rakan-rakan PKR. Kepimpinan parti berikan sepenuh mandat untuk lakukan siasatan dan ambil pendirian mewakili parti dalam hal-hal ini. Malah, saya tidak perlu pun melaporkan kepada Biro Politik segala perancangan saya dalam sesuatu hal supaya saya ada kelonggaran sepenuhnya menyusun strategi sesuatu isu. "Dalam strategi kami membina hujah dan isu, contohnya dalam kes NFC, sebenarnya kami ada 'tag team' dan kumpulan sokongan yang akan mengembangkan isu itu secara tersusun. Malah, PKR memberi dokongan penuh dari segi nasihat dan bantuan guaman. Setiap isu akan ada 2-3 orang pimpinan kanan yang bersama-sama saya. Cuma,parti memberi kepercayaan sepenuhnya kpd saya untuk ke depan," jelas Rafizi. Anak muda kelulusan United Kingdom (UK) itu ternyata tidak gentar dengan serangan bertali arus yang datang kepada dirinya. Tekanan yang dihadapkan kepada dirinya masih belum lagi mmampu menghentikan beliau dari terus membongkar skandal penyelewengan. "Saya tidak terlalu memikirkan risiko atau kesan kepada saya. Yang penting sesuatu isu itu ada kesan besar kepada rakyat dan sama ada fakta atau bukti itu tepat. Jadi saya tidak banyak pertimbangan materialistik dan tidak ada cita-cita yang tinggi. "Oleh itu saya lebih mudah menumpukan kepada tugas tanpa terlalu berkira mengenai kesan kepada diri saya. Yang paling penting – perlu ada asas kekuatan moral dan agama. Jika kita yakin kita berada di jalan yang benar, 'gunung' pun boleh dialih," kata bakal calon PKR di kerusi parlimen Pandan itu lagi. Pengarah strategik PKR itu telah berdebat sebanyak dua kali bersama ketua pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin. Pertama debat anjuran UKEC di UK dan terbaru dalam debat anjuran Sinar Harian. Dalam kedua-dua debat, Rafizi kelihatan tenang menghuraikan hujah-hujahnya tanpa retorik dan serangan peribadi. |
The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan... HARAMJADAH betoi... Posted: 05 Jul 2012 09:57 PM PDT Harakahdaily, PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini. Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham. Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini. Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu. The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu. Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. |
Alahaii NAJIB woiii... kahkahkah... Posted: 05 Jul 2012 08:54 PM PDT Alahai.... NAJIB woiii.... Bertindak la cepat, pecat ja si Thamrin Tun Ghafar tu daripada Umno. Siang malam pagi petang dok kempen serang Umno, serang BN... Najib dan sekutunya. Takkan tengok ajerrrrr. Apa macam? - FB |
Rakamaan video Uncle Seekers gembira ditahan Polis Posted: 05 Jul 2012 07:00 PM PDT PENULIS blog uncleseekers.blogspot.com ditahan oleh pihak Polis semalam dan difahamkan beliau dikenakan tahanan reman selama empat hari berhubung serangan bersirinya ke atas kerabat Sultan Johor di blognya. Namun begitu, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas dilihat begitu tenang malah gembira meskipun kini berada di dalam tahanan Polis. Beliau dirakam menunjukkan isyarat "bagus" dan menyapa wartawan dengan jeritan ceria "hoi!" sambil tersenyum ketika turun daripada Black Maria Polis bersama seorang wanita yang turut ditahan bersamanya. Daripada rakaman video kedengaran suara beliau menyebut, "Tak sempat mendedahkan dokumen dah ditahan". Barangkali beliau mahu menyampaikan mesej bahawa ada lagi dokumen berhubung skandal sultan yang belum didedahkannya. Saksikan sendiri video di bawah. ReJaM© "You really got ball lah derr... " milosuam |
TERLONDEH la MCA hari neh... mai baca pasai apa? Kahkahkah... Posted: 05 Jul 2012 06:37 PM PDT DAP mahu londeh dakwaan MCA esok Leven Woon Jul 5 2012 DAP hari ini turut serta dalam pertelingkahan berhubung dakwaan penyelamatan Talam Corp Bhd berjumlah RM1 bilion antara MCA dan kerajaan Selangor melalui perakaunan rumit. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu. Bagaimanapun, sebagai permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua kesalahan dalam sidang media Selasa lalu. Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009. "Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya. Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua. |
15hb April tarikh lahir menatang HARAMJADAH ni!!! Posted: 05 Jul 2012 05:54 PM PDT Ooppsss... silap gambar daaa... hehe... Tak hormat langsung agama kita yang dinobatkan sebagai agama rasmi negara. Menatang haramjadah ni jugak yang dia gatai nak buat promosi... Tau menatang haramjadah ni bila dilahirkan... Ini arak haramjadah berjenama Carlsberg yang dirasmikan diMalaysia pada 15hb April 1972 yang kini diangkat lebih tinggi oleh sebuah pasaraya terkenal 1Malaysia sebagai bahan promosi Ramadhan... kurang ajaq betoi.... Aikk!!! Gambar ni pun gambar fitnah ke? Kalau bukan fitnah jangan bising kat aku yer! korang marahlah pada tuan punya nama tu.. Tapi apa hukumnya? Ada ulama umno kat sini yang boleh terangkan? Nak jugak umat Islam kat Malaysia ni dengor apa hukumnya! Ada fatwa tak? Fatwanya.... TOLAK UMNO / BN dalam PRU ke 13 nanti.... Kahkahkah.... |
Kisah Sorang Pompuan Dengan Terung Posted: 05 Jul 2012 04:19 PM PDT [IKTIBAR] Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid. Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat. Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid. Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan. Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri. Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya. Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya! Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya? Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya. Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya. Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu. Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak! Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam. Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin? Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin? Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya? Murid itu terus menjawab, ya! Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya? Wanita itu menjawab, ya! Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya. Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan? Dia menjawab, ya! Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung? Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku. Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal. Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut. Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal! |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan