shalehudin |
- MAI TENGOK: Cara Rafizi TIBAI Be End... hehe...
- YA ALLAH!! Jauhkan kami dari geng2 bangang nih
- Boleh sawan habih la Umno camnie...
- ALAMAK!! Mahfuz dah PECAH LOBANG daa...
- PANAS: Mampuih la Umno kali nih...
- Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda...
- Berita Terkini dari Burma
- BERGAMBAR: Tutup aurat bukan penghalang
- TERHOT: Rekod Paling Bersejarah Bola Sepak Olimpik 2012
MAI TENGOK: Cara Rafizi TIBAI Be End... hehe... Posted: 28 Jul 2012 10:35 AM PDT Terkini!! Kaji selidik terbaru tunjukkan BN dalam bahaya! PETALING JAYA, 27 Julai — PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu. Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu "bread and butter" menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib. "Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri. "Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik ... tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut. "Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka. "Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center," katanya. "Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan," tambahnya lagi. Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai "presiden" dan berkempen secara individu. "Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center ... kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden. "Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght," kata Rafizi lagi dan menambah,"PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR)." Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu. Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus. Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu. Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013. Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya. Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka "gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012. Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012. |
YA ALLAH!! Jauhkan kami dari geng2 bangang nih Posted: 28 Jul 2012 02:08 AM PDT Kenyataan bangang PERKASA tentang risiko penurunan harga kereta! KUALA LUMPUR, 26 Julai — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan, sekiranya cadangan pemansuhan duti eksais kereta dilaksanakan, sepertimana cadangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak pengeluaran wang mengalir keluar negara ekoran rakyat lebih gemar memilih kereta luar berbanding kereta nasional. Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), keadaan itu bakal menyaksikan nasib pekerja Proton umpama telur di hujung tanduk kerana harga pembuat kereta nasional itu akan setara dengan kereta model antarabangsa. "Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana? "Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan. "Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import," katanya kepada The Malaysian Insider semalam. Bagaimanapun, Syed Hassan menegaskan, cadangan yang diumumkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli itu juga hanyalah strategi memancing undi, kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka berlangsung tidak berapa lama lagi sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat April depan. "Ini semua janji adalah cubaan nak dapatkan undi untuk PRU13. "Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta import kerana untuk selamatkan industri kereta Nasional dan menghalang wang negara mengalir keluar … dan itulah caranya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang kaya, dan kadang-kadang terlepas dari membayar cukai pendapatan," tegasnya. "Inilah akan jadi bila org yang tidak tahu menguruskan ekonomi menerajui kerajaan negara ini nanti," tambahnya lagi merujuk kepada kemungkinan penjualan Proton akan merosot jika rancangan itu dilaksanakan. "Peniaga kereta AP tersenyum tetapi kerajaan kerugian ratusan juta ringgit dari cukai kereta import." Beliau turut menyelar pemimpin PR yang menurutnya begitu teruja untuk menawan Putrajaya, sehingga sanggup menjanjikan pelbagai perkara. "Dulu nak mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) … sekarang cukai eksais kereta pula. "Mereka pemimpin Pakatan ini tak sedar ke negara ni masih status negara membangun? Belum lagi negara maju," soalnya. Malah, beliau turut mengingatkan rakyat betapa "kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telah berjaya memajukan negara ini, dan oleh sebab itu pemimpin Pakatan nak belanja sakan bila memerintah." Syed Hassan turut mengkritik pembangkang yang kerap menjanjikan perkara percuma dan tidak mahir dalam mentadbir ekonomi negara. "Nak hidup bawah pemimpin yang tak tahu urus ekonomi negara? Siapa yang akan salah belanja wang negara sebenarnya kalau semua nak bagi percuma kepada rakyat? … sedangkan kita belum mencapai status negara maju lagi," tegasnya. "Saya nak tanya Rafizi, siapa yang buatkan negara banyak duit, seperti yang dia selalu kata banyak duit negara kerajaan habiskan. Pakatan?" soalnya lagi. Beliau turut menjelaskan, dalam kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR yang kerap menabur janji-janji, sementara PAS dan DAP lebih kerap mengambil tindakan berdiam diri. "Dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR sahaja yang suka berjanji. PAS ikut sahaja sebab tidak tahu pasal ekonomi, jika tidak Kelantan pasti sudah maju. "Bijaknya DAP diam seribu bahasa berkenaan janji-janji ini … nanti kalau memerintah mereka (akan) kata DAP tidak menjanjikan apa-apa. "Itulah Pakatan Rakyat. Mereka berpakat untuk menipu rakyat sahaja. "Rakyat jangan mudah terpedaya dgn janji-janji palsu mereka ni," tambahnya lagi. TMI P/S: Murahkan lagi harga kereta proton! gerenti pekerja proton dapat terus bekerja. Bila kereta murah, duit lebih rakyat boleh beli rumah, tanah, meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak. Baghal punya PERKASA! Nampak sangat nak jaga kepentingan Mahathir! |
Boleh sawan habih la Umno camnie... Posted: 28 Jul 2012 12:22 AM PDT 30 artis sudah sertai usrah KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah. Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing. Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa. "Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi," ujarnya ketika dihubungi hari ini. Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa. "Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat. "Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur," ujarnya. Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing. Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu. Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu. "Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat," ujarnya. Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu. Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu, Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.- Harakahdaily |
ALAMAK!! Mahfuz dah PECAH LOBANG daa... Posted: 27 Jul 2012 09:47 PM PDT Air: Muhyiddin berpeluang ambil alih tempat Najib KUALA LUMPUR: Propaganda bohong mengenai krisis air di Selangor dilihat akan memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambilalih kedudukan Perdana Menteri dari Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembohongan dan penipuan terang-terangan kononnya berlaku krisis bekalan air di Selangor itu mungkin akan menamatkan kerjaya politik Najib yang kini dikatakan kian keseorangan. "Terlalu banyak perkhabaran dan tuduhan yang kita dengar bahawa Muhyiddin mengambil peluang dan kesempatan dari krisis air di Selangor yang direka-reka oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) itu untuk menamatkan kerjaya politik Najib. "Apa yang berlaku itu dikhabarkan boleh menghambat Najib dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, sama seperti yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dahulu," katanya. Menurut Mahfuz, dalam keadaan serba tandus dan tertekan sekarang, orang seperti Muhyiddin pun digambarkan oleh sumber dalaman Umno sebagai "operatif politik yang licik", walaupun ramai pula ahli Umno menuduh beliau "lembab". "Sumber dalaman Umno yang berkenaan menyatakan, Muhyiddin sebenarnya adalah seorang operatif politiik yang licik. "Menurut mereka, Muhyiddin sengaja ke depan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor apabila kerajaan Selangor menentang pelbagai tekanan Umno dan kroninya di dalam Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam isu air itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Malah, kata Mahfuz lagi, apabila Umno dan kroninya di dalam Syabas menyebarkan khabar palsu bahawa bekalan air di Lembah Kelang akan dicatu kerana kononnya kekurangan air apabila kerajaan Selangor enggan mengikut telunjuk Umno dan kroninya dalam Syabas, segala peralatan propaganda dan dakyah Umno BN digunakan bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap kemampuan PR memerintah dan mentadbir negara. "Sedangkan, kata sumber itu, mereka sebenarnya tahu bekalan air mencukupi, tetapi serangan propaganda diteruskan juga. "Akhirnya senjata makan tuan dan rakyat yang sebelum ini mengesyaki sesuatu mendapat bukti bahawa catuan hanyalah rekaan Umno dan kroninya di dalam Syabas apabila catuan itu dibatalkan berikutan tindakan yang lebih agresif dari kerajaan negeri Selangor," kata beliau. Dalam keadaan sedemikian, kata Mahfuz, rakyat akan memarahi Umno dan mereka dipercayai akan bertindak menghukum Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Dalam keadaan sedemikian, sumber Umno itu memberitahu lagi, jika Umno BN sekali lagi kalah dan gagal menubuhkan kerajaan di Selangor dan lebih-lebih lagi di peringkat pusat, Najiblah yang mesti memikul tanggungjawab sama seperti yang dilakukan Pak Lah dahulu. "Jika keadaan sedemikian berlaku, yang untung tentulah Muhyiddin," katanya lagi sambil menyatakan banyak perkembangan yang berlaku kini akan menyebabkan Najib akhirnya terpaksa berundur selepas pilihan raya akan datang.- Harakahdaily |
PANAS: Mampuih la Umno kali nih... Posted: 27 Jul 2012 07:32 PM PDT Sahabat Najib Akan Sertai Pas? PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas. Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga. Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya. Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi. Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen. Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak. Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. - MSO |
Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda... Posted: 27 Jul 2012 05:00 PM PDT Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh. Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita! |
Posted: 27 Jul 2012 04:44 PM PDT 1) 52 ribu umat Islam disembelih dalam masa hanya 6 minggu 2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannya dibakar bersama dengan jemaah ketika menunaikan solat 3) 60 buah kampung Islam di bakar... 4) Wanita dirogol sampai mati 5) Jenazah umat Islam tidak dibenarkan di ambil, di tanam... mereka akan humban kedalam laut atau dibiarkan hingga di baham anjing-anjing 6) Kedai-kedai makan tidak dibenarkan menjual makanan pada umat Islam 7) Sesiapa yang betulkan kembali masjid yang dibakar tadi akan dihumban kedalam penjara SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU... JANGAN ANDA ALPA DAN LEKA LAGI WAHAI UMAT ISLAM.... MARI BERJIHAD... JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BAGI UMAT ISLAM SEKALIPUN UNTUK ORANG YANG BUTA MATANYA....!!!!!! FB Ya ALLAH.... Selamatkan lah saudara-saudara kami dari kekejaman musuh-musuh ISLAM.... |
BERGAMBAR: Tutup aurat bukan penghalang Posted: 27 Jul 2012 02:49 PM PDT Keterangan gambar: Qatar's Aia Mohamed trains before the London 2012 Olympic Games at ExCel venue in London July 27, 2012. — Reuters pic p/s: Menutup aurat adalah usaha hamba mendekatkan diri pada yang ESA dan diwaktu yang sama tidak menghalang kehidupan kita yang normal dan aktif... |
TERHOT: Rekod Paling Bersejarah Bola Sepak Olimpik 2012 Posted: 27 Jul 2012 01:30 PM PDT Rekod Paling Bersejarah Bola Sepak Olimpik 2012 - Jepun Tumpaskan Sepanyol LONDON 27 Julai - Persaingan Bola Sepak bagi Sukan Olimpik menempa sejarah arena sukan berprestij setelah Jepun berjaya melakar kemenangan terbaik menewaskan Juara Dunia dari Eropah Sepanyol. Kemenangan dengan keputusan 1 - 0 susulan rekod serangan gol salah seorang pasukan Jepun Yuki Otsu menjadikan ianya satu detik kedua paling bermakna. Untuk rekod, Jepun pernah menewaskan Brazil pada tahun 1996 di Atlanta dengan keputusan yang sama 1 - 0. Jaringan tunggal perlawanan itu direkodkan pada minit ke-34 menerusi sepakan penjuru yang diambil Takahiro Ohgihara disambut Otsu yang melepaskan sepakan leret menewaskan penjaga gol Manchester United, David De Gea. Dalam satu lagi perlawanan yang membabitkan wakil Asia, Korea Selatan seri tanpa jaringan dengan Mexico dalam Kumpulan B.- klpos |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan