AdukaTaruna |
Posted: 20 Jul 2012 07:41 AM PDT |
Calon PRU13 : Awang Adek digugurkan. Posted: 19 Jul 2012 09:28 PM PDT Sumber UMNO Bachok yang rapat dengan NGO ROYALTI hari ini memberitahu, 'think tank' Najib Razak memutuskan Awang Adek digugurkan sebagai calon P25 Bachok kerana 2 sebab. Pertama faktor 'winnable candidate' (calon boleh menang) dan kedua faktor 'pengundi lama tepu, pengundi baru penentu'. Sumber menjelaskan rekod mendapati Awang Adek pernah kalah di Bachok. Dan adalah amalan buruk kepada BN jika masih meletakkan Awang Adek di situ selepas tsunami politik 2008. "Lagi pun perisikan polis mengetahui dokumen rasuah Awang Adek berada dalam simpanan PAS Bachok yang akan diedarkan menjelang PRU13." Dipercayai dokumen tersebut dibocorkan oleh kumpulan penentang dalaman UMNO Bachok atau kumpulan Mustapha Mohammed. Kajian yang dibentangkan kepada Presiden UMNO itu sendiri juga menjelaskan bahawa pengundi warga lama memiliki peratus berubah undi yang sangat rendah. Kata lainnya tepu. Tetapi P25 Bachok memiliki hampir 50% pengundi muda yang memiliki daya keputusan yang berubah-ubah. UMNO akan mengikuti trend dengan meletakkan calon muda, berikutan PAS juga dikatakan mengekalkan trend calon muda di Bachok. Pada 2008, Nasaruddin (calon PAS) dianggap muda pada ketika itu. "Besar kemungkinan UMNO akan meletakkan calon muda yang 'clean' dan anak jati Bachok bagi menyaingi PAS di Bachok. Dan sudah pasti bukan Awang Adek." Jelas sumber itu lagi. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan