Nuffnang

Pengikut

Addin

sumber :-

Addin


Temuramah Eksklusif!! Uncle Seekers Bakal Dedah Penyelewengan Mahathir Pula

Posted: 20 Jul 2012 09:48 AM PDT

Berikut adalah pendedahan blog Kerajaan Rakyat yang menziarahi blog Uncle Seekers setelah di bebaskan dengan jaminan polis. Ikuti temuramah blog Kerajaan Rakyat bersama Uncle Seekers..

Petang semalam, disatu tempat yang nyaman, Kerajaan Rakyat kunjungi Uncleseekers yang baru balik melancung di dua lokasi. Lokasi pertama pelancungan Uncleseekers di lokap balai polis jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Manakala lokasi keduanya di balai polis Nusajaya, juga di daerah Johore Bahru.

Dalam pertemuan sepetang, semalam, Adeek sempat masak lemak ikan cili api, telur dadar and sayur goreng. Ramuannya sama seperti masakan adeek dulu-dulu, tetapi rasanya semakin enak! Agaknya, seperti Uncleseekers, Adeek juga telah mendapat ilham baru setelah 10 hari mereka beristirehat di "Pusat Peranginan" Ayer Molek dan Nusajaya!

Dalam perbualan kami petang semalam, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas minta Kerajaan Rakyat sampaikan salaamnya kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat.


Buat beberapa ketika ini, Uncleseekers masih ingin terus berehat. Bila tiba ketikanya nanti Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas akan hanya menulis sesuatu yang terkait dengan Tun Mahathir Mohammad. 

Yes!! Satu lagi pendedahan esklusif tentang penyelewengan dana bernilai ratusan billion olih Tun Mahathir.

Mohammad, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mereka berada di persada kuasa.

Kami sedang memikirkan samada wajar Uncleseekers membuat blog baru atau pendedahan tersebut akan dibuat di SINI.




Kenyataan Terbaru MB Selangor Berkenaan Isu Air

Posted: 20 Jul 2012 04:11 AM PDT


Berikut adalah kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam tweeternya. Masalah ini sebenarnya bukan isu air  tetapi kerajaan negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh kabinet untuk meneliti isu air  di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Yang menjadipertiakain ialah peranan Noh Omar dalam jawatankuasa khas kabinet tersebut, kerana beliau adalah menteri  persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

Sebenarnya Umno melalui pengerusi SYABAS ingin melihat Selangor jadi kucar kacir serta ingin mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat. Selepas itu Umno dengan mudah akan menuduh kerajaan Selangor di bawah PR gagal menguruskan bekalan air. Isu ini akan di spin oleh media untuk memberi advantage pada Umnno.

Namun, Umno sebenarnya silap kerana  rakyat semakin bijak menilai sesuatu isu. Mereka tidak mudah di tipu daya oleh Umno. Rakyat akan menilai dan akan menghukum Umno pada PRU13 nanti.



Kredit gambar ~ kerabu bersuara

Kontroversi!! Bekas Menteri Nih Hina Artis?

Posted: 19 Jul 2012 11:23 PM PDT


Kenapa cukup terdesak kenyataan bekas menteri nih? Dah pencen tu duduk-duduk diam jer le.. Adakah artis yang berhijrah dari keburukan kepada kebaikan.. dari kejahilan kepada kebenaran benar-benar memanaskan punggung pemimpin-pemimpin Umno.

Semasa artis nih bergelumang dengan maksiat.. adakah pemimpin Umno cuba mengheret mereka keluar dari lembah maksiat.

Tetapi apabila artis-artis nih mendekati PAS dan perjuangan Islam, pemimpin Umno galak memberi komen dan kritikan yang pedas. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada artis yang berhiijrah.
Dengan kenyataan bekas menteri nih jelas Umno sebenarnya pendokong dan penyokong kebatilan. Umno memang suka kepada manusia yang jahil kerana mudah untuk dilembukan.

Maka amat wajarlah para artis menyertai PAS serta perjuangan Islam yang mulia ini.. Syabas!!




Baca selanjutnya di sini.




Kenyataan Abby Abadi Sejurus Menyertai PAS

Posted: 19 Jul 2012 07:36 PM PDT



Alhamdulillah.. berikut adalah kenyataan Abby Abadi sejurus menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Makin berbondong-bondong orang menyertai PAS sekarang.. bukti PAS makin relevan di kalangan masyarakat. Perjuangan Islam yang di dokong oleh PAS kini merentasi sempadan.

Kepada sahabat yang di luar sana. Jangan takut! Ingat janji Allah. Rezeki dan kehidupan semua ketentuan Allah. Semoga lebih ramai akan menyertai PAS.. PAS for all..


Kredit gambar ~ kerabu bersuara



Memang Betul Kerajaan Islam Tak Boleh Jatuh Tapi Kerajaan Kebangsaan Macam Umno Boleh Di Jatuhkan

Posted: 19 Jul 2012 06:30 PM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan yang mengamalkan dasar kebangsaan boleh ditumbangkan setelah diberikan peluang dan nasihat oleh rakyat.

Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Kelantan itu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Syeikh Dr Sulaiman, yang menegaskan adalah haram untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

"Apa yang dikatakan Syeikh itu betul, Kerajaan Islam tak boleh jatuh, tetapi kerajaan kebangsaan boleh jatuh," katanya selepas majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri, di sini semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan kenyataan Dr Sulaiman yang menegaskan tindakan menjatuhkan kerajaan Islam tidak dibenarkan, apatah lagi kerajaan yang diganti boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar.

Terdahulu, Nik Aziz dalam majlis itu menyerahkan replika banglo sumbangan Kerajaan Negeri kepada juara tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali bernilai RM250,000.

Berucap di majlis itu, Nik Aziz mengucapkan syukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud yang diperjuangkan Kelantan sebelum ini. ~sh


"PAS Tidak Pernah Bersengkokol Dengan DAP"- Ust. Nasrudin

Posted: 19 Jul 2012 06:08 PM PDT

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi. Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini. "Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik," katabeliau pada Debat Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

"Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam," katanya. ~sinarharian


(Gambar) Akhirnya.. Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup

Posted: 19 Jul 2012 05:41 PM PDT


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

"Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.







Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT