shalehudin |
- HOT: Mat Sabu KONDEM "Pas ganti Umno"? JOM baca
- TERHOT: Sapa yang pembohong BESAQ neh, Mahdzir ka Azizan?
- MAHATHIR marah tak nampak telinga...
- Pegawai Polis mengamuk, 2 ditahan...
- NEH jawapan pada pertanyaan Mahathir...
- BEST betoi cara Mat Sabu TIBAI Umnooo... JOM tengok
- Slot yang amat dirindui semua... JOM tengok...
HOT: Mat Sabu KONDEM "Pas ganti Umno"? JOM baca Posted: 20 Jul 2012 09:00 AM PDT Mat Sabu: PAS ganti perangai Umno bahaya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menaruh harapan besar kepada NGO, seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk bekerja kuat bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak asasi daripada "belenggu yang menyeksakan". Bahkan beliau menggesa NGO lain seperti Asal Bukan Umno (ABU) menjadi "kumpulan pendesak" untuk mengkritik dasar kerajaan khusus Pakatan Rakyat jika meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan sebelum ini, sekiranya berlaku. Mohamad berkata jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih khususnya Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" untuk mempertahankan kuasa mereka. "Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya). "Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah. "Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu. "Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya. Bahasa pembangunan Bercakap dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna" di Kuala Lumpur malam tadi, Mohamad membangkitkan persoalan sekiranya kerajaan Pakatan mendapat kuasa, apakah akan wujud kecenderungan untuk melakukan penyelewengan seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini. "Bagaimana rakyat bangun menegur dan menentang kita. Adakah kita mencari jalan untuk menutup mulut mereka supaya menjadi disiplin, rakyat yang berguna (dan) rakyat yang tidak menukar kerajaan. "Kami menggunakan TV (minta) rakyat supaya bersyukur, (dan) sedia menyokong kerajaan Pakatan yang sentiasa membuat pembangunan. Mungkin itu bahasa yang digunakan," katanya sambil diiiringi tepukan dan gelak ketawa hadirin. Oleh yang demikian, Mohamad menggesa GMI dan NGO lain dapat bergerak lebih hebat untuk menimbulkan keberanian kepada rakyat dan mendidik serta menonjolkan perjuangan hak asasi. "Saya harap GMI perlu lebih kuat bukan sahaja ketika kerajaan hari ini, tetapi kerajaan akan datang kerana potensi untuk menyeleweng memang sentiasa ada. "Hanya rakyat yang berpegang teguh dengan amar makruf nahi mungkar akan menyuburkan nilai kemanusiaan pada hari ini dan masa akan datang," katanya yang pernah ditahan ISA sebanyak dua kali pada 1984 dan 1987. Arab tiada standard cakap hak asasi Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' membuat gesaan itu selepas mendengar pandangan intelektual Prof Tariq Ramadan yang menjawab soalan seorang hadirin dalam satu forum dan beliau membuat perbandingan tentang kebebasan, keadilan serta hak asasi antara negara Arab di Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Mohamad berkata, Tariq (bawah) berpandangan bahawa negara Arab di benua itu "tidak ada standard cakap tentang hak asasi" berbanding Amerika Syarikat yang sering melaungkan keadilan dan hak asasi manusia sekalipun mereka mempunyai pusat tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay.- Malaysiakini |
TERHOT: Sapa yang pembohong BESAQ neh, Mahdzir ka Azizan? Posted: 20 Jul 2012 08:35 AM PDT Saham Felda: BN dakwa MB Kedah cuba 'lepas diri' ALOR SETAR - Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan pembabitan dalam isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pasti tahu mengenai pembelian 500,000 unit saham FGV itu. "Saya pernah menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK. Setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh salah seorangnya ialah pengerusi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata dalam kes FGV yang harga sahamnya RM4.55 seunit itu, PKNK perlu mengeluarkan cek bernilai RM2.275 juta. "Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa dia berbohong kepada rakyat dengan mengatakan 'terlepas' dari pengetahuannya," katanya. Mahdzir berkata sikap Azizan itu amat dikesali kerana sering mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya. "Isu ini sebenarnya bukan 'terlepas' tetapi 'melepaskan'," katanya. Baru-baru ini, PKNK telah membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pakatan pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham. Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, dilapor berkata ia 'terlepas' daripada pengetahuannya dan menyifatkannya sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan. PKNK kemudian diarah menjual kembali saham terbabit.- Bernama Foto ehsan: kedahkini |
MAHATHIR marah tak nampak telinga... Posted: 20 Jul 2012 05:03 AM PDT Patutlah Mahathir Marah, Namanya Masuk 'List Dictator Wikipedia' "Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip. "Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat," kata Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan kepada Sinar Harian. Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator. Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator. Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya. Maksudnya "diktator terpimpim" atau "separuh diktator" adalah diktator. Tambahan kepada diktator sedia ada hanya ingin melunakkan cerita dan supaya agak berlapik dalam menyampaikan kata-kata. Jadinya taklah nampak sangat nak kutuk Dr Mahathir. Rujuk Wikipedia Jadi tak payahlah Dr Mahathir meminta pandangan dari pengunjung bolgnya lagi… http://www.ekeleh.com |
Pegawai Polis mengamuk, 2 ditahan... Posted: 20 Jul 2012 02:10 AM PDT Rakaman CCTV menunjukkan pegawai polis menyerang dua pekerja hotel di Seremban 2, kelmarin Pegawai polis mengamuk di Seremban 2 sudah ditahan Rakaman CCTV menunjukkan pegawai polis menyerang dua pekerja hotel di Seremban 2, kelmarin SEREMBAN – Polis sedang menyiasat tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyerang dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja di kaunter lobi hotel berkenaan akibat tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu. Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. "Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat. "Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Saiful Azly bagaimanapun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pegawai polis terbabit berada di dalam pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian. "Ujian urin dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kita menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa dengan menggunakan pemegang pistol," katanya. Sementara itu, kejadian amuk berkenaan yang dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak hotel terbabit, turut dimuatkan dalam laman Youtube. - SH |
NEH jawapan pada pertanyaan Mahathir... Posted: 19 Jul 2012 11:03 PM PDT Neh APA yang Mahathir tanya... Apa bukti saya diktator? Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Mahathir Mohamad telah mengadakan tinjauan ke atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat sebagai seorang diktator atau tidak. Dia mintak pengunjung blog dia menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.
Katanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya. Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya. "Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya. Neh pulak ringkasan sebagai jawapan pada pertanyaan Mahathir... Satu kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah akhbar online tempatan mendapati 76% telah bersetuju manakala mungkin disebabkan terlebih minum air daun KETOM maka lagi 24% pengunjung telah tidak bersetuju bahawa Mahathir seorang diktator... Dan yang neh pulak adalah senarai diktator terhebat dunia yang aku copy dari blog ekeleh.com.. AMACAM??? p/s Hakikat yang perlu Tun M terima ialah, rakyat Malaysia memang anggap kamu DIKTATOR... |
BEST betoi cara Mat Sabu TIBAI Umnooo... JOM tengok Posted: 19 Jul 2012 08:25 PM PDT Kahkahkah.... Patut la Umnooo marah sangat kat dia.... Generasi gigit mi tak putuih nie lah yang masih setia membela Umnooo... Boleh dikatakan puak-puak saluran satu nie la jugak dikatakan sebagai "fix deposit" Umnooo... Tapi puak-puak neh dah tak ramai dah, tu yang buatkan Umnooo risau sangat... sehingga sanggup pilih APCO sebagai penasihat politik depa... Pa pun, memang terbaek la Bang Mat... |
Slot yang amat dirindui semua... JOM tengok... Posted: 19 Jul 2012 04:18 PM PDT Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan