Ahad, 29 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


Hassan Ali? BIAQ dia main sorang-sorang... Wakaka...

Posted: 29 Jul 2012 08:33 AM PDT

Hasan Ali gesa Pas jawab kenyataan Persekutuan Kristian

KUALA LUMPUR - Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.

Lapan prinsip disenaraikan dalam kenyataan dikeluarkan pada 18 Julai lalu di mana prinsip terakhir merujuk kepada kebebasan beragama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Ini kerana, prinsip tersebut dilihat sebagai satu tuntutan keterlaluan dan di luar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum merdeka.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali

Perkembangan itu disifatkan mungkin membuka lebih banyak ruang tuntutan yang tidak munasabah, yang akhirnya akan mencetuskan kekacauan, huru-hara dan ketidakstabilan dalan negara.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada sidang medianya hari ini beranggapan tuntutan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi ia akan merungkai asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang.

"Saya ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat? Sekiranya bersetuju, maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan adakah PAS juga sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat bersetuju melaksanakan tuntutan itu?" katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian tidak mempunyai masalah dengan tujuh lagi prinsip bernegara yang disenaraikan Persekutuan Kristian Malaysia itu.- SH

WAJIB BACA: Kadir Jasin bercerita pasai nasib Najib

Posted: 29 Jul 2012 05:30 AM PDT

Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis, penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.


Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir.

Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai "fixed deposit" atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja.

Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.

Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak.- Harakahdaily


NAK terkejut camana, DAH memang hang LEMBAB...

Posted: 29 Jul 2012 12:40 AM PDT

Najib tak terperanjat Lajim letak jawatan parti

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. 
"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. 
"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di Pekan pada malam tadi.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.

- Bernama


Memang layak makan MAKI la hampa neh...

Posted: 28 Jul 2012 08:45 PM PDT

Terkini! K'jaan ganti logo hari merdeka dengan "1Malaysia"

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata di laman Twitter. Sumber


KATAK yang baik... hehe...

Posted: 28 Jul 2012 06:23 PM PDT


"...walaupun ramai beranggapan beliau ini 'katak' tapi sekurang-kurangnya 'katak' ini membiak diruangan yang baik. tidak seperti 'mereka' yang 'katak' dan berada dalam UMNO. kerana, UMNO itu sudah busuk hingga ke usus..."

Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

Difahamkan bersama beliau termasuk 27 ahli jawatankuasa bahagian itu telah mengumumkan melepaskan jawatan. Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan Ubn serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya pada hari atau awal Oktober.
Dengan pengistiharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran dan tarikh pilihanraya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.


Mampuih sungguh la Umno kali nih

Posted: 28 Jul 2012 05:04 PM PDT


Sahabat Najib Akan Sertai Pas?

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

MSO


Tiada ulasan: