Selasa, 24 Julai 2012

PERAKITE

PERAKITE


Makanan segera berisiko penyakit kencing manis dan jantung

Posted: 23 Jul 2012 08:24 PM PDT

Rakyat Singapura yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.

Pada masa sama, hasil kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan atau rantau Asia seperti mee atau 'dumpling', tidak memberi risiko yang sama. 


Disebabkan fenomena globalisasi, makanan segera ala-Amerika kini menjadi sesuatu yang biasa bagi kebanyakan penduduk di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kajian dilakukan terhadap lebih 60,000 penduduk Singapura berketurunan Cina. 



"Banyak masyarakat asing menerima (makanan segera Barat) kerana ia satu petanda mereka membangunkan ekonomi," kata ketua kajian itu, Andrew Odegaard dari Kajian Kesihatan Awam Universiti Minnesota.

"Makanan Barat mungkin diterima lebih baik dari sudut kebudayaan tetapi daripada perspektif kesihatan ia mungkin kesan buruk," katanya.

Peserta yang mengambil bahagian dalam kajian ditemubual pada 1990-an dan tabiat pemakanan mereka dipantau selama satu dekad. Mereka berusia antara 45 hingga 74 tahun pada permulaan kajian itu.

Ketika masih dalam tempoh kajian, 1,397 peserta meninggal dunia disebabkan masalah jantung dan 2,252 lagi menghidap kencing manis jenis kedua. 
Kajian mendapat, mereka yang makan makanan segera dua kali atau lebih seminggu berisiko 27 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis dan 56 peratus berisiko tinggi mendapat sakit jantung berbanding mereka yang makan sedikit atau langsung tidak mengambil makanan segera.

Daripada 811 peserta yang makan makanan segera gaya Barat empat kali atau lebih seminggu, risiko kematian akibat sakit jantung meningkat sehingga 80 peratus.

Hasil kajian itu tidak berubah sekalipun penyelidik mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi kesihatan termasuk umur, jantina, berat, status merokok dan tahap pendidikan.

Selain itu, rakyat Singapura yang makan makanan segera ala Barat kebanyakannya adalah golongan muda, berpendidikan dan aktif secara fizikal dan mungkin tidak merokok berbanding mereka yang terikat dengan diet tradisional.

Umno/BN terus hadapi tekanan

Posted: 23 Jul 2012 08:19 PM PDT

Umno/Bn berterusan menerima tekanan dan terbaru Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran. 

"Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012." 

Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 

Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang. 

Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno.

"Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang," kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO. 

Bumburing, 60, telah meminta mereka yang 'tidak sibuk dan mempunyai masa' untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Hishammuddin semakin haru

Posted: 23 Jul 2012 08:11 PM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Tiada ulasan: