AdukaTaruna |
Posted: 22 Jul 2012 07:20 AM PDT Oleh : Khai Muhammad Taruna Pendahuluan. Ini hanyalah satu idea. Idea yang gua tulis. Untuk menjadikan idea satu kenyataan, memerlukan perlaksanaan. Ketika zaman idea ini ditulis, sesiapa yang ingin melaksanakan idea ini memerlukan satu kumpulan yang dipimpin oleh satu susuk manusia yang berkualiti. Zaman idea ini ditulis, adalah satu zaman yang gelap dan rumit. Pada mulanya gua tekad untuk fight idea ini bila dapat Marisa Baru. Tetapi memikirkan andainya umur tak panjang, atau memang gua tak mampu, maka, gua catitkan terlebih dahulu. Jesteru itu, ianya sekadar satu idea yang dicatitkan. Mudah-mudahan, di zaman yang akan datang, Allah takdirkan satu susuk yang hebat, memimpin satu kumpulan untuk melaksanakan idea ini. Tidak kisahlah idea ini dibaik-pulih sesuai dengan keadaan zaman itu, tetapi konsepnya haruslah sama. Ada 3 perkataan. Republik, Pekerja dan Marisa. Satu konsep sebuah negara. Yang gua fikirkan paling adil untuk manusia di dalamnya. Republik Pekerja Marisa. Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem malang kepada manusia sebenarnya. PEKERJA bermaksud manusia yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat oleh gua menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang gua tulis. Marisa adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan manusia putih, penjajah Tanah Marikh ketika itu, meletakkan baruanya bernama AMNU menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundurkan semula. Pekerja asing ketika itu menjadi warga negara dan mempunyai hak untuk mengundi. Kini, Tanah Marikh menjadi Marisa. Berkongsi hak warga negara secara majmuk. Falsafah PEKERJA dalam pembentukan negara. Dalam falsafah ini, PEKERJA adalah kemuliaan yang utama dalam negara. PEKERJA akan menjadi perlembagaan. Setiap sistem dan undang-undang yang dibuat atau digubalkan, harus tidak melanggar falsafah PEKERJA. Contoh 1 : Sultan-raja Marisa adalah manusia yang tidak bekerja. Sistem bangsat ini harus dihapuskan. Mereka hanya menerima gaji yang dibayar rakyat tanpa bekerja. Mereka juga tiada keahlian bagi kononnya menjaga agama Islam dan bangsa Marikh. Untuk menggantikan tugas bekerja menjaga Islam dan bangsa Marikh, perlu diserahkan kepada mufti. Terdapat 9 raja tidak bekerja dalam Marisa. Hapuskan mereka kesemuanya, dan naikkankan mufti yang ahli dalam agama, sebagai ketua negeri-negeri. 9 mufti tadi akan membentuk sekumpulan yang dinamakan syura ulama. Barulah mereka ini layak bekerja untuk menjaga Islam dan bangsa Marikh. Keputusan mengenai Islam dan bangsa Marikh harus dimenangi oleh sekurang-kurangnya 5/9 mufti yang bersidang. Mereka hanya menjaga hukum yang sudah dimaktub dalam Al-Quran, sunnah dan hadis. Manakala hukum jenis takzir (ekonomi, jenis denda, dasar sosio, bla bla bla), diputuskan dalam parlimen. Oleh ahli parlimen yang dilantik secara demokrasi. 9 mufti yang menjadi 8, 7, 6 dan seterusnya akibat meninggal dunia atau hilang keupayaan syarie untuk membuat keputusan, dilantik oleh mereka sendiri secara syura. Jadi, duit pekerja rakyat dijimatkan hanya untuk 9 orang mufti. Bukan untuk 9 raja, berbelas bini dan gundik, beribu kaum kerabat, hobi, hiburan dan sebagainya. Inilah konsep PEKERJA dalam perlembagaan sebuah negara bernama Republik Pekerja Marisa. Ianya praktikal dan logik. 9 Sultan Marisa yang tak berguna sekarang hanya ditukar ganti kepada 9 mufti sahaja. Contoh 2 : Si ayah bekerja sejak zaman muda, dicampur dengan ibu, dapatlah membeli sebuah rumah. Atau hartanah. Yang bekerja ialah ayah, ibu dan anak yang terbabit dalam pengorbanan ketika masa bekerja ayah ibu. Jadi, pemilikan hartanah dicadangkan hanya sehingga usia akhir anak yang bongsu. Tidak kira keluarga yang pecah atau keluarga yang poligami. Walaupun tidak semestinya diturun- milik kepada si bongsu, tetapi mekanisme yang dicadangkan sehingga usia akhir umur anak si bongsu, kepada pemilik. Bukan sehingga 999 tahun seperti sekarang. Ini soal keadilan. Allah tidak menciptakan tanah sesuatu makluk yang bertambah. Adalah tidak adil kepada manusia yang lahir lewat kerana semua peluang dan dasar sesebuah negara dikecapi dan dimonopoli oleh manusia yang lahir awal. Jika manusia lahir tahun 1981 bekerja dan dapat membeli rumah, apa pula nasib manusia yang lahir 2181 yang juga bekerja? Hasil keringat dan peluh mereka tidak dapat membeli rumah kerana tanah yang sudah dimiliki. Dari segi perlembagaan negara PEKERJA yang gua cadangkan, si atuk yang berkerja kerana dia lahir awal, mewariskan hartanah kepada ayah yang tidak bekerja dan kemudian kepada cucu-cicit-piut yang tidak bekerja bagi mendapatkan harta itu. Ini bersamaan dengan konsep sultan-raja Marisa yang tidak bekerja, dan mewariskan tahta kepada anak-cucu-piut yang juga tidak berkerja. Kepada yang bersetuju dengan idea ini, harus membahaskan mekanisme jangka masa pemilikan hartanah supaya selari dengan falsafah PEKERJA. Mungkin, selepas habis masa pemilikan, status si cucu mendapat keutamaan membeli semula hartanah tersebut dengan nilai semasa. Sekaligus membuka sedikit ruang kepada manusia pekerja yang lahir lewat. Contoh 3. Begitu juga dengan tanah kubur. Adalah tidak adil manusia yang mati awal mendapat tanah untuk dikebumikan. Manakala manusia yang mati di zaman akan datang, tanah kubur semakin sukar. Berdasarkan perlembagaan PEKERJA, mereka yang bekerja tidak kira apa zaman pun dalam satu-satu negara, layak mendapat hak yang sama. Asalkan mereka bekerja. Dicadangkan, setiap keluarga hanya mempunyai satu liang lahat. Si ayah mati di liang lahad A, maka cicitnya nanti mati juga akan dikebumikan diliang lahad yang sama. Itu konsepnya. Contoh 4. Masih contoh hartanah, mereka yang membeli tanah A dengan harga RM50 000, kemudiannya menjual semula tanah A dalam tempoh masa 10 tahun (2 penggal pemerintahan) atau kurang; dengan harga RM 100 000 (lebih mahal dari harga beli), hanya akan mendapat jumlah wang kos beli yang sama. RM 50 000. Baki RM50 000 akan dicukai kerajaan melalui perlembagaan PEKERJA. Berdasarkan perlembagaan PEKERJA mereka ini bukan pekerja, sebaliknya pemanipulasi. Tidak setitik keringat pun dihasilkan bagi mendapatkan keuntungan RM50 000 itu. Hanya manipulasi. Perkara ini adalah tidak adil kepada manusia yang lahir zaman lewat kerana mereka tidak berpeluang bermanipulasi. Akhirnya golongan manipulasi akan membentuk sultan dan raja baru dalam negara. Penutup. Ini adalah serba ringkas konsep Republik Pekerja Marisa yang gua catit. Memang on the way nak siapkan buku. Gua fikir akan umumkan perjuangan ini, dan fight gila babun punya bila dapat Marisa Baru nanti. Tapi bulan poso ni, entah macamana terfikir, kot-kot umur tak panjang, rugi pulak kalau falsafah ini tidak dicatitkan. Sekaligus tiada manusia yang tahu termasuk anak-anak gua. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan