Jumaat, 20 Julai 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Saham FGVH – Azizan Memang Patut Dipecat

Posted: 19 Jul 2012 05:02 PM PDT

ADA 2 kenyataan berasingan, dengan masing-masing mewakili entiti sama, dikeluarkan berhubung pembelian saham FGV sebanyak 500,000 unit oleh sayap pelaburan utama negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Satu kenyataan ialah dari Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor yang dipetik sebagai berkata "Keputusan itu (pembelian saham) dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri.  MB hanya dimaklumkan selepas pembelian ibuat, dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh mmenimbulkan salah faham terhadap kerajaan PR Kedah" – Sinar Harian 18 Julai 2012.

Tetapi hari ini, Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Azizan Abd Razak mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
Azizan dipetik oleh akhbar yang sama sebagai berkata "Keputusan PKNK membeli saham FGVH tidak sekali-kali menunjukkan wujud percanggahan Kerajaan negeri ditadbir PAS dengan PR.  Azizan menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutmya termasuk menjual semula saham berkenaan."
Persoalan sekarang, mana satu yang betul, dijual seperti arahan Menteri Besar atau PKNK yang akan memutuskan sama ada untuk menjual saham-saham tersebut atau tidak?
Sebab dari apa yang penulis faham, ada dua kenyataan berbeza di atas (seperti yang dihitamkan), kedua-duanya pun didakwa mewakili Menteri Besar.  Tapi perlu diingat, kenyataan pertama dibuat oleh Setiausaha Politik sementara kenyataan kedua oleh Menteri Besar sendiri!!
Logiknya kenyataan kedualah yang sepatutnya diguna pakai – PKNK akan membuat keputusan untuk menjual saham tersebut atau tidak.
Penulis rasa, kami penyokong Pakatan Rakyat bukanlah jenis yang mudah diperbodohkan seperti ini.  Adakah kepimpinan negeri PAS Kedah fikir kami sebodoh itu untuk melihat perbezaan nyata yang terdapat dalam 2 kenyataan berkenaan?
Yang sebetulnya macam mana, nak dijual atau tidak?
Kami boleh menerima alasan awal bahawa Menteri Besar tidak dimaklumkan akan pembelian saham tersebut (walaupun masih boleh dihujahkan, bagaimana MB  boleh tidak tahu mengenai pembelian tersebut), tapi kami tidak boleh menerima kenyataan yang Menteri Besar tidak boleh mengarahkan PKNK menjual semula saham-saham itu setelah ia menjadi isu yang menjejaskan Pakatan Rakyat.
Apa perlu Menteri Besar menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan sama ada nak menjual saham itu semula atau tidak?  Jual sahajalah, bukankah pembelian saham itu terbukti berlawanan dengan polisi Pakatan Rakyat dan PAS sendiri?
Kenyataan yang pertama seperti dikeluarkan Setpol Azizan itu sudah cukup baik untuk membetulkan persepsi salah akibat dari tindakan PKNK tersebut.  Lagipun semua orang Kedah tahu bahawa majoriti pentadbiran tertinggi PKNK masih lagi diisi oleh orang-orang yang dilantik kerajaan UMNO sebelumnya.
Tapi bila datang kenyataan kedua yang bercanggah, ia telah menghancurkan terus usaha untuk memperbaiki keadaan ini seterusnya mengelakkan Pakatan Rakyat dari dituduh sebagai hipkorit kerana membiarkan PKNK membeli saham-saham tersebut.
Semua ini membuat penulis mula merasakan, benarlah seperti kata ramai orang sebelum ini, Azizan bukanlah seorag Menteri Besar yang baik.  Beliau tidak tetap dalam membuat keputusan-keputusan yang jelas berlawanan dengan polisi Pakatan Rakyat.
Sebelum lebih banyak karut marut timbul, penulis menyeru kepimpinan PAS agar memecat Azizan an menggantikannya dengan serta merta.

Tiada ulasan: