Anak Sungai Derhaka |
- Penafian Polis sebabkan Papagomo meroyan dalam Twitter...
- Polis sahkan tiada laporan Mahasiswa dakwa diliwat Anwar...
- Dakwaan liwat terbaru: Apa kata pembaca?
- Mahasiswa buat laporan Polis diliwat Anwar Ibrahim?
Penafian Polis sebabkan Papagomo meroyan dalam Twitter... Posted: 17 Jul 2012 06:55 AM PDT Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan pihak Polis yang menafikan cerita rekaannya kononnya seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim Papagomo mula meroyan dalam Twitternya.. Petang tadi Sinar Harian melaporkan - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo semalam - sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Bila Polis dah nafikan maka menggelupurlah si Papagomo dalam Twitternya kerana tujuan untuk mengalih perhatian masyarakat dari memberikan perhatian terhadap scandal LRT bernilai RM1 Billion yang melibatkan Najib. Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, tindakan blogger Umno menyiebarkan fitnah mengenai laporan polis - seorang mahasiswa yang mengatakan beliau diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambangkan parti tersebut berada dalam keadaan panik untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan dengan skandal-skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak. Dari mula cerita kononnya si Papagomo kata ada sumber mengatakan laporan Polis dibuat.. sekarang dia kata dia ada video pulak.. |
Polis sahkan tiada laporan Mahasiswa dakwa diliwat Anwar... Posted: 17 Jul 2012 12:50 AM PDT Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo semalam.. Jadi terbukti ianya hanya satu helah PapaGomo untuk mengejar hits demi mengembalikan populariti Blog miliknya di arena Blogsphere ini.. Kalau macam tu.. hang terima sajalah cadangan aku di ( SINI ) wahai Papagomo.. Secara tidak langsung penafian oleh pihak polis itu telah mengecewakan ramai Blogger Pro UMNO yang benar-benar mengharapkan khabar angin atau penipuan PapaGomo itu adalah benar.. Oleh itu korang ciptalah fitnah baru pula.. dan buat yang beria-ia memburukkan DSAI hanya berdasarkan khabar angin yang disebar si PapaGomo tu... mampus nanti korang jawablah disana.. Liwat: Tiada laporan libatkan Anwar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut. |
Dakwaan liwat terbaru: Apa kata pembaca? Posted: 16 Jul 2012 09:16 PM PDT Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk. Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar. Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya. K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh." Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama. Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini. "Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini." Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim." Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini." Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah." Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus." Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya." Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini. Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH." Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba." Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia." Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen." Sinar Harian |
Mahasiswa buat laporan Polis diliwat Anwar Ibrahim? Posted: 16 Jul 2012 05:30 PM PDT Semalam boleh dikatakan kebanyakkan Blog pencacai UMNO menyiarkan artikel dari Blog Ikon Fitnah 1Malaysia kononnya seorang Mahasiswa telah membuat laporan Polis beliau diliwat Anwar Ibrahim. Menurut PapaGomo beliau mendapat maklumat kononnya bahawa pada sebelah petang semalam ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar pada malam sebelumnya. Tulis PapaGomo lagi.. tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu. Artikel tersebut telah disiarkan oleh Papagomo pada pukul 7.22 malam.. Nampaknya skrip ciptaan Mahathir ini cuba hendak digunakan sekali lagi selepas kali kedua dibuktikan gagal oleh Mahkamah. Yang menariknya pula kali ini PapaGomo sendiri tak pasti samada maklumat itu sahih atau tidak.. Lebih menarik lagi ialah semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar.. err.. sejak bila pula Malaysia mempunyai kuasa keatas Kedutaan dari luar negara ni? Lagipun kalau benar ada laporan Polis terhadap Anwar sudah pasti akan jadi Headline dalam TV3 dan Utusan.. Ini tidak walaupun sudah lebih dari 24 jam berlalu TV3 dan Utusan masih belum menyiarkannya.. Kalau dikatakan kononnya mahasiswa itu diliwat pada malam sebelum petang semalam (15 Julai) iaitu 14 Julai.. ini jadual Anwar untuk 12,13 dan 14 Julai.. 14 Julai tu Anwar ada di Sarawak.. macam mana ketika Anwar ada di Sarawak dia boleh meliwat seorang Mahasiswa di Utara Semenanjung pulak... Sepatutnya PapaGomo tulis " mahasiswa itu diliwat pada malam sebelum petang semalam (15 Julai) sebelum petang semalam (14 Julai)" barulah kena dengan jadual Anwar tu.. Mungkin dia mabuk kot semasa menulis tu?? maklumlah kan dia dulu Polis tapi kena buang kerja sebab mabuk.. Kalau dah tak ada isu sangat.. hang pi tumbuk Parpukari pulaklah PapaGomo woi.. baru hang popular semula.. Takkan tak sanggup kot nak tumbuk Parpukari tu kot.. Blogger APA yang jauh lebih tua dari hangpun hang sanggup tumbuk.. - sila baca di ( SINI ) kisah PapaGomo tumbuk APA tu.. Tak apa lah.. kita tunggu dan lihat bagaimana pula skrip seterusnya... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan