Addin |
- 30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Blogger Uncle Seekers
- Selepas Bakal Menantu Najib Palsukan Dokumen, Kini Pelajar USM Palsukan Ijazah
- Petanda Umno Bakal Di Muziumkan, MIC Hentam Pencacai Umno
- Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu.. Lihatlah Gambar-Gambar Nih
- Dr. Asri Bidas Umno
- Rupa-Rupanya Selama Ini Najib Syok Sendiri..
30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Blogger Uncle Seekers Posted: 01 Jul 2012 08:01 AM PDT JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu. "Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini."Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. ~bernama |
Selepas Bakal Menantu Najib Palsukan Dokumen, Kini Pelajar USM Palsukan Ijazah Posted: 01 Jul 2012 06:30 AM PDT GEOGETOWN - Tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah universiti berkenaan. Jurucakap polis berkata, dua penuntut wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam operasi khas polis di Kampar, Perak malam tadi. "Hasil laporan polis oleh pihak pengurusan USM awal bulan lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan anggota sindiket pemalsuan ijazah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, polis turut merampas beberapa peralatan komputer yang dipercayai diguna untuk menghasilkan ijazah palsu itu. "Siasatan awal mendapati mereka mengeluarkan sijil akademik palsu iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari USM dan dipercayai menjualnya dengan harga tertentu," katanya kepada Bernama. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisoner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, ketiga-tiga penuntut terbabit kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan. ~klpos |
Petanda Umno Bakal Di Muziumkan, MIC Hentam Pencacai Umno Posted: 01 Jul 2012 04:26 AM PDT MIC akhirnya bersuara mengenai hal Ambiga Sreenavasen selepas ada pemimpin UMNO yang menyeru agar beliau digantung kerana mengadakan perhimpunan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan bebas. Ini disebabkan mereka takut akan menerima padah politik. Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan Rakyat serta menentang pentadbiran Najib. Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India dala pilihanraya yang akan datang. "Tidak wajar untuk seorang ahli parlimen mengatakan bahawa Datuk Ambiga patut digantung. Tidak wajar untuk mana-mana ahli parlimen mengutarakan kata-kata begitu," ujar pemimpin MIC G Palanivel. |
Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu.. Lihatlah Gambar-Gambar Nih Posted: 01 Jul 2012 01:08 AM PDT Umno pasti pening kepala dengan fenomena luar biasa nih.. Makin hari makin ramai rakyat bangkit menyokong Pas dan Pakatan Rakyat. Terbaru, Himpunan Hijau Peringkat Negeri Terengganu mendapat sambutan luar biasa dikalangan anak-anak muda tempatan. Program tersebut berjaya mengumpul anak-anak muda sekitar negeri Terengganu. Anak-anak muda ini cukup yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Silalah lihat gambar-gambar kat bawah nih, walapun panas terik mereka sanggup berhimpun seramai ini.. Kredit gambar ~omakkau |
Posted: 30 Jun 2012 08:33 PM PDT Isu pilihan raya musim haji Umno telah menemuramah tokoh ilmuan dari dalam dan luar negara kununnya siapa yang yang tak pergi mengerjakan haji adalah salah.Lalu isu ini di perbesarkan oleh media kerajaan untuk menyokong tindakan kerajaan mahu melaksanakan pada musim haji ini.Didalam satu forum Mantan Mufti Perlis Ustaz Asri telah menyindir Umno bagaimana pula hukum kerajaan yang sengaja membuat pilihanraya dalam waktu haji. Beliau telah membuat kias dalam isu sengaja membuat pilihanaraya dalam musim haji seumpama seseorang yang sengaja bersolat di tempat orang melintas. Katanya " Kita tahu ada ruang sembayang ditempat yang lain tapi kita dengan sengaja bersolat ditempat orang keluar, lalu ada orang melintas di depan orang yang sembahyang maka dosa itu akan balik kepada orang yang bersembahyang bukannya orang yang melintas. Padat dan kemas kiasan dari Ustaz Asri , maka tidak ada isu atau tidak ada alasan bagi kerajaan untuk melaksanakan pilihanraya di musim orang nak mengerjakan haji, carila waktu yang lain yang a lebih sesuai. Lihat video di SINI. |
Rupa-Rupanya Selama Ini Najib Syok Sendiri.. Posted: 30 Jun 2012 07:11 PM PDT KUALA LUMPUR - Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan."Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut. "Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan. Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu."Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen. Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan