Ahad, 1 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


Video Wajib Tonton: TERBAIK dari Mat Sabu... kahkahkah...

Posted: 01 Jul 2012 09:31 AM PDT

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.


Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

PANAS: Polis perhati SAJA, Guan Eng vs Perkasa

Posted: 01 Jul 2012 07:38 AM PDT

[BERGAMBAR] Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO

Tiba-tiba ahli Perkasa menyerang saya – Guan Eng

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

"Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.

"Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.

"Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya.

Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.

"Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya. -HD


**********************************

Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan

GEORGE TOWN, 30 Jun – Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penduduk di Teluk Bahang, dekat sini hari ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan pengiring pemimpin itu dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kekecohan mula tercetus apabila Perkasa yang secara kebetulan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pasar Teluk Bahang bertembung dengan rombongan Lim yang turut mengadakan lawatan di kawasan tersebut.

Jurucakap polis berkata pada perhimpunan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk penduduk di kawasan berkenaan, peserta perhimpunan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran ketua menteri.

"Berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki yang merupakan anggota Perkasa mendakwa tangannya dikilas daripada belakang dan dipukul salah seorang pengiring ketua menteri ketika dia mendekati rombongan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata adegan tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua kumpulan itu berlangsung beberapa minit namun berjaya disuraikan anggota polis yang bertugas.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata kekecohan itu sengaja dirancang sekaligus menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap Perkasa dan melabelkan pertubuhan itu sebagai pencetus kekecohan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.– Bernama

 
 

Ulasan GB

UMNO=PERKASA=BERNAMA=UTUSAN

Mereka saban waktu menyerang Lim Guan Eng. Mereka yang rasis tetapi yang dituduhnya Guan Eng.

Mereka menggunakan "rasisma" sebagai talian hayat terakhir mereka tatkala nazak.

Mendukacitakan tindakan-tindakan mereka didiamkan oleh pihak polis seolah-olah merestui hal tersebut terjadi.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang bersalah PASTI akan menerima akibat dan hukuman setimpal.


HOT: SAMSENG Umno dah mula ugut AHLI SENDIRI...

Posted: 01 Jul 2012 05:18 AM PDT

Thamrin Tun Ghafar diugut oleh pemimpin UMNO

PULAI: Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah di pentas Pakatan Rakyat.

"Saya ini masih lagi ahli UMNO. Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak senang saya bersama tuan-tuan pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat. Mereka minta saya hentikan segera program-program ceramah di pentas Pakatan Rakyat.

Jika saya enggan, saya turut akan menjadi sebahagian daripada individu yang akan diserang seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain"

"Saya tidak gentar dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat selesa bercermah di pentas Pakatan Rakyat. Saya tidak akan berselindung lagi dalam menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang berlaku di dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Thamrin Tun Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak mengundi UMNO dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah lama saya tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi UMNO dan berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah gentar jika saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis bersama anak-anak negeri Kelantan di PPR Kempas.

-selatanonline-

Spesis katak ANEH ditemui, mai dari INDIA lagi... hehe...

Posted: 01 Jul 2012 01:08 AM PDT

Nasikabatrachus sahyadrensis adalah spesies katak dalam keluarga Sooglossidae. Ia telah didapati berada di sekitar wilayah Barat Ghats di India.

Nama lain untuk spesies katak ini adalah Katak Ungu dan telah ditemui oleh S.D. Biju dan F. Bossyut pada bulan Oktober 2003

Panas Mendididh !! Datuk AC Mizal Di Malukan Dayang Ku Intan

Posted: 30 Jun 2012 10:45 PM PDT

Adik Kak Midah kelihatan sedih kerana terlalu ramai yang hadir..


Sumber Omak Kau !!!

Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang ajaib tersohor, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANYIR LENDIR!!!!


Tak sampai 75 orang tidak termasuk kerusi-kerusi telah menyemarakkan program/ceramah tersebut. Sebelum itu makcik-makcik yang diangkut menaiki bas dari pelusuk mana yang tidak diketahui telah dijamu dengan kueh tiaw goreng panas.....

Program/ceramah itu dibuat secara minit- minit terakhir dalam keadaan tergesa-gesa dan gelojoh sakan bagi tujuan bagi menganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong, Batu Gajah, Perak semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semestinya AC Mizal gembira dan tersenyum lebar terutamahnya Exco kanan Negeri Perak Kak Midah, melihat kehadiran di luar jangkaan ini..

Berbeza dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa kerat orang.. sangat menyayat hati dan sedih sekali...

Orang ramai begitu seronok, terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Adnan dan juga Dayang Ku Intan.... reaksi mereka boleh dilihat dan dinilai melalui foto-foto berikut...

  

DENGAN PEREMPUAN PUN AC MIZAL DAH KIOK... BELUM LAGI DENGAN BOB LOKMAN.. AGAK-AGAKNYA TERUS HANGUS DEBU DIA....

BILA UMNO NAK KERAH AMY (SEARCH), AWIE (WINGS), JAMAL ABDILLAH, IBNOR RIZAL ADFIN SAUDKI DAN HARUN SALIM BACHIK BUAT CERAMAH?....SIA-SIALAH DOK GEMBAR GEMBUR DAN GEGAK GEMPITAKAN MEREKA MASUK UMNO TAPI TAK BUAT CERAMAH PIKAT ANAK-ANAK MUDA....NAPE?.. TAKUT SENASIB DENGAN AC MIZAL???


LAWAK Pagi Ahad... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2012 08:05 PM PDT


Ketua Kampung, Perompak dan UMNO

Oleh Khalid Samad

Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pembangunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, "adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta?
Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?" Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa.

Bagi memudahkan seseorang memahami apa yang ingin kita sampaikan, perumpamaan adalah amat berkesan. Dalam soal apa yang berlaku di bawah kerajaan UMNO/BN ini, saya selalu berikan beberapa perumpamaan supaya ianya bertambah mudah untuk difahami. Dua perumpamaan mudah yang boleh difikirkan bersama adalah begini:

Satu kumpulan penduduk yang tinggal di sebuah kampung berpakat melantik salah seorang dari mereka menjadi Ketua Kampung. Kerana kedudukan kampung tersebut yang jauh dari bandar menyukarkan mereka dalam urusan jual beli, maka mereka kemudiannya mengutip duit dari setiap anggota dan diserahkan kepada ketua mereka untuk membeli makanan di bandar berhampiran. Ketua ini mengambil 30% untuk dirinya dan menggunakan baki 70% itu untuk membeli makanan. Setelah dibeli maka diserahkan kepada anggota lain untuk memakannya. Maka ada yang bertanya, "kenapa sikit sangat?" Ketua itu menjawab,kamu sepatutnya berterima kasih dengan apa yang telah saya berjaya belikan untuk kamu. Di kampung sebelah sana, habis semua duit diambil oleh ketua yang mereka lantik! Di sini sekurang-kurangnya kamu dapat juga makanan!

Pada masa yang sama, sebuah rumah di kampung yang berhampiran telah dimasuki perompak. Setelah mengikat tuan rumah sekeluarga maka perompak tersebut mula mengaut barang kemas dan wang yang dijumpainya. Tuan rumah yang diikat mula mengutuk perbuatan tersebut dan menyatakan bahawa perbuatan mencuri harta keluarganya adalah zalim dan tidak bertamadun. Lalu dengan satu nafas perompak itu menjawab, "kamu patutnya bersyukur kerana saya tidak bawa lori dan curi seluuuruh isi kandungan rumah kamu! Saya berbaik hati meninggalkan TV serta peti sejuk dan saya tidak mencederakan ahli keluarga kamu. Kalau pencuri lain, habis licin dia kerjakan kamu!"

Sebenarnya inilah apa yang berlaku di bawah BN. Mereka khianat dan mencuri tetapi mereka ingin rakyat bersyukur kepada mereka dan terus mengundi mereka. Mereka tunjuk pada pembangunan yang telah mereka lakukan tetapi hakikatnya ianya hanya sebahagian (mungkin 70%) dari apa yang mampu dilakukan. Mereka telah mencuri sebahagian (mungkin 30%) dari kekayaan Negara untuk diri sendiri dan kroni mereka tetapi pada masa yang sama mereka minta rakyat bersyukur atas 'pemberian' mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Ada komplen pasai TNB pulak nih... hehe...

Posted: 30 Jun 2012 05:56 PM PDT

Aduan pertukaran meter dan sikap pekerja TNB

Oleh: amkns

Aduan Rakyat 28 Jun 2012 - Saya tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Rasa, Hulu Selangor, Selangor, ingin membuat aduan tentang bil elektrik di rumah saya sangat tinggi setiap bulan mencecah RM500 lebih.

Saya bandingkan dengan rumah kawan saya di kuala lumpur rumah 2 tingkat dan mempunyai peralatan yang sama tetapi bil elektrik setiap bulan hanya RM200 lebih sahaja.

Saya telah membuat aduan di TNB dan pekerja TNB datang periksa tetapi pekerja TNB itu berkata peralatan di rumah saya "cap ayam" sebab itu bil elektrik tinggi.

Pekerja itu juga berkata sebenarnya dia bukan person in charge dan pekerja yang sebenar tidak dapat datang kerana mempunyai kerja lain. Adakah patut bukan bidang pekerja itu tetapi dia yang datang respon tentang aduan yang saya buat?

Dulu saya juga ada membuat aduan di TNB Rawang tentang sudah 3 bulan tiada pekerja meter reading datang ke kawasan perumahan saya tetapi pekerja disitu menyuruh saya mengumpul orang kampung dan membuat aduan di tv3.

Apakah fungsi mereka di situ?makan gaji buta? Saya harap ada pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana tiada guna membuat aduan di TNB.

Sekian, terima kasih.

By: liyana

aduanrakyat.com.my"

Tiada ulasan: