Jumaat, 22 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR

Posted: 22 Jun 2012 12:18 AM PDT

Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

"Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

"Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan," beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.

"Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli," tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.

"Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.

"Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

"Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.

"Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat," jelas beliau.

Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. -selangorku


Video beli MP: Khalid dedah seorang lagi ajen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat.

Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim.

Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu.

Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap.

Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti.

"Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk.

"Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut.

Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu.

"Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya.

Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR.

Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu.
-HD





Astaghfirullah... Runtuh Lagi Di Terengganu...

Posted: 21 Jun 2012 11:41 PM PDT

Besut: PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.

Gambar Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.

Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan.

"Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.

"Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.

Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut.

Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.

Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -HD

Terperangkap astaka runtuh

JERTIH: "Saya ingat sudah hendak mati apabila dihempap runtuhan binaan," kata pekerja warga Bangladesh dikenali sebagai Zilo, 40, yang terselamat dalam kejadian runtuhan astaka di Padang Astaka Kampung Raja, dekat sini, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Zilo yang sudah lima tahun bekerja kontrak di Malaysia berkata, ketika kejadian, dia sedang menyapu simen di astaka yang dalam pembinaan itu sebelum struktur konkrit pentas tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu menyebabkan Zilo dan rakan senegaranya, Rajo, 42, cedera parah di pinggang dan kaki, manakala mata dimasuki simen serta pasir.

"Saya hanya mampu mengajak Rajo dan seorang lagi rakan, Munawir, 20, mengucap kalimah Syahadah. Kami apabila diselamatkan walaupun ketika itu separuh tubuh dilitupi simen yang tumpah," katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Besut, di sini, semalam.

Munawir yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan turut terperangkap kira-kira dua jam di bawah runtuhan berkenaan berkata, dia sukar bernafas sebaik dihempap.

"Saya tidak mampu bernafas akibat tubuh disalut simen dan pasir yang digunakan dalam pembinaan itu dari paras kaki hingga pinggang. "Saya menjerit meminta pertolongan hingga pengsan kerana terlalu lemah sebelum diselamatkan pada jam 3.20 petang," katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia dan rakannya mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan struktur binaan astaka itu apabila sebatang tiang konkrit beralih kedudukan.

"Sebelum runtuhan itu, kami sedang meratakan simen pada bahagian tangga pentas sebelum tiba-tiba kami dihempap sebatang palang konkrit dan simen yang masih basah," katanya yang tidak dapat menggerakkan pinggang kerana sakit.
-HM


Ulasan GB

GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan:

Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.

Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya


Subhanallah.. Kucing Susui Tikus

Posted: 21 Jun 2012 07:36 PM PDT

Ranau: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang 'menumpang' manja bersama ibu kucing berkenaan.

Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.


"Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong 'anaknya' yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.

"Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,"
katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.

"Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.

"Malah, ibu kucing dilihat melayan 'anak istimewanya' sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya," katanya.

Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.

"Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.

"Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan. -HM


PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik.


[PENTING] Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta..

Posted: 21 Jun 2012 05:01 PM PDT

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Gambar hiasan.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold


[JOM TONTON] Video Ceramah Haire Othman Di Pentas PAS

Posted: 21 Jun 2012 07:53 AM PDT

Batu Gajah: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. -Muhammad Faeez



Artis Tidak Lagi Takut Sekalipun Diugut

Posted: 21 Jun 2012 04:16 AM PDT

Bachok: "Saya tidak takut biar pun ada pihak mengugut. Kita hanya perlu takut kepada Allah Taala sahaja dan bukan takut kerana manusia.

"Biar pun berjuang bersama di pentas Pakatan Rakyat tanpa mendapat bayaran tetapi hati saya senang," kata artis Dayangku Intan pada ceramah di Kampung Mahligai malam tadi.

Menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk berjuang di pentas politik bagi menegakkan kebenaran.

Kata beliau ada rakan-rakan artis menanyakan tidak takutkah berjuang bersama Pakatan Rakyat, nanti susah hendak cari makan.

"Kamu artis hendaklah bangkit bagi menyuarakan hak. Sekarang artis tempatan tidak lagi mendapat keistimewaan berbanding artis yang didatangkan dari luar negara.

"Artis luar yang datang dibayar begitu mahal. Jadi kalau dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan kita perlu bangkit bagi menyuarakan hak," ujarnya pada ceramah di pentas PAS.

Program itu mendapat sambutan hangat apabila ramai hadir mendengar ceramah sulung artis terbabit di Kelantan, yang kini berjuang di pentas Pakatan Rakyat.

Orang ramai berderetan di atas tali air yang terletak bersebelahan tempat ceramah. Di hadapan pentas orang ramai melimpah.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi.

Ramai muslimat turut mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan Dayangku Intan sebaik selesai ceramah.

Dayangku mendakwa beliau pernah diundang menghadiri program di sebuah rancangan televisyen di mana program berkenaan mendapat banyak tajaan di kalangan pengiklan.

Kata beliau biar pun stesen televisyen terbabit mendapat banyak pendapatan melalui iklan, namun beliau sebagai tetamu yang diundang bercakap kira-kira 45 minit hanya dibayar RM100 sahaja.

Dayangku Intan yang datang bersama suami juga memberitahu sudah lama tidak membaca akhbar harian yang dimiliki Umno.

"Sekarang saya hanya baca akhbar diterbitkan PAS, PKR dan melayari internet sahaja bagi mengetahui perkembangan semasa.

"Sebenarnya di mana sahaja berada saya tetap bercakap mengenai isu rasuah yang begitu kronik berlaku dalam negara sekarang," katanya.

Menurutnya rakyat sudah bosan dan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

Sementara itu Abdul Azziz berkata, beliau sudah beberapa kali berusaha menjemput Dayangku hadir pada program di Bachok, namun hanya malam tadi yang menjadi kenyataan.

Manakala pada 28 Jun ini seorang lagi selebriti, Abby Abadi dijangka menemui peminat pada program Sembang Petang di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai di Guchil, manakala pagi 29 Jun pula program di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. -HD

Tiada ulasan: